September 08, 2008

Seminar Kupas Pemikiran Filem Mamat Khalid...Apa Rasionalnya?

Berita Harian Online meletakkan berita ini antara yang utama http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20080908084551/Article/index_html


BELIAU dikenali sebagai pengarah genre komedi. Di sebalik tawa kerana kelucuan menerusi filem arahannya, Mamat Khalid menyelit falsafah tersirat yang kadang-kadang sukar difahami oleh penonton. Sememangnya cerita yang dipersembahkan dalam filem-filem arahannya seperti merapu saja. Bahkan Mamat dianggap ‘pengarah kampung’ kerana dalam kebanyakan filem yang dihasilkannya, beliau gemar menggunakan latar belakang kampung. Kemenangannya sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 bulan lalu, menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang membuktikan beliau bukan ‘merapu’ sembarangan. Filem itu diiktiraf mempunyai pemikiran dan falsafah tersendiri. Menyedari hakikat itulah, Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (INKEM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan seminar bertajuk Menjejak Pemikiran Mamat Khalid di Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Klang pada 15 September, jam 4.30 petang. Ahli panel dalam seminar itu nanti ialah Juri FFM21, Profesor Madya Fauziah Kartini, pensyarah perfileman dari UiTM, Norman Yusof selain Mamat sendiri, manakala Dr Mahadi J Murat bertindak sebagai moderator. Selain filem Kala Malam Bulan Mengambang yang turut diangkat sebagai Filem Terbaik di FFM21, topik perbincangan dalam seminar ini nanti turut merangkumi beberapa filem lain yang pernah dihasilkan oleh Mamat seperti Zombi Kampung Pisang. Kedua-dua filem itu pernah diberi penghormatan untuk tayangan perdana bagi Udine Fart East Film Festival di Itali pada April 2008. Malahan filem Kala Malam Bulan Mengambang juga dipilih oleh penganjur ke Festival Filem Fantasi di Neutchatel; Festival Filem Fantastik Antarabangsa ke-11 di Puchon, Korea Selatan dan Festival Filem Berlin. Selain dua filem itu, Mamat Khalid mengarahkan filem Lang Buana, Rock, Man Laksa dan baru menyiapkan filem Estet. Beliau kini sedang dalam proses pembikinan untuk filem 3 Jalan yang menggabungkan dua pengarah lain iaitu Aziz M Osman dan Afdlin Shauki.


Apakah kehebatan Si Mamat Khalid (MK) ini sampai hendak diadakan satu seminar untuk mengupas pemikiran filemnya di bulan Ramadhan yang mulia ini? Mungkin inilah akibat apabila manusia tak dapat hendak membezakan antara kaca dan permata. Adakah MK ini seorang 'ulama muktabar yang mesti dikaji pemikirannya dalam terbitan 'kitab-kitabnya' itu? Mungkin bagi pengemar filem Melayu 'BODOH' seperti filem Mamat Khalid ini amat bangga untuk mengetahui lebih mendalam pemikiran 'hebat' pengarah yang dikatakan terkenal itu. Sesungguhnya saya bukan berdendam dengan Mamat Khalid atau sesiapa yang terlibat dalam menjayakan produksi filem ini tetapi adakah rasional menghabiskan wang rakyat melalui peruntukan FINAS hanya untuk mengkaji idea 'bernas' seorang pengarah yang terlalu 'biasa'. Saya yakin kepada sesiapa yang pernah terlibat dalam produksi akan mengetahui betapa biasanya mana-mana filem pun dan pada akhirnya bangsa Malaysia akan menjadi pencinta hasil seni yang tak seberapa.


p/s: Langsung tak faham apa nilai pemikiran MK kepada ummah...Teringat istilah yang dikeluarkan Arwah Pak Samad kepada wartawan yang menemubual beliau iaitu 'CARMA'...Ini Pengarah Cari Makan la...Kaji apa pemikirannya, buang duit rakyat sahaja....
thanks!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater.. Si Mamat Khalid ni kalau tak silap saya adik atau abang kepada kartunis Datuk Lat.. Si Mamat Khalid nii otak kartun macam Datuk Lat..Heran juga yee.. Otak kartun macam tu pun nak diadakan seminar untuk mengupas pemikiran filemnya.. dunia.. dunia.. mungkin dah tak ada apa lagi yang nak mereka kupas.. saya cadangkan mereka kupas buah nyok aje lah.. ada juga faedah nya.. buat juga buat gulai untuk moreh kat masjid..


BRO..

perfectwater75 berkata...

Salam,

cakap susah tak cakap pun susah
Thanks Bro!!!