Februari 12, 2011

Sajak : Mahathir Mudah Lupa?


(gambar ihsan Malaysiakini)

Salam...,

Sekian lama tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk tugas seharian. Jadi sebagai buah tangan yang pertama untuk tahun ini, saya titipkan sebuah pertanyaan untuk mereka yang berkenaan.

Mahathir Mudah Lupa?

Dulu dia pernah berkata...
"Melayu Itu Mudah Lupa"...
Semua Melayu Di Dunia tersenyum sinis
Gadis yang ayu bertambah manis,
teruna perkasa terasa kembang kumis..

Itu semua cerita dahulu...
Zaman Melayu tak tahu dan tak maju..
Zaman Melayu tak tahu malu...
Zaman Melayu tiada PERKASA...
Zaman Melayu tiada apa-apa...

Itu tika hidup Melayu mengais rezeki..
Kaisnya pagi, makannya pagi...
Kaisnya petang kenyangnya petang...
Malas mengais apapun tak datang...

Kini cerita Melayu Mudah Lupa datang lagi...
Jadi polemik hangat dan sensasi lagi...
Bila ada seorang lagi Melayu terlupa diri...
Seperti baru lahir ke dunia ini...

Sayang sekali...Melayu ini...
hendak diselekoh Melayu hari ini..
Melayu yang cerdik dan berjatidiri...
Melayu yang bijak menilai diri...
Melayu yang bukan lagi kais pagi, makannya pagi..
Melayu kini yang ada PERKASA di sisi...
Pantas mahu ditipu Melayu ini???

Apa benar Mahathir Mudah Lupa???
Apa benar sudah sampai masanya???
Apa benar apa yang dikata benar???
Sedang fakta tak buta matanya...
Sedang sejarah tak hilang nilainya..

Sudah-sudahlah....
Diam-diamlah...
Sunyi-sunyikanlah...
Kerana banyak senjata lupa tuannya...
Kerana banyak sejarah berulang semula...

Sekali lagi ingin bertanya....
Apa benar MAHATHIR MUDAH LUPA???

Perfectwater75 --- :)