Oktober 29, 2009

Ini Baru Betul Pemimpin Rakyat...

Salam,

Walau apapun telahan orang, saya ingin mengalungkan penghormatan kepada Ahli Parlimen Sri Gading yang berterus-terang tentang hal yang pada pandangannya dan sememangnya itu pandangan majoriti rakyat secara telus dan tidak berselindung.

Sewajarnya Najib melihat teguran ini sebagai sesuatu yang mesti diambil tindakan segera. Untuk apa dipertahankan seorang yang 'GAGAL' dan 'MEMALUKAN' BN dalam PRU ke 12. Biarlah kekalahan itu menjadi pengajaran dan mereka yang kalah sewajarnya memulakan perjalanan dari mula dan bukannya menggunakan jalan singkat.

Persoalan meningkatkan daya saing Industri Automatif Negara yang mewajibkan kereta yang berusi lebih dari 15 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan jalanraya negara ini. Apabila ia disentuh oleh seorang Ahli Parlimen Kerajaan yang memerintah maka ia dilihat sebagai satu usaha progresif yang positif dan pihak yang berkenaan seharusnya melihat atau membuka semula fail untuk dibuat penambahbaikan agar kerajaan yang ada tidak dilhat sebagai kerajaan yang 'mendahulukan' rakyat untuk menerima segala beban akibat kemerosotan ekonomi dunia ketika ini.

Cuma seperkara yang amat saya harapkan sebagai golongan rakyat marhain, agar YB Sri gading terus istiqamah menegur kesilapan pimpinan atasan di peringkat awal tanpa perlu bimbang ditarik apa jua haknya sebagai ahli parlimen atau mungkin disisihkan oleh rakan-rakan 'pengampu' yang sentiasa wujud dalam parti dan kerajaan.

Tahniah buat Datuk Mohamad Aziz!!! Pastikan nama anda harum bukan kerana AMPU tetapi kerana MAMPU!!!

thx!

Oktober 27, 2009

1MALAYSIA!!! Bagi UMNO Nilai anak hanya RM10k sahaja...?


Salam,

Saya ingin menyampaikan SALAM TAKZIAH kepada kaum keluarga mangsa jambatan gantung yang terkopak konkritnya di Kuala Dipang. Bila menonton TV3 sebentar tadi, tiada pemimpin UMNO yang menyentuh tentang kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek segera Kerajaan baru Perak. Sepatutnya pihak polis terus sahaja mengeluarkan waran tangkap kepada pihak kontraktor yang tentunya dilantik sendiri oleh pemimpin tertentu dalam dalam kerajaan baru di Perak setelah hampir setahun sejak MAC 2008 yang hampir kebuluran kerana tiada projek yang turun kerana kerajaan ketika itu dipimpin oleh pakatan pembangkang yang 'tak tahu memerintah'.

Pihak Kementerian Pelajaran tak payah dok kalut nak tubuh jawatankuasa untuk menyiasat kejadian sudah terang lagi bersuluh isu keselamatan dan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang menjadi faktor atau punca dalam kejadian ini. Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi bila mengenangkan pemberita media kerajaan yang sibuk mendapatkan pendapat budak-budak yang terlibat seolah-olah cuba mencari sabit kesalahan budak-budak sekolah yang terlibat sebagai asas kejadian malang ini berlaku.



Saya agak terkejut kerana nilai pampasan awal yang diumumkan oleh menterinya yang hebat itu hanya RM 10k. Maknanya di sini, jika anak-anak kita mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah maka pampasan awalnya sebagai nilai nyawa anak-anak kita hanyalah RM 10 ribu sahaja. Jangan pula adanya nanti, pihak yang berkenaan menyatakan ada unsur sabotaj khususnya kepada sebarang program 1 Malaysia seperti ini. Kalau dilihat dari dahsyatnya kopakan tanah yang menunjangi konkrit yang menjadi asas titi gantung tersebut rasanya, ia adalah kecuaian kontraktor yang diamanahkan membina prasarana yang berkaitan dengan nyawa manusia. Nasib baiklah yang lemas itu anak-anak 1 Malaysia. Bayangkan kalau NAJIB yang sedang melalui jambatan tersebut pada ketika yang berkenaan. Apakah Malaysia bersedia menerima kematian mngejut seorang perdana menteri dalam tragedi seperti ini? Bagi mereka yang mabuk kuasa seharusnya inilah peluang yang takkan dilepaskan untuk melihat seorang PErdana Menteri Malaysia mati dengan cara sebegitu. Fikirkan...Syukur kerana bukan Najib yang terkorban tetapi adakah KESEDIHAN KAUM KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT boleh dipadamkan hanya dengan nilai RM10000 sahaja?

thx!

p/s: PERFEFCTWATER75: TAKZIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...

Oktober 24, 2009

Dua (2) ADUN bakal terlepas tuduhan rasuah kerana menyokong UMNO...Wajarkah Undang-Undang Dipermainkan Sebegini?

Salam Bloggers!

Bila membaca laporan ini, maka saya tersenyum sendiri kerana memikirkan akan kebenaran dalam post saya sebelum ini di bawah tajuk ini yang menyatakan betapa undang-undang Malaysia kini hanyalah mainan sesetengah pihak yang berkepentingan. Tak usah terkejut kalau percanggahan yang berlaku dalam keterangan saksi dalam laporan ini akan memberikan hakim satu kesenangan untuk menutup kes ini dan membebaskan dua lagi ADUN yang satu ketika dulu hebat ditelanjangkan dengan tduduhan menerima rasuah perempuan beberapa bula sebelum kudeta Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak berlaku. Betapa malangnya bila undang-undang dipermainkan sebegitu rupa oleh mereka yang berkepentingan. Anehnya, saya rasa tidak akan ada tuduhan kepada saksi yang berbohong kepada mahkamah dalam kenyataannya sebelum ini.

Jadi, konklusinya, kalau anda mempunyai kedudukan politik di sebelah pihak pembangkang dan dalam masa yang sama menghadapi sebarang tuduhan melekaukan jenayah maka caranya mudah untuk membebaskan diri iaitu dengan mengisytiharkan diri keluar dari parti pembangkang dan menjadi calon bebas dan menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada pimpinan kerajaan semasa yang memerintah. Tak payah susah mencari peguam terbaik. Cukup sekadar peguamn yang biasa sahaja yang penting ada 'deal' yang luar biasa. Kita tunggu pembebasan kedua ADUN ini dari tuduhan rasuah yang berkenaan.

thx!

p/s: RASUAH jadi mainan, MARUAH bukan lagi sandaran, ORANG ATAS makan sedap tetapi ORANG BAWAH makan KUAH...Itulah POLITIK MURNI MALAYSIA!!!

Oktober 22, 2009

LAGI PANASSSS!!! Sedutan Video Ucapan KETUA PEMUDA UMNO PERLIS Yang Diharamkan Pengedarannya...Part 3

video

Salam Bloggers!

Bagi saya sedutan video bahagian ini yang paling menarik kerana ia agak menyentuh orang tertentu...UMNO diibaratkan sebagai kereta lumba. Dari dulu berlumba tak pernah tewas. Sebutlah mana trek yang tak pernah ditakluki. Akan tetapi akhir-akhir ini, jentera lumba ini amat bermasalah kerana bila dikaji semuanya masih menggunakan enjin, tayar dan drebar yang sama (Rujuk durasi 0.50 min). Tontonlah video yang saya rasakan menjadi penyebab utama kegagalan vcd KP UMNO Perlis tidak diedarkan sekitar persidangan baru-baru ini.

p/s: Perfectwater75, Diharapkan perubahan yang cuba dilaksanakan tidak tinggal RETORIK lagi kerana jika ia juga satu RETORIK maka ia agak terlambat bagi sebuah parti yang terlalu jauh tergelincir dari landasan perjuangan sebenar.

thx!

Oktober 21, 2009

MAKIN PANASSSS!!!! Sedutan Video Ucapan KETUA PEMUDA UMNO PERLIS Yang Diharamkan Pengedarannya...Part 2

video

Salam Bloggers!

Bahagian kedua ucapan KP UMNO Perlis yang 'miskin' ini sebenarnya cukup mengusarkan KJ yang sememangnya tak 'ngam' kerana Cikgu Mohsin menjadi satu-satunya KP UMNO Negeri yang dilantik beliau tidak mengikut telunjuk KJ dalam menyusun atur Jawatankuasa Pemuda Negeri. Ini yang merenggangkan lagi hubungan 'kasih' antara mereka. Siap yang patut dipersalahkan? KJ sepatutnya tidak campur tangan keterlaluan terutama dalam soal pentadbiran Pemuda Negeri. Biarlah Ketua Pemuda yang diamanahkan beliau menjalankan peranan untuk memantapkam pemuda di peringkat negeri. Itu yang sebaiknya.

Kata beliau lagi, saya suka untuk membawa satu peringatan daripada ucapan yang pernah dikeluarkan oleh mantan KP kita dalam ucapan pada perhimpunannya yang lepas

PRU 12, keputusannya adalah satu hukuman rakyat kepada kerajaan akibat dari kesalahan2 dasar-dasar kerajaan, ada yang megatakan ini adalah kesalahan dasar kerajaan ada yang mengatakan ini adalah hukuman kepada kita kerana tidak menghiraukan penderitaan rakyat.

dan kita amat berharap, jika kita telah menyatakan keluh kesah kita, penderitaan kita, di peringkat akar umbi pada hari ini, di atas pentas ini, tetapi masalah ini berterusan jangan salahkan pergerakan pemuda umno jika keputusan PRU ke 12 (berulang) kembali dalam PRU 13.Kita dah bagitau dah kita sakit di sini, sakit di sini tolong ubati kami, kami tak berdaya, semua kita nak berjuang di sini.(SELEBIHNYA TONTON SENDIRI)

thx!

p/s: Perfectwater75: Mungkin ini yang ditakuti oleh sebilangan kaki ampu-bodek's UMNO apabila ada juga pemimpin yang berani untuk menegur tetapi sampaikah teguran tersebut? Kita tunggu dan lihat sejauh mana UMNO yang dicanangkan hebat untuk berubah itu akan berubah....Apapun saya tak terkejut kalau Cikgu Mohsin akan dipanggil mengadap KJ dalam masa yang terdekat untuk memberikan penjelasan. Nantikan Part 3 yang lebih panas!!!

Oktober 19, 2009

Panassss!!!! Sedutan Video Ucapan KETUA PEMUDA UMNO PERLIS Yang "Diharamkan" Pengedarannya...Part 1

Salam Bloggers!

Saya tak mahu mengulas panjang cuma agak terkejut kerana video yang dirakamkan ini terpaksa melalui satu proses yang susah untuk mendapatkannya. Hakikatnya apa yang disampaikan langsung tidak diulas oleh MEDIA PERDANA. Entahlah kenapa tetapi yang pasti ada mainan dan konspirasi dari individu tertentu untuk menghalang KETUA PEMUDA UMNO PERLIS berucap lebih awal. Kata KP UMNO Perlis ini, asyik-asyik perkara yang sama diulangbicara setiap kali persidangan berlangsung sedangkan pemuda masih berada di takuk yang sama. Saksikanlah Bahagian Pertama sedutan video yang saya terpaksa dapatkan dengan harga yang agak mahal.

video

thx!

p/s: Perfectwater75: Hanya mereka yang berada di atas kayangan sahaja yang mengaut segala projek dari menteri yang berkenaan. Tak hairan kalau hanya dua tiga orang sahaja yang mempunyai akses istimewa untuk memiliki harta sepanjang menjadi pimpinan tertinggi.

Oktober 15, 2009

Lagi Kisah ADUN Pembangkang RASUAH Bebas Tuduhan Bila Keluar Parti...

Salam Bloggers!

Bila cakap salah tetapi bila tak cakap mungkin akan ada yang mengatakan kita sokong jadi saya rasa perlu cuit sikit apa yang berlaku kalau mengikut laporan ini. Ini satu lagi bukti terbaik langkah untuk mengelakkan diri disabitkan tuduhan rasuah terutama buat ahli parti lain selain UMNO. Mudah sahaja, keluar parti dan tak perlu masuk UMNO tetapi cukup sekadar ISYTIHAR sokongan kepada PERDANA MENTERI. Insya Allah, selamat! Tunggu apa akan jadi kepada kes mantan ADUN PKR di Perak yang juga terlibat dengan kes RASUAH. SPRM dengan penuh keabsahan akan membebaskan mereka dari sebarang tuduhan rasuah. Tunggu sahaja...

thx!

p/s: Alih-alih buruk pi kat UMNO! Nak buat gena kan...Dah nasib ORANG TUA...terima ajer laa...Pilih calonpun mantan perasuah...hahaha!

Selamanya UMNO Takkan Berubah! Pindaan Paling Bangang!

Salam Bloggers!

UMNO 1 Malaysia sedang menunggu apa yang bakal diamanatkan Najib dalam ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden UMNO. Tentunya hari ini, rakyat akan terus disajikan dengan pelbagai versi pantun yang akan dijadikan 'hadis' oleh pengikut kanan dan kiri UMNO. Namun begitu, saya ingin membawa perhatian mengenai pindaan perlembagaan yang dicadangkan UMNO dalam Perhimpunan Agung Khas kali ini. Kalau mengikut apa yang dikemukakan oleh penulis blog tegar UMNO ini maka saya rasa agak pelik kalau pindaan ini diterima ahli UMNO. Lihatlah beberapa pra-syarat yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh parti 'kebanggaan' orang Melayu di Malaysia ini. Antaranya :-

1. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Presiden UMNO : Sekurang-kurangnya telah menjadi Timbalan Presiden selama dua penggal berturut-turut.

2. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO : Sekurang-kurangnya sudah menjadi Naib Presiden untuk dua penggal berturut-turut.

3. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Naib Presiden UMNO : Sekurang-kurangnya sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 2 penggal berturut-turut.

4. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO/Ketua Wanita/Ketua Puteri : Sekurang-kurangnya sudah menjadi EXCO Pergerakan tersebut selama dua penggal berturut-turut.

5. Semua syarat ini turut akan dilaksanakan di semua peringkat kepimpinan UMNO, sama ada di peringkat Bahagian mahupun Cawangan.

Merujuk kepada syarat nombor wahid, mana mungkin ada orang lain yang akan mampu mencabar jawatan tertinggi parti kerana bagi saya ini adalah syarat yang hampir mustahil dipenuhi. Katakanlah, si A memegang jawatan Timbalan Presiden selama satu penggal kemudian tewas pada penggal seterusnya tetapi mendapat semula jawatan tersebut pada penggal yang satu lagi, maknanya secara otomatik presiden sedia ada akan mendapat kedudukan selesa sekurang-kurangnya tiga penggal atau selama 12 tahun. Itu jika timbalan presiden semasa berjaya mendapatkan semula jawatan nombor 'Thani' parti ini dalam pertandingan kali ketiga. Kebiasaanya, bila seseorang itu tewas merebut jawatan tertnetu, dia akan ditinggalkan dan dilupuskan terus dari parti atau lebih cantik dipanggil 'VETERAN PARTI'. Namun begitu, orang semasa yang paling layak mencabar presiden ialah Tun Dr.Mahathir, itupun kalau masih diberi umur yang panjang oleh Allah S.W.T. Jadi, mana seruan demokrasi yang dikatakan begitu 'subur' dalam UMNO? Maka pindaan ini sewajarnya dicop sebagai satu lagi drama RETORIK UMNO kalau ia benar-benar dicadangpindakan oleh UMNO.

Maka, saya bersetuju bahawa syarat pindaan ini hanya memberikan peluang lebih selesa kepada mereka yang sedia berkuasa untuk terus berkuasa dengan lebih rakus mengaut segala kekayaan. Beranikah setiap individu pemimpin yang berada dalam kelompok elitis ini mengisytiharkan harta sebelum dan beberapa tahun selepas menjadi sebaahagian pimpinan UMNO?

Maka, selamanya UMNO tak berubah kerana mengekalkan doktrin yang sama iaitu hanya mereka yang tertentu sahaja layak mencalonkan siapa yang mereka fikirkan layak sahaja. Walaupun kononnya ia akan dilaksanakan di semua peringkat tetapi ia tetap tidak membawa apa-apa makna positif untuk perkembangan UMNO secara lebih progresif untuk merakyatkan UMNO.

Maka RETORIK yang sedia ada akan terus dikitar semula demi kelangsungan kuasa mereka yang tak mahu kalah dan turun walaupun sudah tidak menepati citarasa semasa UMNO lagi. Pihak pembangkang akan lebih seronok dengan pindaan yang dicadangkan ini kerana ia akan memberi ruang yang lebih luas kepada mereka untuk terus 'mengelirukan' rakyat khususnya ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk langsung menyertai mereka kelak.

Fikirlah sehabis baik, kalau seorang yang didapati berslah dalam rasuah politik boleh lagi dicalon dan diangkat menjadi wakil rakyat maka kita renunglah sendiri apa yang UMNO mampu buat selepas ini selain terus dan terus merosakkan kekuatan dan kesepaduan UMNO khususnya dalam menghadapi cabaran terhebat dalam PRU-13 nanti.

Pemimpin UMNO yang ada, ini adalah peringatan jika anda terus leka dan alpa, jangan salahkan rakyat kerana 'tidak bersyukur' dan 'berterima kasih' kepada kerajaan Tertua di Malaysia ini atas segala sumbangan yang diberikan walaupun dalam masa yang sama anda menggunakan wang rakyat yang diakui sebagai wang sendiri....

p/s: rakyat yang 'bodoh' bolehlah terus ditipu...

thx!

Oktober 14, 2009

AKU ORANG PERJUANGAN!

Salam Bloggers!

Sajak yang dikirimkan seorang rakan ini saya dedikasikan kepada semua pejuang tak kita apa ideologinya dan kepada pengunjung setia blog ini. Hidup Satu Perjuangan Kerna Aku Orang Perjuangan...


AKU ORANG PERJUANGAN

Aku Orang Perjuangan…

Sekali berjuang nyata ada

di satu sudut jiwa pengorbanan…

Kerna Aku Orang Perjuangan…

Nyata dalam perjuangan

Tiada kata mengalah

Kerna insan yang berjiwa kecewa

Sirna norma perjuangannya…


Aku Orang Perjuangan…

Sekali berjuang nyata ada

Di satu sudut nafas perjuangan…

Kerna Aku Orang Perjuangan

Nyata dalam perjuangan tiada nada hanya menurut

Kerna insan yang hanya tahu menggangguk

Sirna nilai perjuangannya…


Aku Orang Perjuangan…

Selama aku berjuang…

Nyata ada musuh dalam dan luar RUMAH

Yang mengiringi perjuangan ini…

Dari yang cinta adu domba,

Dari yang rindu pecah lara,

Dari yang kasih siksa rasa,

Dari yang sayang musuh jiwa,

Hingga rosak nikmat perpaduan,

Demi capai satu tujuan,menghancur kota kekuatan,

Membinasa tembok perjuangan…


Aku Orang Perjuangan…

Dari saat awal aku bersedia

Merentas jiwa-jiwa nan celaka itu

Demi langsungnya hidup jiwa perjuangan ini…

Walau aku diperosok ke lembah penghinaan,

Namun, aku tiada gentar,

Tak pernah rasa gementar

Dengan suara ugutan atau irama mengancam

Kerna aku berjuang…

Berjuang bukan demi kaya…

Berjuang bukan demi nama

Berjuang bukan demi rosak jiwa…

Kerna Aku Orang Perjuangan…

Yang berjuang atas prinsip perjuangan

TULUS JIWA, ASLI RASA dan;

Kerna satu kata…

Aku Orang Perjuangan…

Oktober 11, 2009

Bersedia Semua!!! Dengar Berita Kemenangan BN Selama Berbulan...

Salam Bloggers!

Andai laporan benar ini diambilkira maka bersedialah semua untuk menerima dan melayan berita, ulasan, dan apa-apa lagi yang sama waktu dengannya tentang kemenangan 'besar' perasuah UMNO dalam PRK Bagan Pinang. Apakah ia melambangkan pengundi masih menerima rasuah dalam kehidupan mereka sebagai satu yang wajib atau sengaja memberikan kemenangan kerana segan dengan si pendek yang 'banyak' berjasa kepada negeri atau mungkinkah ini satu permulaan kepada satu perkara yang lebih besar di Negeri Sembilan selepas ini? Kita mahu tidak mahu kena tunggu apa drama yang akan disajikan dalam slot 'Drama Minggu Ini' di Negeri Sembilan.

Bersedialah menerima ulasan 'melampau' pimpinan cakap tak serupa bikin UMNO tentang kemenangan BN bukan sehari dua tetapi berbulan-bulan hingga mereka tewas lagi. Sekiranya ini PRK terakhir maka inilah bekal hingga ke PRU-13 yang akan mereka jaja. Seperti yang saya katakan dalam ulasan sebelum ini, walaupun perasuah politik ini menang ia takkan membawa apa-apa makna yang positif kerana ada sesuatu yang mungkin cuba diterjemahkan pengundi 'cerdik' Bagan Pinang kali ini. Kita tunggu.......

thx!

Picture Of The Year?


Salam Bloggers!

Lucu bila melihat gelagat makcik tua dari UMNO ini yang mudah sangat terpengaruh dengan provokasi parti lawan hingga terlupa dirinya itu perempuan muslimah yang sepatutnya mengekalkan adat dan kesopanan Islam dan Melayu. Bagi saya secara peribadi, apa yang dikisahkan sangat dengan provokasi parti lawan yang sebegitu hingga kita terlupa siapa diri kita yang sebenar. Dengan baju terpampang megah lambang Wanita UMNO Pendang memungkinkan banyak persoalan yang akan ditanya dan gambar yang 'cantik' ini akan dijaja.



Nasihat saya, sudahlah makcik tua yang mungkin tak sedar diri diperhatikan oleh lensa kamera pihak tertentu. Tak payah terikut-iku rentak orang muda zaman kini berpolitik. Apapun diharapkan satu keputusan yang terbaik dalam PRK Bagan Pinang kali ini. Siapa menang? Tunggu jawapannya malam ini. Bagi saya, saya lebih suka UMNO kalah kerana kemenangan mantan perasuah ii sebnarnya tak membawa apa-apa makna yang positif untuk kelangsungan perjuangan UMNO pada masa mendatang. Bahkan ia hanya menguatkan lagi sangka 'baik' pihak tertentu yang yakin UMNO telah tersasar jauh dari landasan sebenar perjuangan mereka selama ini.



p/s: Tunggu komen provokasi untuk post kali ini...Hahaha!

Oktober 09, 2009

Peringatan Untuk Pengundi Bagan Pinang...Dari Dr.Asri

Salam Bloggers!

Sekadar memanjangkan pesan dan nasihat yang baik. Pilih berdasarkan CALON.

sumber asal

Peringatan Untuk Pengundi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang
Disiarkan pada Oct 09, 2009 dalam kategori Wawancara, Kenyataan & Penjelasan |

Saya menasihatkan kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.



Jika kita sesama muslim bergaduh dan ‘berperang’ antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?!



Saya tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti itu hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya, justeru saya menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup mereka yang lebih utama melebihi parti adalah tanggungjawab terhadap Islam; maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya yang saya telah sebutkan sejak dulu dalam berbagai media iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.

Dalam istilah siyasah syar’iyyah disebut al-Quwwah dan al-Amanah; yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut. Inilah dua ciri yang disebut dalam al-Quran (maksudnya):

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini penting dalam apa tugasan yang hendak diserahkan kepada seseorang. Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku. Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai.

Pengundi Bagan Pinang hendaklah dengan teliti menilai perkara ini. Maka kesimpulannya; pilihlah yang berkemampuan dan amanah. Maka dengan itu anda memenuhi tuntutan Islam.

-DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, USM, P.PINANG.

p/s: Antara Rasuah dan Amanah, pilihlah yang terbaik!

Oktober 08, 2009

BN Rasuah Tentera? Biasalah Dah Calon Pun Mantan Perasuah...

Salam Bloggers!

Bila baca laporan tipu ini, saya terus tersenyum kerana mengenangkan betapa UMNO/BN terpaksa menggadai janji dalam lindungan majlis jamuan tertentu. Komen saya hanya satu, BIASALAH DAH CALONNYA PUN MANTAN PERASUAH JUGA...jadi apa yang PAS hendak hairankan. Tak payahlah bising-bising sebab takkan ke mana segala aduan yang dibuat. Akhirnya semua laporan akan direnyuk dan dibuang dalam tong sampah sahaja. Sikap UMNO mengganggap semua wang kerajaan yang ada adalah milik mutlak mereka sedangkan semua rakyat tak kita parti, ideologi, agama membayar cukai kepada kerajaan tetapi dalam sesetengah hal yang istimewanya, dalam kegawatan ekonomi UMNO/BN tetap mampu menghulurkan janji-janji manis bak mee segera khususnya kepada pengundi dalam semua PRK yang lalu. Kini rasuah itu datang lagi dengan cara tersendiri. Kalau beginilah UMNO secara beretrusan, tak payah dok mimpi ia akan berubah walaupun jutaan pidaan yang dibuat. UMNO tetap seperti yang kita lihat. Satu UMNO Malaysia, Retorik didahulukan, Projek diutamakan!

Media yang ada di Malaysia yang sememangnya dicop sebagai condong atau pro kerajaan tak habis-habis mengulang drama yang sama setiap kali pilihanraya. Saya yakin majoriti rakyat sebenarnya jemu dan bosan sangat dengan tingkah yang ada kecuali dua-tiga ketumbukan yang masih setia menyokong keadaan sedia ada. Tak mengapa kata meeka janji masyuk!

Kepada pengundi Bagan Pinang, undi anda dinilai, jangan biar maruah tersepai kerana akur dengan lambakan projek segera yang turun di kawasan anda. Saya takkan merasa bangga andai Isa Rasuah itu menang dalam PRK Bagan Pinang kali ini kerana semua kena sedar Isa berdiam diri selepas digantung bukan kerana setia tetapi kerana memang dia bersalah!!! Cuma nasib baik SPRM tak berani campur tangan urusan parti UMNO. Walaupun mulanya dijenamakan semula katanya mengikut apa yang dilaksanakan SPRM HONG KONG tetapi alih-alih acuan MAlaysia daa. Maka terus berkeliaran perasuah parti UMNO dengan megah kerana mereka pada satu ketika telah berjaya mengalahkan Mantan PM yang cuba bertanding menjadi PERWAKILAN UMNO hanya dengan nilai RM 200. Teruskan perjuangan anda wahai perasuah-perasuah UMNO! Anda mampu melakukannya lagi...

Satu UMNO Malaysia, Retorik didahulukan, Projek diutamakan!
Satu UMNO Malaysia, Retorik didahulukan, Projek diutamakan!
Satu UMNO Malaysia, Retorik didahulukan, Projek diutamakan!

Hidup UMNO???

Oktober 05, 2009

Politik Wang Bukan Rasuah! Inikah Petanda UMNO Semakin Lekeh...?

Salam Bloggers!
2-3 hari selepas pencalonan kerusi DUN Bagan Pinang maka seperti biasa Media Perdana negara akan memainkan isu-isu berkaitan untuk menunjukkan kelemahan di sebelah piahk yang membangkang. Itu memang biasa dan ia sebenarnya tak mengancam kekuatan parti yang satu lagi untuk turut berkempen bagi memberi kemenangan bermakna kepada parti dukungan mereka kerana tidak ramai yang akan asyik menonton media perdana tersebut melayar berita palsu dan meloyakan.

Cuma, apa yang saya lihat agak ganjil kali ini ialah isu yang cuba dipaparkan atau digembar-gemburkan bukan isu berkaitan Bagan Pinang secara keseluruhan tetapi sampai ke malam ini media tersebut masih menggunakan isu 'LEMAK BENGKAK' yang telah ditonjolkan secara meluas pada hari penamaan calon. Apakah ini petanda UMNO semakin BODOH dan LEKEH bila menghadapi pilihanraya? Apa yang saya lihat ini bukan cara UMNO yang sebenar tetapi ia cara lapuk yang masih digunakan seolah-olah tiada lagi cara dan isu lain yang lebih penting untuk dibawa.

Kelekehan UMNO ini ditambah buruk dengan pengakuan Sang Presiden yang kini 'makan angin' bersama 'PM' di Kota Paris yang menyatakan bahawa calon BN "HANYA" melakukan kesalahan teknikal parti dan langsung tak menyalahi mana-mana peruntukan dalam undang-undang negara. Maka apabila sang presiden menyalak demikian tiada apa yang perlu dipertikaikan kerana kata-kata presiden umpama FIRMAN tuhan dan SABDA nabi oleh pengikut UMNO yang belum tulen ISLAMnya itu. SPRM yang gah itupun takkan mampu menyanggah TITAH raja UMNO semasa ini.

Jelaslah hari ini bahawa jika ahli UMNO melakukan kesalahan yang melanggar disiplin parti seperti politik wang langsung tidak dianggap sebagai rasuah dan jika orang lain termasuk rakyat marhain melakukan tingkah yang sama saya yakin, sang pencium tahi SPRM akan menjejaki hingga ke nafas yang terakhir demi menegakkan undang-undang negara Malaysia yang tercinta, Lihatlah apa yang berlaku dalam kes Azalina Said yang mana orang kanannya telah ditahan bersama sejumlah wang yang agak banyak tetapi kes itu katanya masih disiasat dan sehingga kini masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib kepada individu yang berkenaan. Malahan, Azalina sendiri dilaporkan pernah mencabar pihak SPRM untuk mengambil tindakan sekiranya beliau bersalah. Apakah cukup dengan hukuman 6 tahun keahlian digantung kemudian dipendekkan sependek tuan tubuh sudah membolehkan beliau wajar diberi peluang kedua atau sang presiden takut isu lama terbongkar sehingga mungkin akan mencalarkan reputasinya yang sedia tercalar itu?

Hari ini rakyat Malaysia menyaksikan bahawa jika melakukan RASUAH dalam UMNO ia adalah biasa dan bukan dianggap sebagai penjenayah tetapi jika keadaan itu berlaku kepada individu yang bukan ahli UMNO maka ia adalah RASUAH dan sang pelakunya akan dipenjara serta didenda semaksima mungkin. Maka BILIS TETAP BILIS manakan sama dengan JERUNG GANAS yang akan terus berkeliaran.

Berubahlah UMNO! Berubahlah UMNO!

p/s: Siapa nak buat amal menderma sesama ahli maka ikutlah cara UMNO kerana perbuatan itu bukanlah rasuah. SPRM akan kekal sebagai Suruhanjaya Pencinta Rasuah Malaysia selamanya.

thx!

Oktober 04, 2009

Mampukah UMNO DiIslamisasikan?

Salam Bloggers!

Saya ingin mengajak diri saya dan semua pendukung UMNO agar meneliti dan menelusuri bait-bait nasihat yang saya anggap terbaik dari segi kupasannya yang ditulis oleh Mantan Mufti Perlis yang 'kontroversi' iaitu Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dalam Kolum wajibnya di sini. Semoga pemimpin dan pendukung setia UMNO menginsafi apa yang cuba disampaikan oleh beliau. UMNO perlu kembali ke landasan asalnya jika mahu terus diterima rakyat keseluruhannya.

Islam Tulen Boleh Selamatkan Umno
Disiarkan pada Oct 04, 2009 dalam kategori Dakwah |

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.



Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.



Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.



Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!

Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.


Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

p/s: Moga UMNO berubah...

Oktober 03, 2009

AKTIVITI REGANGAN....TEKA TAJUK GAMBAR INI?



Buat apa sampai tumbuk-tumbuk walaupun besar lemak tengkok AMT UMNO yang berkenaan ditafsir lebam dan urat bengkak? Baik teka tajuk gambar yang saya sertakan ini.

thx!