Mei 22, 2009

Kemelut Politik Perak Terus Berlarutan...

Salam Blogger!

Tahniah kepada MB Zambry yang menang hasil keputusan 3-0 Mahkamah Rayuan Putrajaya petang ini. Walaubagaimanapun, saya menjangkakan kemelut politik di Perak akan terus berlarutan selama mana tiada pembubaran DUN perak dibuat.

Saya tak mahu mempersoalkan keputusan hakim yang berkenaan. Apa yang penting, kalau semua pihak benar-benar ikhlas memajukan Perak buktikanlah selepas ini. Doa saya agar tiada ADUN di Perak yang akan mengikuti jejak Allahyarham ADUN Manek Urai pagi ini kerana jika ia berlaku, entahlah apa pula alasan BN untuk tidak mengadakan pilihanraya.

Hanya kerana hal itu sahaja yang menggagalkan sebarang usaha SPR untuk menafikan pilihanraya berlaku. Diharapkan BN/UMNO tidak bertanding di DUN Manek Urai kerana ia sekadar membazirkan wang dan perbelanjaan lain yang sama waktu dengannya. lagipun kalau BN/UMNO menang pun tak dapat mengubah majoriti kuat PAS Kelantan dalam DUN Kelantan. Konklusinya, jangan bertanding kalau sudah tahu ia tak mampu mengubah apa-apa seperti di Penanti.

thx!

Jom Pakat Gi Kelate!!!! Ada PRK pulak doh...BN Masuk Ke?

Salam Bloggers!

Ucapan takziah saya dahulukan kepada ahli keluarga ADUN Manik Urai, Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah pada pada subuh tadi. Klik sini


Takdir Allah menentukan satu lagi PRK akan berlangsung walaupun pelbagai alasan yang diberi BN untuk tidak lagi terlibat dengan retorik ciptaan pembangkang. Apakan daya, perancangan ALLH lebih hebat dan tentunya kali ini BN tak dapat lari untuk turut terlibat dalam PRK di Kelantan.

Maka akan berduyun-duyunlah pak menteri dan mak menteri ke Kelantan untuk menghambur segala janji dan peruntukan segera buat pengundi dengan harapan mereka akan memilih calon BN kali ii demi menaikkan semula graf semangat yang semakin hilang khususnya buat BN.

Insya Allah kita akan berjumpa di MANIK URAI!

THX!

p/s: Bagi Salah Tak Bagi Salah, Jadi Semua Serba Salah...

Mei 20, 2009

Salam Takziah Buat Guru & Sahabat...Al-Fatihah

Salam Bloggers!

Pagi tadi saya menerima sms dari seorang sahabat yang memberitahu tentang kepulangan seorang GURU & SAHABAT saya ke Rahmatullah iaitu Cikgu Kamaruddin bin Omar a.k.a Cikgu Kamal atau K.O jam 1.45 pagi tadi di Hospital Taiping..

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga beliau yang sememangnya terkejut dengan panggilan Illahi tersebut. Beliau yang meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut sememangnya amat dihormati dalam kalangan teman yang mengenalinya. Saya yang berada di rumah kakaknya di Lorong jambu Bertih, Bintong, menyaksikan arwah dimandikan serta dikapankan dengan selamatnya. Beliau salah seorang Guru Cemerlang Muzik banyak menyumbang bakti terutama dalam bidang nasyid di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam 2 petang di tanah perkuburan di Bintong dekat dengan Kangar, Perlis.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ar-ruh beliau...Al-Fatihah....

Thx!

Mei 17, 2009

RENUNGAN BAGI YANG MAHU BERFIKIR.....INILAH MUFTI AGUNG PERAK

Salam Bloggers!

Saya petik dari laman blog ini yang saya rasakan hujahnya bernas dan menggunakan contoh realistik tanpa berniat jahat. Jadi, terpulanglah kepada anda untuk menentukan kebanarannya. Bagi saya, apa yang benar tetap malar dan usah disongsangkan demi kepentingan individu tertentu. Buat Mufti Agung Perak, sudah tiba masanya anda berundur natijah dari kegagalan mengawal situasi dan nafsi.

Kata2 dari seorang Mufti Perut
kamus dewan kepala hotak saya :

Mufti Agama : Seorang yang dilantik untuk dijadikan rujukan,penegur dan penentu dalam segala hal2 agama..senang kata mufti jaga agama

Mufti Perut : Seorang yang dilantik untuk menghalalkan,membenarkan,mengharuskan segala tindak tanduk kerajaan dan mengharamkan segala bentuk perbuatan pembangkang demi nak jaga gaji dan kedudukan..senang citer mufti jaga perut

Ada seorang mufti perut kata : Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka ( UMNO ) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali kepada UMNO !

Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir ! Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam sendiri ?

Orang Islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM !

Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya(karpal) dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM !

pesan saya yang bukan mufti perut mahupun mufti agama :
1) sejak bila pulak Islam tak benarkan berkasih sayang dengan non muslim???sedangkan Nabi kite bagi orang yahudi dan Nasrani (Kristian) duduk,tidur 3 hari 3 malam dalam masjid Nabi semasa turunnya ayat AL_IKHLAS...Nabi pergi ziarah sorang perempuan tua yang sedang nazak yang mana perempuan tua tu sering menabur duri dan menganggu perjalanan nabi..inikan kite yang bukan Nabi. nak dakwah natang apa kalau tak boleh nak berkasihan dan sayang kepada mereka...konsep kasih sayang tuh lah yg buatkan Kristian berjaya merempuh negara2 Asia dan Afrika.

2)Muslimah PAS PKR peluk Eli ...sama2 wanita salah???yang bini najib peluk cium hero hindustan x salah????mana suara ko masa tuh???awat hang tak keluar kenyataan??apa tak keluar fatwa????Pak Lah paut pinggang Michelle pun hang sengap ja...oh yerr..lupe..hang takut kann????kang hangus pulak takde pangkat takde gaji

3) ELI buat maksiat????apa dosa dia yg kite nak hukum sedangkan dia bukan islam.ni dah macam kite nak marah nak bakar kedai nak tangkap org cina berjudi,minum arak,tak puasa sedangkan derang bukan islam.

4)Orang yang kene aniaya kene aib dimarahkan.orang yang sebar foto,aibkan orang apa hang tak marah???

5) Karpal kata langkah mayat????dia tuh sapa??Orang islam ka???yg dalam UMNO duk hina janggut nabi,hina Alquran,rasuah sana sini,kasi tokey2 cina tanah buat kasino..hang kat mana masa tuh?????

aku mintak maaf lah..cuma aku makin lama makin tak paham lagu mana hang leh jadi MUFTI AGAMA yang pada aku..aku nampak lebih kepada MUFTI PERUT
hang mudah lupa...dulu masa hang kena katok dek umno bn pasai buat kenyataan isu murtad dulu..sapa yang duk belakang hang???sapa yang sokong hang?sampai hang jatuh sakit...hang jangan buat2 lupa orang dan pemimpin PAS lah yang backing hang...nih dah mcm lepaskan anjing tersepit..bila isu tu dah senyap..hang kilah gigit PAS balik...piii raaahhhh..aku sikit tak respek mufti perut mcm hang...

p/s: Muhasabah Diri Setiap Hari.....Hidup atas nama kebenaran!

Thx!

Mei 16, 2009

SAH!!!! NAJIB BUKAN PM...PM MALAYSIA YANG SEBENAR IALAH...

Salam Bloggers!

Boleh juga klik sini...

Kalau laporan ini diambil kira maka seolah makin terang cakap-cakap bahawa NAJIB bukanlah PM yang sebenar. Ini kerana NAJIB pernah mempertimbangkan hasrat untuk tidak bertanding dalam PRK selepas tewas teruk dalam beberapa siri PRK sebelum ini tetapi kenyataan 'longlai' NAJIB telah ditempelak oleh Mahathir yang terus menunjukkan kepada dunia bahawa beliau masih berkuasa.

Jika anda baca sampai habis laporan MALAYSIAKINI ini maka terbukti UMNO telahpun menggerakkan jentera di Penanti sedangkan NAJIB belum menentukan sama ada UMNO/BN akan bertanding di Penanti kali ini. Maka saya mengambil kesimpulan awal untuk menyatakan ini semua satu lagi episod RETORIK dari seorang yang hanya ada nama sebagai PM sedangkan seperti ada tangan-tangan lain yang lebih berkuasa untuk menentukan perjalanan pemerintahan negara.

Jelas, UMNO berada dalam keadaan yang paling tertekan kerana masih belum pulih dari trauma kekalahan teruk dalam PRU-12 yang lalu. Berjayakah UMNO mengubati hati orang Melayu yang tercalar dek kelakuan beberapa pemimpin yang cuba berjiwa 'maharaja' dan bersifat 'democrazy' yang mempergunakan setiap ruang dan peluang yang ada tak kira siapa sahaja dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar orang, asal ada keuntungan politik. Anehnya, semua keburukan dilempar kepada orang lain. UMNO perlu transformasi secara menyeluruh...Tak payahlah hendak beretorik dengan pelbagai SLOGAN baru yang tiada maknanya kerana hakikatnya rakyat sudah jemu dan jemu serta jemu dengan UMNO....

Apakah benar kata-kata bahawa PM MALAYSIA sekarang ialah MAHAJIRO??? Anda tentukan sendiri....

SAJAK TERBAIK BUAT GURU....

Salam Bloggers!

Saya ambil dari blogger Kedahlanie...

Ia Bukan Salahmu Cikgu Kerana Najib Begitu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

SELAMAT HARI GURU!!

Apabila hari ini lahir seorang PM
suaranya serak dengan retorik-retorik
yang kami tidak faham
hari ini Satu Malaysia
esok Merakyatkan Pemimpin
lusa Aku PM Rakyat
tulat entah apa-apa yang kami makin biul
itu bukan salahmu, cikgu
kerana kamu dulu tidak pernah ajar dalam kelas
ilmu menjual pil-pil palsu
yang hanya menjadikan rakyat yang lapar semakin keliru.

Apabila hari ini lahir seorang PM
di pinggangnya terselit puluhan C4
bisa menggegar bisa menghancur siapa saja
bisa menukar kerajaan sah menjadi kerajaan haram
bisa menukar MB sah menjadi MB haram
bisa menukar Speaker sah menjadi Speaker haram
itu bukan salahmu, cikgu
kerana kamu dulu tidak pernah ajar dalam kelas
ilmu mencolek dan menyembunyikan manusia
ilmu lompat katak
ilmu merampas hak yang sah
yang hanya menjadikan politik huru hara
dan ekonomi porak poranda.

Apabila hari ini lahir seorang PM
dengan isteri rambut besar kepala telanjang
badan dihiasi kerlipan intan berlian
mengalahkan bidadari kayangan
pakaian ranggi semuanya luar negeri
itu bukan salahmu cikgu
itu bukan salahmu ustaz
kerana kamu dulu tidak pernah ajar dalam kelas
ilmu mendedah aurat
ilmu riak takbur dengan segala perhiasan mahal-mahal
ilmu membazir ketika rakyat mati terjelir.

Selamat Hari Guru
terima kasih cikgu kerana mengajar kami menjadi manusia
mengajar kami erti ketabahan
mengajar kami erti keberanian
biar dalam kesusahan dan kesempitan
tidak pernah menyerah demi sebuah maruah
tidak pernah berhenti sampai mati.




http://pendikargunung.blogspot.com/

p/s: Best bila baca sajak ini...Buat Guru Semua...Selamat Hari Guru!

Mei 14, 2009

GEMPAR DAN HANGAT!!!!! FELDA CHUPING PERLIS BUANG PEKERJA RAKYAT TEMPATAN DAN GANTI DENGAN PEKERJA ASING BERMULA AWAL BULAN JUN INI..MALANGNYA MELAYU

Salam Bloggers!

Ini berita yang baru hari ini saya terima dari rakan-rakan seperjuangan. Perlis Plantation telah menamatkan hak pengurusan mereka dalam Industri Gula Perlis dan menyerahkan kepada Pihak FELDA yang mana kontrak mereka yang berjumlah lebih kurang 300 orang yang majoritinya BUMIPUTERA tidak akan disambung dan bakal digantikan dengan tenaga asing dari negara jiran.

Hahahaha! Inilah yang dikatakan "SEMANGAT SATU MALAYSIA! RAKYAT DIDAHULUKAN! PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!! Setakat ini tiada sebarang perubahan dan saya yakin pihak PM RAKYAT yang baru digelar tidak mengetahui KEZALIMAN PENGURUSAN FELDA CHUPING PERLIS menamatkan kontrak yang bermakna pemberhentian kerja beramai-ramai tanpa jaminan akan diberi atau mendapat pekerjaan yang baru selepas ini. Saya menggunakan kesempatan berblog ini untuk menyeru kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan terus dengan PM RAKYAT agar dapat memberitahu beliau sebelum tindakan pembuangan pekerja ini kekal dan menjadi satu kemelut khususnya di kawasan FLEDA CHUPING PERLIS yang terkenal dengan KUATNYA UMNO sejak dari dahulu. Tolonglah, saya merayu agar suara mereka didengar melalui blog saya yang kerdil ini. Kerja pemimpin tengok sahaja rakyat menderita?? entahlah...tidak semua sebegitu caranya...Media??? Biasalah, ada 'value' baru sampai..Tak percaya kita tunggu dua tiga hari ini...TV mana yang akan buat liputan DEMI SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!!!!

TERIMA KASIH!!!!!!

Oopps! I did it again! Najib Cipta Slogan Baru Pulak dah...

Salam Bloggers!

Hari ini pelbagai berita disajikan jika kita menjengah Malaysiakini. Ada berita ini, ada juga berita ini dan ini. Walaubagaimanapun, saya paling suka baca berita ini kerana ia ada nilai tersendiri. Apatah lagi orang yang bercakap ialah PM NAJIB yang tak habis-habis mencipta 'slogan' baru untuk manrik perhatian dan sokongan rakyat.

Kalau setakat buang segala formaliti 'mengarut' seperti hamparan permaidani merah, bungga manggar dan tanpa krew media nyata merupakan satu lagi lawak petang Khamis ini.

Kalau setakat turun dua tiga kali dan minum air kelapa di pasar yang kotor belum mencukupi buat seorang PM untuk menggelar dirinya sebagai PM RAKYAT. Lihatlah masyarakat di luar bandar yang masih teraba-raba mencari pekerjaan . bahkan ada juga yangbakal dibuang pekerjaan atas alasan tamat kontrak. Masih banyak lagi dan bukan terlalu awal untuk menyatakan kita tak boleh menilai seseorang pemimpin pada zaman awal pemerintahannya.

Hakikatnya, NAJIB sudah dilahirkan sebagai orang bangsawan dan tak pernah sedikitpun merasa pedih kehidupan seperti mana orang lain. Semuanya yang ditunjukkan kini sekadar EMPATI yang tak kemana pun. Kenapa baru kini baru sedar tidak mahu semua itu? Kenapa tidak dari dulu lagi wahai NAJIB? Adakah selepas menjadi PM baru boleh ubah gaya hidup yang serba kemewahan. Saya tak mahu sentuh bab anak kesayangannya yang gambarnya tersebar merata dunia dalam keadaan tertentu....Itu hakikat kehidupan mewah yang dilalui beliau sekeluarga. Bagaimana boleh dicop sebagai PM RAKYAT jika apa yang dibuat hanya satu dari 100 tindakan yang dijalankan?

Sudahlah NAJIB...Hentikanlah drama retorik PM RAKYAT ini kerana rakyat sedia menderita dengan apa yang disajikan. Kalau setakat PROTON PERDANA yang menjadi kereta rasmi sedangkan kereta peribadi belum tahu beberapa harganya dan mungkin sama dengan gaji seorang buruh kasar yang bekerja selama berpuluh-puluh tahun hendak dikatakan layak menggelar dirinya PM RAKYAT?

Bagi saya, hentikanlah mencipta slogan baru kerana bukan itu yang rakyat nilaikan. Kerja dan prestasi yang lebih dilihat rakyat. Tak perlu mengkhabarkan atau menghebohkan seluruh dunia anda adalah PM RAKYAT, tak perlu...Semuanya bagi saya hanyalah KOSMETIK yang paling digemari untuk terus diampu-bodek's oleh penjilat jubur yang sentiasa menunggu peluang mana yang terbuka untuk menikmati hasilnya. Najib, you know that man!!!!!

setakat sekali dua hidu udara 'wangi' kotaraya takder makner nyer...hahaha!

p/s: FELDA CHUPING PERLIS BUANG PEKERJA RAKYAT TEMPATAN DAN GANTI DENGAN PEKERJA ASING BERMULA AWAL BULAN JUN INI. SETAKAT JAM 7 PETANG INI MASIH BELUM ADA APA-APA REAKSI DARI PM RAKYAT KITA. jadi sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan NAJIB, tolong-tolong khabarkan yer...SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN! SATU MALAYSIA...RAKYAT DIDAHULKAN HILANG PEKERJAANNYA...PENCAPAIAN KEWANGAN YANG KITA UTAMAKAN...HIDUP PM RAKYAT!!!!!

thx!

ANWAR!!!! KENAPA SURUH NAJIB BUBAR DUN PERAK???!!!

Salam Bloggers!

Hari ini agak 'terkejut' juga bila baca laporan ini. Kenapa ANWAR(DSAI) sibuk-sibuk sangat dok suruh NAJIB bubarkan DUN Perak. Siapa DSAI hendak masuk campur???

Para bloggers jangan salah tafsir pula bila saya tanyakan kenapa DSAI dok galak sangat suruh NAJIB bubar DUN Perak ini. Bukan apa, SATU MALAYSIA sudah maklum NAJIB seorang BACUL, PENGECUT, PENAKUT, MANGKUK dan apa-apa lagi gelaran yang sama waktu dengannya.

Kenapa pula saya kata begitu??? Semua pun sudah maklum, kalau kita hendak mendapatkan kembali MARUAH DIRI yang semakin terhakis dan berderai umpama kaca yang disangka permata hanyalah melalui jalan membubarkan DUN Perak. Ini tidak, masih berbelit dan bersembunyi di belakang nama raja. Alasannya, 'ITU KUASA SULTAN" ITU KUASA SULTAN" tetapi dalam masa yang sama memberikan amaran kepada rakyat supaya TIDAK TERLALU TERUJA dalam ukiran senyuman yang tak nampak manis di belakangnya KSN yang makan gaji dan jilat punggung pun senyum sama juga seperti cerita atau filem yang mana gangster mula tertawa atau senyum 'penjahat'nya.

UMNO nyata sudah kehilangan maruah diri yang satu ketika dulu disanjung tinggi oleh ahli-ahlinya tetapi kini ada dalam kalangan ahli yang membantu pembangkang untuk menjatuhkan calon UMNO itu sendiri. Kenapa NAJIB tidak mahu mengambil pengiktibaran terbaik dari apa yang telah terjadi ini? Kenapa NAJIB sanggup terus membiarkan nama UMNO terus busuk dan dalam masa yang sama mengiyakan apa yang diungkapkan dalam DIALOG FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK bila mengeja nama UMNO sebagai SARKIS. Nyata apa yang dikatakan oleh LAKON LAYAR filem ini berpuluh tahun yang lalu dan kini setiap seorang ahli UMNO wajib menelan hakikat bahawa UMNO itu SARKIS yang tiada gelanggang sarkis tetapnya.

Tiada pula mana-mana ketua pemuda UMNO negeri yang katanya ingin menjadi kumpulan pendesak untuk mendesak NAJIB mengadakan pilihanraya negeri di Perak untuk menyelesaikan secara total maslah atau kemelut politik di PERAK ini. Tiada pula mana-mana Ketua UMNO Bahagian yang berani mengeluarkan sebarang kenyataan menyanggah NAJIB agar berlaku 'adil' dan 'saksama' untuk menyelesaikan krisis politik di Perak ini. Tiada juga dalam kalangan ahli parlimen UMNO yang berfikiran rasional untuk meminta NAJIB agar membuabarkan DUN Perak ini. Semuanya hendak menjaga periuk nasi masing-masing supaya tak terjejas sedang "APABILA DATANG SESUATU KEBENARAN MAKA AKAN TERHAPUS SEGALA KEBATILAN".

Kenapa NAJIB mesti melibatkan semua pihak termasuk 'kanak-kanak tadika', 'institusi kehakiman', institusi beraja', 'penjawat awam' dan semua jentera kerajaan seperti polis dan sebagainya dalam kemelut ini sedangkan semua sudah arif bahawa JALAN TERBAIK untuk menyelesaikan kemelut ini ialah dengan MEMBUBARKAN DUN PERAK sesegera yang boleh. UMNO sebuah parti yang kuat, jadi UMNO dan NAJIB khususnya tak perlu gusar kerana itu yang selalu diwar-warikan media propaganda UMNO bahawa UMNO TETAP RELEVAN! UMNO TETAP HEBAT! UMNO TETAP DITERIMA RAKYAT! UMNO TETAP MENJADI PILIHAN UATMA RAKYAT SAMPAI HARI AKHIRAT???!!!

Walau tiada yang akan membaca ulasan saya dan memberi komen, saya tetap dengan pendirian "MENGAPA UMNO MESTI TAKUT BERHADAPAN DENGAN RAKYAT, KALAU MEREKA BENAR DALAM SETIAP APA YANG MEREKA KATAKAN???" Bagi saya, HAK RAKYAT perlu ditunaikan dalam usaha menyelesaikan kemelut ini. Kepada DSAI, tak payahlah DSAI susah-susah nak cabar NAJIB sebab sudah terbukti setakat hari ini masih lagi NAJIB yang BACUL,PENGECUT, PENAKUT dan TAKUT HILANG KUASA". Lebih baik buat yang lain DSAI...Bukan apa nanti ada yang salahkan DSAI atas dosa 'memecahbelahkan' perpaduan orang Melayu demi merakus kuasa sedangkan hakikatnya masing-masing mengetahuinya....

Mohon Mencadangkan...

THX!

Mei 13, 2009

Hebat!!!! Perjuangan ZAMBRY HARAM Disamakan Dengan Perjuangan Ghandi dan Mandela..SAMA APANYER???

Salam Bloggers!

Bila membaca laporan yang menyatakan ZAMBRY HARAM menyamakan perjuangannya sama seperti Ghandi dan Mandela, saya tergelak besar kerana saya sampai ke saat ini masih mencari titik persamaan dan yang hanya saya temui ialah ZAMBRY HARAM hanya sama HITAMnya dengan kedua-dua tokoh besar dunia itu. Jadi tak hairanlah kalau pakar-pakar 'super impose' mengganggap kerja mereka menjadi mudah kerana tak perlu susah-susah menyunting gambar ZAMBRY HARAM dengan tokoh berkenaan.

Saya bukan hendak menghina HITAM ZAMBRY HARAM itu tetapi jenuh juga kalau hendak mencari persamaan seperti yang diwar-warkan oleh beliau selepas Mahkamah Rayuan Ekspress Putrajaya menerima rayuan PENANGGUHAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI Kuala Lumpur kurang 24 jam sebelum itu. Apa yang paling mudah dan utama yang saya temui hanyalah persamaan warna kulit yang 'cerah' antara ketiga-tiga tokoh berkenaan. Lagipun, bukan boleh tukar sudah warna PELE PANGKOR ini.

Beginilah lebih mudah, bila membicarakan tentang HAK sebagaimana yang digariskan oleh NOBISHA dalam blognya, maka saya berpendapat bahawa HAK paling Utama ialah HAK RAKYAT kerana ia mewakili majoriti jika hendak dibandingkan dengan Hak Ahli Dewan Undangan Negeri atau Hak Sultan Perak atau Hak Mahkamah. Mungkinkah NOBISHA berdarah UMNO sehingga umum boleh melihat pemberatan hujah beliau ketika siaran langsung di ASTRO AWANI tempohari SEOLAH-OLAH menyebelahi UMNO atas tindakan mencabul dan merogol demokrasi di Perak. Jadi tak adillah kalau hak itu dinafikan oleh sebilangan orang yang 'mabuk kuasa' dan 'takut hilang kuasa' di sana.

PM NAJIB dan TPM MUHYIDDIN bersama kuncu-kuncunya sibuk memerah otak memikirkan jalan penyelesaian atas kemelut Politik Perak sedangkan petunjuk sudah ada dan hanya menunggu persetujuan semua pihak yang terlibat. MAHKAMAH TINGGI sendiri sudah menyatakan hak dan sekaligus memberikan cadangan yang sama iaitu BUBARKAN DUN PERAK namun ia dipandang sepi seolah-olah tidak wujud sebarang cadangan berkaitan. Saya mengharapkan agar slogan KOSMETIK seperti 'SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN dan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' diikuti sejujurnya oleh pimpinan yang diamanahkan. Usah sekadar syok sendiri dengan peraduan mencipta lagu semata-mata dan enggan mengambil langkah atau solusi terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dengan segera. Sampai bila lagi UMNO seluruhnya harus menanggung kesalahan yang dibuat oleh dua tiga pemimpin yang rakus dan tamak kuasa ini? Sampai bila lagi UMNO harus menerima kecaman yang sebenarnya dicetuskan oleh dua-tiga orang pemimpin yang tak faham masalah rakyat ini? Sampai bila lagi UMNO terus menjadi lemah dek kepelbagaian slogan 'KOSMETIK' yang diwar-warkan oleh siaran media propaganda UMNO.

Secara tuntasnya, Sesungguhnya majoriti rakyat semakin muak dengan permainan politik yang tak sudah-sudah ini. Janganlah sesekali mempermainkan mandat rakyat yang diberi kelak nanti menangis sendiri sepi tiada berteman sama seperti pemimpin UMNO yang telah tewas awal dahulu kerana ia adalah BUDAYA UMNO yang tak mampu diubah lagi oleh sesiapapun. Sekali berundur jangan harap akan ada paparan wajah seperti dahulu. Kalau adapun mungkin hanya selepas menerima gelaran 'ALLAHYARHAM' sahaja. Fikirkan....


p/s: TPM MUHYIDDIN tak habis-habis dengan Mat Rempitnya...Susah ke??? Suruh sahaja Pengerusi Biro Putera UMNO yang sama hitam dengan ZAMBRY HARAM tangani...Dia kan hebat berkawan dengan Mat Rempit. Takkan dia tak tahu hendak selesaikan. KURANG CERDIK PUNYA PEMIMPIN UMNO yang seorang ini!!!!!!
thx!

Mei 12, 2009

Hairan Sungguh!!!! Kenapa UMNO Takut Kalau Mereka Kuat???

Salam Bloggers!

Langsung tak terkejut bila Mahkamah Rayuan Ekspress begitu pantas memberi laluan kepada Zambry Haram untuk mengemukakan rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Ini kerana siapa yang melantik hakim-hakim tersebut berada di atas kerusi keadilan itu? Tentulah MAHAJIRO....

Saya sedari PRU-12 masih lagi mendengar kata-kata semangat bahawa UMNO masih relevan, UMNO masih kuat, UMNO masih diterima rakyat, UMNO tetap dalam hati SATU MALAYSIA tetapi kenapa perlu takut sangat dengan pembubaran DUN Perak. Hakikatnya peguam Zambry yang berhujah menggunakan kemungkinan ini akan berlaku jika NIZAR HALAL terus berkuasa di Perak. Secara ironinya, ZAMBRY pula yang menjadi MB hari ini. Sungguh kartun Drama KUDETA PERAK ini sama seperti cerita Bawang Putih Bawang Merah yang menjadi igauan penduduk Malaysia satu ketika dulu.

Semalam, akhbar melaporkan ZAMBRY HARAAAAM menerima dan akur dengan keputusan mahkamah yang tidak menyelbelahinya tetapi hari ini dia pula yang menfailkan rayuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah itu. Takkah pelik manusia hitam bernama ZANBRY ini? Bila direnung, memang UMNO/BN tak pernah 'standing' dengan apa yang mereka kata. Samalah seperti ulasan seorang pemimpin tertinggi UMNO kini bila ada ADUN BN melompat parti tetapi nada itu nyata berlainan bila ADUN PR menyokong mereka.

Secara kesimpulannya, hanya ada satu parti yang NYATA MEMBOHONGI RAKYAT bila mengatakan parti mereka sudah 63 tahun umurnya. hanya ada satu parti sahaja yang melibatkan kanak-kanak tadika dalam politik, hanya ada satu parti politik sahaja yang melibatkan raja-raja melayu dalam konflik politik semasa, hanya ada satu parti sahaja yang suka menjalankan agenda politik mengikut suka hati sendiri. Hanya ada satu parti yang suka melanggar perlembagaan, baik perlembagaan negeri mahupun perlembagaan negara. hanya ada satu parti sahaja yang masih mengatakan mereka kuat, diterima rakyat dan hebat, hanya ada satu parti sahaja yang cepat berubah penghormatan ahlinya kepada pemimpin terdahulu sebaik sahaja pemimpin baru mengambil alih tampuk presiden, hanya ada satu parti sahaja bila kes politik wang tidak dianggap sebagai rasuah dan pemimpin yang terlibat takkan sekali-kali dihadapkan ke mana-mana mahkamah kerana apa yang dibuat hanya menyalahi etika parti semata-mata. Hanya ada satu parti sahaja yang mengamalkan SISTEM KASTA dalam perjalanannya...

Jadi kalau UMNO benar-benar KUAT, HEBAT dan DITERIMA RAKYAT, selesaikan kemelut Perak dengan segera. Kenapa mahu dibiarkan Sultan Perak yang bersih rekodnya itu malu dengan tindakan UMNO???

thx!

Mei 11, 2009

NIZAR MB Lagi...Apa Kepentingannya Kepada Umum?

Salam Bloggers!

Maafkan kalau saya agak pantas mengirim artikel baru dan untuk hari ini sudah empat termasuk yang ini. Bukan apa, isu NIZAR HALAL dan ZAMBRY HARAM ini mestilah dilihat dari sudut kepentingannya kepada umum.

Umum sebenarnya mengetahui tujuan NIZAR HALAL yang tegar membawa kes ini ke mahkamah sedangkan dia hanya menunggu 'signal' mahkamah untuk membawa keputusan penghakiman ke Istana Perak agar dapat dilunaskan permohonan mendapatkan perkenan Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak seberapa segera.

Apakah kepentingannya kepada umum? Apakah NIZAR HALAL hendak menjadi MB lagi? kalau hendak menjadi MB lagi, mengapa pula dibawa usul bubarkan DUN kepada Sultan Perak? Bukankah dia ini orang yang 'gilakan kuasa' (Kalau mengikut blog pro UBN)?

Bagi saya secara peribadi, NIZAR HALAL lebih kepada hendak membuktikan kepada semua bahawa tindakan rakus Najib dalam peristiwa 'KUDETA PERAK 2009' adalah bertentangan dengan perlembagaan negara dan negeri Perak. Hari ini telah membuktikan NAJIB sekali lagi gagal dalam usaha mempertingkatkan imej sebagai PM Malaysia yang baru. Kalau pemimpin teringgi boleh mempermainkan norma mulia dalam perlembagaan demi politik peribadi maka tak hairanlah kalau semua agensi berkaitan boleh dipergunakan untuk memenuhi 'selera dan nafsu' pemimpin seperti ini. Pemimpin ini sanggup melibatkan institusi raja melayu tanpa segan silu. Mereka sanggup menghalalkan apa jua cara demi kelangsungan karier tanpa mengira implikasinya kepada rakyat yang sentiasa dahagakan pembangunan dan kesejahteraan diri.

Lihatlah tindakan 'terpuji' polis 'mengiringi' Speaker Sivakumar keluar dan 'direhatkan' dalam stor yang bertaraf 'lima bintang' sebagai 'menghargai' usaha murni Sivakumar yang 'berlembut' tak mahu berganjak dari kerusi empuk halal miliknya. Tindakan 'mulia' Bentara DUN Perak yang 'malu' untuk menurut arahan Speaker halal dan memilih untuk 'memekakkan' telinga mungkin bersandarkan alasan tidak mendengar kerana pada masa itu mungkin pembesar suara telahpun ditutup atau 'rosak'? Kemudian diwar-warkan speaker gagal mengawal DUN sedangkan hakikatnya pelbagai variasi jin dan jembalang yang ada di dalam DUN Perak pada hari tersebut. Oleh yang demikian, maka tugasnya diambil-alih oleh timbalan speaker OKU yang mungkin pertama di dunia menjadi pemangku speaker DUN di negara Komanwel.

Sebenarnya, UMNO/BN beruntung kalau ia berlaku dalam tahun 80-an tetapi takdir Allah telah menentukan ia berlaku dalam tahun 2009 yang serba canggih hingga dapat dicatatkan setiap kronologi peristiwa yang berlaku di dalam DUN Perak pada 7 Mei 2009. Jadi, semoga apa yang ditakdirkan hari ini dapat menjadi iktibar terbaik kepada pemimpin UMNO/BN agar lebih bermaruah dalam mengambil sebarang keputusan demi rakyat dan demi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO/BN. Ingatlah tidak selamnya kita di atas...

p/s: NAJIB sudah mengugut rakyat Perak...jangan terlalu teruja!

thx!

Apa Agaknya SABDA MUFTI PERAK??? Makan Gaji MB Haram?

Salam Bloggers!

Rasanya tak sabar-sabar lagi menantikan keluar satu lagi SABDA MUFTI dari seorang MUFTI yang berjiwa BESAR dan BERKALIBER. Memanglah tak sama dengan mana-mana insan yang berperut BESAR dan BERKAKILEBER untuk megeluarkan SABDA sehebat MUFTI AGUNG PERAK khususnya mengenai hukum MAKAN GAJI bagi seorang MENTERI BESAR yang HARAM.Begitu juga hukum bagi EXCO-EXCO HARAM dan PENASIHAT bertaraf EXCO yang juga HARAM itu.

Tentunya SABDA MUFTI AGUNG PERAK ini akan mengambil kira kaedah-kaedah usul fiqh seperti kaedah MARSOLIHUL MURSALAH untuk menyabitkan hukum si fulan yangterlibat sebagai HALAL TAOYYIBAN....

Mengikut laporan Edisi7 di NTV7 jam 7 petang menyatakan NAJIB dan MB HARAM menyeru kepada seluruh rakyat PERAK agar bertenang dan menerima keputusan MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR ini. Rasanya ayat yang paling tepat ialah "Seluruh Ahli UMNO BARU (Adik kepada UMNO Asal) diminta bertenang dan tidak melakukan huru-hara seperti yang dilakukan oleh 'ahli-ahli pembangkang' tempohari".

Mula-mula hairan juga dengan nada pemimpin dan Blogger Pembela Negara dua tiga hari sebelum keputusan ini dibacakan hakim iaitu ramai yang mulamengeluarkan pelbagai TEORI MATEMATIK untuk menunjukkan mereka benar walaupun mereka tahu apa yang dikira dan dirumus mereka itu hanyalah satu yang sudah diagak umum. Apakan daya, demi kelangsungan UMNO mereka tetap mencari helah dan kaedah untuk mengiyakan tindakan 'haram' yang dibuat oleh UMNO Perak ketika menjayakan KUDETA PERAK 2009.

Apapun, diharapkan pihak-pihak yang membuat onar di Perak dapat menginsafi keputusan mahkamah ini dengan cara terbaik kerana UMNO perlu bangun dengan cara yang bermaruah bukannya taktik kotor dan lapok sejijik muntah dan nanah.

Biarlah rakan-rakan bloggers yang pro UMNO marah dengan ulasan saya kali ini tetapi saya amat mengahrapkan agar mereka semua melihat dari sudut positif. Itupun jika mereka mahukan ia positif. Kepada Zambry, tak payahlah dok merayu lagi. memang sudah takdir YAB...oopps! YB Pangkor catat sejarah sebagai MB Perak paling singkat dalam sejarah Perak. terima aje la yer....

thx!

ORANG UMNO!!!!! GET READY FOR THE NEXT ELECTION!!!! YOU DARE???

Salam Bloggers!

Merujuk kepada satu kenyataan yang dipetik dari satu laman blog yang katanya dipetik dari sumber yang sahih seperti berikut :-

Judge orders Zambry, excos to vacate posts
May 11, 09 4:05pm

The Kuala Lumpur High Court has also ordered Barisan Nasional MB Zambry Abdul Kadir and his six executive councillors to vacate their posts with immediate effect.

Justice Abdul Aziz Abd Rahim said this must be done in order for Pakatan Rakyat’s ousted menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin and his excos to move back into their offices.

The court also ordered for a fresh state elections to be held.

Commenting on the judgment, opposition stalwart Lim Kit Siang said Mohammad Nizar will seek an audience with Perak ruler Sultan Azlan Shah to seek his approval to dissolve the state assembly.

"This is a great judgment. This is the first time the court has restored public confidence in the judiciary," he added.


Apakah ada kemungkinan yang paling besar untuk memungkinkan terjadinya satu siri pilihanraya negeri untuk menyerahkan semula kepada rakyat mandat untuk memilih siapa yang layak menjadi kerajaan mereka. Tentunya inilah masanya untuk UMNO kembali bangun (jika mampu) merentap segala kekesalan yang dimiliki mereka hasil kegopohan pemimpin tertentu merakus kuasa yang sepatutnya diambil dengan cara yang paling sabar dan bermaruah. UMNO yang asli tidak pernah takut sepertimana UMNO hari ini. Semuanya kerana rata-rata ahlinya bersikap seperti :-

1)Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bangsawan, Benak asas perjuangan, bodoh politik tetapi berjuang kerana kekayaan (ini paling ramai)

2) Mereka yang lahir dari keluarga ahli UMNO, Golongan Bawahan, Benak asas perjuangan, pandai politik tetapi bangang berjuang

3) Mereka yang mata duitan (berlambak).

4) Mereka yang bukan Melayu tetapi mengaku Melayu dengan nawaitu untuk mentedarah kekayaan secara songsang (segelintir telah diangkat menjadi pemimpin)

5) Mereka yang tiba-tiba muncul dan menjadi golongan atasan UMNO tanpa ditapis dari cawangan dan bahagian.

Tak hairanlah kalau UMNO hari ini hanya kuat dengan POLIS, WANG RAKYAT yang diakui sebagai WANG MILIK SENDIRI, MEDIA PENJILAT BULU ARI yang tak malu-malu menceritakan berita yang palsu hingga menambahbenci rakyat kepada pimpinan UMNO yang sebenarnya masih ada yang tulus berjuang. UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Berdiri Lagi!

p/s: Tumpang dok boleh bagi nasihat....

thx!

Malunya Zamry!!!! Orang IPOH Sedia!!! Semuanya Dato' Nasa Punya Hal!!

Salam Bloggers!

Drama Politik Perak terus dihangatkan lagi dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman bahawa NIZAR masih lagi MB Perak yang sah.

Seperti ada kebetulan dengan hari ulangtahun kelahiran UMNO maka keputusan mahkamah ini dilihat sebagai satu yang menyakitkan sebagai hadiah harijadi UMNO itu. Nyatalah kerosakan yang dibuat oleh Dato' Nasaruddin sehingga menyebabkan Tajol Rosli hilang kerusi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Najib kalah di Bukit Gantang, Zamry terpaksa mengosongkan pejabatnya walaupun belumpun hangat punggungnya duduk di kerusi empuk MB Perak itu. SUK Perak??? tak tahulah apa akan terjadi kepada beliau. Setakat ini kalau dia memang muka tak malu maka dia akan terus berada di situ tetapi jika dia ada maruah maka ada baiknya KSN mengarahkan pertukaran segera SUK yang ternyata menjadi 'pelakon utama' Drama Politik Perak. bagaimana dengan rumah rasmi MB Perak? Zamry dah masuk ke belum? kalau dah masuk, tunggu apa lagi, keluarlah kerana anda sememangnya tidak pernah layak untuk menjadi MB Perak secara 'kudeta'. EXCO-EXCO Perak yang baru bagaimana pula? Seperti biasalah, takkan tak faham-faham lagi? Para penasihat bertaraf EXCO pula? No hal...Stay on jadi penasihat Dr.Zamry ADUN Pangkor yang mencatat sejarah sebagai MB Perak paling 'LAMA' menjawat jawatan tersebut dalam sejarah agung negeri Perak itu. Media pula? Seperti biaasa, putar belitkan berita, biar rakyat terus benci dan mudah UMNO tumbang nanti dalam PRU-13.

Takkan UMNO masih tak mahu menginsafi semua ini? bangunlah UMNO dari lamunan yang tak tahu nak berhenti itu! Kalau mahu terus relevan maka berubahlah seluruhnya! jangan sekerat-sekerat sahaja. Rakyat makin benci hari demi hari dan yang tinggal hanya mereka yang masih tak memahami. Perjuangan UMNO jika mahu terus diterima hendaklah berpaksikan kepada iman dan Islam sebenar.

Sekian...,

thx!

p/s: TAHNIAH NIZAR! AMANAH RAKYAT HENDAKLAH DILAKSANAKAN DENGAN CEMERLANG!

Mei 10, 2009

11 MEI...BUKAN SEKADAR HARI ULANGTAHUN U.M.N.O TETAPI...

Salam Bloggers!

11 Mei sewajibnya diingati oleh semua ahli UMNO termasuk media yang semazhab dengannya. Esok bukan sekadar hari ulangtahun kelahirannya tetapi ia juga merupakan hari penentu sama ada MB Zambry kekal duduk dalam pejabatnya atau akan diarahkan mengosongkan pejabatnya seberapa segera oleh 'SUK' Perak yang 'taat' kepada UMNO/BN.

Tak eloklah diulas terlalu panjang cuma sekadar menitipkan beberapa persoalan seperti;=

1) Apa akan terjadi kepada Zamry?

2) Apa akan terjadi kepada EXCO dan Penasihat yang dilantiknya?

3) Apa akan terjadi kepada Speaker 'haram' yang baru dilantik

4) Apa akan terjadi kepada SUK Perak yang melampaui tugas wajibnya itu?

5) Apa akan terjadi kepada NAJIB?

6) Apa akan terjadi kepada DUN Perak?

7) Apa akan terjadi kepada ADUN yang di'cabul' ketika Persidangan DUN Perak lalu?

8) Apa akan terjadi kepada kereta 'MEWAH' CAMRY yang hendak dilelong itu?

9) Apa akan terjadi kepada POLIS yang menjadi antara PELAKON UTAMA KUDETA DEWAN?

10) Apa akan terjadi kepada rakyat yang masih hendak berpakaian serba HITAM?

aahhh!!! Kita tunggu...................... Bagi saya, inilah kerosakan yang dibawa oleh manusia yang gila kuasa bernama Dato' Nasaruddin (ADUN BOTA)....

thx!

Mei 07, 2009

MB Perak Paling Bodoh Dalam Dunia???

Salam Bloggers!

Masih kalut dan kelam rupanya iklim politik di Malaysia.

-Polis dok gaduh 'dahulukan' rakyat terutama yang berpakaian serba 'hitam'.

-SUHAKAM pula duduk saja makan gaji buta.

-Ada pula MB Haram yang terus buat kerja haram lantik pula Speaker 'haram'.

-Mantan Timbalan Speaker yang sudah letak jawatan sebagai Speaker tiba-tiba mengaku diri masih sebagai Timbalan Speaker DUN Perak dan mengangkat diri sebagai Pemangku Speaker.

-Mungkin beliau tidak meletak jawatan sebagai ADUN tetapi sepanjang yang dimaklumi beliau memang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker sebelum ini kerana mengistiharkan diri sebagai ADUN Bebas.

Lantaklah apa nak jadi di Perak. PR akan kata BN mulakan dulu dan BN akan kata juga kepada PR dengan berbeza pendekatan iaitu mengunakan segala kekuatan 'milik rakyat' seperti PDRM, SUK dan apa jua yang boleh membantu mereka dalam erti kata lain sejarah penyalahgunaan kuasa manusia BN terus dipanjangkan kali ini. Buatlah sementara kuasa masih ada.

WOIT!!!! RAKYAT DOK TENGOKLAH APA YANG DIBUAT!!!! INSAFLAH SEMUA!!!

p/s: MB Perak yang mana satu ni? tak nampak pun...hahahaha!

Blogger Pondan Negara...Jawab Jangan Tak Jawab!

Hari ini aku petik apa yang dikatakan oleh TDM, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang paling ditakuti oleh barisan Bloggers Pondan Negara a.k.a BPN

* Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat seseorang Perdana Menteri.

* Bekas Perdana Menteri berpendapat, perkara yang sama diaplikasikan di negeri-negeri iaitu raja tidak boleh menyingkirkan ketua kerajaan melainkan terdapat undi tidak percaya.

* Bagaimanapun beliau tidak merujuk perkara itu kepada kes di Perak sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah berhubung pengesahan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang baru.

* "Raja tidak boleh menolak untuk tidak melantik seseorang Perdana Menteri tetapi baginda tidak boleh memecat apabila sudah membuat pelantikan sehinggalah ada undi tidak percaya.

* "Saya fikir peraturan itu juga terpakai di negeri-negeri tetapi dalam kes Perak mungkin ada undang-undang lain, jadi ini saya boleh diperbetulkan," katanya.

* Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada siri wacana perdana bertajuk Peranan Eksekutif, Legislatif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan dalam pemerintahan di Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

* Mengulas mengenai krisis politik di Perak, Dr. Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun melihat Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa bertindak mengambil alih kerajaan negeri itu daripada pakatan pembangkang.

* "Saya lihat begitu, ia agak tergesa-gesa. Mungkin mereka membuat sesuatu yang betul, tetapi ia agak terburu-buru," katanya.

* Dr. Mahathir menjelaskan, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Perak iaitu mereka tidak seharusnya bertindak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.

* "Sesuatu perkara itu mesti dipertimbangkan secara betul sebelum keputusan dibuat.

* "Ini kerana apabila kita dalam keadaan terlalu tergopoh-gapah, kita selalunya membuat silap, jadi dalam situasi apa sekali pun, sentiasalah ambil sedikit masa untuk berfikir," katanya.

* Kepada soalan adakah beliau merasakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menyalahgunakan keistimewaan baginda berhubung kes politik di Perak, Dr. Mahathir menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

* "Saya tidak mahu membuat keputusan tentang perkara ini. Biasanya apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, kita akan menutup mulut," katanya.

* Beliau juga enggan mengulas sama ada pilihan raya di seluruh Perak perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

p/s: Moral cerita ini ialah JANGAN DOK KALUT NAK BUAT JAHAT, APA NAMA MASALAH TAKKAN MUDAH NAK DISELESAIKAN...

Mei 06, 2009

Satu Malaysia Acuan NAJIB? Langkah Sumbang Seterusnya...

Salam Bloggers!

memang sudah dapat diagak bila orang ini ditahan polis yang kini berada di bawah menteri yang baru iaitu Saudara Sham Keris. Tak tahulah apa yang ada di dalam kepala menteri yang menang jawatan Naib Presiden UMNO melalui ihsan NAJIB. Pemimpin kanan parti pembangkang ini bukanlah seorang ahli parlimen bahkan kalah pula dalam PRU-12, secara ironinya, setiap pemimpin yang menang atau kalah bertanding dengan orang ini akan dilantik sebagai ahli jemaah kabinet. Mungkinkah pengaruhnya masih kuat hinggakan seruan untuk mengadakan Solat hajat pun dikira sebagai suatu yang mengancam keselamatan negara ini.

Adakah ini langkah sumbang NAJIB yang seterusnya bila merelakan penahanan ini dibuat di kala majoriti rakyat sudah mula muak dengan permainan politik khususnya BN/UMNO yang semakin lemah hari demi hari kesan dari tindakan yang diambil tanpa mengira implikasi buruk yang akan menimpa selepas itu???

Lihatlah isu penggunaan nama ALLAH oleh penganut agama Kristian, isu anak tetap dengan agama asal bila bapanya memeluk mana-mana agama selain agama asal, isu rompakan atau kudeta kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang semakin hebat polemiknya hari ke hari, kes rasuah pemimpin UMNO ketika pemilihan UMNO yang sekadar dianggap sebagai satu kesalahan melanggar etika parti sahaja, isu penari seksi yang dianggap sebagai budaya kaum tertentu sedangkan ia batil semata-mata, isu pembelian kereta Volvo oleh Kerajaan Negeri Sabah, isu PPSMI dan banyak lagi yang rasanya kalau dihuraikan maka tiadalah yang akan membaca artikel ini kerana terlalu panjang ulasannya.

Maka berkeliaranlah ulasan daripada Prosessor Kangkung dari universiti tertentu yang teguh mempertahankan dasar 'baru' oleh PM baru dan terus menjadikan pembangkang sebagai bahan untuk dihentam tanpa puas sedari dulu sedangkan umum mengetahui 'mangkuk-mangkuk bertingkat' ini ialah orang-orang kuat BTN yang sekian lama menjadi barua dan balachi UMNO dalam usaha menakutkan rakyat agar tidak mengubah sokongan mereka walaupun seinci dan mereka ini juga dikenalpasti sebagai peminat fanatik lagu 'Anak Kecil Main Api'. jangan terkejut kalau ada pihak yang masih bengong mempertahankan tindakan polis menahan pemimpin kanan parti pembangkang tersebut selepas ini. Semuanya atas satu alasan 'DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM'.

Beginilah, kalau inilah cara memerintah yang terus diamalkan oleh kerajaan semasa maka tak hairan kalau UMNO/BN akan terus ditolak rakyat menjelang PRU akan datang. Sedarlah wahai orang UMNO yang taat setia, jangan biarkan kuasa yang ada dirosakkan oleh kerakusan pemimpin tertentu mempertahankan kuasa dengan cara yang merosakkan ini.

thx!

p/s: Mai kita layan lagu 'Anak Kecil Main Api'....hahahaha!

Mei 04, 2009

“Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur” Sekadar Renungan Bagi Mereka Yang Mahu Mengerti...

Salam Bloggers!

Saya amat terkesan sekali bila membaca bingkisan terkini dari sahabat yang dikasihi iaitu Dr.Mohd. Asri Zainal Abidin. Moga kita sama-sama akan lebih terbuka khususnya bila membicarakan isu 'panas' seperti ini. Bukan hendak menderhaka tetapi biarlah apa yang rasional kita pertimbangkan dan bukan memainkan 'emosi' sekadar meraih undi yang semkain hilang oleh pihak tertentu.

Bacalah! Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan...

Rencana ini dipetik dari laman web MINDA TAJDID buat bacaan seluruh ummah yang mahu berfikir...

Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
Disiarkan pada May 03, 2009 dalam kategori Dakwah |

Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.

Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Firman Allah:

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).

Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.

Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.

Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.

Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.

Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.

Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.

Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.

Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.

Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.

Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.

Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.

Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut:

“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.

Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.

p/s: Masih adakah umat Melayu yang mahu merubah dirinya? Kita tunggu.............

thx!