September 27, 2008

Melayu Bagaimana Yang Hendak UMNO Perjuangkan...??? Keliru?

Salam Bloggers!

Kali ini saya akan membicarakan tentang perjuangan 'tulus' UMNO untuk Bangsa Melayu. Sekiranya catatan ini mengguris perasaan sesiapa sahaja amatlah saya kesali tetapi bacalah dengan hati dan minda yang terbuka bukan melulu nafsu dan menyala amarah.

p/s:Kepada para pengunjung saya memohon jasa baik tuan untuk memberikan sebarang komen, saya pohon anda untuk menegur sekiranya tulisan saya ini tidak betul dan fitnah semata.
Walaupun berulangkali dinyatakan bahawa perjuangan yang berteraskan satu-satu kaum atau bangsa adalah perjuangan yang tidaklah murni mengikut syariat Islam.

Adakah menjadi kesalahan apabila saya menyatakan perjuangan UMNO berteraskan kebangsaan adalah palsu dan retorik semata-mata? Saya tak berniat untuk meniup sebarang sentimen perkauman kerana tiada gunanya 'bermain api kalau berumahkan kotak kering'. Namun begitu, atas azam dan iltizam untuk menyedarkan ummah maka saya akan terus menulis tentang tajuk yang mungkin menghangatkan punggung sesiapa yang masih hidup brbantalkan nilai perkauman dan Islam yang menjadi teras perjuangan membangun ummah.

Benarkah UMNO parti Melayu? Melayu mana yang diperjuangkan UMNO? Benarkah UMNO parti yang ikhlas memperjuangkan Melayu? Siapa pemimpin UMNO yang benar-benar Melayu? Lihat contoh yang saya nyatakan.

1. Khir Toyo@Joyo Erodikromo merupakan mantan Menteri Besar Selangor merangkap mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, bapanya berasal dari Pulau Jawa Indonesia.

p/s:Adakah Melayu Jawa yang ingin UMNO pejuangkan?

2. Hishamuddin Hussein Onn merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dari 2004, neneknya Puan Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki.

p/s:Adakah Melayu Turki yang UMNO perjuangkan?

3. Syed Hamid Albar Byed Jaafar Albar merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, susur galur keturunannya berasal dari Hadralmaut, Arab Saudi.

p/s:Adakah Melayu Arab yang UMNO perjuangkan?

Mahathir Mohamad Iskandar merupakan Mantan Presiden UMNO dua era iaitu era sebelum dan selepas 1988, keturunannya berasal dari Kerala India.

p/s:adakah Melayu India yang UMNO perjuangkan?

Ini belum saya sentuh tentang ahli-ahli UMNO seramai lebih 3 juta yang terdiri dari pelbagai keturunan seperti Siam, Banjar, Bugis, Bajau, Sungai dan lain-lain.

Di sini jelas, UMNO sendiri keliru dalam mendefinisikan maksud Melayu yang sebenar yang telah diperjuangkan. Kalau hendak katakan Islam menjadi teras kepada UMNO , mengapa ada dalam kalnagan ahli yang bukan beragama Islam? Kedaulatan bangsa manakah yang heboh diperkatakan UMNO? Maksud singkatan UMNO sendiri memberi erti "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu". entah Melayu mana yang dimaksudkan UMNO.

Kadang-kadang, saya terasa lucu bila ada yang bersungguh mempertahankan kononnya apa yang disifatkan sebagai ketuanan Melayu dan Islam dari kalangan ahli UMNO sedangkan bila timbul isu seperti kehadiran Pasukan Kriket Israel(sebuah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia dan terang-terangan memusuhi Islam seperti ayng berlaku di Palestin), kehadiran Pasukan Bolasepak Chelsea yang mana pengurus dan salah seorang pemainnya adalah warganegara Israel, boleh dikatakan tiada wajah-wajah setia Melayu UMNO yang muncul di kaca TV untuk membantah kehadiran mereka itu, tetapi apabila timbul isu seperti yang berlaku di Pulau Pinang apabila seorang ketua bahagian yang status originaliti Melayunya boleh dipertikai, lantas kedengaran dan kenampakan muka-muka pengecut UMNO menentang 'kemungkaran' ini. Mengapa perlu wujud 'double standard' dalam hal sebegini khususnya dalam diri pejuang UMNO?

Alangkah baiknya kalau UMNO balik semula kepada perjuangan Islam yang sebenar, barulah kekalutan yang berlaku dewasa ini tidak berlarutan sehingga memberikan kesan yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Saya meletakkan kesalahan ini kepada pejuang UMNO semasa yang dilihat terlalu lemah untuk mengembalikan kuasa politik mutlak yang mampu merubah sebarang perkara di Malaysia. Kenapa bila apa yang dikatakan 'kuasa yang semakin terhakis' akibat kegagalan dan kekalahan teruk dalam PRU-12 baru ada yang bangun dari lena dan ada yang masih tidur dibuai mimpi indah serta menambah kekalutan yang sebenarnya retorik UMNO semata-mata?

Kesimpulannya, inilah akibat kalau masih ada pemimpin yang rakus dan tak mahu kehilangan kuasa pemerintahan sedangkan diri dan umum mengetahui bahawa sang penguasa itu sudah tidak berdaya melaksanakan pemerintahan secara yang terbaik dan adil untuk semua rakyat.Saya tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh Ku Li ketika ditanya wartawan mengenai penangguhan Perhimpunan Agung UMNO iaitu "Pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai "permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku". Ini menunjukkan UMNO itu hakmilik kekal dua orang pemegang jawatan tertinggi dan ahli akar umbi tidak boleh sesekali membantah sebarang keputusan yang dibuat oleh mereka. maka jadilah pemimpin UMNO itu sebagai pemimpin yang 'busuk kaki' dan 'kotor perut' kerana tidak menunaikan hak kepada ahlinya.

Renungkan....

Mohon Bicara Lagi,

Bagai Diramal, Sedia Jadi Kenyataan...

Salam Bloggers!

Mungkin agak terlambat saya mengulas mengenai keputusan AMT UMNO tentang penundaan tarikh Pemilihan UMNO 2008 ke tahun depan. Bagai yang diramal saya semalam, keputusan ini memang tidak mengejutkan tetapi jika kita sorot pelbagai ulasan yang dikemukakan oleh para pemimpin UMNO tentang keputusan yang dibuat maka saya yakin kita boleh menerobos masuk ke dalam hati setiap pemimpin yang berkenaan.

Kata Si Kedi Dari Rembau
Khairy: penangguhan boleh rumitkan keadaan
Sep 26, 08 10:29pm
Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh perhimpunan agung ke Mac tahun depan boleh `merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno berkata, tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.

"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.

"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan.

Berita selanjutnya...

Kata Ku Li (Wajah Raja Berjiwa Rakyat)

Ku Li: Ganti kuasa PM-Najib macam budak-budak
Sep 26, 08 5:13pm
Tengku Razaleigh Hamzah, yang berminat merebut kerusi presiden Umno, menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai "permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku".

"Sekarang kita sedar Malaysia menjadi negara yang mempunyai prasarana Dunia Pertama dan politik Dunia Ketiga, dengan para pemimpinnya menjadikan negara ini republik pisang," katanya, mengutip kenyataan perdana menteri yang pernah menggesa rakyat mempunyai "mentaliti kelas pertama" dengan kemudahan infrastruktur kelas pertama.

"Republik pisang" merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri.

Berita selanjutnya...

Kata Najib's (Suami Kepada Bakal Wanita Pertama Malaysia...Kalau Sempat)
Najib anggap keputusan MT 'bijaksana'
Sep 26, 08 3:31pm
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno ke Mac tahun depan dan mengekalkan tarikh mesyuarat Umno bahagian sebagai keputusan yang bijaksana.

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara hari ini.

Najib yang juga timbalan presiden Umno berkata tarikh sebenar perhimpunan agung itu akan diumumkan kemudian, demikian menurut laporan Bernama.

"Tarikh akan ditentukan dalam sedikit masa lagi tetapi yang pastinya ia akan berlaku bulan Mac," katanya.

Mesyuarat tergempar MT Umno hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan menunda tarikh perhimpunan agung parti yang sebelum ini dijadualkan pada Disember ini ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Mesyuarat Umno bahagian dijadual dari 9 Oktober hingga 9 November.

Berita selanjutnya...

Kata Muhyiddin (Bakal Timbalan Presiden UMNO)
Muhyiddin: Tidak jejas wibawa PM
Abdul Rahim Sabri | Sep 26, 08 2:10pm
dikemaskini Pelan peralihan kuasa terbaru yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini tidak akan menjejaskan kewibawaan presidennya dan ia berlangsung secara terhormat, kata seorang naib presidennya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berharap keputusan terbaru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat pengumuman penting bulan depan, sebelum mesyuarat bahagian bermula 9 Oktober, akan "diterima baik oleh ahli-ahli Umno."

"Keputusan itu mengambil kira sentimen dan pandangan akar umbi bahawa beliau memikirkan ini pendekatan terbaik.

"Apapun keputusan yang dibuat ia mesti tidak menjejaskan perpaduan di dalam parti dan yang kedua, kita nak memastikan proses peralihan kuasa itu tidak menjejas kewibawaaan presiden.

"Ia mesti dibuat secara terhormat," katanya.

Muhyiddin berharap keputusan hari ini boleh diterima baik oleh ahli Umno di seluruh negara kerana dibuat atas pertimbangan yang bijaksana oleh presiden parti.

"Saya harap keputusan-keputusan yang dibuat atas sebab-sebab yang berpatutan ini walaupun pemilihan ini dilewatkan sehingga Mac tahun depan.

"Maka ahli-ahli seluruh negara tidak merasakan ini menyalahgunakan kedudukan dan kuasa.

"Keputusan ini mengambil kira sentimen, pandangan akar umbi," katanya selepas mesyuarat tergempar MT pagi ini di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

berita selanjutnya...

Kata Zahidi (Pro Perjuangan Rakyat)
Zahidi: Keputusan MT 'ada muslihat'
Abdul Rahim Sabri & Muda Mohd Noor | Sep 26, 08 8:07pm
Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat."

Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010.

Zahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh.

"Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu.

"Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut.

Berita selanjutnya...

Kata Shahidan (Harimau UMNO @ Penasihat PM Yang Baru)

Sementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat.

Beliau berkata, ahli Umno tidak boleh duduk diam tetapi harus bekerja kuat untuk parti.

Katanya, penangguhan tersebut tidak memberi kesan kerana jika sesuatu bahagian tidak mencalonkan seseorang pemimpin tertentu, sudah tentu pemimpin itu tidak boleh bertanding.

"Ahli parti tidak bising apa-apa, hanya orang luar (pembangkang) yang sibuk buat bising," katanya.

Kata Amran Ali (Setiausaha Pemuda UMNO Jerlun...Khabarnya Bakal Bertanding KP Jerlun)

Di Kedah, setiausaha Pemuda Jerlun, Amran Ali bagaimanapun menyifatkan penangguhan mesyuarat agung Umno satu tindakan yang bagus.

"Sekiranya niat untuk menangguh mesyuarat agung semata-mata untuk mengukuhkan parti, itu satu langkah yang bagus.

"Tapi kalau nak lari daripada kenyataan (politik), (tindakan) itu tidak betul," kata Amran ketika dihubungi petang tadi.

Katanya lagi, jarak antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh, hampir lima bulan, menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan ahli-ahli Umno.

"Kalau andaian dari sudut positif, maka positif akhirnya. Jika suka kepada negatif, maka negatif akhirnya," kata Amran.

Ekoran itu, pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya ekoran penangguhan mesyuarat dan pemilihan pucuk pimpinan daripada Disember ini kepada tahun depan.

Kata Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman (Naib Ketua Bahagian Besut)

Di Terengganu, naib ketua Besut, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman meminta ahli-ahli Umno khusus di bahagian tersebut bersabar sepanjang penangguhan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat membuat andaian sama ada Abdullah ingin mempertahankan jawatan presiden Umno atau tidak apabila mengumumkan perkara itu, bulan depan.

Kata Datuk Ir Jamlus Aziz (Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan)

Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Ir Jamlus Aziz berkata, keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno boleh mendatangkan kebaikan kepada ahli.

"MT membuat satu tindakan untuk mengutamakan ahli dan parti dan oleh kerana itu ia perlu diterima oleh ahli Umno di semua peringkat.

"Pemuda Umno Negeri Sembilan menerima baik keputusan tersebut kerana ia memberi kelegaan kepada parti,” katanya.

Kata Syukur Idrus (Ketua Pemuda UMNO Selangor)

Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus pula berkata, penangguhan tersebut membolehkan perwakilan mempunyai masa yang cukup untuk memilih pemimpin parti.

Manakala pemimpin, pula katanya, boleh melakukan kompromi untuk menarik diri daripada bertanding.

Bagaimanapun, peralihan kuasa ini juga perlu berlaku di peringkat bahagian untuk menguatkan parti di semua peringkat.

Kata Ali Rustam (Naib Presiden UMNO...Rasa-rasa kali ini sahaja)

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, keputusan MT untuk meneruskan mesyuarat perwakilan bahagian mulai 9 Oktober depan adalah satu keputusan yang baik dan melegakan semua pihak, terutama di peringkat akar umbi.

Manakala keputusan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan pula, katanya, dapat melicinkan proses peralihan kuasa.


Kata Mukhriz (Exco Pemuda UMNO Malaysia)

Mukhriz persoal penangguhan perhimpunan agung
Sep 27, 08 9:43pm
Exco Pergerakan Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan perhimpunan agung parti itu yang dijadual Disember ini ke bulan Mac tahun depan yang dilihatnya memberi impak negatif.

Beliau berkata tindakan MT itu menyebabkan ahli Umno menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti kerana bagi mereka tidak ada keperluan munasabah perhimpunan agung Umno ditangguhkan.

Bernama memetik Mukhriz sebagai berkata, beliau sendiri tidak faham kenapa penangguhan itu perlu dilakukan dan ia tentunya akan memberikan gambaran yang tidak sihat serta boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi.

"Daripada maklum balas yang saya terima dari seluruh negara, penangguhan perhimpunan agung Umno itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu supaya MT membatalkan penangguhan tersebut," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama ahli Umno Bahagian Temerloh dan Kuala Krau di Temerloh hari ini.

Mukhriz berkata penangguhan yang mengambil masa hanya tiga bulan dari tarikh asal itu, juga tidak relevan dan tidak memberikan sebarang kelebihan dalam menguatkan semula parti.

Wahai Bloggers Yang Bijaksana!

Daripada rentetan kenyataan yang dibuat dapatlah saya simpulkan bahawa masih terdapat dalam kalangan ahli UMNO di peringkat tertinggi yang meneruskan tradisi 'ampu-bodek' yang semakin aktif menghancurkan kekuatan UMNO sendiri dan tempoh tersebut bertambah lagi hampir lima bulan. Apakah UMNO dapat bertahan dari serangan 'kanser tahap keempat' ini? Kepada pemimpin UMNO yang masih 'memalu rentak mengikut tarian sumbing' usahlah terus bersandiwara demi memenuhkan perut sendiri, sedarlah masih ramai dalam kalangan ahli akar umbi yang miskin yang mengharapkan UMNO boleh merubah nasib mereka setelah 51 tahun Malaysia merdeka. Tak payahlah hendak menegakkan ketuanan pemimpin yang kebasian idea dan maltlamat. Kepada ahli akar umbi, sedarlah masa semakin suntuk buat anda untuk melaksanakan perubahan. Saya teringat rangkap terakhir pantun Dr.Asri (Mufti Perlis):

PERGILAH MANDI DI TITI TINGGI,
JALAN TERSEPAK TALI PENCUCI;
CARILAH GANTI BERBUDI TINGGI,
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI...


Renungkanlah...

Mohon Mencelah,

September 25, 2008

Gempar!!! Perhimpunan Agung UMNO Tangguh Lagi? Biar betul!!!

Salam Bloggers!

Esok akan diadakan satu Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO yang dijangkakan akan membincangkan pelbagai agenda termasuk agenda menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2008. Menurut sumber rapat, 95% sah, keputusan penangguhan perhimpunan kali ini tidak dapat dielakkan..

Sekiranya ia berlaku, apakah faktor yang menyumbang kepada penggunaan kuasa AMT yang masih mengekalkan kedudukannya akibat beberapa siri penangguhan pemilihan UMNO sebelum ini atas nama perpaduan parti? Ternyata ini merupakan satu lagi episod pencabulan hak-hak ahli akar umbi parti yang sebenarnya telah lama menunggu peluang untuk membuat pilihan mereka bagi menentukan hala tuju parti ke arah yang lebih relevan dengan situasi politik semasa Malaysia yang dicanangkan sebagai tidak stabil.Sednagkan umum mengetahui bahawa canangan ketidakstabilan politik kini hanyalah retorik politikus yang takut kuasa semasa mereka digugat dan pada akhirnya mereka akan kehilangan kedudukan empuk yang mereka miliki sekarang.

Terdetik kehairanan yang amat sangat sekiranya masih terdapat AMT yang sanggup menyokong ketatapan sekiranya sah perhimpunan agung kali ini ditangguhkan ke satu tarikh lain. Entahlah apa yang bermain di kepala mereka saat ini. Tidakkah mereka mengetahui bahawa UMNO semakin hilang kredibilitinya akibat daripada mainan politik 'luar tabie' sesetengah pemimpin yang rakus? Walaupun semua ini masih di peringkat spekulasi namun kebarangkaliannya seperti yang dimaklumkan oleh sumber yang rapat adalah 9.5 per 10.

Saya ingin memberi peringatan selaku insan kerdil dalam komuniti bloggers seluruh Malaysia bahawa sebarang usul penangguhan perhimpunan akan memberikan kesan buruk kepada UMNO secara keseluruhannya. Saya tidak akan terkejut ia menjadi 'turning-point' kepada dua tiga perkara 'besar' yang dijangka akan berlaku dalam politik Malaysia selepas ini. Esok, kita akan lihat apa komen dari Harimau, Kucing dan Tikus UMNO tentang keputusan yang mereka sama-sama ambil sekiranya benar spekulasi perhimpuanan agung ini ditangguhkan. Sesungguhnya hanya UMNO satu-satunya parti yang masih menangguhkan agenda wajib setiap organisasi saban tahun iaitu pemilihan bagi jawatan penting. Parti politik lain dilihat sudah selesai menjalankan pemilihan masing-masing. Apakah ini yang dikatakan "DEMOKRATIK SEGAR" UMNO? Dimanakah keberanian "DEMOKRASI SEGAR" UMNO yang dilaung-laungkan selama ini? Adakah pemimpin tertinggi sedia menelan gelaran "BACUL,DAYUS" akibat dari merelakan keputusan songsang seperti ini dilaksanakan? Bilakah lagi kuasa untuk memilih akan diserahkan kembali kepada ahli akar umbi? Jika semua ini berlaku ia akan menguatkan lagi telahan saya bahawa UMNO akan WAFAT menjelang umurnya '63' tahun (kalau mengikut putar belit sejarah penubuhan oleh pemimpin UMNO sekarang) pada tahun 2009 jika dikira tahun 1946 sebagai tahun penubuhan UMNO sedia ada.

Konklusinya, UMNO perlu sedia untuk menjalani 'reformasi' secara menyeluruh kalau tidak ia akan hancur di tangan pemimpin yang tamakkan kuasa dan rakus mengaut kekayaan rakyat dengan menjadi pemimpin UMNO. Fiirkanlah...

mohon mengulas!

September 23, 2008

SIAPA LAYAK UNTUK JADI KP UMNO MALAYSIA?

Salam Bloggers!

Alhamdulillah, hari ini saya masih diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus menulis di dalam blog saya yang 'kerdil' ini dan sukarlah kalau nak dibandingkan dengan nama-nama besar blog di Malaysia. Alhamdulillah, kerana masih ada yang sudi menjenguk dan memberikan komen masing-masing dan kepada yang baru menyinggah saya pohonkan anda dapat meninggalkan tapak tangan anda untuk saya jejaki sambil menjalinkan persahabatan. Biarlah ada nanti perkongsian yang pintar antara kita...suatu hari...terima kasih.

Tajuk "Siapa Layak Untuk KP UMNO Malaysia" di bawah kata kunci 'BERANI, BERUBAH,SETIAKAWAN & PERJUANGAN RAKYAT" cuba mengulas seberapa 'cantik' untuk tatapan anda agar ia dapat disebarluaskan demi kelangsungan politik UMNO jika itu yang dikehendaki dan sebaliknya andai itu juga menjadi impian...

BERANI
1) KHIR TOYO (PEMUDA JAWA SEJATI - INSAN KEBANGGAAN JAWA MALAYSIA - ANAK JOYO ERODIKROMO DARI PULAU JAWA INDONESIA)

a) Berani Ubah Rupa - Kita lihat kehalusan kulit wajah mantan MB Selangor ini sebenarnya menjadi idaman banyak pihak tetapi persoalannya mahukah Perwakilan Pemuda UMNO menaikkan seorang yang pernah saya sebut sebelum ini sebagai "Model Botox" dalam 'post' saya, untuk menjadi pemimpin pemuda tersohor? Seorang yang terlalu berani merubah wajah dan rupa dikhuatiri mampu juga merubah UMNO menjadi parti yang terus tidak diyakini kemampuannya terutama selepas pasca PRU-12.

b) Berani Tukar Kerajaan - Sebagaimana yang kita maklum, inilah satu keberanian yang tiada tandingan dalam politik Malaysia apabila seorang MB(mantan) sebuah negeri kaya berani menukarkan hakmilik negerinya kepada pakatan pembangkang yang baru tak sampai sebulan pada ketika beliau berkeputusan untuk menukarkan hakmilik kerajaannya. Jika dicongak di atas kertas, maka adalah sesuatu yang menghampiri peringkat mustahil untuk berlaku di Malaysia khususnya di sebuah negeri yang kaya dan lengkap segala untuk di'serah'kan kepada pembangkang seperti yang berlaku di Selangor tetapi hakikatnya manusia yang bernama KHIR TOYO (JP) ini telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa tiada apa yang tidak boleh dilakukan oleh Jawa Peranakan Malaysia. Teringat kata-kata seorang sahabat berketurunan Jawa, tak ramai orang Melayu boleh buat tetapi Jawa tetap boleh!!!

c) Berani Beri Penyapu - Ini lagi satu episod 'Maha Berani' yang tiada pada mana-mana pemimpin di Malaysia termasuk PM dan TPM semasa iaitu menghargai orang bawahannya dengan Anugerah 'Penyapu' sebagai apa yng diistilahkan sebagai menghargai 'sumbangan' semasa pegawai kerajaan negeri Selangor. Bolehkah dia berkata bahawa dia takkan buat lagi kalau terpilih menjadi KP UMNO satu hari nanti kerana rasanya sampai ke hari ini belum ada permohonan maaf rasmi yang dikeluarkan oleh Khir Toyo atas apa yang pernah dilakukannya selama dia memerintah terutama bulan-bulan akhir pemerintahannya.

d) Berani Rasuah - Rasanya ini kena tanya kepada BPR sebab semua rekod difahamkan ada tetapi sengaja tidak didedahkan kepada umum. Antara yang disebut seperti kes Zero Illegal Squatters Mission,Luxurious Exco Village,Housing Project D'Kayangan,Corruption and bribery a construction project which trespasses Bukit Cahaya Seri Alam ,Zakaria Mat Deros(Allahyarham) illegal mansion,Balkis Accounts Scandal,Pig Rearing Project,Accuse of Spreading Lies About a Petition to Ban Mosques From Airing Azan.Harap-harap maklumat ini tidak tepat kerana mana mungkin seorang pemimpin yang "BERANI" sebegini hendak menjadikan dirinya seorang perasuah. Mustahil...Mustahil...Mustahil.... anda fikirlah sendiri..2)

MUKHRIZ MAHATHIR (BAPA KEPADA BAPANYA ASAL KERALA INDIA - MELAYU SEJATI???)

a) Berani Berubah Kepimpinan - Hakikatnya, dalam pemilihan jawatan di peringkat Bahagian Jerlun tidak wujud nama Mukhriz Putera Botak Bongsu Tun Dr.Mahathir(orang kata bapanya seorang negarawan)bertanding sebarang jawatan dan dia kekal statusnya sebagai ahli biasa dalam cawangan. Menurut sumber terdekat di Jerlun, rasionalnya, agar tidak berlaku sebarang perebutan di peringkat bahagian demi menjaga perpaduan ahli setempat. Ahh!!! alasan, berani berubah tetapi hakikatnya tak berani berubah pun, tengok ucapan beliau ketika menawarkan diri sebagai KP UMNO Malaysia ternyata kelembikan ucapan beliau berjaya menandingi Blog SiLembik's dan banyak isi ucapannya bergantung kepada idea lusuh bapanya yang sudah kehabisan isu hendak dipaparkan(sebab itulah TDM hendak pohon masuk kembali ke dalam UMNO walaupun dia dengan tegasnya ketika menjawab persoalan wartawan bahawa dia (TDM) takkan menyertai semula UMNO Baru yang dia tubuhkan selagi Pak Lah kekal sebagai Presidennya). Sebenarnya Mukhriz amat mengharapkan kehadiran bapanya untuk menyokong dan berkempen untuk memenangkan dia. Pada ketika bapa, ibu dan abangnya mengumukan keluar dari UMNO tetiba sahaja Mukhriz menyatakan sebab perlunya dia berada terus dalam UMNO untuk memperbetulkan UMNO..Maknanya tindakan bapanya itu salah tetapi Mukhriz dalam nada yang lain mempertahankan tindakan bapanya..Macam sesumpah pula si botak ini.(Anyway, Mak Botak, Anakpun Botak Jua...)

b) Berani Ubah Pendirian - Inilah salah satu faktor mengapa ahli UMNO perlu mengangkat Mukhriz sebagai pemimpin generasi baru kerana beliau selalunya berjaya mencuri tumpuan dengan melontarkan pandangan 'kontroversial' kepada pimpinan tertinggi parti khususnya Pak Lah (Mana ada ahli UMNO lain yang berani buat seperti ini). Bahkan Mukhriz pernah mendesak PM meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti dengan ugutan beliau sendiri akan meleak jawatan sekiranya desakannya tak diambil serius oleh PM tetapi sampai ke hari ini, tiada tanda-tanda Mukhriz akan meletak jawatan bahkan telah menawarkan diri untuk menambah jawatan. Mungkin faktor ini akan memberikan kelebihan kepada Mukhriz dalam pemilihan UMNO nanti. Itupun kalau ahli UMNO terus memperbodoh-bodoh-bodohkan diri untuk sanggup memilih pemimpin berdasarkan keturunannya yang tersohor.


C) Berani Bertanding Tetapi Tidak Bertanding - Entah apa alasannya untuk tidak bertanding sebarang jawatan dalam Pemuda UMNO Bahagian. Bagaimana seorang pemimpin boleh mengatakan dirinya memahami kesusah-payahan dan penderitaan ahli di peringkat akar umbi jika diri sendiri tidak pernah merasa keperitan dan keperihan sebagai ahli bawahan.Inikan pula hendak bertanding jawatan tertinggi Pemuda UMNO. Apakah UMNO Parti untuk anak-anak orang yang ELIT? Atas sebab itu, siapa yang tidak memenuhi ciri-ciri keperkasaan tersebut tak boleh mencium langsung hajat untuk bertanding jawatan tertinggi yang ada. Bagaimana suara akar umbi mampu dibawa ke peringkat atasan jika "tapak kaki langsung tak pernah merasai ketajaman duri semalu"? Atau adakah sekali lagi faktor ini akan memberikan kelebihan kepada Mukhriz? Saya katakan YA kalau majoriti ahli perwakilan Pemuda yang "berprinsip" sanggup untuk terus diperBODOH-BODOH-BODOH-BODOHkan demi kelangsungan prinsip berjuang untuk perut sendiri.

3) KHAIRI JAMALUDDIN (KEDI DARI REMBAU LAHIRNYA DI KUWAIT, BESARNYA DI SINGAPURA, BELAJARNYA PULA FUIYOO!!! OXFORD???!!!)
a) Setiakawan dengan Singapura - Umum mengetahui betapa akrabnya "Si Kedi" ini dengan Singapura. Oleh sebab itu, saya menyatakan prinsip setiakawan yang pertama "Budak Hitam" ini ialah Malaysia mesti mempunyai satu hubungan diplomatik yang baik seperti hubungan sentimental "Si Kitol" dengan negara Kota Singa ini. Ini jelas dilihat apabila Malaysia kehilangan apa yang dipanggil "Pulau Putih Mata" atau namanya sebelum bertukar milik "Pulau Batu Putih", tiada kedengaran kenyataan keras dari "Bakal KP UMNO Malaysia" yang kaya raya ini menentang keputusan tersebut bahkan akur dengan kenyataan lembik para menteri yang 'BODOH' kerana gagal mempertahankan hak dan kedaulatan negara. Sepatutnya menteri terlibat meletak jawatan atau balik kampung dan tidak lagi menunjukkan muka di khalayak. Bagaimana seluruh rakyat boleh yakin dengan "SI KEDI@SI HITAM@SI KITOL" ini jika hal berkaitan kedaulatan negara langsung tidak dipertahankan.

b) Setiakawan dengan Kontraktor Besar - Objektif utama untuk mengaut dengan rakusnya seberapa banyak harta dan khazanah negara yang ada selama mana memegang kuasa. Apa jua projek dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar tender kerajaan mestilah melalui setiakawannya dahulu sebelum mendapat sebarang kelulusan. Siapa tak tahu tentang ECM-Libra yang mana antara syarikat naungannya ialah POS MALAYSIA yang mendapat keuntungan berjuta secara percuma apabila PM menetapkan rebet petroleum dibayar melalui kaunter POS MALAYSIA. Kalau tidak kerana "setiakawan" mana mungkin budak ini akan menjadi kaya sekelip mata kerana jika dilihat latar belakang keluarganya jelas menunjukkan kekayaan yang tak seberapa kerana bapanya seorang pegawai tertinggi kerajaan bukannya ahli perniagaan ternama.Saya yakim majoriti perwakilan akan tetap memberikan undi mereka kepada Si Kitol ini jika perwakilan tersebut tiada nilai jatidiri dalam membela perjuangan UMNO dan bangsa Melayu.Hanya jika mereka yakin bahawa dengan memilih orang elit yang kuat memakan harta negara, orang yang kaya atas kesempatan dan kerakusan yang ada, orang yang mampu memberikan duit poket bila bersalaman, orang yang penuh retorik bila berpolitik. Hanya perwakilan yang murah nilai diri akan memberi kepada budak ini dan hasilnya kita akan lihat UMNO akan terus hancur dan tidak lagi dipercayai golongan muda sebagaimana telah dibuktikan dalam 'by-election' baru-baru ini.

c) Setiakawan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) - Ini mungkin faktor terkuat yang mampu melembutkan hati semua pihak untuk memberikan undi mereka kepada KJ. Siapa dapat nafikan, orang yang menjadi pelakon utama dalam scene drama bertajuk " Penyerahan Pasportmu' arahan SiMaNGKuKedi. Mengapa perlu wujud KJ dalam aksi 'panas' ini? Mengapa tidak diberi sahaja secara rahsia oleh mana-mana pegawai yang jabatan berkenaan? Adakah dia dan DSAI mempunyai perancangan sulit untuk menghancurkan UMNO sebagai membalas dendam terhadap apa yang telah dilakukan ke atas 'sifu' KJ? Di sini jelas bahawa budak hitam ini mempunyai link yang terlalu besar dan kuat ditambah dengan kekuatan kewangan yang sedia ada dan terus masuk saat demi saat. Lakonannya di pentas ceramah UMNO sekadar menutup bangkai gajah yang busuk sahaja kerana kita belum pernah mendengar secara rasmi penafian budak kedi ini tentang skandal 'Setiakawan Dengan DSAI' setakat ini.DSAI sendiri tak pernah mahu meemberi komen tentang hal berkaitan dan seolah sengaja beliau biarkan spekulasi ini bertiup dan berlalu.

4)ZAHIDI ZAINUL ABIDIN (PERJUANGAN RAKYAT)
a) Anak Kampung - Siapa boleh nafikan akan Zahidi ini datangnya dari sebuah perkampungan Melayu di Padang Besar? Beliau memanjat tangga politik dari bawah dan memahami akar umbi secara mendalam kerana beliau sudah merasai semua kepayahan bermula dari ahli biasa sehingga menjawat jawatan Ketua Bahagian.Malangnya, ramai yang seolah cemburu dengan reputasi semasa beliau sehingga sanggup menjalankan taktik kotor sehingga nama beliau digugurkan tetapi beliau tetap dengan UMNO, tiada istilah merajuk seperti dua tiga orang tua yang ada.

b) Berjuang Demi Rakyat - Datuk Zahidi dalam kawasannya amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang mudah didekati dan tidak mempunyai protokol yang ketat, mesra dan amat digemari. Musuh politik menghadapi masalah untuk memburukkan personaliti beliau kerana terbukti beliau sentiasa cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik sama ada ketika memegang jawatan Adun ataupun tidak. Beliau pernah jatuh bangun bersama Pak Lah pada tahun 1986. Kereta Proton berwarna putih yang sering dinaikinya bersama Pak Lah masih disimpan sebagai bukti perjuangan yang tidak memandang kedudukan semasa sebagai alat untuk melemahkan jatidiri perjuangannya. Ini yang saya rasa antara ciri unik yang terdapat dalam dirinya.

c) SetiaLawan - Dalam beberapa isu yang ada, Zahidi dilihat suka menentang arus seperti apa yang pernah berlaku ketika isu pertelagahan antara Pak Lah dengan Mahathir yang mana Zahidi memilih untuk menjemput Che Det bagi merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Padang Besar, dalam isu watikah MB Perlis pasca PRU 12 pula Zahidi memilih untuk berdiri atas dasar beliau ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Perlis walaupun jika beliau mahu beliau boleh berbaik dengan MB yang baru,hakikatnya demi memperjuangkan dasar UMNO sebagai parti yang berdiri atas perlembagaan beliau sanggup menerima hukuman, makian, cercaan. Zahidi seorang yang setia kepada UMNO. Walaupun ada cubaan untuk menyabitkan beliau dengan tuduhan khianat kepada parti ketika PRU 12 yang lalu.Semua itu gagal.Terkini menghadapi saingan mantan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar yang sepatutnya sudah menjadi ahli persatuan MUBARAK tetapi dengan kelicikan memotong di selekoh pada hari terakhir sebelum PRU-12 beliau masih berjaya menjadi calon walaupun dengan jelas melanggar peruntukan 10.9 Perlembagaan UMNO dengan alasan PM masih hendakkan dia berkhidmat (akhirnya menjadi Pemeriksa Kira-Kira Kerajaan)tetapi kini lantang bercakap soal perlembagaan (Bodoh dan bacul punya pemimpin!!!)


Beza Antara Mereka

Adakah umum akan mengenali Mukhriz jika dia bukan anak kepada Mantan PM Malaysia?

Adakah umum akan mengenali Khairi jika dia bukan Menantu Kesayangan Pak Lah?

Adakah Khir Joyo ini mampu mengukuhkan kewangannya jika tidak kerana pernah memegang jawatan MB sebuah negeri yang kaya?

Adakah Pemuda UMNO seluruh Malaysia masih mempunyai sikap untuk menunggu pemberian LABA tanpa memikirkan akan DOSA dan PAHALA jika mereka hendak memberikan undi mereka tersebut?

Adakah mereka rela UMNO dirosakkan dan dihancurkan oleh undi mereka kepada pemimpin yang lemah pada hakikat dan tidak kuat jatidirinya?

Adakah Zahidi mampu dengan sumber yang terhad jika dibandingkan dengan 3 Pra Jutawan yang turut bersaing untuk jawatan ini untuk menarik perhatian serta undi mereka yang menjadi perwakilan?

Mungkinkah UMNO masih seperti apa yang disebut sebagai UMNO 3M (MEETING, MAKAN, MONEY) hingga mampu untuk menafikan sebarang impian insan kerdil dari segi harta seperti Zahidi?

Boleh faktor 3B (BOTOX(WAJAH), BOTAK(KEPALA), BODEK(PAK MERTUA)) ini boleh ditandingi oleh faktor 1B (BERJUANG) yang ada pada orang Padang Besar ini?


Jawapannya terserah kamu!!!


p/s: maaf kalau kasar bila bicara tentang perosak UMNO seperti Suami kepada Normala Samsudin, kalau ada yang tidak berpuas hati sila beri komen anda! Saya akan jawab!

mohon mencadangkan!

September 22, 2008

Tahniah! DS Shahidan Kassim (Harimau UMNO)


Shahidan Kassim dilantik penasihat khas NCER
22/09/2008 6:49pm


KUALA LUMPUR 22 Sept. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, tugas utama Shahidan termasuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

— BERNAMA
Salam Bloggers!

Akhirnya setelah 6 bulan PRU 12 berakhir barulah kelibat DS Shahidan Kassim yang kehilangan 'kuasa' akibat satu 'rampasan kuasa' terganas di Perlis dilihat mempunyai jawatan penting. Adakah ini antara usaha terdesak kepimpinan sedia ada untuk menarik kembali seberapa banyak sokongan ahli yang kian pudar menjelang Persidangan UMNO Bahagian seluruh Malaysia selepas Aidil-Fitri nanti? Atau ia merupakan satu 'BONUS' kepada DSSK menjelang pemilihan UMNO akan datang(khabarnya beliau akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO)Apapun telahan, usah terlalu mudah dikaburkan dengan satu pemberian jawatan oleh PM sehingga menelan segala kekuatan prinsip yang sedia terbukti ada pada DSSK sebelum ini. DSSK mesti ingat bukan sedikit golongan yang tegar membenci kelangsungan DSSK terutama di Perlis ini. Harapan saya, Buatlah yang terbaik dan usahlah menggunakan pendekatan mendiskriminasikan rakyat kerana ia terbukti merugikan karier politik cemerlang Dato' Seri...

p/s: Buktikan kepada rakyat bahawa DSSK adalah calon terbaik untuk memulihkan UMNO di persada politik Malaysia kerana sekali lagi DSSK tersilap langkah maka bersedialah untuk terus padam...thx!

September 21, 2008

Video Untuk Pak Lah...Dengarlah....

Salam Bloggers!

Amat tersentuh tatkala saya menonton mendengar kisah Khalifah Al-Mu'tasim yang telah disampaikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.. Seperti sama sahaja dengan pemerintah Malaysia sekarang.. Dengarlah dan ambillah iktibar... TQ!


video


mohon perhatian,

September 20, 2008

Teresa Kok Bebas??? Tanpa Syarat??? Betul Ke???

Salam Bloggers!

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Akhirnya selepas 7 hari dikurung di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka Ahli Parlimen Siputih merangkap ADUN Kinrara dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ini diBEBASkan TANPA SYARAT. Di benak saya yang makin benak sekarang ini mula tertanya-tanya soalan mengenai apa bentuk jawapan yang akan diberikan oleh "Kucing UMNO" merangkap anak kepada "Singa UMNO" dan juga Menteri Dalam Negeri kalau "diusik" lagi oleh wartawan tentang pembebasan tanpa syarat Teresa Kok kali ini. Adakah beliau akan menggelabah bila memberikan jawapan itu nanti? Mungkinkah akan keluar lagi jawapan 'BODOH' seperti yang pernah diberikan sebelum ini?
Saya pernah mengulas sebelum ini tentang kenyataan akhbar Si Kucing UMNO tentang penahanan orang awam mengikut ISA tetapi malangnya tindakan itu telah diambil juga tanpa memikirkan implikasinya kepada negara. Apabila keluar kenyataan tahanan kedua ISA ini dibebaskan maka terserlahlah apa yang saya sifatkan sebagai "kebodohan paling memalukan" dekad ini iaitu Polis mengambil tindakan hanya berpandukan kepada fitnah beberapa tokoh politik 'bola kempis' seperti Khir Toyo dan beberapa "blog pro-kera" (singkatan kera merujuk kerajaan) yang dengan lantangnya meniup sentimen perkauman kepada orang Melayu khususnya dengan berselindung di sebalik nama suci ISLAM kononnya hak Melayu Islam makin terhakis dan tercemar dengan tindakan 'agresif' beberapa orang tokoh politik pembangkang khususnya dari DAP. natijahnya, akhbar Utusan Malaysia a.k.a Utusan Meloya dan Khir Toyo yang saya kenali sebagai seorang 'model BOTOX' yang telah bergabung untuk menyerang melalui kenyataan akhbar yang menyatakan ada usaha untuk menghalang laungan azan di masjid-masjid negeri Selangor.(kemudiannya kenyataan ini telah 'diubah' tanpa rasa bersalah, sekadar ada usaha untuk memperlahankan alat pembesar suara untuk aktiviti kuliah subuh, ceramah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di waktu pagi). Apakah UMNO sudah 'muflis' isu untuk menyerang Pakatan Rakyat? mengapa perlu dicipta isu yang pada akhirnya membunuh UMNO kembali? Permainan isu sebegini menunjukkan seolah-olah politiking kuno UMNO tak pernah berubah sedangkan dalam masa yang sama minda rakyat 'totally' sudah berubah menentang sebarang penyebaran berita fitnah dan palsu terutama daripada golongan FASIQ dan MUNAFIK Politik. Kepada pengusaha 'blog pro-kera' hentikanlah cerita dan isu karut-marut serta fitnah tentang hal berkaitan sentimen perkauman dan agama. "Be advance, true, fast and free ".
Sebenarnya hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut politik semasa Malaysia yang telah membelenggu rakyat pasca PRU 12 iaitu semua pimpinan tertinggi UMNO meletak jawatan sebagai penanggungjawaban terhadap keputusan rakyat yang menolak BN/UMNO. Tidak semata-mata PM semasa sahaja yang meletak jawatan kerana ia masih tidak menyelesaikan masalah politik yang terlalu berserabut akibat kerosakan yang dibuat oleh mereka yang berkenaan. Keputusan Pak Lah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Pak Najib's terus menimbulkan persoalan apa yang hendak dilakukan oleh "Bakal Mantan PM Malaysia" ini kerana mampukah Pak Najib's mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara dalam masa setahun. Pak Lah mengeluarkan 'statement' menyatakan besar kemungkinan peralihan kuasa akan dilaksanakan lebih awal sekiranya Pak Najib's menunjukkan prestasi cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai Menteri Kewangan Satu Malaysia. Mampukah Pak Najib's melaksanakan 'special task' hidup dan mati ini? Sempatkah "Wanita Kedua Malaysia Semasa" duduk di kerusi empuk Wanita Pertama Malaysia?
Secara tuntasnya, tumpukan usaha untuk membangunkan negara seperti yang diamanahkan sebahagian rakyat sekiranya kerajaan semasa berpendapat apa yang diwar-warkan oleh Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI) untuk membentuk kerajaan satu sandiwara cinta semusim dan retorik politik Pakatan Rakyat (PR). Buktikanlah hal yang berlaku ini adalah mengarut dan tak usahlah diikut rentak DSAI untuk 'mengkucar-kacirkan' negara. Lainlah kalau apa yang dibawa oleh DSAI adalah sesuatu yang benar-benar akan berlaku bagai bom jangka menunggu masa untuk meledak menghancurkan keegoan UMNO yang seolah-olah tak mahu menerima hakikat bahawa UMNO sedang meniti hari-hari terakhir dalam sejarah politik Malaysia. Kepada blog pro-kera yang setia menyokong kebodohan pemimpin sedia ada sedangkan kuasa sebenar untuk memilih pemimpin yang bakal membawa kebangkitan semula UMNO di persada politik negara ada di tangan akar umbi, sudah tiba masa bagi anda untuk melaksanakan perubahan secara agresif untuk mengenepikan apa yang telah menghancurkan UMNO.Usahlah lagi ditulis berita atau ulasan 'ampu-bodek' untuk terus melenakan pemimpin rakus dan 'rakai' agar lestari dengan posisi sedia ada tanpa sebarang perubahan. UMNO bakal pupus atas kesilapan dan kelemahan sendiri bukannya kerana kekuatan dan kehebatan Barisan PR. "Kita Merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang..."
Mohon bicara...

September 18, 2008

Sajak Tentang Retorik...

RETORIK...

Usah kau hidup dalam RETORIK...
Usah kau bangga dengan RETORIK...
Bahasamu RETORIK, gayamu RETORIK...
mimik simpatimu sekadar RETORIK! RETORIK! RETORIK!

Kala kau bermanis bicara,
Tampak terluah watak RETORIKmu...
Kala kau berpaling muka,
Nampak terserlah sifat RETORIKmu...

Dan...
Bila engkau memaparkan sendu tangis,
Memang nyata RETORIKnya tangismu,
Bila engkau memadahkan kata puitis,
Memang benar RETORIKnya madah puitismu...

Sayang...,sayang...,sayang...,
Andai RETORIK itu terus menjadi cara hidupmu,
Benci..., benci..., benci...,
Andai darahmu sama RETORIKnya
dengan KAMU!!!

mohon bermadah,

Terima kasih.

September 17, 2008

Antara Singa, Harimau, Kucing dan Tikus UMNO...

Salam Bloggers!


Kali ini saya akan membicarakan tentang siapa yang diberi dan memberi gelar kepada diri masing-masing kerana perjuangan masing-masing khususnya dalam Parti UMNO yang menjelang usia kewafatannya tahun hadapan.(moga ia tidak menjadi kenyataan)


1. Singa UMNO - Syed Jaafar Albar

2. Harimau UMNO - Shahidan Kassim

3. Kucing UMNO - Syed Hamid Albar

4. Tikus UMNO - Hishamuddin Hussein



Saya tak mahu mengulas tentang tokoh yang digelar Singa UMNO kerana beliau tiada lagi di dunia ini dan tak manis saya menyentuh hal berkaitan orang yang telah tiada tetapi secara ringkasnya gelaran yang diberikan kepadanya dilihat bersesuaian dengan apa yang telah diperjuangkan selama dia masih hidup.Moga UMNO kembali kepada landasan perjuangannya jika mahu terus diikuti oleh orang Melayu Islam selepas ini.

Tokoh kedua iaitu Dato' Seri Shahidan Kassim(DSSK) mantan Menteri Besar Perlis yang paling lama memegang kuasa dan akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya akibat 'rampasan kuasa dalaman' selepas PRU 12 yang lalu. Dengan jawatan semasa dalam UMNO negeri yang tinggal iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, 'taring' Harimau UMNO ini dilihat makin tumpul hari demi hari akibat permainan politik songsang pelbagai pihak bermula dari Presiden UMNO merangkap PM Pak Lah hinggalah penyokong setia dan tak setianya yang bertaburan selepas beliau disahkan tidak lagi menjadi MB di Perlis. Walaubagaimanapun, beliau masih mengekalkan jawatan Ketua Bahagian UMNO Arau untuk sesi baru selepas lawan-lawannya gagal menerima pencalonan yang melepasi kouta dalam persidangan cawangan UMNO Bahagian Arau yang telah selesai baru-baru ini. Saya secara peribadi langsung tidak menyenangi apa yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang sanggup melanggar Perlembagaan UMNO untuk menjatuhkan beliau secara tidak bermaruah dengan menggunakan institusi beraja dan pengaruh individu tertentu yang pernah memijak bendera UMNO bahkan pernah bersumpah satu ketika untuk tidak menyertai UMNO. Apa yang dikesalkan dalam usaha untuk menawan hati pimpinan tertinggi UMNO, beliau dilihat sanggup dipermainkan dengan janji-janji yang tak pernah ditunaikan mengakibatkan penyokong setianya mula meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan orang 'atasan' dan 'balaci' di kiri dan kanan yang sanggup menghina 'boss' mereka itu. menurut sumber rapat DSSK yang boleh dipercayai menyatakan hanya 'Harimau UMNO' ini sahaja yang masih setia dan menyokong si lembik Pak Lah dalam apa jua tindakan dan keputusan. Setakat hari ini masih ada pengikut setia sama ada yang bersandiwara atau yang benar-benar mengikut masih mencium tangan bila bersalaman dengan beliau tetapi ramai yang sudah menjauh walaupun ada dalam kalangan mereka banyak diberi projek dan tender semasa beliau menjadi MB Perlis dahulu. DSSK seolah-olah tidak serik dengan apa yang pernah berlaku kepada pimpinan 'senior' yang juga telah mengalami pengalaman serupa ketika tidak lagi memegang kuasa penting. Kepada mereka yang suka 'tikam belakang', sikap anda amatlah dikesali kerana ia menunjukkan anda tidak ikhlas menyokong seseorang. Biarlah Allah yang menghukum 'kebaikan' anda. Hakikatnya, dibimbangi taring Harimau UMNO yang makin tumpul ini akan patah dalam masa terdekat akibat kesetiaan 'mengkhinzir buta' kepada pimpinan tertinggi yang terbukti menipu dan berbohong kepadanya. Adakah bila DSSK tersedar dia hanya dipergunakan maka pada ketika tersebut ia sudah terlewat baginya? Pada ketika DSSK akan menjadi seperti 'Bola Kempis" dalam politik Malaysia dan tentunya gigi harimaunya tinggal dua....

Personaliti seterusnya ialah anak kepada Singa UMNO yang digelarkan Kucing UMNO iaitu Dato' Seri Syed Hamid Albar(Menteri Dalam Negeri) yang cukup terkenal dalam masa sebulan ini kerana terlibat dalam pelbagai isu politik semasa. Tidak dapat dinafikan, beliau menaiki tangga politik atas ihsan dan nama arwah bapanya. Kalau tidak nescaya tidak akan ada keturunan Al-Bar lagi dalam politik negara. Dahulu ketika Mantan PM Tun Dr.Mahathir Mohamad(TDM), Syed Hamid dikenali sebagai pengikut setia TDM dan kerana itu beliau sering diamanahkan jawatan menteri kanan sebagi menghargai jasa dan ketaatan beliau. Akan tetapi selepas tampuk pemerintahan negara berubah, maka "pasir pantai yang dihempas ombak" pun turut berubah. Bermula dengan sokongan beliau kepada pembatalan projek Jambatan Indah Johor-Singapura yang menjadi "turning-point" pertelagahan antara dua nama besar UMNO semasa, beliau telah dilihat sebagai pemimpin yang mudah berubah prinsip walaupun dia sendiri antara individu penting dalam perlaksanaan projek tersebut. Ini amat mengecewakan TDM kerana Syed Hamid bukan lagi seperti dulu. Itu antara rentetan isu yang melonjakkan nama Syed Hamid Albar. Terkini, beliau terlibat secara langsung dengan isu penahanan tiga orang personaliti mengikut akta zalim ISA. apa yang mendukacitakan, ialah rasional penahanan salah seorang tahanan iaitu wartawan Tan Hoon Cheng ialah kerana melindungi diri wartawan tersebut dari ancaman 'orang-orang' tertentu yang marah dengan laporan akhbar yang dibuat wartawan tersebut sehingga menyebabkan seorang ketua bahagian UMNO digantung keahlian selama tiga tahun. Apakah tempoh 18 jam penahanan wartawan tersebut mencukupi untuk melindungi beliau dari sebarang ancaman? Sejak bila ISA digunakan untuk melindungi seseorang yang terancam? Kedangkalan jawapan beliau kepada wartawan yag hadir dalam sidang media selepas ISA digunakan menunjukkan Syed Hamid Albar sebagai gagal dalam tugasan kerana menjawab seperti kucing yang kelaparan sehingga sanggup memberi jawapan yang boleh diragukan dan mencemar imej menteri bertanggungjawab. Jawapan 'bodoh' beliau tentang tiada tindakan undang-undang terhadap pencetus isu berbaur perkauman oleh kerana Lembaga Tatatertib dan Disiplin UMNO telah menjatuhkan hukumannya seolah-olah telah membelakangi prinsip 'Kedaulatan Undang-Undang' kerana pihak berkuasa dilihat tidak mampu mencampuri urusan parti sekiranya parti telah mengambil tindakan walaupun ada kewajaran untuk diambil tindakan terhadap si pelaku. Kesannya, ramai dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri tidak puas hati dan meminta penjelasan terbaik atas isu berkenaan dari beliau. Tidak menghairankan kerana sudah menjadi resmi kucing, sanggup mencium kaki tuan yang busuk demi mendapatkan perhatian dan tidak terlepas 'soru'. (Susah juga bila berlaku situasi di mana orang bukan 'original' Melayu bercakap tentang Melayu...Bahkan dari sudut sejarah keluarga Syed Hamid Albar berasal dari tanah besar Indonesia sebelum pergi ke salasilah yang lebih jauh iaitu Hadramaut Arab)

Tokoh Kontroversial UMNO yang seterusnya ialah, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang sesuai digelarkan sebagai 'Tikus UMNO'. Seorang lagi menteri UMNO/BN yang bukan original Melayu kerana susur galur keturunannya berasal dari Turki ('Lantang' kononnya bercakap tentang Melayu). Beliau kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO yang paling lembik sekali jika dibanding nama-nama besar KP Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini.Sama seperti Kucing UMNO iaitu memanjat tangga politik dengan berbantukan nama besar bapanya dalam politik Malaysia iaitu Allahyarham Tun Hussein Onn dan datuknya Datuk Onn Jaafar. Keturunan bangsawan yang tak pernah merasa kesusahan hidup kerana umum sedia maklum akan peranan besar yang dipegang oleh datuknya dalam negeri Johor kemudian diteruskan di peringkat nasional, legasi itu kemudian diteruskan oleh bapanya sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia ketiga.(Apakah UMNO masih mahu meneruskan legasi keluarga seperti ini bagi memacu kecemerlangan politik bangsa Melayu?) Sebenarnya, Malaysia malang kerana mempunyai seorang menteri yang memegang portfolio pendidikan/pelajaran jika dilihat kepada gambar beliau memegang erat tin minuman 'biasa' ditangannya.(Gambar ini mengikut rekod tidak pernah dibuat sebarang penafian oleh Tikus UMNO ini akan kepalsuannya) Mengapa gelaran Tikus UMNO ini cukup 'ngam' dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini? jawapannya yang paling tepat ialah isu menghunus keris ketika persidangan Pergerakan UMNO Malaysia tahun 2007 apabila beliau dengan bangganya melaksanakan apa yang disifatkan sebagai 'ritual' adat Melayu Lama iaitu menghunus keris lalu menciumnya. Perbuatan ini kemudiannya mengundang padah apabila ramai dalam kalangan parti komponen terutama parti yang berteraskan kaum cina telah membantah 'ritual' tersebut kerana ia berbaur perkauman, walaupun dinafi dan dipertahankan tindakan tersebut pada mulanya, tetapi akhirnya Hishamuddin akur dengan tuntutan meminta maaf atas perbuatan yang tak seberapa itu. Hajat beliau untuk menjadi segagah Singa UMNO silam bertukar menjadi Tikus UMNO apabila ritual ini disabitkan antara faktor menyebabkan kekalahan teruk BN dalam PRU 12 yang lalu. Saya teringat satu catatan sinis Mufti Perlis yang ditujukan kepada beliau dalam kolum wajibnya di Mingguan Malaysia dengan memaparkan ia seperti kisah dongeng seorang panglima dari negara entah berentah yang menghunus ke langit kemudian apabila menyedari ada pihak yang tidak senang dengan tindakan itu lalu dia pun memohon maaf. Di sini kita boleh lihat bahawa apabila kita tidak istiqamah dalam mengerjakan sesuatu maka kita terlalu senang diperlekehkan oleh kawan dan lawan. Konklusinya, jadilah ia seperti "tikus yang ketakutan kerana disergah oleh kucing yang tak kelihatan".
Kesimpulannya, jika mahu diri dikenang sebagai pejuang dalam erti kata sebenarnya maka hindarilah unsur-unsur yang mampu menjatuhkan kredibiliti dan prinsip perjuangan itu sendiri. Sekali bergelumang dalam kekotoran politik maka bersedialah untuk turut kotor sama jika idea politik kotor itu dibawa bersama dalam memperjuangkan nilai murni politik kerana yang halal dan batil tidak boleh dicampur sekali. Ingat politik sebenarnya suci tetapi tangan yang merosakkan ini yang menyebabkan ia sering dipandang kotor. UMNO mesti kembali kepada perjuangan sebenar jika tidak ia akan hancur bersama ketegaran retorik politik serta legasi kepimpinan yang hanyir.
Terima kasih,
Mohon menegur,

September 15, 2008

ISA...Ada juga yang nak membodek?

Salam Bloggers!

Hari ini saya membaca rencana berkaitan ISA yang ditulis oleh Manja Ismail (Datuk) di bawah tajuk "Tindakan ISA perlu demi kesejahteraan negara". Benarkah Malaysia ini sudah tidak aman? Apakah mesej kemerdekaan dengan tema "Perpaduan Teras Kejayaan" tidak berjaya sejahterakan rakyat? Apakah benar hanya ISA sahaja yang mampu sejahterakan rakyat? Di mana kekuatan Islam yang kononnya dipertahankan? Apakah Islam tidak mampu sejahterakan rakyat sehingga perlukan ISA untuk membantu sejahterakan rakyat marhain? Apa yang dapat saya simpulkan ialah semuanya masih skrip yang sama, tak berubah-ubah dan seolah-olah setiap kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang menyokong seperti dipandu atau di'remote' oleh sesuatu atau seseorang apabila ingin menegakkan tindakan kerajaan tiada salahnya apabila mengenakan ISA kepada mereka yang berkenaan. Ulasan yang yang saya labelkan sebagai "AMPU-BODEK" yang tak habis-habis dari media perdana yang lebih takutkan manusia dari Allah.
p/s: sila klik kenyataan Mufti Perlis berkaitan hal ISA( http://drmaza.com/home/?p=426 )

Nada prejudis beliau kepada penulis blog yang disifatkan beliau sebagai "peserta yang bersembunyi di sebalik nama samaran" seperti memberi petanda bahawa apa yang dibawa oleh "media baru" (meminjam istilah yang digunakan dalam program "Fenomena Seni") menjadi sesuatu yang digeruni akan gelombang kebenarannya. Manja Ismail juga menekankan bahawa dulu fitnah berkembang menerusi surat layang dan sebagainya dan seolah-olah menuduh semua bloggers secara keseluruhan sebagai pembawa berita fitnah dan tidak benar. Adakah apa yang disiarkan akhbar Berita Harian dan media massa perdana milik orang tertentu yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan semasa memerintah semuanya benar dan bebas?! Hanya orang yang benar-benar "BUTA" hidayah dan sejarah sahaja akan mengiyakan setiap yang dikhabarkan kepada umum oleh akhbar ini dan akhbar yang sama waktu dengannya benar dan bebas.

Wahai saudara Manja Ismail, bukan semua bloggers yang ada dalam media maya ini buta sejarah dan 'zero knowledge' tentang sesuatu isu. Adakah beliau terlalu fobia dengan angin masyarakat kini yang mula beralih arah dari bentuk berita yang 'stereo-type' kepada berita yang lebih "advance, true, fast and free" dalam konteks ketelusan sesuatu berita yang disampaikan. Lihat kepada ulasan 'bodoh' dan 'jahat' beliau mengenai penahanan tiga orang di bawah ISA. Beliau mengulas tentang perihal penahanan Teresa Kok bersabit petisyen sekumpulan penduduk yang sudah tersebar melalui internet dan boleh diragui kesahihannya malahan tiada bertandatangan serta tidak pula menyebut nama Teresa Kok atau mana-mana ahli politik pembangkang. Mungkin kefobiaan Ismail Manja menyebabkan beliau tidak mahu melayari laman web seperti http://www.pembelamelayu.com/ yang telahpun memohon maaf atas keterlanjuran memanipulasi isu berkenaan atau mungkin beliau juga sama seperti Menteri Dalam Negeri menggunakan kenyataan mantan MB Selangor yang kalah teruk dalam PRU 12 sebagi asas utama penyiasatan bagi mensabitkan ahli politik berkenaan dengan tuduhan menimbulkan isu yang sensitif ini. Ini kerana dalam keadaan apa sekalipun 'periuk nasi' mesti dijaga walaupun terpaksa menggadai hak dan maruah orang lain. Jijik dan kotor sekali jika benar telahan saya ini. Teresa Kok sendiri menafikan hal ini berlaku atas usaha-usaha beliau beberapa hari sebelum dia ditahan mengikut ISA.

Dalam kes RPK, nadanya prejudisnya sama sedangkan dia mengetahui rasional untuk disiasat terlebih dahulu kenyataan yang dibuat RPK melalui laporan Polis yang telah dibuat oleh agensi 'ISLAM" sedangkan agensi itu sendiri mengetahui keperluan seorang Islam dilayan secara adil dan dibicarakan secara sah. Ini yang susah dan tambah membingungkan apabila agensi yang kononnya teguh mempertahankan Islam sendiri tidak memegang prinsip keadilan yang dianjurkan ISLAM.(agensi ini hanya bersuara pada waktu-waktu tertentu sahaja...betapa malangnya)(rujuk Mufti sentuh peranan JAKIM http://drmaza.com/home/?p=426)
Dalam kes wartawan Sin Chew Daily pula, Ismail Manja menulis dengan jelas bahawa wartawan tersebut berita mengenai ucapan "BERBAUR PERKAUMAN" oleh Datuk Ahmad Ismail (DAI) Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dan tidak pula menafikan bahawa apa yang diucapkan oleh DAI itu adalah berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh wartawan tersebut bahkan beliau sifatkan ucapan DAI sebagai "LUAHAN TINDAK BALAS 'MAJORITI SENYAP' YANG MELIHAT PERKEMBANGAN ITU DENGAN PENUH KEBIMBANGAN". Apa yang dibimbangkan oleh DAI dan sekutunya (yang semakin menjauh sebenarnya apabila beliau sudah kehilangan jawatan dalam UMNO)? Adakah kerana Pulau Pinang negeri tercintanya sudah terlepas kepada DAP sedangkan fakta dan SEJARAH telah membuktikan UMNO telah menyerahkan Pulau Pinang kepada parti komponen Cina sejak tahun 70-an lagi. Kenyataan DAI sendiri menyebut beliau cukup mengenali mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tewas itu sejak 18 tahun yang lalu sebagai 'Pelakon Terbaik' dan 'Pembohong Besar".Saya tak tahulah kalau mantan KM PP itu seorang Melayu.

Hakikatnya memang dari dahulu lagi yang memerintah Pulau Pinang sebagai contoh adalah pemimpin Cina, mengapa perlu timbul apa yang disifatkan sebagai kebimbangan yang melampau oleh sesetengah pihak berkenaan dengan mandat rakyat yang telah diberikan kepada parti-parti tersebut. Apakah pembangkang di Pulau Pinang(BN) hendak menggunakan langkah 'undemocratic' untuk merampas kembali Pulau Pinang seperti yang pernah dilakukan sebelum ini di beberapa negeri dan ini fakta dan telahpun menjadi sejarah. NGO Islam Pulau Pinang yang diketuai oleh Dr.Danial Zainal Abidin sendiri telah menerima penjelasan yang diberikan oleh KM Lim Guan Eng jadi kenapa UMNO perlu mensensasikan isu ini untuk kepentingan peribadi. Apakah UMNO sudah kemiskinan isu yang boleh menarik simpati orang Melayu yang mula membenci permainan politik pemimpin UMNO yang mereka sayangi ini?

Manja Ismail langsung tidak menyebut keperluan menggunakan akta-akta lain yang sedia wujud untuk menangani kes berkaitan seperti Akta Hasutan 1948, Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Disemak 1978) atau lain-lain akta yang berkenaan. Tak tahulah siapa yang "BUTA FAKTA & SEJARAH" sama ada penulis blog atau penulis rencana akhbar tempatan yang sebenarnya lebih banyak bergentayangan menabur dakyah serta fitnah kepada ummah. Beliau sepatutnya lebih telus dan berani bercakap benar serta mengikut suara hati bukannya nafsu diri.

Sebagai konklusinya, saya menyedari bahawa tindakan UMNO menghukum DAI dengan penggantungan selama tiga tahun keahlian sebenarnya telah menyelamatkan dirinya dan rakan sekutunya dari terkena tempias menggila ISA kerana perkara ini telah ditegaskan oleh Anak Singa UMNO yang mungkin layak dipanggil Kucing UMNO selepas ini kerana menyatakan DAI sudah dikenakan hukuman oleh parti kerana dia adalah ahli parti (UMNO). Kenyataan Kucing UMNO ini menggambarkan Lembaga Disiplin UMNO mempunyai kuasa melebihi Polis dan Badan Kehakiman Negara. Sepatutnya, POLIS dan Kucing UMNO ini melihat kepada blog pro kerajaan seperti http://anginperubahan.blogspot.com/ dan lain-lain yang banyak menimbulkan isu sensitif dan berbaur perkauman dengan bersikap "membaling tahi, sembunyi tangan busuk".

Mohon Berkasar...,

p/s: Adakah ini petanda seterusnya kepupusan UMNO???

September 13, 2008

ISA...Kebodohan Siapa Yang Terserlah....

Salam Bloggers!

Saya terpanggil untuk membuat ulasan segera atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar ketika mengulas penangkapan 3 orang mengikut Akta Keselamatan Negeri (ISA).

Beliau menyatakan bahawa wartawan Cina yang ditahan kerana apa yang dikatakan sebagai aduan dirinya terancam akibat laporan akhbar yang menyentuh sentimen perkauman. Pelik juga apabila Polis menggunakan akta ini untuk melindungi 'saksi' sedangkan Polis boleh menggunakan Akta Perlindungan Saksi jika hendak melindungi seorang awam. Kenapa tidak disiasat 'orang' yang dikatakan memberi ancaman mengikut kebiasaan undang-undang?
Beliau(Hamid Albar) ketika menjawab soalan seorang wartawan tentang apa bentuk tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail (DAI), beliau dengan selambanya menyatakan tindakan 'parti' telah diambil terhadap DAI iaitu digantung 3 tahun keahlian UMNOnya. Pelik tapi sekali lagi benar kerana ini menunjukkan bahawa hukuman yang UMNO telah kenakan menyebabkan DAI selamat dari sebarang tindakan undang-undang Polis sedangkan apa yang diperkatakannya jelas menghasut dan berbaur perkauman sebagaimana saya telah jelaskan dalam 'post' saya sebelum ini. Ini menunjukkan tindakan Polis tidak boleh diambil kerana UMNO sebuah parti telahpun mengambil tindakan awal terhadap orang yang bersalah dan Polis dilihat tidak boleh menggunakan kuasa yang ada terhadap DAI. Perlu diingat, Malaysia ialah sebuah negara yang berpelembagaan dan undang-undangnya dirangka untuk kemaslahatan umum bukannya seperti apa yang telah berlaku.

Persoalannya, kalau UMNO boleh mengambil tindakan ke atas ahlinya yang melakukan kesilapan mengapa tidak diberikan hak yang sama kepada DAP dan PKR iaitu parti yang menaungi dua orang lagi tahanan ISA yang masih belum dibebaskan. Biarlah parti tersebut mengambil tindakan disiplin jka terdapat kesalahan dalam tindakan atau perbuatan mereka seperti yang dibuat PKR ke atas Ahl Parlimen Kulim Bandar Baharu dalam satu kes baru-baru ini. Inilah yang dikatakan selalu oleh pihak pembangkang atas ketidakadilan kerajaan dalam menangani sesuatu keadaan yang dikatakan mengancam keselamatan dalam negeri. soalnya mengapa perlu digunakan akta yang tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam di Malaysia. Malaysia sebagaimana yang kita maklum mempunyai pelbagai undang-undang dan akta yang khusus untuk menangani pelbagai kes jenayah dan keselamatan selain ISA.

Bertindak secara rasional bukannya emosional kerana tindakan yang melulu itu akan mebangkitkan rasa tidak puas hati rakyat yang pada akhirnya akan menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik yang akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia yang semakin goyah dek permainan poitik dua tiga orang yang hendak menjaga periuk nasi masing-masing.

Sekian, terima kasih.

ISA...Wajar ke Tak?!!!

Salam Bloggers!


Entah untuk kali ke berapakah akta ini digunakan untuk menutup mulut rakyat?

Entah apakah strategi Pak Menteri yang berkenaan memutuskan penggunaan akta ini kali ini?

Entah apakah yang akan terjadi dalam seminggu dua ini, melihatkan kepada situasi semasa seolah-olah memberi petanda bahawa sesuatu yang besar akan berlaku? Kalau tak masakan akta ini di'refresh'kan untuk kali yang seterusnya...

Dalam kes RPK, saya agak bersetuju beliau dikenakan tindakan tetapi bukanlah di bawah akta ini kerana beliau tidak dipanggil untuk memberi penjelasan tentang artikel yang dikatakan menyinggung sensitiviti ummah itu selepas laporan Polis dibuat oleh 'agensi' Islam?.(Sedangkan Konsert Avril menjelang Ramadhan disepakati oleh para 'umara dalam kabinet Pak Lah sebagai sah dan halal tidak pula dikatakan menyinggung perasaan ulama' ular mak' UMNO tersohor negara termasuk JAKUM)

Dalam kes penahanan wartawan akhbar Cina (Tan Hoon Cheng) yang dikatakan menjadi punca ketegangan seminggu ini, saya tak bersetuju kalau beliau dikenakan tindakan kerana melaporkan perkara yang benar walaupun dinafikan oleh tuan kepala yang telah digantung tiga tahun itu kerana beliau dikatakan mempunyai bukti dan Pak Lah sendiri dalam satu kenyataannya menyatakan perlunya media melaporkan hal yang sebenarnya kepada umum untuk menjaga reputasi dan kredibiliti berita yang hendak dilaporkan itu.

Dalam kes Teresa Kok pula, entah mekanisme mana yang digunapakai untuk menghalalkan tindakan Polis menggunakan peruntukan dalam seksyen 73(1), adakah PDRM menerima laporan akhbar yang memetik kenyataan Khir Toyo (MB Jawa yang kalah pilhanraya lalu...memalukan orang-orang Jawa sahaja) berkenaan isu azan di Selangor?
Adakah Ahmad Said sahabat karib Pak Lah dan Pak Sheikh juga salah seorang yang di'target' untuk disumbatkan bagi memakmurkan Kem Tahanan di Kemunting menjelang Aidil Fitri nanti kerana akta ini membenarkan seseorang itu ditahan selama 60 hari tanpa bicara...???(sedangkan beliau yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman walauapapun alasan yang dikemukakan, kenyataannya tetap satu yang berunsurkan hasutan dan perkauman)

Kenapa "Mat Koyak Gambar"(Zainol Abidin Hashim)yang cuba men'glamour'kan diri dengan melakukan aksi mengoyak gambar Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang iaitu sahabat baik Ahmad Said selama 18 tahun sebelum ini tidak diambil apa-apa tindakan kerana mungkin gambar aksi atau video yang dirakam menggunakan teknik 'super impose' sedangkan itu antara 'turning point' kepada apa yang digawatkan ketika ini...???

Kalau Kerajaan BN masih mengamalkan apa yang dikatakan sebagai 'double standard' dalam menghukum rakyat maka sampai bila-bila pun negara ini akan kekal dilabelkan sebagai negara Islam Hadhari yang mengamalkan undang-undang rimba sebagaimana yang diwar-warkan oleh pemimpin pembangkang.

Saya masih teringatkan Manifesto BN dalam PRU 12 lalu iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'. Kalau ini diambil kira, saya tak tahu apa yang hendak diSELAMATkan BN/UMNO, apa yang hendak diAMANkan BN/UMNO dan apa ayng hendak diMAKMURkan BN/UMNO.

Saya mencabar sesiapa juga yang mengaku dirinya rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat mulia untuk mempertahankan tindakan 'zalim' ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku lagi dalam usaha BN/UMNO hendak memandu negara ke arah yang lebih cemerlang dan saya tak terkejut kalau apa yang diangankan oleh Pakatan Rakyat pada 16 September ini akan menjadi kenyataan akibat apa yang berlaku hari ini. Kepada kerajaan, saya menyeru agar mempertimbangkan semula setiap tindakan agar tidak disalahtafsirkan akan kepentingan sesuatu tindakan yang diambil. Usahlah ditakutkan rakyat yang sedia matang dalam era globalisasi ini. Usah menyesal kalau nasi yang ditanak akan menjadi bubur dek kesilapan yang sepatutnya tidak menjadi sebesar ini. Kita sebenarnya hidup dalam harmoni sentiasa tetapi api perkauman yang menyala dewasa ini adalah kesan dari perpecahan yang berlaku dalam UMNO sendiri.Janganlah pihak lain yang dikambinghitamkan. Sesungguhnya sikap ASSOBIYYAH akan menyebabkan kita hidup dalam kehancuran yang nyata...










Apakah ini petanda bahawa UMNO sedang tenat menghadapi hari-hari terakhir pemerintahannya selama 51 tahun? Kalau ya pun UMNO sudah hendak mati, usahlah dicalarkan imej parti yang terulung di Malaysia ini untuk kali yang seterusnya...


Maaf kalau terkasar...

September 09, 2008

Antara Zahidi dan Azmi...

Zahidi-Azmi Khalid bertembung di Padang Besar
Abdul Rahim Sabri Sep 9, 08 3:39pm
Penyandang Ketua Bahagian Umno Padang Besar akan ditentang oleh ahli parlimen bahagian itu dalam pemilihan jawatan itu Oktober ini.Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, akan berdepan dengan Datuk Seri Azmi Khalid.
Zahidi mendapat 67 pencalonan manakala Azmi pula mendapat 51 pencalonan setakat ini.Menurut setiausaha kerja bahagian, Che Din Che Ishak, hanya dua daripada 120 cawangan yang belum bermesyuarat.Kedua-dua calon, katanya, layak bertanding jawatan tersebut, setelah mendapat pencalonan minimum dari 24 cawangan.Jun lalu, Zahidi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beseri turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia.Beliau dilaporkan yakin akan mendapat sokongan perwakilan Pemuda dari seluruh negara.


Laporan yang saya petik dari Laman sawang MalaysiaKini menyatakan pertembungan antara penyandang jawatan iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin (DZZA) dan mantan Ketua Bahagian UMNO Padang Besar iaitu Dato' Seri Azmi bin Khalid (DSAK)Ahli Parlimen P.1 Padang Besar yang telah digugurkan dari senarai kabinet Pak Lah 2008 walaupun pada awal pencalonan semula beliau sebagai MP, beliau dengan yakin dan bohongnya menyatakan PM mahukan dia terus berkhidmat.


Apabila ditanya oleh seorang rakan kepada DSAK selepas menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan ini, DSAK menyatakan ahli akar umbi mahukan perubahan kepimpinan di peringkat bahagian dan umum katanya lagi memerlukan seorang pemimpin yang bersifat global untuk memimpin dan bukannya pemimpin yang tiada jawatan wakil rakyat seperti DZZA. Menurut sumber itu lagi ia juga bertujuan membalas dendam atas apa yang disifatkan beliau sebagai 'rampasan kuasa' ketika berlangsung pemilihan UMNO 2004. Sedangkan DSAK yang menarik diri dari pertandingan tersebut apabila menyedari beliau bukan lawan arus kebangkitan DZZA ketika itu.


Antara DZZA dan DSAK, kalau ditanya pilihan terbaikmaka saya dengan tegasnya menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada DZZA yang saya lihat mampu membawa perjuangan UMNO ke arah yang lebih mapan selepas ini berbanding DSAK yang sentiasa dulunya dibayangi oleh Datin Serinya yang glamouris tetapi sejak DSAK tidak memegang jawatan menteri dalam kabinet Pak Lah maka kelibat 'anggun' apa yang dikatakan sebagai 'Wanita Melayu Terakhir' sudah tidak kelihatan lagi. Mengikut sumber rapat, Datin Seri Normala Samsudin (DSNS) sudah jarang bersama dalam majlis yang dihadiri oleh DSAK atas alasan yang tidak diketahui. Apakah DSNS sudah malu dengan kawan-kawannya isteri menteri yang masih mengekalkan kerusi kabinet masing-masing. Maklumlah, kalau setakat isteri Ahli Parlimen Malaysia rasanya ada lebih kurang 150 orang di seluruh Malaysia. Mana 'standard' kalau hendak duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seperti dulu. Hakikatnya, memenag kelibat DSNS tidak lagi dapat dilihat semenjak dari pembentukan kerajaan BN selepas pasca PRU 12. Mungkin ini percubaan terdesak dari DSAK untuk merebut kembali kerusi yang pernah didudukinya sebelum 2004 supaya imejnya yang selama ini hanya ahli biasa UMNO di sebuah cawangan di Titi Tinggi kembali naik dan dapat kembali apa yang pernah dimiliki.


DZZA sendiri selaku mantan ADUN Beseri sebenarnya banyak menyumbang kepada apa yang dikatakan sebagai pembangunan fizikal dan kerohanian kawasan yang diwakilinya dahulu. Ada banyak sumbangan peribadi beliau kepada kampung terlibat meletakkan DZZA sebagai antara YB Beseri terbaik yang pernah ada dalam DUN N.2 Beseri ini. Pastinya DZZA tidak dibayangi oleh kelibat isterinya seperti yang berlaku kepada DSAK. Kalau hendak dibandingkan memang tak dapat dilawan DSNS kerana isteri DZZA difahamkan hanya seorang guru di sebuah sekolah menengah dalam Padang Besar. Kelibat DZZA sendiri sentiasa dapat dilihat setiap minggu di kawasan yang selalu dilawatinya sama ada semasa mahupun selepas memegang jawatan ADUN manakala kelibat DSAK sememangnya sukar dan hanya bertumpu dalam kawasan tertentu sahaja dan hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh berjumpa secara langsung dengannya jika mempunyai sebarang masalah. Bagi golongan marhain biasanya akan melalui beberapa prosedur dan jarang sekali boleh bertemu langsung dengan DSAK.


Bagi DZZA, beliau akan sentiasa mengotakan apa yang diperkatakan dan akan mengambil tindakan segera bagimenyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tetapi berbeza dengan DSAK yang pernah memegang jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar tetapi 'totally' GAGAL untuk menyelesaikan masalah seperti banjir kilat di kawasan Pekan Padang Besar yang sudah berlarutan selama 4 tahun. Apa yang melucukan, beliau selaku Ahli Parlimen Padang Besar seperti yang diberitahu oleh salah seorang ketua cawangan yang pro kepadanya dalam ucapan aluan mesyuarat cawangan menyatakan bahawa DSAK telahpun menulis surat kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baru untuk menyelesaikan segera masalah banjir kilat dalam kawasan Pekan Padang Besar. Untuk perkara ini, saya labelkan DSAK dan ketua cawangan tersebut sebagai 'tak ketahuan' tetapi dalam keadaan begitu sekalipun masih ada yang dalam kalangan rakyat yang dungu masih menganggap DSAK sebagai YB yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Beliau pernah menafikan pada satu ketika tentang hubungannya dengan isterinya sekarang dengan menyatakan khabar itu palsu semata-mata(khabar angin) kepada ahli sebuah cawangan UMNO yang mengadakan majlis dialog dengan DSAK sebelum PRU 11 2004. Inilah yang dikatakan politik seorang tua yang sentiasa disokong oleh orang-orang tua yang tak mahu berubah dan suka dengan keadaan yang tak seberapa dalam kawasan mereka asalkan DSAK kekal sebagai ketua mereka walaupun sudah banyak pembohongan telah dibuat oleh DSAK sejak dari mula mewakili kawsan Parlimen Padang Besar ini.


Saya amat yakin bahawa pewakilan UMNO ke Mesyuarat Bahagian Padang Besar yang dijangka akan bersidang selewat-lewatnya awal Oktober ini akan tahu untuk memilih mana yang kaca dan mana yang permata. Mereka tidak akan mudah untuk terus diperbodohkan oleh kelicikan manusia bernama Dato' Seri Azmi bin Khalid yang sehingga kini masih belum mempunyai kediaman yang tetap dalam kawasan yang diwakilinya walaupun disogok dengan imbuhan tertentu bagi mengalihkan sokongan mereka. Kepada Azmi, saya ingin berpesan, undurlah diri secara terhormat sebelum anda dimalukan secara tidak terhormat oleh kawan dan lawan anda dalam pemilihan kali ini. Bertindaklah sebelum terlambat. Keputusan di tangan anda. Rakyat masih ingat detik anda memotong pencalonan DZZA dalam PRU 12 yang lalu. Fikir untuk kesatuan UMNO bukan untuk kesatuan Dato' Seri...


(potong jangan tak potong...)


terima kasih!

September 08, 2008

Si Kedi Dari Rembau Cuba Jadi Jaguh? Hentikanlah Sandiwaramu...

Salam Bloggers!

Bertambah bosan apabila membaca berita di bawah.

Tidak gantung dua Exco bukti kerajaan Perak bermasalah
September 8, 2008 by Pendeta
KUALA KANGSAR 7 Sept. - Kerajaan campuran negeri Perak dilihat mempunyai masalah yang cukup besar apabila sehingga kini masih belum menggantung tugas dua Exconya yang berdepan dengan dakwaan rasuah di mahkamah.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, kelemahan kerajaan negeri itu amat ketara dengan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin sehingga kini tidak dapat menjelaskan mengapa tindakan penggantungan itu tidak dilaksanakan.
”Bagi saya, pakatan pembangkang di Perak sebenarnya sedang bermasalah.


(gambar di sebelah sekadar gambar hiasan)


Ini antara satu sebab mengapa saya paling tidak menyukai kelibat si budak hitam ini terutamanya dalam arena politik UMNO Malaysia, saya pun tak tahu kenapa Pemuda UMNO Rembau masih lagi berikan kerusi Ketua Pemuda UMNO Rembau kepada si budak hitam ini. Mengapa saya nampak seperti marah yang amat sangat kepada si budak hitam ini? Jawapannya cuma satu, setiap kali si budak hitam ini mencipta isu, maka di akhir cerita itu nanti, tentulah yang kena balik ialah UMNO dan dalam kes ini yang akan kena tempiasnya ialah UMNO Perak yang sudah kehilangan negeri dan sekarang ini dikhabarkan sedang 'gila talak' dengan janda lama. Pernah sekali ketika menonton aksi 'cerdiknya' di Parlimen, beliau menggunakan akronim PKR untuk Projek Khinzir Rakyat tanpa rasa bersalah tetapi apabila ditempelak oleh barisan pembangkang yang tak kurang hebatnya dengan balasan hujah mencelah oleh salah seorang MP iaitu dengan mencadangkan agar disebut 'PROJEK BABI NEGARA' atau 'PBN' kita lihat beliau sudah mula gelabah kerana apa yang cuba dipalitkan kepada lawan menjadi sebaliknya. Sama juga seperti ketika berlagak seperti seorang pegawai polis dalam Parlimen ketika meminta sampel DNA dari DSAI terus sahaja ia menjadi satu lagi modal lawan untuk mempersoalkan tindakan kerajaan keseluruhannya termasuk wujudnya konspirasi dan sebagainya. Ini belum lagi saya masukkan episod sekitar 'by-election P.44' yang rata-rata amat memalukan dia sebagai pemimpin yang 'bakal' menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.(angan-angan?)

Di sini, saya ingin berpesan kepada KJ, sudahlah jadi jaguh, orang bukan suka pun kepada saudara. Selagi saudara bergantung kepada Bapa Mertua Tersayang saudara maka selagi itulah saudara tak kemana-mana.(jangan tanya maksud tak kemana-mana seperti ditanyakan kepada Lim Kit Siang tentang "Go To Hell", susahlah saya hendak interpretasikan sebab saya bukan lulusan Oxford University seperti saudara).Selagi saudara berdiri dengan kuasa wang dan politik kotor maka selagi itulah UMNO khususnya Pemuda UMNO akan terus lesu dek penangan suap-menyuap ini. Mungkin hari ini, saudara belum isytiharkan pendirian, tetapi mungkin esok, lusa atau hujung bulan ini sebagai mengambil 'berkat' Syawal tahun ini. Apapun, lawatan sosial sama ada rasmi atau tidak yang dibuat saudara ke seluruh pelusuk tanahair ketika ini sebenarnya sudah sedia dibaca oleh umum jadi tak payahlah hendak berbunga lagi, keluarkan sahaja buah silat saudara itu.

Nasihat saya,


"Hentikanlah Sandiwaramu!!!"

Seminar Kupas Pemikiran Filem Mamat Khalid...Apa Rasionalnya?

Berita Harian Online meletakkan berita ini antara yang utama http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20080908084551/Article/index_html


BELIAU dikenali sebagai pengarah genre komedi. Di sebalik tawa kerana kelucuan menerusi filem arahannya, Mamat Khalid menyelit falsafah tersirat yang kadang-kadang sukar difahami oleh penonton. Sememangnya cerita yang dipersembahkan dalam filem-filem arahannya seperti merapu saja. Bahkan Mamat dianggap ‘pengarah kampung’ kerana dalam kebanyakan filem yang dihasilkannya, beliau gemar menggunakan latar belakang kampung. Kemenangannya sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 bulan lalu, menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang membuktikan beliau bukan ‘merapu’ sembarangan. Filem itu diiktiraf mempunyai pemikiran dan falsafah tersendiri. Menyedari hakikat itulah, Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (INKEM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan seminar bertajuk Menjejak Pemikiran Mamat Khalid di Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Klang pada 15 September, jam 4.30 petang. Ahli panel dalam seminar itu nanti ialah Juri FFM21, Profesor Madya Fauziah Kartini, pensyarah perfileman dari UiTM, Norman Yusof selain Mamat sendiri, manakala Dr Mahadi J Murat bertindak sebagai moderator. Selain filem Kala Malam Bulan Mengambang yang turut diangkat sebagai Filem Terbaik di FFM21, topik perbincangan dalam seminar ini nanti turut merangkumi beberapa filem lain yang pernah dihasilkan oleh Mamat seperti Zombi Kampung Pisang. Kedua-dua filem itu pernah diberi penghormatan untuk tayangan perdana bagi Udine Fart East Film Festival di Itali pada April 2008. Malahan filem Kala Malam Bulan Mengambang juga dipilih oleh penganjur ke Festival Filem Fantasi di Neutchatel; Festival Filem Fantastik Antarabangsa ke-11 di Puchon, Korea Selatan dan Festival Filem Berlin. Selain dua filem itu, Mamat Khalid mengarahkan filem Lang Buana, Rock, Man Laksa dan baru menyiapkan filem Estet. Beliau kini sedang dalam proses pembikinan untuk filem 3 Jalan yang menggabungkan dua pengarah lain iaitu Aziz M Osman dan Afdlin Shauki.


Apakah kehebatan Si Mamat Khalid (MK) ini sampai hendak diadakan satu seminar untuk mengupas pemikiran filemnya di bulan Ramadhan yang mulia ini? Mungkin inilah akibat apabila manusia tak dapat hendak membezakan antara kaca dan permata. Adakah MK ini seorang 'ulama muktabar yang mesti dikaji pemikirannya dalam terbitan 'kitab-kitabnya' itu? Mungkin bagi pengemar filem Melayu 'BODOH' seperti filem Mamat Khalid ini amat bangga untuk mengetahui lebih mendalam pemikiran 'hebat' pengarah yang dikatakan terkenal itu. Sesungguhnya saya bukan berdendam dengan Mamat Khalid atau sesiapa yang terlibat dalam menjayakan produksi filem ini tetapi adakah rasional menghabiskan wang rakyat melalui peruntukan FINAS hanya untuk mengkaji idea 'bernas' seorang pengarah yang terlalu 'biasa'. Saya yakin kepada sesiapa yang pernah terlibat dalam produksi akan mengetahui betapa biasanya mana-mana filem pun dan pada akhirnya bangsa Malaysia akan menjadi pencinta hasil seni yang tak seberapa.


p/s: Langsung tak faham apa nilai pemikiran MK kepada ummah...Teringat istilah yang dikeluarkan Arwah Pak Samad kepada wartawan yang menemubual beliau iaitu 'CARMA'...Ini Pengarah Cari Makan la...Kaji apa pemikirannya, buang duit rakyat sahaja....
thanks!