Memaparkan catatan dengan label politik semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik semasa. Papar semua catatan

November 02, 2011

Sempena meraikan Senator Nallakarupan.. Untuk Pembacaan Semula...

Alih-Alih Orang UMNO Setia Juga Yang Rugi...Kenapa???

Salam,

Ternyata bukan lagi satu rahsia apabila seorang lagi spesis 'katak' yang berjaya diangkat menjadi YB hasil usaha keras mengentam mantan bosnya.

Maka para pejuang setia UMNO, usahlah gundah gulana kerana kesetiaan anda nyata akan teruji dengan perlantikan manusia yang tiada prinsip berjuang dan sesungguhnya berjuang atas kedudukan walaupun beliau pernah menafikannya sebelum ini. Harus diingat, percubaan beliau bertanding sebagai calon parlimen satu ketika dulu pernah gagal dan beliau mengambil langkah drastik agar dirinya tidak terus tenggelam dalam karier politik apabila bersungguh-sungguh membodek pimpinan di samping menawan hati ahli UMNO dengan suara ala DSAI dan anehnya masih ada yang terpengaruh dan menyanjung beliau sedangkan terang-terangan dia pernah membohongi ahli-ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhan apabila menjadi pengikut dan orang kuat PKR parti yang dilihat telah hampir memadamkan kehebatan UMNO pada satu ketika.

Aduhai malangnya UMNO apabila sanggup membiarkan 'orang luar' mengambil hak pejuang setia yang bertungkus-lumus berjuang, setia dan berkhidmat kepada UMNO. Saya teringat kata-kata seorang sahabat tentang perihal pemilihan 'WAJIB' seorang YB atau calon pilihanraya khususnya bagi UMNO. Antara yang masih terngiang-ngiang di telinga ini ialah mesti dan wajib seorang calon UMNO itu mesti dan wajib pandai 'berfoya-foya. Dalam masa yang lain mesti dan wajib berlagak alim mengikut situasi terutama di hadapan isteri. Tambahnya lagi, seorang bakal calon tak semestinya mempunyai akhlak yang mulia kerana itu bukan faktor utama yang diambil kita oleh pimpinan tertinggi dalam menentukan kriteria pemilihan seseorang calon bagi mewakili parti utama orang Melayu dan Islam ini.

Hari ini seperti makin terbukti selepas bukti-bukti yang wujud terutamanya di negeri Perlis nampaknya semakin merebak auranya ke sebelah ibu kota apabila 'orang hebat' ini dengan selambanya diumumkan sebagai salah seorang bakal Senator tanpa perlu berebut-rebut jawatan di peringkat cawangan atau bahagian. Tanpa perlu menabur khidmat terbaik di peringkat akar umbi, hanya berbekalkan air liur dan gaya suara milik bekas bosnya sahaja sudah memampukan beliau untuk donobatkan sebagai calon senator terbaik pilihan presiden parti. Entahlah, sudahlah UMNO 'tewas' dalam PRK Hulu Selangor khususnya kepada MIC, hari ini UMNO terus 'tewas' dek permainan bijak politik insan bernama 'Mr.Box' ini....Aduhai UMNO........

p/s: Pengumuman: Marilah beramai-ramai ucapkan TAHNIAH kepada Lelaki BERKOTAK ini sementara masih tak lupa jasa ahli UMNO yang setia berjuang sejak dahulu demi menaikkan mereka-mereka yang berjiwa 'hebat' seperti ini.... Air liur sahaja babe!!!!

Jangan lupa ucapkan tahniah kepada pelakon TAMIL terkenal era PRK Hulu Selangor, sekali gertak sudah dapat balik 'title' YBnya.. Syabas UMNO! Sampai bila nak faham pun tak tahulah...thx!

..._...|..__________ __________, , ) ____
....../ `---___________---- _____|] ......
...../_==o;;;;;;;;__ _____.:/
.....), ---.(_(__) /
....// (..) ), ----"
...//___// Take The Gun And Kill Your Self???
..//___//
.//___//

Mac 26, 2011

Video lucah dan dosa politik...Satu Renungan..

Salam,

Mari kita sama renungkan apa yang telah ditulis oleh Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dalam kolumnya di Malaysiakini. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Aib peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

Bukan bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhajaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).



Bangkit generasi baru

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

p/s: Setuju sangat apa yang ditulis "Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun."..thx!

Februari 12, 2011

Sajak : Mahathir Mudah Lupa?


(gambar ihsan Malaysiakini)

Salam...,

Sekian lama tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk tugas seharian. Jadi sebagai buah tangan yang pertama untuk tahun ini, saya titipkan sebuah pertanyaan untuk mereka yang berkenaan.

Mahathir Mudah Lupa?

Dulu dia pernah berkata...
"Melayu Itu Mudah Lupa"...
Semua Melayu Di Dunia tersenyum sinis
Gadis yang ayu bertambah manis,
teruna perkasa terasa kembang kumis..

Itu semua cerita dahulu...
Zaman Melayu tak tahu dan tak maju..
Zaman Melayu tak tahu malu...
Zaman Melayu tiada PERKASA...
Zaman Melayu tiada apa-apa...

Itu tika hidup Melayu mengais rezeki..
Kaisnya pagi, makannya pagi...
Kaisnya petang kenyangnya petang...
Malas mengais apapun tak datang...

Kini cerita Melayu Mudah Lupa datang lagi...
Jadi polemik hangat dan sensasi lagi...
Bila ada seorang lagi Melayu terlupa diri...
Seperti baru lahir ke dunia ini...

Sayang sekali...Melayu ini...
hendak diselekoh Melayu hari ini..
Melayu yang cerdik dan berjatidiri...
Melayu yang bijak menilai diri...
Melayu yang bukan lagi kais pagi, makannya pagi..
Melayu kini yang ada PERKASA di sisi...
Pantas mahu ditipu Melayu ini???

Apa benar Mahathir Mudah Lupa???
Apa benar sudah sampai masanya???
Apa benar apa yang dikata benar???
Sedang fakta tak buta matanya...
Sedang sejarah tak hilang nilainya..

Sudah-sudahlah....
Diam-diamlah...
Sunyi-sunyikanlah...
Kerana banyak senjata lupa tuannya...
Kerana banyak sejarah berulang semula...

Sekali lagi ingin bertanya....
Apa benar MAHATHIR MUDAH LUPA???

Perfectwater75 --- :)

April 28, 2010

Alih-Alih Orang UMNO Setia Juga Yang Rugi...Kenapa???

Salam,

Ternyata bukan lagi satu rahsia apabila seorang lagi spesis 'katak' yang berjaya diangkat menjadi YB hasil usaha keras mengentam mantan bosnya.

Maka para pejuang setia UMNO, usahlah gundah gulana kerana kesetiaan anda nyata akan teruji dengan perlantikan manusia yang tiada prinsip berjuang dan sesungguhnya berjuang atas kedudukan walaupun beliau pernah menafikannya sebelum ini. Harus diingat, percubaan beliau bertanding sebagai calon parlimen satu ketika dulu pernah gagal dan beliau mengambil langkah drastik agar dirinya tidak terus tenggelam dalam karier politik apabila bersungguh-sungguh membodek pimpinan di samping menawan hati ahli UMNO dengan suara ala DSAI dan anehnya masih ada yang terpengaruh dan menyanjung beliau sedangkan terang-terangan dia pernah membohongi ahli-ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhan apabila menjadi pengikut dan orang kuat PKR parti yang dilihat telah hampir memadamkan kehebatan UMNO pada satu ketika.

Aduhai malangnya UMNO apabila sanggup membiarkan 'orang luar' mengambil hak pejuang setia yang bertungkus-lumus berjuang, setia dan berkhidmat kepada UMNO. Saya teringat kata-kata seorang sahabat tentang perihal pemilihan 'WAJIB' seorang YB atau calon pilihanraya khususnya bagi UMNO. Antara yang masih terngiang-ngiang di telinga ini ialah mesti dan wajib seorang calon UMNO itu mesti dan wajib pandai 'berfoya-foya. Dalam masa yang lain mesti dan wajib berlagak alim mengikut situasi terutama di hadapan isteri. Tambahnya lagi, seorang bakal calon tak semestinya mempunyai akhlak yang mulia kerana itu bukan faktor utama yang diambil kita oleh pimpinan tertinggi dalam menentukan kriteria pemilihan seseorang calon bagi mewakili parti utama orang Melayu dan Islam ini.

Hari ini seperti makin terbukti selepas bukti-bukti yang wujud terutamanya di negeri Perlis nampaknya semakin merebak auranya ke sebelah ibu kota apabila 'orang hebat' ini dengan selambanya diumumkan sebagai salah seorang bakal Senator tanpa perlu berebut-rebut jawatan di peringkat cawangan atau bahagian. Tanpa perlu menabur khidmat terbaik di peringkat akar umbi, hanya berbekalkan air liur dan gaya suara milik bekas bosnya sahaja sudah memampukan beliau untuk donobatkan sebagai calon senator terbaik pilihan presiden parti. Entahlah, sudahlah UMNO 'tewas' dalam PRK Hulu Selangor khususnya kepada MIC, hari ini UMNO terus 'tewas' dek permainan bijak politik insan bernama 'Mr.Box' ini....Aduhai UMNO........

p/s: Pengumuman: Marilah beramai-ramai ucapkan TAHNIAH kepada Lelaki BERKOTAK ini sementara masih tak lupa jasa ahli UMNO yang setia berjuang sejak dahulu demi menaikkan mereka-mereka yang berjiwa 'hebat' seperti ini.... Air liur sahaja babe!!!!

Jangan lupa ucapkan tahniah kepada pelakon TAMIL terkenal era PRK Hulu Selangor, sekali gertak sudah dapat balik 'title' YBnya.. Syabas UMNO! Sampai bila nak faham pun tak tahulah...thx!

..._...|..__________ __________, , ) ____
....../ `---___________---- _____|] ......
...../_==o;;;;;;;;__ _____.:/
.....), ---.(_(__) /
....// (..) ), ----"
...//___// Take The Gun And Kill Your Self???
..//___//
.//___//

April 18, 2010

PRK Hulu Selangor...Aduhai BN, Usah Menghentam Peribadi Kelak Nanti Makan Diri...

Salam,

Pagi ini terbaca dengan tidak sengaja tajuk utama Mingguan Malaysia "Buktikan Zaid Kaki Botol" dan reaksi pertama saya ialah apakah UMNO/BN sudah kehabisan modal dengan memulakan kempen PRK Hulu Selangor dengan menghentam peribadi calon pembangkang?

Saya bimbang modal ini akan memakan diri sendiri bila pakatan pembangkang membalas tembakan ini kerana isu moral yang cuba dijuarai oleh pimpinan UMNO/BN yang ada akan memusnahkan bahkan memalukan diri sendiri kerana biasanya bila UMNO/BN mula melondeh maka pakatan pembangkang yang sedia senjata akan membalas dengan lebih pedih. Ini kerana bukan semua pimpinan UMNO/BN itu bersih dan suci cuma apabila mereka menggunakan taktik mengaibkan orang lain dan jika terbukti calon pembangkang ang mantan UMNO itu benar-benar sudah insaf rasanya semua yang menyokong UMNO/BN akan sama-sama berkongsi saham 'dosa' yang berat kerana apa yang dilakukan ini.

Kenapa UMNO/BN tidak mahu berkempen dengan kekuatan tulen dan mantap?

Apakah UMNO/BN memang sudah kehabisan modal dan terpaksa menggunakan kekalutan yang ada untuk meraih undi berharga dari sejumlah 65 ribu pengundi di dalam Hulu Selangor ini?

Kalaulah benar UMNO/BN masih diterima rakyat menagapa tidak digunakan kekuatan tulen yang ada?

Kenapa mesti diaibkan orang lain?

Kenapa lekeh sangat UMNO/BN kini berbanding dekad terdahulu?

Apakah ini masanya menggantikan pemimpin lama dengan pelapis baru yang lebih mantap dan bertenaga untuk menangkis serangan dan propaganda pembangkang terutama dari parti serpihan UMNO sendiri iaitu PKR?

Kita tak boleh lupa sejarah dan hakikatnya memang hampir kesemua ahli PKR adalah asalnya UMNO/BN dan cukup arif serta mengetahui taktik kotor yang akan dan sedang dimainkan UMNO/BN. Mereka akan mematikan hujah UMNO/BN dengan mudah jika UMNO.BN tersalah langkah. Sepatutnya diperbetulkan sebaiknya isu lokal yang berlaku ketika awal kempen seperti pengagihan peruntukan kepada petugas serta apa jua berkaitan yang mencacatkan semangat dan kerja semasa petugas yang setia berjuang untuk UMNO. Jika dilihat dalam laman web dan Facebook sudah kedengaran kemarahan dan ketidakpuasan hati beberapa orang yang bekerja keras untuk memenangkan UMNO/BN di Hulu Selangor. Perkara ini sepatutnya dihabisi sebaiknya agar tidak timbul soal boikot akibat salah pemilihan atau apa-apa isu dalam yang membarah dalam UMNO/BN.

Pesan saya usah dihentam peribadi calon kerana itu yang selalu dikatakan UMNO/BN bila pembangkang menghentam calon BN dalam beberapa siri prk sebelum ini. Jangan jadi seperti mereka. Jangan meniru cara mereka yang tidak baik kerana UMNO sering menagatakan mereka adalah parti yang memperjuangkan nilai Islam yang tulen. Jangan kerana mempertahanakan seorang calon yang 'mungkin' ditolak sebahagian besar penyokong mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor yang juga Timbalan Presiden MIC semasa yang rasanya sudah mati karier politiknya apabila namanya tak tersenarai dalam pencalonan kali ini. Setakat hari ini masih belum memunculkan wajahnya sedangkan awal masa pengumuman prk beliau sering dilihat sudah turun padang untuk bertemu mesra dengan pengundi kerana yakin kuasa presidennya iaitu Samy 'Value' masih lagi 'power' dan mampu mempengaruhi tetapi tidak berlaku apabila diumumkan nama calon yang mewakili BN oleh TS Muhyiddin pada 15 April 2010. Umum satu malaysia akan menilai peribadi dan cara UMNO/BN berkempen kali ini. Tersilap cara mungkin semua akan terlingkup kerana mempertahankan tradisi berkempen yang sebegitu. Rakyat tak pernah lupa, pemimpin pula sebaliknya. Semoga UMNO/BN masih relevan...

p/s: i)teringat kata seorang sahabat yang juga orang kuat UMNO, BN kini sebenarnya sudah hancur dan tak berdaya lagi untuk diperbetulkan apa yang hancur itu. Salah siapa??? Kerakusan nafsu para pemimpin UMNO/BN yang menyebabkan hakikat ini berlaku. Insaflah...Sedarlah...sebelum bahtera karam kerana kealpaan pimpinan untuk memperbetulkan kebobrokan BN ini...Pemimpin yang usang wajib digantikan "by hook or by crook" kalau sayangkan perjuangan...thx!

ii) Ali Rustam pun bukan bagus sangat 'moralnya'.....jadi tak payahlah susah-susah hendak mempersoalkan tentang 'moral' orang lain pula....thx!

April 06, 2010

PRK Hulu Selangor... Aduhai UMNO!!!

Salam,

Bila membaca laporan ini bermakna NAJIB terpaksa menggunakan suara vetonya sebagai Presiden BN/UMNO untuk mengelakkan soal pemilihan ini menjadi konflik dan menyebabkan perpecahan lebih besar berlaku dalam UMNO khususnya di Hulu Selangor. Saya bukan orang Hulu Selangor tetapi kengkawan boleh kata ada juga dan rapat dengan kerja dan aktiviti parti UMNO. Dari situ saya mula menilai bagaimana betapa sukarnya perjuangan BN/UMNO kali ini walaupun digambarkan begitu hebat oleh akhbar propaganda sepertu Utusan Malaysia dan Berita Harian tentang bagaimana GAH sokongan rakyat dan pengundi khususnya kepada UMNO/BN. Sukarnya kerana terpaksa memilih secara lebih teliti dan ditetapkan sehingga 15 APRIL 2010 iaitu dua hari sebelum Hari Penamaan Calon untuk menamakan calon yang terbaik yang mampu merampas kembali kerusi kuat BN sebanarnya sebelum dipecahkan monopoli BN selepas G.Palaniviel tewas dengan majoriti tipis bagai memberikan isyarat penolakan rakyat kepada calon yang 'cerah' kulitnya ini dari terus dinobatkan sebagai calon terbaik BN kali ini.

Pengunjung Blog yang Dihormati,
Saya teringat ucapan TS Muhyiddin yang menekankan BN tidak pernah ketandusan calon yang berwibawa tetapi jika inilah wajah yang akan 'digalas' oleh pejuang BN/UMNO dalam kempen PRK Hulu Selangor 2010 maka apakah kewajaran ucapan seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden BN/UMNO???

Begitu juga bila peruntukan segera yang diumumkan dan dinyatakan sebagai bukan berkaitan dengan PRK kali ini? Bukankah ia diumumkan dalam eddah pra PRK? Kenapa memilih waktu ini? Kita seperti terus mengiyakan kata-kata pembangkang bahawa ini musim projek Mee Segera dan pembekal Mee Segera Terkenal akan terus menjaja kehebatan Mee Segeranya untuk dinikmati pelahap-pelahap yang sedia menunggu. Ini kerana biasanya pelahap-pelahap yang ada akan menyapu lebih banyak projek Mee Segera berbanding rakyat yang benar-benar memerlukannya. Aduhai! UMNO seperti tak mahu berubah lagaknya.. Hanya retorikkah kata-kata yang terpasang di Institut Latihan Memperkasa UMNO di Janda Baik.

Dengarlah rayuan akar umbi jika tidak kali ini maka tak terkejut UMNO akan terus dibadai TSUNAMI pada PRU-13 akibat pemimpin masih mendabik hebat di kala BAHTERA makin karam....Insaflah....Apa pengorbanan yang hendak dilakukan demi menagih dan merayu simpati?

thx!

p/s: Yakin sangat keupayaan UMNO untuk merampas kerusi secara bergaya dalam PRK kali ini...Inilah masa kita menguji kestiaan orang lain dan bukannya terus menguji kesetiaan kita sendiri yang sedia setia....Aduhai UMNO!!!

Mac 28, 2010

SMS saja....boleh tarik surat letak jawatan..Bila masa SMS diiktiraf sebagai Dokumen Rasmi???

Salam,

Mengikuti senario politik di Perlis sejak PRU-12 2008 memang menarik setiap masa ada sahaja isu tertimbul, ditimbulkan dan menimbul. Isu yang terbaru ialah Perletakan Jawatan YB Yippie(pinjam istilah blogger Qunang2. Apa yang menarik yang mungkin boleh dihuraikan melalui undang-undang dan perlembagaan negara ialah penarikan balik Surat Perletakan Jawatan yang difahamkan diserahkan sendiri oleh YB Yippie dan bukan seperti yang berlaku di Perak satu ketika dulu. Atas kewajaran berlaku sedemikian sepatutnya kerusi DUN Titi TInggi itu secara automatiknya kosong kerana sehingga setakat ini ia hanya ditarik balik hanya melalui kiriman SMS sahaja. Apa sudah jadi dengan undang-undang negara ini?

Malangnya, Speaker pula bertindak sebagai wakil MB Perlis untuk memujuk ADUN supaya menarik balik surat tersebut sedangkan sepatutnya Speaker terus menjalankan tugasnya secara adil tanpa mengira parti mana yang melakukan sedemikian. Bayangkan kalau ADUN pembangkang menghantar surat seperti yang YB Yippie lakukan. Maka akan dibaca segala peraturan dewan dan serba lengkap akta dan undang-undangnya untuk mengesahkan perletakan jawatan tersebut dan terus sahaja menghantar kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tanpa melengahkan masa kerana diberitahu kepada media surat itu telah dihantar pada petang Isnin 22 Mac 2010 sebelum ia meletup di media perdana pada hari Selasa 23 Mac 2010. Bayangkan masa yang diambil oleh Tuan Speaker yang merupakan sahabat lama yang tua kepada MB Perlis yang kini terkenal kerana suka berbohong kepada rakyat. Tak salah kalau ditukar maksud MB itu kepada 'Mesti Bohong'.

Selepas ini kita bebas menggunakan SMS sebagai medium RASMI untuk sebarang urusan RASMi di mana-mana kaunter kerajaan MESTI BOHONG Dato' Seri Md ISa Sabu atas keabsahan penarikan balik surat oleh YB Yippie hanya melalui SMS. Apakah implikasi undang-undang selepas apa yang berlaku ini? Biarlah pakar undang-undang yang adil lagi saksama membicarakannya tetapi tak salah bagi saya dan anda semua untuk menggunakan SMS sebagai DOKUMEN RASMI selepas ini kerana UMNO biasanya mengajar rakyat melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira pelanggaran kepada peraturan sedia ada.

Apa yang nyata, Speaker DUN Perlis telah menyalahgunakan kedudukannya dalam mengendalikan isu ini dan sepatutnya didakwa sama seperti dakwaaan terhadap DSAI satu ketika dulu. Apakan daya negara ini milik UMNO secara nyata, jadi UMNO berhak untuk mngubah dan membentuk undang-undang agar seiring mengikut mereka. Rakyat pula wajib semestinta mengikut semua peraturan dan tak boleh melanggarnya sesuka hati. Ini baru betul 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'. Habislah kali ini....

p/s: seronok baca ulasan Syed ATief dalam blognya. Mungkin juga benar ucapan Tun Mahathir ketika merasmikan PERKASA di Kuala Lumpur. klik sini "Dr. M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis"

thx!

Mac 24, 2010

WAJAH SEBENAR YB YIP SUN ONN ADUN TITI TINGGI?

Salam,

Kalau mengikut undang-undang sepatutnya Jentera Pilihanraya semua parti sewajarnya telah digerakkan selepas Speaker DUN Perlis menerima Surat Perletakan Jawatan ADUN Titi Tinggi YB Yip Sun Onn seawal tiga hari sebelum diledakkan dalam media tempatan. Cuma nampaknya sahabat lama kepada MB semasa Perlis yang semakin kalut ini masih mnggunakan apa yang dikatakan sebagai kuasa penuh seorang Speaker DUN untuk tidak memanjangkan surat tersebut kepada SPR.

dalam artikel kali ini,saya akan mngupas serba sedikit tentang wajah sebenar YB Kopral(B) Yip Sun Onn ini kepada pengunjung blog ini sama ada yang pro atau yang kontra. Ikutlah apa yang bakal dikatakan atau hendak dikomenkan. Saya akan menceritakan butiran kelakuan,perangai YB Yip selepas terpilih sebagai wakil rakyat Cina seterusnya di kawasan lebih 80% majoriti Melayu. Tentunya kemenangannya didorong oleh sokongan Melayu "cerdik" dalam kawasan Titi Tinggi dalam Parlimen Padang Besar.

1) Inilah satu-satunya YB yang berkhidmat mengikut WAKTU PEJABAT sahaja. Jika ada panggilan dibuat selepas waktu tersebut maka tunggulah balasannya mengikut rasa hati YB Yip ini dan mungkin takkan dibalas langsung panggilan rakyat atas alasan SIBUK.

2) Antara tindakan kontroversi sebaik naik sebagai Wakil Rakyat ialah melucutkan jawatan JKKK dari Ketua Cawangan UMNO yang tak sebulu dengannya. Tanpa menghiraukan bantahan dari pihak komuniti.

3) Masih memegang jawatan sebagai Ketua Kampung sebelum,semasa menjadi wakil rakyat.

4) Rajin turun kawasan orang kanannya sahaja dan sentiasa sibuk dengan urusan lain jika dijemput ke kawasan orang-orang kiri dalam parti komponennya sendiri.

5) Menghantar sms kepada penduduk kononnya terharu dengan sokongan pengundi yang mahu beliau memikirkan kembali keputusannya sedangkan rata-rata penduduk gembira dengan berita perletakan jawatannya. HAKikatnya,hanya MB dan balacinya sahaja yang tak mahu beliau turun dan letak jawatan atas alasan ini boleh menggugat kepentingan dan kedudukan semasanya sebagai MB Perlis lalu difitnah orang lain menjadi dalang dalam Drama Politik terbaru di Perlis ini.

6) Sebenarnya kenyataan MB Perlis dalam Buletin Utama semalam jelas menunjukkan kedangkalan menyelematkan diri kerana ia dibuat tanpa dirujuk kepada situasi sebenar. Ia menunjukkan MB jarang turun bertanyakan tentang orang-orang bawahannya yang diamanahkan berkhidmat tulus kepada rakyat. Mungkin kaki pembodek yang ada sentiasa memberikan laporan atau KPI yang baik-baik sahaja. Saya ingin mencadangkan agar Majlis Tindakan Anak Perlis atau MANTAP turun segera membuat kaji selidik penerimaan masyarakat umum kepada YB Yip agar ia dapat dijadikan KPI untuk kepimpinan negeri tahu menilai keabsahan sumbangan dan khidmat YB Yip dari BN sama ada ia benar-benar berkualiti atau sekadar nama sahaja gah sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang merajuk hati dek kerana kerana tak dilantik lagi.....

THX!

Mac 23, 2010

Apalah Md Isa...Dok rayu buat apa lagi??? Takut PRK ke???

Salam,

Bila membaca laporan ini maka saya berpendapat bahawa alaan yang dikemukakan oleh bakal mantan YB Titi Tinggi yang juga merupakan mantan Polis dari Cawangan Khas yang berpangkat Kopral meletakkan jawatan bukan semata-mata tak berpuas hati dengan pucuk pimpinan MCA Pusat tetapi beliau juga tak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang menggugurkannya dari jawatan AMK Negeri Perlis.

Antara faktor yang boleh dikaitakan ialah kegagalan MB Perlis yang menaiki tampuk melalui kudeta terancang oleh orang yang kini menjadi penasihat pentadbirannya menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai tekanan dalaman UMNO khususnya dalam bahagian Padang Besar yang mana DUN Titi Tinggi ini berada. Apa tidaknya, beliau telah melucutkan jawatan 2 JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO yang salah seorangnya juga merupakan AJK Bahagian UMNO Paang Besar tanpa rasa bersalah dan rasional. Ini yang telah menjadi kudis kepada keberadaan YB Yip bila hendak menjalankan tugas kepada rakyat yang majoritinya Melayu dan tentunya ramai dalam kalangan ahli UMNO yang terbukti setia mengundi setiap calon BN tanpa mengira warna kulit dan agama serta apa jua kezaliman mereka khususnya selepas menang jawatan tersebut dalam PRU sejak dari merdeka.

Kenapa pula MB Md Isa Sabu terhegeh-hegeh merayu agar surat perletakan jawatan ditarik kembali bagi mengelakkan satu pilihanraya diadakan?

1)Jawapannya mudah, beliau amat bimbang dengan kekuatan pembangkang khususnya DAP yang berjaya mengembangkan sayap di kawasan Titi TInggi dan ini memberikan kelebihan kepada pakatan rapuh pembangkang untuk mencuri majoriti dalam kalangan pengundi Cina yang dilihat semakin cerdik memberikan undi mereka kepada pihak yang lebih menguntungkan mereka.

2)Tekanan dari dalam UMNO sendiri yang tak berpuas hati dengan pentadbiran Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang banyak menganiayai ahli UMNO khususnya di Bahagian Padang Besar.

3)Rakyat atau pengundi atas pagar sendiri sudah menilai lemahnya prestasi UMNO di bawah pentadbiran Md Isa sebagai MB yang gagal menonjolkan kuasanya dan banyak dipengaruhi oleh watak-watak TOK DALANG di belakangnya yang mengatur hampir semua keputusan dalam pentadbiran.

4)Kebencian umum kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Zabidi yang berlagak sebagai lebih dari MB bila membuat sesuatu keputusan tanpa perlu merujuk kepada MB. Kes penggantungan Ahli MAjlis Perbandaran Kangar yang dilihat tak sebulu dengan cara autokrasinya sudah cukup emnguatkan kebenciannya rakyat yang sedia cerdik pasca PRU-12 2008.

5) Faktor seterusnya ialah PUJUKAN MB melambangkan betapa UMNO masih pengecut kerana takut mengahadapi pilihanraya kecil dan mungkin terpaksa membayar harga yang tinggi kepada YB Yip jika MB bersetuju dengan syarat yang bakal dikenakan oleh YB Yip ini. Tentunya salah satu mengembalikan semula jawatan EXCO Kerajaan Negeri PErlis dan hak-hak sebagai EXCO tanpa sebarang syarat serta banyak lagi yang akan didedahkan melelui sumber paling rapat dengan pejabat MB Perlis. Kita tunggu sahaja.

Saya tak terkejut kalau Drama Perletakan Jwatan YB Yip ini akan berakhir dalam masa yang singkat kerana sememangnya kuasa dan wang akan menjadi taruhan terbaik pihak yang berkenaan. Bagi saya, biarkan ada satu pilihanraya kerana ia menjadi medan UMNO Perlis menunjukkan kekuatan kepada seluruh Malaysia, walaupun negeri ini hampir diketepikan dalam semua segi selepas menang dan mempertahankan negeri dari lemas dek Tsunami Politik 2008 tetapi masih kuat akar tunjang perjuangan UMNOnya kerana pejuang UMNO yang sebenar masih menyayangi UMNO walaupun dianaktirikan. Sedarlah pemimpin UMNO di peringkat pusat, jangan salah menduga....

thx!

Mac 14, 2010

Kuatkah UMNO Bila MENGKATAK (Mengkarung + Katak) Melompat Masuk???



Salam,

Bila propaganda seperti ini dibuat dalam laporan SAHIH ini, rasanya kebanyakan ahli UMNO di seluruh Malaysia akan berfikir sama seperti saya iaitu Kuatkah UMNO selepas ini? Adakah dengan menerima masuk puak-puak yang kuat menghenatm dan menelanjangkan UMNO dalam 2 tahun sebelum ini tetapi kembali dengan alasan SKIMA seperti UMNO terbukti mendokong perjuangan sebenar dan hanya UMNO yang mampu untuk memberi kebajikan terbaik kepada rakyat sedangkan skrip seperti itu hampir-hampir dianggap haram oleh mereka yang kini berubah seperti MENGKATAK(singkatan bagi MENGKARUNG & KATAK). Apa alasan mereka untuk masuk selain menafikan material menjadi penyebab atau faktor utama. Mereka tentunya menafikan sebarang pemberian dari pimpinan UMNO sedangkan 'mungkin' mereka terima dengan cara yang lebih 'bersih'.

Saya yakin puak MENGKATAK ini akan menjadi LIABILITI baru kepada UMNO kerana tentunya mereka takkan melepaskan kerusi ADUN yang mereka duduki dan dalam masa tentunya akan berlaku rasa tak puas hati dalam kalangan pendukung UMNO di peringkat Bahagian kerana mungkin mereka yang baru MENGKATAK ini akan mendapat tempat dan perhatian lebih khusus dari pimpinan UMNO yang sentiasa tidak adil kepada penyokong-penyokong setia mereka. Pimpinan tertinggi juga akan memberikan ulasan penuh berskima seperti "UMNO sentiasa membuka pintunya kepada sesiapa sahaja untuk kembali berjuang atas nama Bangsa, Agama dan Nusa" dan jangan terkejut mereka ini akan berubah cara hidup dalam masa yang singkat kerana ini contoh pejuang yang rakus dan tidak berprinsip. Walaupun UMNO yang dipilih anmun dia tetap tak berprinsip kerana dulunya pernah menyakini perjuangan parti lain dan hari ini sudah berbeza dan mungkin esok kembali bertaut perbezaan tadi.

Kepada MENGKATAK-MENGKATAK ini, saya ingin berpesan, hendak dengar dan terima atau pekak dan tolak, itu terpulang. Saya tetap tak menyukai cara politik anda. Selamat Me'mengkatak'kan diri anda. Tindakan anda sebenarnya adalah merugikan anda sendiri. UMNO mungkin ada tempat untuk anda tetapi percayalah penyokong setia UMNO takkan mudah menerima anda seperti yang Pimpinan UMNO yang takut hilang kuasa lakukan. Percayalah.. Beristikharahlah sebelum membuat sebarang keputusan...Moga Allah mengampuni kita semua...


thx!p

Mac 13, 2010

Bukti Kekuatan Iman Ibrahim Ali...MP Bebas Tersohor 1MALAYSIA..


Salam,

Bila orang ini terkantoi dek penangan MEDIA BARU seperti dalam laporan ini dan ulasan oleh tuan tanah blog ini. Maka kita semestinya kena tunggu apa reaksi Ahli PERKASA yang cukup perkasa dengan isu berteraskan ISLAM dan MELAYU di tanahair masa kini.


thx!

p/s: KANTOI!!!

Mac 12, 2010

Lagi Bukti UMNO Pertahankan Kepentingan Melayu???

Salam,

Agak terkejut apabila membaca kenyataan seorang timbalan menteri dalam laporan palsu ini. Apa tidaknya, difahamkan ia akan dilancarkan pada akhir bulan Mac 2010 yang tinggal tak berapa hari sahaja lagi.

Mengapa ia boleh terlepas sedangkan sepanjang dua tahun ini tiada lain isu yang dimainkan selain kepentingan Bumoputera dan khususnya kepada kaum Melayu yang makin tersepit akibat mainan politik sempit oleh dua tiga pemimpin 'terulung'. Apa yang hendak dikorbankan UMNO lagi selepas banyak melakukan pengorbanan sejak 'menang' PRU 12 2008? Tak habis lagi ke apa yang disifatkan sebagai "GAGAL MENGURUSKAN KEKALAHAN'???

UMNO telah banyak berkorban demi memastikan kuasa tak terhakis, apakah masih perlu satu dasar yang terus menekan kepentingan MELAYU(ISLAM) di Malaysia. Siapa yang menjadi Jawatankuasa Penggubal Dasar MEB ini? Kenapa mereka boleh terlepas pandang unsur terpenting dalam mana-mana dasar yang hendak dibuat di Malaysia agar ia selaras dengan peruntukan perlembagaan yang menjamin dengan tegas hak-hak keistimewaan Melayu yang sentiasa diagung-agungkan oleh pejuang ulung Melayu khususnya dalam parti PEKEMBAR ini?

Kalau beginilah caranya penasihat-penasihat jahanam yang menasihati Menteri Kewangan Malaysia dalam menentukan sesuatu dasar, saya yakin kita tak perlu berubah kerajaan jika hanya untuk melepaskan lebih dan lebih banyak lagi kepentingan Melayu dalam negara ini. Saya bukannya rasis tetapi lebih kepada persoalan apa benar UMNO ini masih tegar memperjuangkan kemelayuannya atau sudah mengikis sedikit demi sedikit ketebalan jiwa melayu mereka akibat percampuran budaya yang keterlaluan sehingga keliru antara Melayu yang tulen dengan Melayu yang 'mix'.

Janganlah berbicara tentang suatu dasar jika dasar itu belum cukup mantap untuk diketengahkan ideanya kerana ia menjadi satu kerugian kerana 'orang lain' akan tahu 'kecerdikan' kita merencana dan merancang apa yang dikatakan sebagai KEPENTINGAN MELAYU di sebuah negara MELAYU yang semakin hilang hari demi hari. Sedarlah wahai pejuang-pejuang UMNO, jangan disalahkan orang lain yang mengambil kesempatan atas 'angguk dan geleng' anda kerana di waktu itu mungkinkah kita sudah terlambat untuk mengubahnya. renungkanlah....Sekarang waktu untuk bangun kembali dan bukannya tunduk tak berisi lagi....

thx!

p/s: Lepas ini kena hafal lagu Shidee "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" siap-siap supaya boleh diperdengarkan dalam mana-mana majlis BTN bagi menggantikan lagu 'Menara Bangsa' yang kini menduduki Carta Hit BTN Malaysia. Hahahaha!

Mac 10, 2010

Kerajaan Md Isa Makin Gawat Dek MANTAP???

Salam,

Diam tak diam sudah genap DUA TAHUN KUDETA yang berlaku di negeri Perlis apabila Mantan MB DSSK telah dicabut kuasanya kerana dikatakan menderhaka kepada Raja. Diam tak diam juga, satu Sekretariat iaitu Majlis Tindakan Anak Perlis atau singkatannya MANTAP telah ditubuhkan untuk menilai keberkesanan pemerintahan semasa. Perkara ini telah menimbulkan kegawatan di Perlis apabila ada pihak tertentu di Mini Putrajaya telah mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis untuk tidak menyatakan sokongan kepada usaha yang dibuat oleh MANTAP dan meminta agar MANTAP dibubarkan. Maka secara tersembunyi, pihak tersebut hendak menjadikan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis sebagai KAMBING HITAM bila meminta KPnya mengeluarkan kenyatan khas tentang MANTAP. Begitulah perangai hodoh manusia tertentu yang hanya menggunakan saluran PEMUDA apabila mendapati diri mereka agak tersepit. Saya yakin KP Mohsin takkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan menjerut leher sendiri. Apa yang hendak ditakutkan oleh juak-juak Mini Putrajaya ini? Biarlah 10,000 respoden yang dipilih secara rawak menilai pemerintahan Dr.Md Isa Sabu yang dilihat agak lemah dalam pentadbirannya selama dua tahun ini. Kelemahan diukur dari segenap segi terutama dalam apa yang hendak dinilai oleh MANTAP. Bagi saya, biarlah rakyat yang 10,000 ini menilai dan kalau ia tidak mencukupi tambahkan lagi hingga ke 50,000. Kalau benar MB Kudeta ini melaksanakan pemerintahan dengan cemerlang maka cop cemerlang yang akan dibawa ke pengetahuan NAJIB sekaligus mengekalkan MD Isa Sabu di tampuk yang sedia ada dan kalau sebaliknya maka bersiap sedialah wahai juak-juak pengampu dan perosak kedamaian politik UMNO di Perlis untuk angkat kaki dan jangan tunjuk muka busuk anda lagi!!! Hakikatnya UMNO rosak dek tangan kotor yang ada di dalamnya dan bukannya kerana kekuatan pembangkang...

thx!

Bacaan di bawah dicadangkan untuk pembacaan tambahan.

Keupayaan MB Perlis Akan Dinilai Sekretariat Khas

KANGAR, 8 Mac (Bernama) -- Tahap kepimpinan dan keupayaan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis akan dinilai oleh sebuah sekretariat yang diwujudkan di sini hari Isnin.

Untuk tujuan itu, sekretariat yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Anak Perlis (MANTAP), akan melakukan kaji selidik melibatkan 10,000 responden bermula esok.

Pengerusi MANTAP, Datuk Hashim Suboh, memberitahu pemberita hari ini bahawa lapan soalan dikemukakan dalam kaji selidik itu termasuk penampilan dan gaya, kepimpinan, wawasan, keaktifan, pendampingan dan pembangunan.

Turut disenaraikan dalam kaji selidik itu ialah kegiatan kebajikan serta perbandingan antara Md Isa, yang telah dua tahun menerajui kerajaan Perlis, dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Kami akan menjadikan kaji selidik itu sebagai asas penilaian terhadap kepimpinan menteri besar yang baru," kata Hashim.

Menurutnya hasil kaji selidik itu akan diumumkan kepada orang ramai pertengahan bulan ini.

"Jika majoriti responden menyukai Md Isa, kami akan turut memberi sokongan yang sama dan jika sebaliknya, kami akan mengemukakan kehendak rakyat kepada istana," kata Hashim.

Katanya penubuhan MANTAP hari ini adalah pada genap dua tahun pilihan raya umum ke-12 berlangsung dan ia bermakna telah dua tahun rakyat melihat kepimpinan Md Isa dan beliau boleh dinilai.

"Kami ingin menjadi jurubicara rakyat. MANTAP akan menjadi platfom rasmi suara rakyat untuk disampaikan kepada kepimpinan negara dan istana," kata Hashim.

Katanya selepas selesai tugas kaji selidik, MANTAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.

"Pada masa ini, MANTAP hanya merupakan sebuah sekretariat," katanya.

Mac 01, 2010

Sah! Mantan TKM 1 Pulau Pinang Masuk UMNO???

Salam,

menurut sumber terdekat menyatakan UMNO sedang bersiap sedia untuk mengadakan majlis menerima kemasukan seorang yang dulunya berprofil tinggi sebagai ahlinya sebagai kejutan kepada PKR. Selepas TSunami Politik 2008, rasanya ini akan menjadi penambah kekalutan kepada PKR yang nampaknya masih gagal menguruskan kemenangan mereka dan UMNO seperti biasa tampak hebat menjuarai isu tetapi masih ada yang perlu diperbetulkan. Nasihat saya kepada UMNO agar berhati-hati menerima sebarang kemasukan mantan ahli PKR yang dulunya kuat menelanjangkanUMNO tetapi kini cuba memberikan baju baru untuk UMNO terus kukuh di persada politik nasional. Soalnya adakah wajar terus menerima mereka ini atas nama perjuangan seterusnya memberikan tempat istimewa kepada mereka hingga seperti mengenepikan para pejuang setia UMNO yang tak pernah beralih arah sebelum ini? Antara faedah atau padah yang bakal diterima, mungkinkah perlu kita terus bermuhasabah???

thx!

Klik sini untuk baca komen PKR tentang hal ini.

Februari 28, 2010

UMNO Terima Pengkhianat Lagi Jadi Ahli?

Salam,

Tunggu Berit mengemparkan Ini 2 3 hari ini...

Februari 21, 2010

Kan Dah Kata, Mana Ada Melayu Kat Penang...Mamak Banyak...Sudahlah Tak Habis2 Ketuanan Melayu..

Salam,

Tergelak pun ada, nak nangis pun ada bila membaca kiriman terkini artikel Dr.Asri yang bakal mencetuskan satu lagi kontroversi. Apa tidaknya antara yang akan tersentuh ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat sendiri yang tak segan silu mengaku dirinya MELAYU TULEN.


Mungkin ada baiknya memahami sedalam-dalamnya bingkisan tajam sahabat saya Dr. Asri yang bagi saya cukup jelas dan menjelaskan apa yang sepatutnya diperbetulkan khususnya di Pulau Pinang. Hakikatnya masalah yang wujud ini bukan berlaku sejak DUA TAHUN pemerintahan PR di sana tetapi sudah berdekad-dekad dan gagal untuk diselesaikan dan natijahnya Umat Islam Pulau Pinang dan bukannya MELAYU PENANG makin terpinggir dan sedang diholocaustkan oleh mereka yang sama warna kulitnya baik ketika BN memerintah atau PR....Renungkanlah.. Terima kasih Dr. Maza....

Februari 15, 2010

Antara Bodoh Dan Bahalol...UMNO Lagi....

Salam,

Dalam tempoh sebulan, UMNO dilihat seperti terlalu 'hebat' bila memperjuangkan isu berkaitan ISLAM. Mereka seolah-olah mahu dilihat sebagai Juara Muslim 1Malaysia bukan semata-mata Juara Rakyat sahaja. Apa tidaknya, kita lihat isu Kalimah ALLAH dan terkini Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Dalam usaha 'murni' UMNO hendak menggambarkan mereka adalah pembela Islam terhebat alaf ini, seperti terlupa 'senjata ampuh' ini akan memakan luluh jiwa pendukung UMNO yang setia kerana melihatkan kebabi-butaan pemimpin tertinggi memainkan isu agama sebagai srategi menarik sokongan rakyat yang semakin tipis hari ke hari. Saya secara peribadi tak mahu mengulas mengenai isu kalimah ALLAH tetapi lebih melihat kepada beberapa kenyataan pemimpin dan mantan pemimpin UMNO yang bercakap tanpa pengkajian yang mendalam dan sesuai dengan istilah 'lembut' yang saya gunakan pada ayat sebelum ini.

Ada dua tiga kiriman artikel sebelum ini yang membicarakan bagaimana lemahnya UMNO menggunakan pelbagai isu yang nampak garang sebagai senjata dan mampu menenggelamkan pakatan pembangkang tetapi beralih 'anak panahnya' kembali ke dada UMNO yang langsung hilang kekebalannya sejak pasca PRU-12. Begitu juga dengan isu Perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan terlalu penting kepada umat Islam di Malaysia. Bukan apa, jika dilihat di Perlis, boleh dikatakan langsung tidak pernah diadakan sejak dari berdekad-dekad tanpa sebarang masalah timbul isu kerajaan semasa yang memerintah Perlis tidak mementingkan apa yang dikatakan sebagai agenda Islam yang penting. Seingat saya juga, perarakan ini juga pernah digantung beberapa tahun selepas berlaku peristiwa ia disalahgunakan oleh pelbagai pihak dan membawa kemungkinan berlaku rusuhan dan isu keselamatan negara.

Maka bila saya membaca kenyataan dan menonton berita yang mengulas isu hangat ini, nyata sangat kedangkalan yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin yang kononnya ingin meraih simpati rakyat. Rasa sedih pun ada, lucu pun ada juga, bila Si Bodoh dan Bahalol cuba bercakap hal keagamaan tanpa pengkajian yang paling dalam. Sama ada bersandarkan sejarah semasa di Malaysia mahupun Sirah Nabawiyah itu sendiri. Hakikatnya secara logiknya, tiada sebarang perarakan dilaksanakan sama ada ketika Nabi Muhammad S.A.W hidup dan Baginda S.A.W sendiri tidak perbah mengeluar dekri atau sebarang sabda berkenaan dengan sunnahnya menganjurkan perarakan mengenang kelahiran Baginda S.A.W.

Inilah yang dikatakan bila urusan dipegang dan diperkatakan oleh seseorang yang bukan ahli maka akan nyata kesalahan dan kesilapan yang sukar diperbetulkan dan dalam masa yang sama ia merupakan bola tanggung yang hanya menunggu seorang 'killer' melibas masuk ke gelanggang sendiri. Sayang sangat, bila Si Bodoh dan Si Bahalol tak menyedari kebodohan dan Kebahalolan mereka bila berkata-kata. Betulkah mereka ini pemimpin UMNO???? Saya sentiasa berharap ia sekadar mimpi saya di sinag hari....

thx!

Februari 04, 2010

Pemuda Arau - Dilema Budak-Budak Ceroi....Betulkah UMNO?

Salam,

Saya ambik kat sini, cukup dalam maknanya, cukup sinis tegurannya. Hakikatnya ia satu kebenaran yang takkan boleh disangkal. Akhirnya yang kerugian UMNO sendiri. Kepada tuan tanah yang saya salinkan artikel beliau saya ucapkan terima kasih.

Pemuda Arau - Budak-Budak Ceroi
Budak-budak ceroi,
Ada yang perut boroi,
Ada yang kaki botoi,
Ada yang sangat noi,
Ada yang selalu loi,
Tapi banyak juga yang sempoi.

Budak ceroi suka marah-marah,
Marah nak tutup yang salah,
Marah sebab tak mau kalah.

Budak-budak ceroi pandai ABC,
A, B, C, D, E, F,
Semua lesen “I have”,
Dari kelas A sampai kelas F.

Bila dapat projek, budak-budak ceroi menghilang,
Terlupa dah depa tu insan terbilang,
Pemuda dok harap bila depa untung, boleh la nak tumpang,
Kalau tak banyak, sikit pun depa boleh sumbang,
Tapi masuk saja payment, sepatah depa tak sembang,
Rata dunia depa terbang tanpa bimbang,
Sebab poket tengah kembang,
Habis duit projek, kaki pun jalan bersilang,
Buat muka kesian, buat muka bimbang,
Tunggu next projek sebelum kembali menghilang.

Budak-budak ceroi,
Makin boroi,
Makin noi,
Makin loi,
Tapi tetap sempoi.

Saya dah bagitau sama Roy,
Jangan banyak sangat budak-budak ceroi,
Sebab depa nak jadi Lim Bo Toi.
Bukannya nak kerja betoi-betoi.

Tapi Roy tetap Roy,
Hensem, smart, cool macam cowboy,
Dia tau perangai budak-budak ceroi,
Tambah pulak di negeri Kelemboi,
Kalau nangis, sumbat susu botoi,
Senyap sunyi macam baby kena dodoi.

p/s: siapa yang kena?!

Januari 20, 2010

Cuaca POLITIK Perlis PANAZZZZZZZZZ???

Salam,

Sekadar berkongsi tentang apa yang mula kembali panas di Perlis. Sila ikuti di blog ini atau di sini atau di sini
thx!

p/s: Harap tuan punya blog mengizinkan saya link ke blognya.

November 20, 2009

Wajah Team 'A' UMNO Perlis Terbongkar?! Malang Sungguh Malang...

Salam,

Lama sudah tak menaip dan lama sudah berdiam sejak isu tanah di Wang Kelian, Perlis. Khabarnya, Ketua Pemuda UMNO Padang Besar telah diarahkan untuk menjawab beberapa persoalan oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) bersama dengan EXCO Tanah Negeri YB Mat Rawi Kassim. Biarlah apa yang ditanya dan apa yang dijawab kerana isu itu yang dikatakan akan selesai oleh YB mat Rawi sebenarnya akan mengambil masa yang cukup panjang untuk diselesaikan. Tak percaya? Tunggu sahaja...

Berbalik kepada tajuk utama kali ini. Maklumat yang diterima dari khabar sahih menyatakan tak sampai 10 orang yang menghantar YAB Md Isa Sabu Menteri Besar Perlis yang telahpun berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. Apa yang mendukacitakan, dalam kalangan 10 orang yang hadir tiada seorang pun dari kalangan YB EXCO Kerajaan Negeri dan tiada seorang pun YB yang tidak memegang apa-apa jawatan exco. Ini amat mengejutkan kerana sebagai seorang ketua kerajaan negeri sepatutnya dihormati terutama dalam hal berkaitan. Malangnya ia tidak berlaku, rentetan daripada keengganan pegawai kerajaan negeri yang tidak menghadiri satu majlis YAB MB Perlis di Wang Kelian 2 minggu yang lalu nampaknya telah berjangkit kepada YB BN yang ada. Penulis juga diberitahu, tiada seorang pun Pegawai Khas MB yang dilantik atas kapasiti jawatan tertinggi parti di peringkat negeri hadir kecuali seorang, iaitu Ketua Pemuda Negeri Perlis yang tidak diberi apa-apa jawatan yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada YAB MB Perlis ini. Apa yang menyeronokkan dan melucukan hati, taktik lama turut digunakan oleh seorang lagi 'KAYU GOLEK' UMNO Perlis yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua di salah satu UMNO Bahagian di Perlis yang cuba mengambil kesempatan "mengampu-bodek's" YAB MB Perlis dengan menaja sebuah BAS untuk mengucapkan selamat jalan di 'airport'. Beliau cukup dikenali sebagai 'hardcore' mantan MB Perlis yang masih 'berbisa' tetapi sekarang nampaknya sudah melakonkan dua watak utama demi survival politik 'busuk' yang hanya sekadar untuk mengenyangkan perutnya semata-mata. Tak tahulah sama ada YB Mantan MB Perlis menyedari atau tidak tingkah buruk yang sedang dipamerkan oleh 'hardcore' yang tak pernah kenyang-kenyang dengan lambakan projek 'mega' sepanjang tempoh beliau menjadi pegawai khas kepada mantan MB Perlis yang tersohor itu.

Hakikatnya, inilah wajah sebenar TEAM 'A' UMNO PERLIS yang gah kerana berjaya melakukan KUDETA selepas BN berjaya mempertahankan PERLIS dari hanyut dek gelombang TSUNAMI POLITIK 2008. Mengapa masih tiada keinsafan atas segala yang ditakdirkan sedangkan jelas pentunjuk yang ALLAH berikan kerana UMNO tak pernah bersatu masih tidak diambil sebagai pengajaran terbaik? Sudahlah berterusan beretorik mendabik dada burung dan perut busung menyatakan UMNO telus untuk menyatukan rakyat!

thx!

p/s; Semoga ALLAH memberikan kesejahteraan kepada YAB MB Perlis dan isteri...AAMIIIIN!