Mac 10, 2010

Kerajaan Md Isa Makin Gawat Dek MANTAP???

Salam,

Diam tak diam sudah genap DUA TAHUN KUDETA yang berlaku di negeri Perlis apabila Mantan MB DSSK telah dicabut kuasanya kerana dikatakan menderhaka kepada Raja. Diam tak diam juga, satu Sekretariat iaitu Majlis Tindakan Anak Perlis atau singkatannya MANTAP telah ditubuhkan untuk menilai keberkesanan pemerintahan semasa. Perkara ini telah menimbulkan kegawatan di Perlis apabila ada pihak tertentu di Mini Putrajaya telah mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis untuk tidak menyatakan sokongan kepada usaha yang dibuat oleh MANTAP dan meminta agar MANTAP dibubarkan. Maka secara tersembunyi, pihak tersebut hendak menjadikan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis sebagai KAMBING HITAM bila meminta KPnya mengeluarkan kenyatan khas tentang MANTAP. Begitulah perangai hodoh manusia tertentu yang hanya menggunakan saluran PEMUDA apabila mendapati diri mereka agak tersepit. Saya yakin KP Mohsin takkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan menjerut leher sendiri. Apa yang hendak ditakutkan oleh juak-juak Mini Putrajaya ini? Biarlah 10,000 respoden yang dipilih secara rawak menilai pemerintahan Dr.Md Isa Sabu yang dilihat agak lemah dalam pentadbirannya selama dua tahun ini. Kelemahan diukur dari segenap segi terutama dalam apa yang hendak dinilai oleh MANTAP. Bagi saya, biarlah rakyat yang 10,000 ini menilai dan kalau ia tidak mencukupi tambahkan lagi hingga ke 50,000. Kalau benar MB Kudeta ini melaksanakan pemerintahan dengan cemerlang maka cop cemerlang yang akan dibawa ke pengetahuan NAJIB sekaligus mengekalkan MD Isa Sabu di tampuk yang sedia ada dan kalau sebaliknya maka bersiap sedialah wahai juak-juak pengampu dan perosak kedamaian politik UMNO di Perlis untuk angkat kaki dan jangan tunjuk muka busuk anda lagi!!! Hakikatnya UMNO rosak dek tangan kotor yang ada di dalamnya dan bukannya kerana kekuatan pembangkang...

thx!

Bacaan di bawah dicadangkan untuk pembacaan tambahan.

Keupayaan MB Perlis Akan Dinilai Sekretariat Khas

KANGAR, 8 Mac (Bernama) -- Tahap kepimpinan dan keupayaan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis akan dinilai oleh sebuah sekretariat yang diwujudkan di sini hari Isnin.

Untuk tujuan itu, sekretariat yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Anak Perlis (MANTAP), akan melakukan kaji selidik melibatkan 10,000 responden bermula esok.

Pengerusi MANTAP, Datuk Hashim Suboh, memberitahu pemberita hari ini bahawa lapan soalan dikemukakan dalam kaji selidik itu termasuk penampilan dan gaya, kepimpinan, wawasan, keaktifan, pendampingan dan pembangunan.

Turut disenaraikan dalam kaji selidik itu ialah kegiatan kebajikan serta perbandingan antara Md Isa, yang telah dua tahun menerajui kerajaan Perlis, dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Kami akan menjadikan kaji selidik itu sebagai asas penilaian terhadap kepimpinan menteri besar yang baru," kata Hashim.

Menurutnya hasil kaji selidik itu akan diumumkan kepada orang ramai pertengahan bulan ini.

"Jika majoriti responden menyukai Md Isa, kami akan turut memberi sokongan yang sama dan jika sebaliknya, kami akan mengemukakan kehendak rakyat kepada istana," kata Hashim.

Katanya penubuhan MANTAP hari ini adalah pada genap dua tahun pilihan raya umum ke-12 berlangsung dan ia bermakna telah dua tahun rakyat melihat kepimpinan Md Isa dan beliau boleh dinilai.

"Kami ingin menjadi jurubicara rakyat. MANTAP akan menjadi platfom rasmi suara rakyat untuk disampaikan kepada kepimpinan negara dan istana," kata Hashim.

Katanya selepas selesai tugas kaji selidik, MANTAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.

"Pada masa ini, MANTAP hanya merupakan sebuah sekretariat," katanya.

Tiada ulasan: