September 13, 2008

ISA...Kebodohan Siapa Yang Terserlah....

Salam Bloggers!

Saya terpanggil untuk membuat ulasan segera atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar ketika mengulas penangkapan 3 orang mengikut Akta Keselamatan Negeri (ISA).

Beliau menyatakan bahawa wartawan Cina yang ditahan kerana apa yang dikatakan sebagai aduan dirinya terancam akibat laporan akhbar yang menyentuh sentimen perkauman. Pelik juga apabila Polis menggunakan akta ini untuk melindungi 'saksi' sedangkan Polis boleh menggunakan Akta Perlindungan Saksi jika hendak melindungi seorang awam. Kenapa tidak disiasat 'orang' yang dikatakan memberi ancaman mengikut kebiasaan undang-undang?
Beliau(Hamid Albar) ketika menjawab soalan seorang wartawan tentang apa bentuk tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail (DAI), beliau dengan selambanya menyatakan tindakan 'parti' telah diambil terhadap DAI iaitu digantung 3 tahun keahlian UMNOnya. Pelik tapi sekali lagi benar kerana ini menunjukkan bahawa hukuman yang UMNO telah kenakan menyebabkan DAI selamat dari sebarang tindakan undang-undang Polis sedangkan apa yang diperkatakannya jelas menghasut dan berbaur perkauman sebagaimana saya telah jelaskan dalam 'post' saya sebelum ini. Ini menunjukkan tindakan Polis tidak boleh diambil kerana UMNO sebuah parti telahpun mengambil tindakan awal terhadap orang yang bersalah dan Polis dilihat tidak boleh menggunakan kuasa yang ada terhadap DAI. Perlu diingat, Malaysia ialah sebuah negara yang berpelembagaan dan undang-undangnya dirangka untuk kemaslahatan umum bukannya seperti apa yang telah berlaku.

Persoalannya, kalau UMNO boleh mengambil tindakan ke atas ahlinya yang melakukan kesilapan mengapa tidak diberikan hak yang sama kepada DAP dan PKR iaitu parti yang menaungi dua orang lagi tahanan ISA yang masih belum dibebaskan. Biarlah parti tersebut mengambil tindakan disiplin jka terdapat kesalahan dalam tindakan atau perbuatan mereka seperti yang dibuat PKR ke atas Ahl Parlimen Kulim Bandar Baharu dalam satu kes baru-baru ini. Inilah yang dikatakan selalu oleh pihak pembangkang atas ketidakadilan kerajaan dalam menangani sesuatu keadaan yang dikatakan mengancam keselamatan dalam negeri. soalnya mengapa perlu digunakan akta yang tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam di Malaysia. Malaysia sebagaimana yang kita maklum mempunyai pelbagai undang-undang dan akta yang khusus untuk menangani pelbagai kes jenayah dan keselamatan selain ISA.

Bertindak secara rasional bukannya emosional kerana tindakan yang melulu itu akan mebangkitkan rasa tidak puas hati rakyat yang pada akhirnya akan menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik yang akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia yang semakin goyah dek permainan poitik dua tiga orang yang hendak menjaga periuk nasi masing-masing.

Sekian, terima kasih.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah yang akan terus berlaku selagi Malaysia masih milik UMNO dan anak-beranaknye...

perfectwater75 berkata...

Salam Mummybosan!

Soalnya, sampai bila?
Malaysia kalau megikut tarikh 31 Ogos 1957 sudah 51 tahun merdeka tetapi....

Laxmana berkata...

Salam...

Sori, keluar tajuk sikit...

Saudara orang Sabah kah? Atau pernah bermukim di Sabah?

Hmm, berkenaan pertanyaan saudara tu, kita bleh letak link sesiapa sj dalam blog kita.

Pg dashboard ang cari layout, then add a gadget... tu je...

Thanx

Laxmana berkata...

Eh, tu dah ade link kitorang tu...

Actually, saudara maksudkan yang link macam mane?

Admin berkata...

Pandang ISA dari pelbagai sudut...
Sekali kita haramkan, jangan kita menyesal hingga ke anak cucu...

Salam Ziarah!

perfectwater75 berkata...

Salam!

Thanks Desperado....Adakah akta sedia ada tidak mencukupi bagi menahan seseorang jika didapati melakukan kesalahan. Adakah hanya ISA yang mampu digunakan. Sebagai contoh dalam kes Teresa Kok, bukankah Malaysia mempunyai Akta Hasutan yang membenarkan polis menahan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan seperti yang terkandung dalam Akta Hasutan? Persoalannya kenapa ISA pula menjadi keutamaan kerajaan?

thx!

Tanpa Nama berkata...

Salam!

ISA ni patut kena mansuh jer...menyusahkan orag tak habih2

gua blah dulu

Tanpa Nama berkata...

Hikmah Rukun Islam Tidak Diperolehi
Setelah kelima-lima rukun Islam seseorang itu melaksanakannya
Sebelum itu sembahyang, puasa, zakat telah dilakukan
Namun segala hikmah-hikmah rukun-rukun Islam itu tidak diperolehinya
Seperti pemurahnya tiada, takabur pakaiannya, tamak masih subur, kasih sayang luntur
Syariat-syariat lahir pula lemah mengamalkannya, sunat dicuaikannya
Gila nama, mencari glamour, mabuk pangkat masih diburunya
Orang-orang macam ini tiada harap dididik lagi
Kebanyakannya perangai-perangai keji akan dibawa sampai mati
Mereka kalau ditegur sakit hati, membesar diri
Pengajaran-pengajaran yang didengar sekadar hobi
Atau mabuk ilmu bukan untuk diamalkan
Atau ada tujuan-tujuan lainnya, mungkin mental exercise
Mereka-mereka ini sebenarnya menyibuk-nyibuk sahaja di musim haji
Sembahyangnya khusyuknya tiada, segala zikir di mulut tiada di hati
Amalan lahir saja dibina, amalan hati runtuh sama sekali
Segala amalan tiada membuahkan akhlak mulia
Malanglah mereka ini, rugilah mereka ini
Mereka-mereka itulah di Akhirat nanti menjadi muflis
Apa yang diperniagakan di dunia semuanya rugi
Hutang tiada terbayar, terhukumlah mereka di Akhirat nanti

Tanpa Nama berkata...

Hikmah Rukun Islam Tidak Diperolehi
Setelah kelima-lima rukun Islam seseorang itu melaksanakannya
Sebelum itu sembahyang, puasa, zakat telah dilakukan
Namun segala hikmah-hikmah rukun-rukun Islam itu tidak diperolehinya
Seperti pemurahnya tiada, takabur pakaiannya, tamak masih subur, kasih sayang luntur
Syariat-syariat lahir pula lemah mengamalkannya, sunat dicuaikannya
Gila nama, mencari glamour, mabuk pangkat masih diburunya
Orang-orang macam ini tiada harap dididik lagi
Kebanyakannya perangai-perangai keji akan dibawa sampai mati
Mereka kalau ditegur sakit hati, membesar diri
Pengajaran-pengajaran yang didengar sekadar hobi
Atau mabuk ilmu bukan untuk diamalkan
Atau ada tujuan-tujuan lainnya, mungkin mental exercise
Mereka-mereka ini sebenarnya menyibuk-nyibuk sahaja di musim haji
Sembahyangnya khusyuknya tiada, segala zikir di mulut tiada di hati
Amalan lahir saja dibina, amalan hati runtuh sama sekali
Segala amalan tiada membuahkan akhlak mulia
Malanglah mereka ini, rugilah mereka ini
Mereka-mereka itulah di Akhirat nanti menjadi muflis
Apa yang diperniagakan di dunia semuanya rugi
Hutang tiada terbayar, terhukumlah mereka di Akhirat nanti

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater.. kerajaan kena kekalkan ISA.. jangan mansuhkannya, lebih-lebih lagi malaysia ini dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.. faham-faham aje lah.. mana ada muhibbah kat malaysia ini.. semua nya berlakun aje..

BRO...

perfectwater75 berkata...

Salam!

Saya awal-awal lagi sudah meletakkan video yang berupa kuliah D.Asri Mufti Perlis dalam pos saya terdahulu yang membicarakan tentang soal kebangsaan. Sememangnya ia takkan selesai selama masih ada pecah dan perintah based on suku kaum tertentu tp kalau gunakan konsep pecah dan perintah ini atas nama ISLAM, saya yakin janji Allah Maha Benar..InnalLaha la tukhliful mi'aad....

anyway thx!