Salam,
Mengikuti senario politik di Perlis sejak PRU-12 2008 memang menarik setiap masa ada sahaja isu tertimbul, ditimbulkan dan menimbul. Isu yang terbaru ialah Perletakan Jawatan YB Yippie(pinjam istilah blogger Qunang2. Apa yang menarik yang mungkin boleh dihuraikan melalui undang-undang dan perlembagaan negara ialah penarikan balik Surat Perletakan Jawatan yang difahamkan diserahkan sendiri oleh YB Yippie dan bukan seperti yang berlaku di Perak satu ketika dulu. Atas kewajaran berlaku sedemikian sepatutnya kerusi DUN Titi TInggi itu secara automatiknya kosong kerana sehingga setakat ini ia hanya ditarik balik hanya melalui kiriman SMS sahaja. Apa sudah jadi dengan undang-undang negara ini?
Malangnya, Speaker pula bertindak sebagai wakil MB Perlis untuk memujuk ADUN supaya menarik balik surat tersebut sedangkan sepatutnya Speaker terus menjalankan tugasnya secara adil tanpa mengira parti mana yang melakukan sedemikian. Bayangkan kalau ADUN pembangkang menghantar surat seperti yang YB Yippie lakukan. Maka akan dibaca segala peraturan dewan dan serba lengkap akta dan undang-undangnya untuk mengesahkan perletakan jawatan tersebut dan terus sahaja menghantar kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tanpa melengahkan masa kerana diberitahu kepada media surat itu telah dihantar pada petang Isnin 22 Mac 2010 sebelum ia meletup di media perdana pada hari Selasa 23 Mac 2010. Bayangkan masa yang diambil oleh Tuan Speaker yang merupakan sahabat lama yang tua kepada MB Perlis yang kini terkenal kerana suka berbohong kepada rakyat. Tak salah kalau ditukar maksud MB itu kepada 'Mesti Bohong'.
Selepas ini kita bebas menggunakan SMS sebagai medium RASMI untuk sebarang urusan RASMi di mana-mana kaunter kerajaan MESTI BOHONG Dato' Seri Md ISa Sabu atas keabsahan penarikan balik surat oleh YB Yippie hanya melalui SMS. Apakah implikasi undang-undang selepas apa yang berlaku ini? Biarlah pakar undang-undang yang adil lagi saksama membicarakannya tetapi tak salah bagi saya dan anda semua untuk menggunakan SMS sebagai DOKUMEN RASMI selepas ini kerana UMNO biasanya mengajar rakyat melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira pelanggaran kepada peraturan sedia ada.
Apa yang nyata, Speaker DUN Perlis telah menyalahgunakan kedudukannya dalam mengendalikan isu ini dan sepatutnya didakwa sama seperti dakwaaan terhadap DSAI satu ketika dulu. Apakan daya negara ini milik UMNO secara nyata, jadi UMNO berhak untuk mngubah dan membentuk undang-undang agar seiring mengikut mereka. Rakyat pula wajib semestinta mengikut semua peraturan dan tak boleh melanggarnya sesuka hati. Ini baru betul 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'. Habislah kali ini....
p/s: seronok baca ulasan Syed ATief dalam blognya. Mungkin juga benar ucapan Tun Mahathir ketika merasmikan PERKASA di Kuala Lumpur. klik sini "Dr. M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis"
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan