Julai 26, 2010

Nasihat Dr. Maza buat Isteri Pemimpin.... Moga I.N.S.A.F...

Salam,

Buat kesekian kalinya, teguran dan nasihat serta mungkin juga peringatan untuk sesiapa sahaja yang bergelar ISTERI PEMIMPIN dan tentunya ingatan kali ini sedikit tajam untuk mereka yang hendak terasa. Semoga bermanfaat...

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.

Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan".

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Benci pemimpin 'pasal bini dia'

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.

Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

p/s: Perfectwater75: Semoga hidayah ALLAH sentiasa bersama kita semua.

Julai 16, 2010

URGENT!!!! Sumbangan Ikhlas Untuk Dana Rumah Anak Yatim Shifa Setapak

URGENT!!!! Sumbangan Ikhlas Untuk Dana Rumah Anak Yatim Shifa Setapak

Sumbangan Ikhlas Untuk Dana Rumah Anak Yatim Shifa Setapak

Sebagai seorang hamba Allah, saya terpanggil untuk berkongsi maklumat ini ( diambil dari email yang di forwardkan oleh salah seorang sahabat saya. Nota ini tiada bertujuan untuk faedah individu ataupun keuntungan. Ini adalah seruan kepada semua muslimin dan muslimat untuk memberi sedikit pertolongan kepada Rumah Anak Yatim Shifa Setapak.

Jika anda ragu, silalah telefon penama di bawah, alamat blog untuk dikunjungi -
BLOG : http://rumahanakyatimshifa.blogspot.com/
FACEBOOK : Anak Yatim Shifa Setapak
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000128319984#!/profile.php?id=100000114433986&ref=search

*********************************************************************************
Email diterima pada 16 Julai 2010 :

Minta jasa baik tuan/puan untuk fwd ini sbg email dan share dengan rakan2 FB yang lain - semoga pertolongan dan usaha kita dapat membantu menyediakan tempat tinggal untuk anak2 yatim Syifa Setapak, InsyaAllah!)

re: RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK

salam
apa khabar, harap semuanya sejahtera.
Sebenarnya saya nak minta tolong, harap sudi foward rayuan saya to semua kenalan

Saya sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa.
Face book: anak yatim shifa setapak
Saya dah ada 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja.
Deposit dah bayar.
Tinggal 40 hari saja lagi untuk due.

Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang bantu. kalau tidak terpaksa batalkan
pembelian

Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Encik Azaine PEGUAM dari Tetuan
Azaine & Fakhrul Sdn Bhd.


Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544( Puan Zarina)

Saya dah bayar RM 122,550.00
(DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAU BATAL PEMBELIAN)
Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)
Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00
Sumbangan orang ramai RM 50,000.00
Jumlah terkumpul RM 1,022,250.00
Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)

TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN
MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini.

Tolong ye.

RM1.00 seorang pun jadilah. SECARA ONLINE BANKING
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL

No. Account :
514066429233 - Maybank
0762022004494 - Ambank
14380005685059 - CIMB

Ada pelepasan cukai: LHDN. 01/35/42/51/ 179-6.6367

Terima kasih
Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA
017-3387959
03-40234818 (Fax)
email; shifa_praktis@yahoo.com

Senarai rumah-rumah anak Yatim di Malaysia ;
http://www.facebook.com/pages/Rumah-Anak-Yatim-Di-Malaysia/270414079621?v=app_2347471856

perfectwater75: semoga ALLAH memberkati dan merahmati keprihatinan anda....

Julai 15, 2010

Alhamdulillah...naik juga harga minyak....Syukurlah...

Salam,

Tak mahu nak komen banyak sebab ia mungkin menyebabkan individu tertentu marah.. Apapun marilah kita bersyukur atas kenaikan harga seperti yang dinyatakan dalam laporan ini....

Sebagai rakyat kita 'mesti terima' walaupun kita tak suka.....

thx!