Keputusan 'by-election' Permatang Pauh telah meyaksikan ahli-ahli yang berdaftar dengan Barisan Nasional (BN) melalui parti komponennya seperti UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN seramai hampir 27000 orang seolah-olah tidak serius membantu kemenangan calon 'terbaik' pilihan BN.
Apa yang amat menyedihkan, berita yang saya kutip daripada beberapa orang pemerhati politik dalam 'by-election' tersebut menyatakan perkara yang hampir serupa iaitu, "Masuk Rumah Tidak Memberi Salam atau Tidak Mengetuk Pintu" iaitu dalam perkataan lain tidak menghormati langsung penduduk setempat terutama apabila perayu undi dari BN menjelajah ke segenap kampung untuk berkempen. Penceramah-penceramah atau istilah mesra mereka ketika di sini 'Balaci Upahan UMNO seperti Mantan Ketua Angkatan Muda PKR, Saudara Ezam Md.Nor, rakan sepermainan tenis DSAI sendiri seperti Nallakarupan (dalam sesetengah blog namanya dieja Nalla Kurap Pan) yang mendedahkan banyak rahsia sulit kerajaan terdahulu ketika DSAI menjawat jawatan TPM menjadi senjata yang memakan tuan pada penghujung drama 'by-election' ini.
Isu Sumpah liwat Saiful Bukhari Azlan(SBA) juga antara yang menjadi bebanan kempen yang pada mulanya dilihat memberikan ' full advantage' kepada BN tetapi pada akhirnya meleburkan terus impian BN untuk menawan semula kerusi tersebut dari pembangkang lantaran pengakuan 'imam' di atas platform pembangkang yang disebut dalam media tempatan sebagai saksi utama adegan sumpah seolah-olah menjadi 'turning-point' kepada 'ending' kempen BN di Permatang Pauh.
Segala taktikal perang kempen dengan dibantu oleh semua jentera risikan kerajaan seperti 'Special Branch' (SB) dan Agen Biro Tata Negara (BTN) dilihat gagal secara 'total' untuk mengubah undi penyokong Pakatan Rakyat (PR) kepada Pemimpin De Facto PKR iaitu Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI). Kempen-kempen memburukkan peribadi lawan jelas menjadi teras kepada intipati kempen BN kali ini juga menyebabkan simpati pengundi kepada DSAI lebih teruji kali ini.Turunnya semua pembesar-pembesar negara dengan menaiki kereta-kereta mewah dan berjalan sambil diiringi dan dikelilingi juak-juak "pembodek kelas pertama" penuh retorik (kerana mereka hadir lebih kepada untuk mempromosikan diri sendiri menjelang pemilihan UMNO November 2008) dilihat juga menjadi faktor penyumbang kepada kekalahan teruk kali ini. Dalam erti kata lain BN/UMNO telahpun muflis sokongan majoriti dari hari penamaan calon lagi iaitu pada 16 Ogos 2008.
Saya sendiri terkejut apabila menyaksikan pengundi Cina yang hadir dalam ceramah DSAI sangsup berdiri lebih sejam semata-mata untuk mendengar ucapan politik DSAI di sebuah kampung tanpa digula-gulakan dengan cabutan bertuah atau peruntukan kilat berjuta-juta ringgit sedangkan di pihak BN pula adalah sebaliknya. Bahkan menurut seorang rakan UMNO, kehadiran penyokong dalam satu ceramah yang disampaikan oleh 'kembar' DSAI yang kemasukannya ke dalam UMNO menjadi satu pertikaian kerana ia diterima dalam masa hanya sebulan (untuk makluman, Dato' Mukhriz Mahathir sendiri mengambil masa enam bulan pada ketika bapanya Tun Dr. Mahathir menjadi Presiden UMNO) hanya mencecah jumlah 50 orang, satu jumlah yang langsung tidak berani diteluskan oleh media pembodek kerajaan seperti TV3 dan RTM sendiri. Media seharusnya berani mempertahankan etika kewartawanan yang dijunjung untuk menyatakan kebenaran berita yang disampaikan agar tidak dilabelkan sebagai 'munafik' dan 'fasik' tetapi apa yang mendukacitakan semua ini tidak pernah berlaku terutama ketika berlangsungnya 'by-election' atau 'general election'. Oleh yang demikian media tak perlulah mempersalahkan rakyat secara umum kalau mereka tidak menyukai kandungan berita yang disampaikan bahkan ada dalam penyokong kerajaan yang menjadi marah dek berita yang diulang-ulang hingga mereka meluat dan menyatakan kebencian kepada kerajaan. Tak hairanlah jika TV3 dicop sebagai "TV3 Suku" dan RTM sendiri dilabelkan sebagai "Radio Televisyen Meloya" oleh penyokong gerakan reformasi.
Situasi ketika pengiraan undi berlangsung di Dewan Institut Perguruan Tuanku Bainun sendiri menjadi isu yang menunjukkan kelemahan pemimpin parti kerajaan dalam menerima kekalahan seolah-olah tak mahu menerima kekalahan dan mengaku kalah sebelum perang berakhir. apakah ini menjadi petanda bahawa BN atau UMNO sudah tidak relevan lagi masa kini? Apakah benar wujudnya 'Fobia Anwar" kepada pemimpin gah kerajaan BN yang memerintah? Jika dilihat komen para pemimpin BN ketika keputusan rasmi dikeluarkan SPR, dapatlah disimpulkan bahawa tiada satu komen pun semasa itu yang boleh dikira sebagai komen terbaik. Kebanyakkan komen tampaknya seperti komen kebudak-budakan seumpama murid sekolah rendah yang tewas dalam pertandingan bolasepak peringkat kawasan pendidikan. Kalaulah ini menjadi satu 'trend' baru pemimpin-pemimpin UMNO/BN maka saya amat berkeyakinan bahawa BN atau UMNO secara khususnya akan kekal menjadi monumen bersejarah di Muzium Negara satu hari nanti. Ada dua tiga blog pro kerajaan yang masih utuh mempertahankan kepemimpinan sedia ada tanpa melihat kesan jangka masa panjang kepada parti itu sendiri.
Wahai ahli UMNO, jika sayangkan parti anda, bangun dan sedarlah diri masing-masing. buatlah perubahan secara menyeluruh kepada barisan kepimpinan anda. Peluang untuk anda merubah demi keuthan bangsa Melayu dalam negara ini. Usahlah lagi menunggu peralihan kuasa 2010 kerana jawatan itu bukan untuk dipusakakan dan kepada pimpinan UMNO, kembalikan hak memilih kepada akar umbi agar kelak nanti tidak akan ada anak cucu pejuang UMNO kini yang sanggup meludah kubur anda nanti.
Renung-renungkanlah...
Perfectwater75
Ogos 30, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)