Mac 10, 2010

Kerajaan Md Isa Makin Gawat Dek MANTAP???

Salam,

Diam tak diam sudah genap DUA TAHUN KUDETA yang berlaku di negeri Perlis apabila Mantan MB DSSK telah dicabut kuasanya kerana dikatakan menderhaka kepada Raja. Diam tak diam juga, satu Sekretariat iaitu Majlis Tindakan Anak Perlis atau singkatannya MANTAP telah ditubuhkan untuk menilai keberkesanan pemerintahan semasa. Perkara ini telah menimbulkan kegawatan di Perlis apabila ada pihak tertentu di Mini Putrajaya telah mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis untuk tidak menyatakan sokongan kepada usaha yang dibuat oleh MANTAP dan meminta agar MANTAP dibubarkan. Maka secara tersembunyi, pihak tersebut hendak menjadikan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis sebagai KAMBING HITAM bila meminta KPnya mengeluarkan kenyatan khas tentang MANTAP. Begitulah perangai hodoh manusia tertentu yang hanya menggunakan saluran PEMUDA apabila mendapati diri mereka agak tersepit. Saya yakin KP Mohsin takkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan menjerut leher sendiri. Apa yang hendak ditakutkan oleh juak-juak Mini Putrajaya ini? Biarlah 10,000 respoden yang dipilih secara rawak menilai pemerintahan Dr.Md Isa Sabu yang dilihat agak lemah dalam pentadbirannya selama dua tahun ini. Kelemahan diukur dari segenap segi terutama dalam apa yang hendak dinilai oleh MANTAP. Bagi saya, biarlah rakyat yang 10,000 ini menilai dan kalau ia tidak mencukupi tambahkan lagi hingga ke 50,000. Kalau benar MB Kudeta ini melaksanakan pemerintahan dengan cemerlang maka cop cemerlang yang akan dibawa ke pengetahuan NAJIB sekaligus mengekalkan MD Isa Sabu di tampuk yang sedia ada dan kalau sebaliknya maka bersiap sedialah wahai juak-juak pengampu dan perosak kedamaian politik UMNO di Perlis untuk angkat kaki dan jangan tunjuk muka busuk anda lagi!!! Hakikatnya UMNO rosak dek tangan kotor yang ada di dalamnya dan bukannya kerana kekuatan pembangkang...

thx!

Bacaan di bawah dicadangkan untuk pembacaan tambahan.

Keupayaan MB Perlis Akan Dinilai Sekretariat Khas

KANGAR, 8 Mac (Bernama) -- Tahap kepimpinan dan keupayaan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis akan dinilai oleh sebuah sekretariat yang diwujudkan di sini hari Isnin.

Untuk tujuan itu, sekretariat yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Anak Perlis (MANTAP), akan melakukan kaji selidik melibatkan 10,000 responden bermula esok.

Pengerusi MANTAP, Datuk Hashim Suboh, memberitahu pemberita hari ini bahawa lapan soalan dikemukakan dalam kaji selidik itu termasuk penampilan dan gaya, kepimpinan, wawasan, keaktifan, pendampingan dan pembangunan.

Turut disenaraikan dalam kaji selidik itu ialah kegiatan kebajikan serta perbandingan antara Md Isa, yang telah dua tahun menerajui kerajaan Perlis, dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Kami akan menjadikan kaji selidik itu sebagai asas penilaian terhadap kepimpinan menteri besar yang baru," kata Hashim.

Menurutnya hasil kaji selidik itu akan diumumkan kepada orang ramai pertengahan bulan ini.

"Jika majoriti responden menyukai Md Isa, kami akan turut memberi sokongan yang sama dan jika sebaliknya, kami akan mengemukakan kehendak rakyat kepada istana," kata Hashim.

Katanya penubuhan MANTAP hari ini adalah pada genap dua tahun pilihan raya umum ke-12 berlangsung dan ia bermakna telah dua tahun rakyat melihat kepimpinan Md Isa dan beliau boleh dinilai.

"Kami ingin menjadi jurubicara rakyat. MANTAP akan menjadi platfom rasmi suara rakyat untuk disampaikan kepada kepimpinan negara dan istana," kata Hashim.

Katanya selepas selesai tugas kaji selidik, MANTAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.

"Pada masa ini, MANTAP hanya merupakan sebuah sekretariat," katanya.

Mac 01, 2010

Sah! Mantan TKM 1 Pulau Pinang Masuk UMNO???

Salam,

menurut sumber terdekat menyatakan UMNO sedang bersiap sedia untuk mengadakan majlis menerima kemasukan seorang yang dulunya berprofil tinggi sebagai ahlinya sebagai kejutan kepada PKR. Selepas TSunami Politik 2008, rasanya ini akan menjadi penambah kekalutan kepada PKR yang nampaknya masih gagal menguruskan kemenangan mereka dan UMNO seperti biasa tampak hebat menjuarai isu tetapi masih ada yang perlu diperbetulkan. Nasihat saya kepada UMNO agar berhati-hati menerima sebarang kemasukan mantan ahli PKR yang dulunya kuat menelanjangkanUMNO tetapi kini cuba memberikan baju baru untuk UMNO terus kukuh di persada politik nasional. Soalnya adakah wajar terus menerima mereka ini atas nama perjuangan seterusnya memberikan tempat istimewa kepada mereka hingga seperti mengenepikan para pejuang setia UMNO yang tak pernah beralih arah sebelum ini? Antara faedah atau padah yang bakal diterima, mungkinkah perlu kita terus bermuhasabah???

thx!

Klik sini untuk baca komen PKR tentang hal ini.

Februari 28, 2010

UMNO Terima Pengkhianat Lagi Jadi Ahli?

Salam,

Tunggu Berit mengemparkan Ini 2 3 hari ini...

Februari 24, 2010

Bukti UMNO Mendahulukan Rakyat Sentiasa...Aku CONFUSE!!!

Salam,

Artikel saya kali ini cukup ringkas dan padat. Mahu tidak mahu saya kena mengaku bahawa UMNO sentiasa mendahulukan rakyat seiring slogan semasa kerajaan 1Malaysia. Apa tidaknya, kita menanti kenaikan harga PETROL dan TARIF LETRIK yang dijangka 'TIDAK LANGSUNG' membebankan rakyat 1Malaysia yang sentiasa didahulukan itu. Kenaikan harga barang semasa rasanya tak perlu diulas panjang kerana ia sememangnya menjadi 'TRADE MARK' UMNO Barisan Nasional selama ini. Jadi untuk ke sekian kalinya, saya menyokong Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini kerana rakyat Malaysia yang terkenal dengan berhemah tinggi dan berbudi pekerti sentiasa dan akan terus didahulukan untuk menerima kenaikan barang. Ingat! tinggal lagi dua tahun untuk menantikan 'peperangan' jadi sebarang perkara yang dipandang remeh kerajaan akan bisa menjadi bisa yang berbisa untuk meruntuhkan kekuatan UMNO Barisan Nasional. Apapun terima kasih banyak-banyak kerana memberikan peluang kepada saya untuk merasai kenaikan harga petrol dan tarif letrik kali ini.WOW! BANGGANYA AKU!!!!

p/s: kepada yang memberi komen sudah saya balaskan komen anda...THX!

Februari 21, 2010

Kan Dah Kata, Mana Ada Melayu Kat Penang...Mamak Banyak...Sudahlah Tak Habis2 Ketuanan Melayu..

Salam,

Tergelak pun ada, nak nangis pun ada bila membaca kiriman terkini artikel Dr.Asri yang bakal mencetuskan satu lagi kontroversi. Apa tidaknya antara yang akan tersentuh ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat sendiri yang tak segan silu mengaku dirinya MELAYU TULEN.


Mungkin ada baiknya memahami sedalam-dalamnya bingkisan tajam sahabat saya Dr. Asri yang bagi saya cukup jelas dan menjelaskan apa yang sepatutnya diperbetulkan khususnya di Pulau Pinang. Hakikatnya masalah yang wujud ini bukan berlaku sejak DUA TAHUN pemerintahan PR di sana tetapi sudah berdekad-dekad dan gagal untuk diselesaikan dan natijahnya Umat Islam Pulau Pinang dan bukannya MELAYU PENANG makin terpinggir dan sedang diholocaustkan oleh mereka yang sama warna kulitnya baik ketika BN memerintah atau PR....Renungkanlah.. Terima kasih Dr. Maza....

Februari 15, 2010

Antara Bodoh Dan Bahalol...UMNO Lagi....

Salam,

Dalam tempoh sebulan, UMNO dilihat seperti terlalu 'hebat' bila memperjuangkan isu berkaitan ISLAM. Mereka seolah-olah mahu dilihat sebagai Juara Muslim 1Malaysia bukan semata-mata Juara Rakyat sahaja. Apa tidaknya, kita lihat isu Kalimah ALLAH dan terkini Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Dalam usaha 'murni' UMNO hendak menggambarkan mereka adalah pembela Islam terhebat alaf ini, seperti terlupa 'senjata ampuh' ini akan memakan luluh jiwa pendukung UMNO yang setia kerana melihatkan kebabi-butaan pemimpin tertinggi memainkan isu agama sebagai srategi menarik sokongan rakyat yang semakin tipis hari ke hari. Saya secara peribadi tak mahu mengulas mengenai isu kalimah ALLAH tetapi lebih melihat kepada beberapa kenyataan pemimpin dan mantan pemimpin UMNO yang bercakap tanpa pengkajian yang mendalam dan sesuai dengan istilah 'lembut' yang saya gunakan pada ayat sebelum ini.

Ada dua tiga kiriman artikel sebelum ini yang membicarakan bagaimana lemahnya UMNO menggunakan pelbagai isu yang nampak garang sebagai senjata dan mampu menenggelamkan pakatan pembangkang tetapi beralih 'anak panahnya' kembali ke dada UMNO yang langsung hilang kekebalannya sejak pasca PRU-12. Begitu juga dengan isu Perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan terlalu penting kepada umat Islam di Malaysia. Bukan apa, jika dilihat di Perlis, boleh dikatakan langsung tidak pernah diadakan sejak dari berdekad-dekad tanpa sebarang masalah timbul isu kerajaan semasa yang memerintah Perlis tidak mementingkan apa yang dikatakan sebagai agenda Islam yang penting. Seingat saya juga, perarakan ini juga pernah digantung beberapa tahun selepas berlaku peristiwa ia disalahgunakan oleh pelbagai pihak dan membawa kemungkinan berlaku rusuhan dan isu keselamatan negara.

Maka bila saya membaca kenyataan dan menonton berita yang mengulas isu hangat ini, nyata sangat kedangkalan yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin yang kononnya ingin meraih simpati rakyat. Rasa sedih pun ada, lucu pun ada juga, bila Si Bodoh dan Bahalol cuba bercakap hal keagamaan tanpa pengkajian yang paling dalam. Sama ada bersandarkan sejarah semasa di Malaysia mahupun Sirah Nabawiyah itu sendiri. Hakikatnya secara logiknya, tiada sebarang perarakan dilaksanakan sama ada ketika Nabi Muhammad S.A.W hidup dan Baginda S.A.W sendiri tidak perbah mengeluar dekri atau sebarang sabda berkenaan dengan sunnahnya menganjurkan perarakan mengenang kelahiran Baginda S.A.W.

Inilah yang dikatakan bila urusan dipegang dan diperkatakan oleh seseorang yang bukan ahli maka akan nyata kesalahan dan kesilapan yang sukar diperbetulkan dan dalam masa yang sama ia merupakan bola tanggung yang hanya menunggu seorang 'killer' melibas masuk ke gelanggang sendiri. Sayang sangat, bila Si Bodoh dan Si Bahalol tak menyedari kebodohan dan Kebahalolan mereka bila berkata-kata. Betulkah mereka ini pemimpin UMNO???? Saya sentiasa berharap ia sekadar mimpi saya di sinag hari....

thx!

Februari 04, 2010

Pemuda Arau - Dilema Budak-Budak Ceroi....Betulkah UMNO?

Salam,

Saya ambik kat sini, cukup dalam maknanya, cukup sinis tegurannya. Hakikatnya ia satu kebenaran yang takkan boleh disangkal. Akhirnya yang kerugian UMNO sendiri. Kepada tuan tanah yang saya salinkan artikel beliau saya ucapkan terima kasih.

Pemuda Arau - Budak-Budak Ceroi
Budak-budak ceroi,
Ada yang perut boroi,
Ada yang kaki botoi,
Ada yang sangat noi,
Ada yang selalu loi,
Tapi banyak juga yang sempoi.

Budak ceroi suka marah-marah,
Marah nak tutup yang salah,
Marah sebab tak mau kalah.

Budak-budak ceroi pandai ABC,
A, B, C, D, E, F,
Semua lesen “I have”,
Dari kelas A sampai kelas F.

Bila dapat projek, budak-budak ceroi menghilang,
Terlupa dah depa tu insan terbilang,
Pemuda dok harap bila depa untung, boleh la nak tumpang,
Kalau tak banyak, sikit pun depa boleh sumbang,
Tapi masuk saja payment, sepatah depa tak sembang,
Rata dunia depa terbang tanpa bimbang,
Sebab poket tengah kembang,
Habis duit projek, kaki pun jalan bersilang,
Buat muka kesian, buat muka bimbang,
Tunggu next projek sebelum kembali menghilang.

Budak-budak ceroi,
Makin boroi,
Makin noi,
Makin loi,
Tapi tetap sempoi.

Saya dah bagitau sama Roy,
Jangan banyak sangat budak-budak ceroi,
Sebab depa nak jadi Lim Bo Toi.
Bukannya nak kerja betoi-betoi.

Tapi Roy tetap Roy,
Hensem, smart, cool macam cowboy,
Dia tau perangai budak-budak ceroi,
Tambah pulak di negeri Kelemboi,
Kalau nangis, sumbat susu botoi,
Senyap sunyi macam baby kena dodoi.

p/s: siapa yang kena?!

Januari 20, 2010

Cuaca POLITIK Perlis PANAZZZZZZZZZ???

Salam,

Sekadar berkongsi tentang apa yang mula kembali panas di Perlis. Sila ikuti di blog ini atau di sini atau di sini
thx!

p/s: Harap tuan punya blog mengizinkan saya link ke blognya.

Januari 08, 2010

IKLAN KOMERSIAL!!!!!! NURAFLAH.COM


SALAM,

SEBAGAI SEORANG SAHABAT DI ALAM SIBER INI, SAYA RASA TAK SALAH UNTUK TUMPANG MENGIKLANKAN APA YANG BAIK. RENUNGKANLAH!

THX!

Januari 01, 2010

Salam Tahun Baru 2010 Masihi...


Salam,

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Sempena Tahun Baru 2010 Masihi. Semoga segala terus memberikan yang indah kepada kita semua. Insya Allah saya akan kembali dengan post terkini berkaitan isu semasa selepas bercuti hampir lima minggu kerana mengikuti kuliah di salah sebuah IPT tempatan. Terima kasih kepada pengunjung PRO dan KONTRA blog kerdil ini. Insya Allah, kita akan terus memberikan pandangan bernas ke arah memantapkan budaya menegur dan menasihati antara satu sama lain. Sekiranya terdapat tulisan saya sepanjang tahun 2009 amat mengguris hati dan perasaan, maka saya dahulukan dengan jutaan kemaafan. Insya Allah ketemu lagi!!!!!!!!!!!!

Wassalam!

November 30, 2009

VERY HOT!!!! SUHAKAM MELAWAT TEMPAT KEJADIAN 'POLIS' TEMBAK PEMUDA OKU YANG 'MENGAMUK'

Salam,

Hari ini saya beruntung kerana mengikuti Lawatan Tidak Rasmi SUHAKAM yang diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk N Siva Subramaniam ke lokasi berlakunya peristiwa Polis menembak orang awam yang dikatakan 'mengamuk' di Guar Sanji.

Saya tak mahu mengulas panjang apa yang saya dapat dari Datuk N Siva Subramaniam pagi tadi. Peluang yang datang sekali sahaja ini saya abadikan dalam gambar-gambar yang sempat saya ambil. Masa selama hampir 30 minit memberikan gambaran jelas kepada beliau yang turut ditemani oleh seorang pegawai yang saya kenali sebagai Tengku Mohamad. Apa yang mengejutkan saya ialah terpacul secara tak sengaja beberapa percanggahan laporan yang diberikan pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Saya tak mahu bercerita panjang biarlah gambar yang saya paparkan bercerita sendiri.

Untuk makluman pengunjung blog kerdil ini, pagi tadi telah diadakan pertemuan antara pihak SUHAKAM dengan pihak POLIS IPK Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis. Tunggu sahaja apa beritanya selepas ini..

Mencatat setiap maklumat yang diberikan kaum keluarga mangsa
Di sini tempat OCS Arau memegang pisau (jarak hampir 80 meter dengan lokasi mangsa rebah ditembak mati hanya dalam masa beberapa minit, barang bukti dicemari???)
Antara lokasi yang sempat 'dikunjungi 'OKU' yang malang pada pagi kejadian
Wajah sedih seorang ibu yang kehilangan anak
Wajah sedih seorang ayah yang tak sangka nyawanya diambil oleh 'Malaikatul Maut' dengan cara yang terlalu 'baik'
gambar lokasi pergerakan pisau pemotong sayur yang 'berlari' ini diambil dari jarak hampir 80 meter dari tempat OKU ini ditembak.
Datuk N Siva tekun mendengar penjelasan dari kaum keluarga mangsa 'OKU' yang ditembak.
antara lokasi di tempat kejadian

Meneliti lokasi kejadian

Rumah rakannya RASHIDI yang dilaporkan akhbar sebagai KONTRAKTOR...
DI SINI MANGSA DITEMBAK DAN JATUH TERTIARAP(longgokan pasir)


p/s; Terima kasih kepada yang memberikan komen 'pahit & manis' atas artikel yang saya tuliskan sebelum ini...thx!

November 23, 2009

HOT!!! PANAS!!! TERKINI!!! KES POLIS TEMBAK PEMUDA "MENGAMUK" DI PERLIS!!!

Salam,

Kisah benar yang diceritakan sendiri kepada saya oleh keluarga tersebut. Saya hanya menyampaikan dan tiada niat untuk melukakan mana-mana pihak sama ada tersurat mahupun secara tersirat.....Seperkara yang harus diambil perhatian, mangsa yang ditembak ialah seorang OKU yang cacat di bahagian kakinya akibat kemalangan jalanraya satu ketika duhulu.

(Cerita yang dikutip versinya dari Bapa kepada mangsa sendiri)

Pada pagi 14 November 2009, lebih kurang jam 6 pagi, terdengar orang mengetuk pintu, di rumah saya di alamat No. 2, Jalan Taman Intan, Belakang Istana Raja, 02600 Arau, Perlis. Setelah melihat melalui tingkap bilik, saya dapati mereka ialah polis yang datang untuk memberitahu bahawa anak saya MOHAMAD TAWFIQ BIN NOORZAN (selepas ini disebut sebagai Tawfiq) seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai Pengusaha Kedai Makan di Medan Rancangan Perumahan Awam Arau dan Balai Baru Beseri, Perlis telah membuat laporan di Balai Polis Arau bahawa beliau hendak ‘buat orang’ . Dalam lebih kurang 15 minit kemudian anak saya telah pulang kemudian terus masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya dan keluar semula dengan membawa pisau pemotong sayur dalam keadaan marah dan keletihan. Anggota polis yang berada di depan pintu rumah hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan awal bagi menghalang anak saya untutk keluar untuk bertemu dengan Rashidi (kawannya yang meninggalkannya di Alor Star). 2 orang anggota polis yang ada menyatakan mereka tidak berani untuk menghalang anak saya yang juga dikenali sebagai ‘Botak’ kerana mereka mengenali kelakuan beliau apabila berada dalam keadaan marah.

Lalu Tawfiq mengambil motosikalnya dan isteri saya masih memujuk Tawfiq supaya tidak meneruskan keinginannya. Jawab Tawfiq “ Jangan ganggu dia!” dia terus membonceng motosikalnya ke arah Guar Sanji. Saya pun keluar mengikut jejaknya dengan kereta pada jam 6.30 pagi dan mendapati motosikalnya ditinggalkan di tepi jalan lalu saya terus menuju ke arah Guar Sanji. Apabila sampai ke Guar Sanji, saya dapati beberapa anggota polis siap dengan sebuah kereta peronda dan sebuah kereta Proton Satria berwarna putih yang saya kenalpasti sebagai kepunyaan salah seorang anggota polis yang telah datang ke rumah saya. Lalu saya memarkir kereta saya. Saya lihat anak saya Tawfiq sudah berada di hadapan rumah Rashidi. Tawfiq memanggil keluar Rashidi dengan berkata “ Hang keluaq, kalau betui hang anak jantan!” Kemudian saya memujuk dia dan mengajak beliau pulang ke rumah tetapi dia menjawab ‘ Abah cakap senang, tak kena kat abah takpa la…abah tau apa, apiq (Tawfiq) yang tau, ni muka nak letak kat mana, apiq botak ni abah. Saya terus memujuk beliau. Dia menjawab, tang lari apiq tak lari, apiq nak selesai juga pagi ni.” La, abah pi balik”. Lebih kurang 6.45 pagi Saya pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk mengambil isteri saya dengan harapan dia dapat memujuk anaknya yang sedang marah itu. Lebih kurang, saya terus bertolak ke tempat kejadian bersama isteri..Lebih kurang 7.00 pagi, Saya dapati ada dua kumpulan anggota polis masing-masing berada di tepi jalan. Salah seorang angota polis itu memegang sebatang paip pvc putih. Saya tidak nampak kelibat anak saya berada di tempat kejadian.

Pada masa yang sama, Saya terdengar seorang anggota polis yang saya kenali sebagai Aidil menjerit untuk menanyakan patutkah kita keluarkan Rashidi? Rakan-rakannya menjawab “tak payah”. Selepas itu kami bergerak berjalan kaki sambil mencari kelibat anak saya dan saya terlihat anak saya berjalan kaki menuju ke arah landasan keretapi berhampiran dalam keadaan amat keletihan kerana dia dilihat rebah dan bangun semula dalam setiap beberapa langkah. Saya terus mengekori dalam jarak yang agak jauh tetapi masih nampak kelibat anak saya dan terus mengekori ke arah jejantas lebuh raya Arau. Kemudian kami kembali masuk ke dalam kereta untuk mengekori anak saya. Saya memandu kereta dan memarkir kereta di sebelah atas jejantas lebuh raya Arau. Kami turun dari kenderaan dan meneruskan usaha memujuk anak saya agar tidak meneruskan kemarahannya lagi. Taufiq tidak mengendahkan pujukan saya dan terus berpatah balik.

Sebaik sahaja melihat keadaan itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat pusingan ‘U’ di atas lebuh raya sehala untuk mendapatkan Tawfiq dengan cuba mengikut kereta peronda polis yang turut bersama di atas jejantas tetapi agak terlambat. Sepanjang berada di atas jejantas, saya dapati tiada sebarang usaha memujuk yang dilakukan oleh anggota polis kepada Tawfiq untuk menyerah diri kepada polis. Ketika itulah saya terdengar bunyi dua kali tembakan secara berturut-turut(bukannya berselang dalam satu tempoh) dan pada ketika itu isteri saya berkata “abah, depa tembak dah anak kita” lalu pengsan. Sesampai saya di tempat kejadian. Kami menghentikan kereta dan bertemu dengan Ketua Polis Balai Arau yang saya kenali panggilan Tuan Jabar dan saya bertanya “ mana anak saya?!”. Beliau(Tuan Jabar) sambil memegang pisau pemotong sayur yang saya kenal sebagai pisau yang dibawa oleh Tawfik (sedangkan ia barang bukti dari tempat kejadian yang belum diproses kerana tiada pasukan forensik polis dilihat berada di tempat kejadian itu) menunjukkan isyarat mulut ke arah tubuh di tepi jalan dalam keadaan tertiarap dan tangan bergari di belakang yang kemudian saya kenali sebagai tubuh anak saya Tawfik.

Pada masa yang sama, saya terdengar suara salah seorang anggota yang saya tidak kenali menyatakan “Kami tembak di kaki”. Kemudian, saya terus bergegas menuju ke arah tubuh anak saya untuk memangku beliau. Isteri saya terus menyelak kaki seluar yang dipakai Tawfik untuk mencari kesan tembakan di kaki. Malangnya tiada sebarang kesan tembakan di kedua-dua belah kaki anak saya. Sebaik saya melihat ke arah badan Tawfik, saya dapati ada satu kesan darah di baju dan terus saya menyelak baju Tawfik dan saya dapati dengan jelas kesan satu tembakan di bahagian dada. Saya berkata “ tadi hangpa habaq kat aku tembak di kaki, tapi pasaipa hangpa tembak di dada?!!” Ni bukan nak bagi cedera tapi memang hangpa nak bunuh anak aku!!!” Saya bertanya lagi ‘ mana dia ambulan,bawa dia pi hospital” Sambil itu, kami memeriksa nadi dan tiada sebarang tindak balas, kemudian saya menyuruh Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membuka gari di tangan anak saya. Jadi kemudian, ikatan gari dibuka tetapi hanya sebelah tangan sahaja. Selepas itu, saya lihat keadaan muka anak saya berlumuran dengan darah dan sekali lagi meminta kain untuk mengelap mukanya dengan harapan Tawfik dapat bernafas dengan sempurna kerana saya beranggapan Tawfik masih hidup ketika itu. Tuan Jabar menjerit kepada anggotanya “mana kain?, mana kain?”. Selepas itu, saya melaung sambil bertanya “ pasaipa hangpa biaq tang ni, pasaipa hangpa tak bawa pi hospital, mana ambulan, hangpa mai angkat cepat bawa pi.

Berikutan itu,Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membawa masuk kenderaan Polis (Land Rover) yang sedia terdapat di dalamnya pengusung dan plastik hitam pembungkus mayat seolah-olah mereka telah merancang untuk menembak mati Tawfik. Anggota yang ada terus membawa turun pengusung tanpa membuat sebarang pengesahan kematian secara rasmi kerana tiada sebarang kenderaan ambulan dari hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan dilihat berada di lokasi kejadian. Sepatutnya perlu ada satu pengesahan status anak saya yang ditembak sama ada masih hidup atau mati tetapi saya lihat tiada seorang pun yang melaksanakan Prosedur Pengesahan Status Kematian tersebut. Kemudian Land Rover Polis terus membawa tubuh anak saya ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar untuk proses selanjutnya. Saya bersama isteri saya juga mengikut kenderaan polis menuju ke hospital tetapi gagal untuk mengekori kenderaan tersebut kerana ia dipandu laju.

Sesampainya saya di Unit Kecemasan HTF, saya merujuk kepada salah seorang petugas yang saya tidak ingat namanya di kaunter kecemasan bertanyakan tentang hal tentang pendaftaran kemasukan sebarang kes melibatkan orang awam ditembak polis tetapi jawapan yang saya terima ialah tiada dan diberitahu pada kebiasaannya kes sebegitu biasanya terus dirujuk ke Unit Forensik HTF. Saya pun terus pergi ke unit berkenaan untuk mengetahui prosedur selanjutnya.

Saya melihat sekumpulan anggota polis sudah berada di perkarangan rumah mayat HTF pada pagi kejadian. Selepas itu, saya bertanya kepada setiap anggota polis yang ada di situ siapa yang menembak anak saya, lalu saya telah ditunjukkan kepada anggota yang menembak anak saya, selepas mengecamnya saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis berkaitan keseluruhan kejadian. Setibanya di IPK Perlis di Kangar, saya telah diganggu privasi ketika hendak membuat laporan polis yang pertama. Terdapat terlalu ramai anggota polis di kaunter laporan yang mengerumuni di meja penerima laporan silih berganti dan membaca laporan yang saya adukan.

Selepas selesai membuat laporan polis, saya terus dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat di tingkat dua yang berbaju preman untuk mengambil kenyataan saya. Setelah habis memberikan kenyataan, saya terus ke Unit Forensik HTF untuk melihat dan menuntut mayat anak saya. Ketika itu, saya dimaklumkan sesi autopsi masih belum berjalan kerana menantikan kehadiran Pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Dr. Mohd Suhani bin Mohd.Noor yang terlewat kerana baru menyelesaikan kes di Pulau Pinang lebih kurang jam 5 petang. Saya terkejut bila ditanya oleh pakar yang berkenaan penjelasan prosedur berkaitan oleh Polis sedangkan tiada sebarang taklimat atau sesi penjelasan berkenaan kes anak saya yang ditembak polis ini.

Dari pengamatan saya, banyak prosedur telah dilanggar oleh pihak polis berkaitan proses dan prosedur bedah siasat mayat yang berkaitan kes seumpama ini terutamanya makluman awal kepada pakar forensik tentang masa kejadian berlaku, prosedur imbasan X-ray telah dibuat awal sebelum mendapat kebenaran daripada pakar yang berkenaan menyebabkan prosedur kedua imbasan x-ray dilakukan, makluman pihak polis kepada pakar forensik menyatakan bahawa sesi taklimat dan penjelasan kes sudah diberikan kepada waris si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan. Akhirnya, saya memohon kepada Pakar Forensik agar ketelusan dalam proses yang berkenaan. Selepas mendapat jaminan ketelusan daripada pakar forensik tersebut saya pun keluar dari bilik pejabat am di Unit Forensik HTF.

Setelah selesai ‘post-mortem’ si mati, saya dipanggil oleh Doktor Pakar Forensik dan menyatakan keputusan forensik seperti berikut: Sebab kematian pertama akibat tembakan peluru terkena jantung dan mati serta-merta, seterusnya ada kesan trauma pukulan di bahagian belakang tubuh mangsa dan yang ketiga ada kesan gari yang jelas di kedua-dua tangan si mati. Selepas itu saya menunggu proses akhir bedah siasat dan seterusnya kerja memandikan dan mengkafankan anak saya sebelum saya menuntut mayat untuk di bawa pulang ke kediaman saya.

Saya membuat laporan ini kerana mendapati terlalu banyak percanggahan dalam laporan dan kenyataan oleh pihak yang berkenaan dalam siasatan kes ini.

1) Saya memohon ruang keadilan yang saksama diberikan kepada saya dan tidak diganggu emosi oleh rondaan anggota polis di sekitar kawasan rumah saya setiap hari sejak kejadian tersebut.

2) Saya amat terganggu dengan cara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan fakta di tempat kejadian. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak polis jelas meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Tawfiq sedangkan dia belum disabitkan sebarang kesalahan dan tindakan polis hanyalah kerana beberapa prosedur yang mereka sendiri tidak patuhi selama menyelesaikan kes berkenaan.

3) Perlu diingat Si mati Tawfiq ialah seorang OKU kerana kecacatan kekal di bahagian kakinya tidak memungkinkan beliau melakukan kerja yang berat dan apatah lagi dalam keadaan keletihan setelah berjalan kaki dalam tempoh yang lama dilihat tidak mampu mengancam polis.

4) Polis sengaja mereka cerita secara tidak berasas untuk melindungi anggotanya yang tidak mengikut prosedur kes.

5) Polis jelas berbohong bila menyatakan mereka melepaskan tembakan amaran kerana dari pendengaran saya di tempat kejadian jelas dua das tembakan yang dilepaskan polis secara berturut-turut dan bukan diselangi waktu yang tertentu.

6) Polis juga gagal untuk mengambil sebarang tindakan awal membendung kejadian ini apabila menerima laporan yang dikatakan dibuat oleh Tawfiq sendiri di Balai Polis Arau pada awal hari kejadian.

7) Ketiadaan ahli forensik di tempat kejadian menyebabkan banyak barang kes termasuk pisau yang dibawa Tawfiq diusik dan mungkin diubah, jelas tidak mematuhi peraturan dalam melaksanakan prosedur kerja termasuk pengesahan kematian suspek yang ditembak di bahagian dada. Pihak polis dilihat sudah menyediakan kelengkapan untuk membawa ‘mayat’ dan bukannya bersedia menyediakan pasukan perubatan dari hospital atau pusat kesihatan yang terdekat jika tujuan mereka hanya hendak meleraikan amukan suspek. Buktinya mangsa tembakan terus dibawa ke Unit Forensik dan bukannya Unit Kecemasan. SIapa yang mengesahkan kematiannya ‘dalam perjalanan’?

8) Keadaan tangan yang bergari menimbulkan persoalan sama ada suspek digari sebelum atau selepas ditembak. Ini jelas menjadi keraguan kerana tembakan di dada boleh menyebabkan kematian serta-merta dan apa rasional mangsa tembakan digari selepas ditembak dan dibiarkan tersembam muka di tanah dengan berlumuran darah di bahagian muka?Apa juga rasional mangsa ditembak dalam keadaan bergari jika prosedur menggari suspek dilakukan sebelum ‘nyawanya diambil’?

9) Suspek dilihat sudah tidak bermaya untuk melangkah dan rebah beberapa kali sebelum ditembak. Apakah prosedur yang dipatuhi polis untuk menangani kes sebegini? Perlu diingat, suspek berjalan kaki sejauh lebih 50 kilometer dari Alor Star dan tidak berehat. Mustahil suspek mempunyai tenaga ‘superb’ untuk terus bertahan kekuatan fizikalnya untuk meneruskan ‘amukannya’?

10) Kenapa bilangan anggota polis yang lengkap dengan senjata tidak mampu dan gagal menangani seorang yang disyaki hanya membawa sebilah pisau pemotong sayur yang sudah keletihan dan tidak bermaya?

11) Kenyataan awal dari anggota polis yang datang ke rumah keluarga suspek menyatakan mereka tak mampu untuk mengambil tindakan menahan suspek kerana cukup mengenalinya bila berada dalam keadaan marah jelas menyalahi etika professionalisme polis yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan rakyat.

12) Kenyataan akhbar yang dipetik dari makluman polis jelas menjatuhkan maruah keluarga dan suspek sendiri kerana kami sudah dihukum tanpa bicara terlebih dahulu. Soal komersial atau sensasi sepatutnya tidak menjadi keutamaan mana-mana pihak dalam kes sebegini kerana maruah sepatutnya menjadi keutamaan. Polis sepatutnya meneliti keseluruhan fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat ‘mempertahankan diri’ demi imej dan reputasi pasukan polis. Barulah integriti POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai pasukan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam di Malaysia lebih dihormati.

p/s: Ketelusan semua pihak amat perlu untuk menegakkan keadilan. Kita sama-sama tunggu hasil SIASATAN DALAMAN yang akan dikeluarkan nanti (khabar terbaru menyatakan Menteri KDN telah mengarahkan kes ini disiasat tanpa prejudis demi mengelakkan tanggapan buruk kepada integriti polis)). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Ar-Ruh Mohamad Tawfiq Noorzan... Aaamiiin.......

November 20, 2009

Wajah Team 'A' UMNO Perlis Terbongkar?! Malang Sungguh Malang...

Salam,

Lama sudah tak menaip dan lama sudah berdiam sejak isu tanah di Wang Kelian, Perlis. Khabarnya, Ketua Pemuda UMNO Padang Besar telah diarahkan untuk menjawab beberapa persoalan oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) bersama dengan EXCO Tanah Negeri YB Mat Rawi Kassim. Biarlah apa yang ditanya dan apa yang dijawab kerana isu itu yang dikatakan akan selesai oleh YB mat Rawi sebenarnya akan mengambil masa yang cukup panjang untuk diselesaikan. Tak percaya? Tunggu sahaja...

Berbalik kepada tajuk utama kali ini. Maklumat yang diterima dari khabar sahih menyatakan tak sampai 10 orang yang menghantar YAB Md Isa Sabu Menteri Besar Perlis yang telahpun berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. Apa yang mendukacitakan, dalam kalangan 10 orang yang hadir tiada seorang pun dari kalangan YB EXCO Kerajaan Negeri dan tiada seorang pun YB yang tidak memegang apa-apa jawatan exco. Ini amat mengejutkan kerana sebagai seorang ketua kerajaan negeri sepatutnya dihormati terutama dalam hal berkaitan. Malangnya ia tidak berlaku, rentetan daripada keengganan pegawai kerajaan negeri yang tidak menghadiri satu majlis YAB MB Perlis di Wang Kelian 2 minggu yang lalu nampaknya telah berjangkit kepada YB BN yang ada. Penulis juga diberitahu, tiada seorang pun Pegawai Khas MB yang dilantik atas kapasiti jawatan tertinggi parti di peringkat negeri hadir kecuali seorang, iaitu Ketua Pemuda Negeri Perlis yang tidak diberi apa-apa jawatan yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada YAB MB Perlis ini. Apa yang menyeronokkan dan melucukan hati, taktik lama turut digunakan oleh seorang lagi 'KAYU GOLEK' UMNO Perlis yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua di salah satu UMNO Bahagian di Perlis yang cuba mengambil kesempatan "mengampu-bodek's" YAB MB Perlis dengan menaja sebuah BAS untuk mengucapkan selamat jalan di 'airport'. Beliau cukup dikenali sebagai 'hardcore' mantan MB Perlis yang masih 'berbisa' tetapi sekarang nampaknya sudah melakonkan dua watak utama demi survival politik 'busuk' yang hanya sekadar untuk mengenyangkan perutnya semata-mata. Tak tahulah sama ada YB Mantan MB Perlis menyedari atau tidak tingkah buruk yang sedang dipamerkan oleh 'hardcore' yang tak pernah kenyang-kenyang dengan lambakan projek 'mega' sepanjang tempoh beliau menjadi pegawai khas kepada mantan MB Perlis yang tersohor itu.

Hakikatnya, inilah wajah sebenar TEAM 'A' UMNO PERLIS yang gah kerana berjaya melakukan KUDETA selepas BN berjaya mempertahankan PERLIS dari hanyut dek gelombang TSUNAMI POLITIK 2008. Mengapa masih tiada keinsafan atas segala yang ditakdirkan sedangkan jelas pentunjuk yang ALLAH berikan kerana UMNO tak pernah bersatu masih tidak diambil sebagai pengajaran terbaik? Sudahlah berterusan beretorik mendabik dada burung dan perut busung menyatakan UMNO telus untuk menyatukan rakyat!

thx!

p/s; Semoga ALLAH memberikan kesejahteraan kepada YAB MB Perlis dan isteri...AAMIIIIN!

November 11, 2009

KP UMNO Perlis Terus Ditekan!!! Hanya kerana laporan UTUSAN Hari Ini M/S 26..


Salam Bloggers!

Mungkin beginilah nasib para 'PEJUANG' dalam UMNO. Bila cuba memperjuangkan hak rakyat seperti dalam laporan tipu ini maka terus ada pelbagai pihak yang menekan dan menghentam perilakunya yang dianggap sebagai tidak memenangkan UMNO.

Setiausaha Politik Kepada MB Perlis umpamanya berkata kepada Ketua Pemuda Negeri Perlis yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paang Besar dengan pertanyaan 'manis' "Apa dah jadi dengan Ketua Pemuda Bahagian Padang Besar/Negeri Perlis??? Dia tu parti mana??? Pembangkang ke??? Apa yang boleh saya katakan ialah, telah nyata kebodohan dari seorang yang pernah menjadi guru yang hebat tetapi masih mengamalkan poliik cara lama, politik angguk, politik turut dan politik setia mengkhinzir buta kepada ketua. Soalnya sekarang, bukankah Konsep 1Malaysia telah jelas mendahulukan rakyat selain mengutamakan pencapaian? Kenapa bila ada dalam kalangan UMNO yang cuba menjuarai hak rakyat bawahan yang jelas ditindas kerana tiada sebarang perbincangan yang dibuat sebelum diambil hak mereka yang sudah mereka sebatikan lebih dari 40 tahun itu? Inilah yang dikatakan SETPOL yang gila kuasa dan lupa dunia bila dilantik ke jawatan tersebut atas ihsan seorang sahabat lama yang menjadi bossnya sekarang.

Tak payahlah menggunakan peluang ini untuk menyingkirkan KP UMNO Perlis ini hanya kerana hendak menaikkan calon KP tajaan MB..Sudahlah, negeri Perlis ini pun kecil sahaja, habis sudah semua dikaut dan yang tinggal hanya sekangkang tanah. Itupun masih nak berebut. Bukan nak fikir tentang soal menyatukan ahli tetapi dok jadi pengacau bertopengkan pejabat MB. Tak habis-habis. Mungkin inilah bahana akibat dari 'merampas kuasa' dengan cara yang 'BETUL'...Bodoh tak mahu diajar!!!!!!

Kalau beginilah sikap orang-orang yang 'hebat' bercakap soal kebajikan rakyat dalam setiap ucapannya tetapi tak sama langsung bila berhadapan dengan isu yang menampakkan kelemahan mereka, maka UMNO Perlis akan terus berkecamuk tanpa ada perubahan dan kekalutan yang dijana ini akan terus didramakan dalam pelbagai genre. Sikap yang mematikan sokongan rakyat. Sikap hodoh yang menjelekkan pandangan rakyat kepada imej UMNO/BN di Perlis. Mulai hari ini, saya takkan hormat langsung kepada batang tubuh SETPOL yang kuat bodeknya dan mantap AMPUnya..Akan tiba masa kita berhadapan...Tunggu!!!!

p/s: Ini hanya nasihat tetapi kalau rasa kasar anggaplah ia satu TEGURAN KASAR kepada mereka yang bodoh!!

November 07, 2009

Gomo Kelate Gomo! Kelate Kena Gomo!!!!

Salam Bloggers!

Akhirnya termaktub sudah, Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2009. Apa yang mendukacitakan ialah sikap sesetengah penyokong Kelantan yang tak mahu menerima hakikat bahawa pentas Final malam ini milik mutlak Negeri Sembilan.

Saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang kelakuan penyokong Kelantan yang fanatik ini kerana rata-rata mereka mengatakan penyokong Perlis iaitu pasukan yang mereka tewaskan dengan bergaya di tempat lawan yang memulakan kekecohan. Alhamdulillah, pada malam ini perkara yang sebenar telah diceriterakan sendiri oleh kelekehan semangat penyokong-penyokong Kelantan yang selama dilabelkan sebagai penyokong terbaik dalam Liga Malaysia tetapi sayangnya bila gol kedua dijaringkan oleh Hairuddin Omar telah mematikan terus semangat penyokong Kelantan yang terus meninggalkan stadium dan sebahagian yang lain telah mula meniru aksi penyokong fanatik England dengan membakar mercun dan tempat duduk stadium kebanggaan negara. Satu sikap yang tak baik untuk ditunjukkan oleh sesiapapun tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mahupun kenegerian. Kemanakah hilangnya sorakan keramat 'Red Warrior' yang kalah dengan keperkasaan minoriti jumlah penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saya secara peribadi mengangkat tabik atas 'istiqamahnya' semangat penyokong Hoben Jang Hoben atas sokongan padu yang tak luntur hingga menenggelamkan keramaian penyokong 'fanatik' Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini. Sekali lagi TAHNIAH NEGERI SEMBILAN!!!

p/s: Perfectwater75 nak kata satu saja...Dengan Kelantan bolehlah korang makan...main dengan PERLIS dah tentu kalah lagi...hehehe!

November 02, 2009

AKU TETAP SOKONG Dr. ASRI!!!! Apahal POLIS Datang Sampai Lebih 30 Orang??? Hebat!

Salam,

Saya tak mahu nak ulas panjang cuma hanya hendak MENYATAKAN SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI kepada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin Ikon Pejuang Islam yang Sederhana Pendekatannya...TETAPI.....Polis datang nak tahan sampai lebih 30 orang??? Lebih dari PENJENAYAH BESAR!!!! Banyak lagi JENAYAH yang perlu ditentang oleh barisan polis-polis yang berkenaan. Tak payahlah buang duit rakyat untuk menangkap atau menahan seorang yang dhaif seperti ini. Ini adalah perbuatan yang merugikan!!!

Sepatutnya tangkap Harussani dan lain-lain mufti perut yang masih hisup di Malaysia ini supaya DAKWAH ISLAM dapat terus dikembangkan tanpa ada sekatan di negeri-negeri tertentu sepertimana yang berlaku kepada Dr.MAZA sama ada ketika semasa dan selepas menjadi mifti di Perlis. Kan negara ini negara ISLAM...

Mesti ada yang akan bertanya kenapa tetiba sahaja nama Harussani disebut sedangkan hal ini berlaku di Selangor? Mudah sahaja, kalau Dr.Asri melakukan perkara yang sama di Perak maka mufti-mufti perut seperti inilah yang akan terlibat sama untuk menahan beliau kerana menyampaikan kuliah atau ceramah tanpa tauliah....

Ingat!!! hanya di negeri-negeri tertentu sahaja Dr. Asri dilarang membuat penampilan.. bayangkan Majlis mufti punya ramai ahlinya berkumpul hanya membincangkan perkara yang kecil dan takut pula menyentuh perkara yang lebih besar...Fikirlah terutama kepada puak-puak yang menentang sungguh dan mengganggap Dr.Asri seorang yang sesat pengamalannya. Seringkali beliau berceramah dan mendatangkan hujjah dari dalil yang sah tak pula dikhilaf atau ditujah hujjah tersebut dengan dalil-dalil lain yang lebih SAH! Jadi di kesempatan ini saya ingin menyatakan SEPENUH SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI KEPADA Dr.ASRI, sahabat yang saya hormati...

YANG BENAR TETAP BENAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

thx!

Oktober 29, 2009

Ini Baru Betul Pemimpin Rakyat...

Salam,

Walau apapun telahan orang, saya ingin mengalungkan penghormatan kepada Ahli Parlimen Sri Gading yang berterus-terang tentang hal yang pada pandangannya dan sememangnya itu pandangan majoriti rakyat secara telus dan tidak berselindung.

Sewajarnya Najib melihat teguran ini sebagai sesuatu yang mesti diambil tindakan segera. Untuk apa dipertahankan seorang yang 'GAGAL' dan 'MEMALUKAN' BN dalam PRU ke 12. Biarlah kekalahan itu menjadi pengajaran dan mereka yang kalah sewajarnya memulakan perjalanan dari mula dan bukannya menggunakan jalan singkat.

Persoalan meningkatkan daya saing Industri Automatif Negara yang mewajibkan kereta yang berusi lebih dari 15 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan jalanraya negara ini. Apabila ia disentuh oleh seorang Ahli Parlimen Kerajaan yang memerintah maka ia dilihat sebagai satu usaha progresif yang positif dan pihak yang berkenaan seharusnya melihat atau membuka semula fail untuk dibuat penambahbaikan agar kerajaan yang ada tidak dilhat sebagai kerajaan yang 'mendahulukan' rakyat untuk menerima segala beban akibat kemerosotan ekonomi dunia ketika ini.

Cuma seperkara yang amat saya harapkan sebagai golongan rakyat marhain, agar YB Sri gading terus istiqamah menegur kesilapan pimpinan atasan di peringkat awal tanpa perlu bimbang ditarik apa jua haknya sebagai ahli parlimen atau mungkin disisihkan oleh rakan-rakan 'pengampu' yang sentiasa wujud dalam parti dan kerajaan.

Tahniah buat Datuk Mohamad Aziz!!! Pastikan nama anda harum bukan kerana AMPU tetapi kerana MAMPU!!!

thx!

Oktober 27, 2009

1MALAYSIA!!! Bagi UMNO Nilai anak hanya RM10k sahaja...?


Salam,

Saya ingin menyampaikan SALAM TAKZIAH kepada kaum keluarga mangsa jambatan gantung yang terkopak konkritnya di Kuala Dipang. Bila menonton TV3 sebentar tadi, tiada pemimpin UMNO yang menyentuh tentang kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek segera Kerajaan baru Perak. Sepatutnya pihak polis terus sahaja mengeluarkan waran tangkap kepada pihak kontraktor yang tentunya dilantik sendiri oleh pemimpin tertentu dalam dalam kerajaan baru di Perak setelah hampir setahun sejak MAC 2008 yang hampir kebuluran kerana tiada projek yang turun kerana kerajaan ketika itu dipimpin oleh pakatan pembangkang yang 'tak tahu memerintah'.

Pihak Kementerian Pelajaran tak payah dok kalut nak tubuh jawatankuasa untuk menyiasat kejadian sudah terang lagi bersuluh isu keselamatan dan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang menjadi faktor atau punca dalam kejadian ini. Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi bila mengenangkan pemberita media kerajaan yang sibuk mendapatkan pendapat budak-budak yang terlibat seolah-olah cuba mencari sabit kesalahan budak-budak sekolah yang terlibat sebagai asas kejadian malang ini berlaku.



Saya agak terkejut kerana nilai pampasan awal yang diumumkan oleh menterinya yang hebat itu hanya RM 10k. Maknanya di sini, jika anak-anak kita mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah maka pampasan awalnya sebagai nilai nyawa anak-anak kita hanyalah RM 10 ribu sahaja. Jangan pula adanya nanti, pihak yang berkenaan menyatakan ada unsur sabotaj khususnya kepada sebarang program 1 Malaysia seperti ini. Kalau dilihat dari dahsyatnya kopakan tanah yang menunjangi konkrit yang menjadi asas titi gantung tersebut rasanya, ia adalah kecuaian kontraktor yang diamanahkan membina prasarana yang berkaitan dengan nyawa manusia. Nasib baiklah yang lemas itu anak-anak 1 Malaysia. Bayangkan kalau NAJIB yang sedang melalui jambatan tersebut pada ketika yang berkenaan. Apakah Malaysia bersedia menerima kematian mngejut seorang perdana menteri dalam tragedi seperti ini? Bagi mereka yang mabuk kuasa seharusnya inilah peluang yang takkan dilepaskan untuk melihat seorang PErdana Menteri Malaysia mati dengan cara sebegitu. Fikirkan...Syukur kerana bukan Najib yang terkorban tetapi adakah KESEDIHAN KAUM KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT boleh dipadamkan hanya dengan nilai RM10000 sahaja?

thx!

p/s: PERFEFCTWATER75: TAKZIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...

Oktober 24, 2009

Dua (2) ADUN bakal terlepas tuduhan rasuah kerana menyokong UMNO...Wajarkah Undang-Undang Dipermainkan Sebegini?

Salam Bloggers!

Bila membaca laporan ini, maka saya tersenyum sendiri kerana memikirkan akan kebenaran dalam post saya sebelum ini di bawah tajuk ini yang menyatakan betapa undang-undang Malaysia kini hanyalah mainan sesetengah pihak yang berkepentingan. Tak usah terkejut kalau percanggahan yang berlaku dalam keterangan saksi dalam laporan ini akan memberikan hakim satu kesenangan untuk menutup kes ini dan membebaskan dua lagi ADUN yang satu ketika dulu hebat ditelanjangkan dengan tduduhan menerima rasuah perempuan beberapa bula sebelum kudeta Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak berlaku. Betapa malangnya bila undang-undang dipermainkan sebegitu rupa oleh mereka yang berkepentingan. Anehnya, saya rasa tidak akan ada tuduhan kepada saksi yang berbohong kepada mahkamah dalam kenyataannya sebelum ini.

Jadi, konklusinya, kalau anda mempunyai kedudukan politik di sebelah pihak pembangkang dan dalam masa yang sama menghadapi sebarang tuduhan melekaukan jenayah maka caranya mudah untuk membebaskan diri iaitu dengan mengisytiharkan diri keluar dari parti pembangkang dan menjadi calon bebas dan menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada pimpinan kerajaan semasa yang memerintah. Tak payah susah mencari peguam terbaik. Cukup sekadar peguamn yang biasa sahaja yang penting ada 'deal' yang luar biasa. Kita tunggu pembebasan kedua ADUN ini dari tuduhan rasuah yang berkenaan.

thx!

p/s: RASUAH jadi mainan, MARUAH bukan lagi sandaran, ORANG ATAS makan sedap tetapi ORANG BAWAH makan KUAH...Itulah POLITIK MURNI MALAYSIA!!!

Oktober 22, 2009

LAGI PANASSSS!!! Sedutan Video Ucapan KETUA PEMUDA UMNO PERLIS Yang Diharamkan Pengedarannya...Part 3



Salam Bloggers!

Bagi saya sedutan video bahagian ini yang paling menarik kerana ia agak menyentuh orang tertentu...UMNO diibaratkan sebagai kereta lumba. Dari dulu berlumba tak pernah tewas. Sebutlah mana trek yang tak pernah ditakluki. Akan tetapi akhir-akhir ini, jentera lumba ini amat bermasalah kerana bila dikaji semuanya masih menggunakan enjin, tayar dan drebar yang sama (Rujuk durasi 0.50 min). Tontonlah video yang saya rasakan menjadi penyebab utama kegagalan vcd KP UMNO Perlis tidak diedarkan sekitar persidangan baru-baru ini.

p/s: Perfectwater75, Diharapkan perubahan yang cuba dilaksanakan tidak tinggal RETORIK lagi kerana jika ia juga satu RETORIK maka ia agak terlambat bagi sebuah parti yang terlalu jauh tergelincir dari landasan perjuangan sebenar.

thx!