Mac 29, 2010

Jib! Mai Secawan!!!! Harap tak betul apa yang dipaparkan... AAMIIIIN!


Salam,

Semoga gambar yang dipaparkan ini adalah teknik super impose dari mereka yang tak pernah senang dengan keberadaan pemimpin ini...

thx!

Mac 28, 2010

SMS saja....boleh tarik surat letak jawatan..Bila masa SMS diiktiraf sebagai Dokumen Rasmi???

Salam,

Mengikuti senario politik di Perlis sejak PRU-12 2008 memang menarik setiap masa ada sahaja isu tertimbul, ditimbulkan dan menimbul. Isu yang terbaru ialah Perletakan Jawatan YB Yippie(pinjam istilah blogger Qunang2. Apa yang menarik yang mungkin boleh dihuraikan melalui undang-undang dan perlembagaan negara ialah penarikan balik Surat Perletakan Jawatan yang difahamkan diserahkan sendiri oleh YB Yippie dan bukan seperti yang berlaku di Perak satu ketika dulu. Atas kewajaran berlaku sedemikian sepatutnya kerusi DUN Titi TInggi itu secara automatiknya kosong kerana sehingga setakat ini ia hanya ditarik balik hanya melalui kiriman SMS sahaja. Apa sudah jadi dengan undang-undang negara ini?

Malangnya, Speaker pula bertindak sebagai wakil MB Perlis untuk memujuk ADUN supaya menarik balik surat tersebut sedangkan sepatutnya Speaker terus menjalankan tugasnya secara adil tanpa mengira parti mana yang melakukan sedemikian. Bayangkan kalau ADUN pembangkang menghantar surat seperti yang YB Yippie lakukan. Maka akan dibaca segala peraturan dewan dan serba lengkap akta dan undang-undangnya untuk mengesahkan perletakan jawatan tersebut dan terus sahaja menghantar kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tanpa melengahkan masa kerana diberitahu kepada media surat itu telah dihantar pada petang Isnin 22 Mac 2010 sebelum ia meletup di media perdana pada hari Selasa 23 Mac 2010. Bayangkan masa yang diambil oleh Tuan Speaker yang merupakan sahabat lama yang tua kepada MB Perlis yang kini terkenal kerana suka berbohong kepada rakyat. Tak salah kalau ditukar maksud MB itu kepada 'Mesti Bohong'.

Selepas ini kita bebas menggunakan SMS sebagai medium RASMI untuk sebarang urusan RASMi di mana-mana kaunter kerajaan MESTI BOHONG Dato' Seri Md ISa Sabu atas keabsahan penarikan balik surat oleh YB Yippie hanya melalui SMS. Apakah implikasi undang-undang selepas apa yang berlaku ini? Biarlah pakar undang-undang yang adil lagi saksama membicarakannya tetapi tak salah bagi saya dan anda semua untuk menggunakan SMS sebagai DOKUMEN RASMI selepas ini kerana UMNO biasanya mengajar rakyat melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira pelanggaran kepada peraturan sedia ada.

Apa yang nyata, Speaker DUN Perlis telah menyalahgunakan kedudukannya dalam mengendalikan isu ini dan sepatutnya didakwa sama seperti dakwaaan terhadap DSAI satu ketika dulu. Apakan daya negara ini milik UMNO secara nyata, jadi UMNO berhak untuk mngubah dan membentuk undang-undang agar seiring mengikut mereka. Rakyat pula wajib semestinta mengikut semua peraturan dan tak boleh melanggarnya sesuka hati. Ini baru betul 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'. Habislah kali ini....

p/s: seronok baca ulasan Syed ATief dalam blognya. Mungkin juga benar ucapan Tun Mahathir ketika merasmikan PERKASA di Kuala Lumpur. klik sini "Dr. M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis"

thx!

Mac 25, 2010

PANAS!!!! SAKSI UTAMA INKUES POLIS TEMBAK PEMUDA DITAHAN POLIS???

SALAM,

SEMALAM LEBIH KURANG JAM 8.30 MALAM 24 MAC 2010, SAKSI UTAMA KES INKUES POLIS TEMBAK PEMUDA DI ARAU, KHAIRUL NISA BINTI ANUAR TELAH DITAHAN SEPASUKAN POLIS ATAS DAKWAAN MEMBERIKAN KETERANGAN PALSU DALAM LAPORAN POLIS YANG DIBUATNYA TAHUN LALU. WALAUBAGAIMANAPUN, BELIAU YANG DITAHAN TELAHPUN MEMBUAT LAPORAN POLIS KEDUA YANG MENYATAKAN APA YANG DILAPORKAN DALAM LAPORAN PERTAMA ADALAH DI LUAR KAWALAN DIRINYA KETIKA HARI KEJADIAN.

SAKSI DIBERITAHU TELAH MENGEMUKAKAN KENYATAAN YANG BERLAWANAN DENGAN APA YANG DILAPORKAN DALAM LAPORAN POLIS PERTAMA BILA DITANYA MAGISTRET DAN PENDAKWARAYA INKUES BERKENAAN DI KANGAR SEMALAM DAN MEMBERIKAN KELEBIHAN KEPADA KELUARGA SI MATI YANG DITEMBAK POLIS ATAS TUDUHAN 'MENGAMUK DALAM KEADAAN MABUK' SEDANGKAN DALAM LAPORAN POLIS KEDUA SAKSI BERKENAAN MEMBERITAHU MEREKA HANYA MINUM SETIN 'PEPSI' SAHAJA. HAIRAN JUGA KALAU PEPSI ITU BOLEH MEMABUKKAN???

BUTIRAN LANJUT AKAN MENYUSUL.....INKUES BERSAMBUNG PADA 6 DAN 7 APRIL INI...

THX!

Mac 24, 2010

WAJAH SEBENAR YB YIP SUN ONN ADUN TITI TINGGI?

Salam,

Kalau mengikut undang-undang sepatutnya Jentera Pilihanraya semua parti sewajarnya telah digerakkan selepas Speaker DUN Perlis menerima Surat Perletakan Jawatan ADUN Titi Tinggi YB Yip Sun Onn seawal tiga hari sebelum diledakkan dalam media tempatan. Cuma nampaknya sahabat lama kepada MB semasa Perlis yang semakin kalut ini masih mnggunakan apa yang dikatakan sebagai kuasa penuh seorang Speaker DUN untuk tidak memanjangkan surat tersebut kepada SPR.

dalam artikel kali ini,saya akan mngupas serba sedikit tentang wajah sebenar YB Kopral(B) Yip Sun Onn ini kepada pengunjung blog ini sama ada yang pro atau yang kontra. Ikutlah apa yang bakal dikatakan atau hendak dikomenkan. Saya akan menceritakan butiran kelakuan,perangai YB Yip selepas terpilih sebagai wakil rakyat Cina seterusnya di kawasan lebih 80% majoriti Melayu. Tentunya kemenangannya didorong oleh sokongan Melayu "cerdik" dalam kawasan Titi Tinggi dalam Parlimen Padang Besar.

1) Inilah satu-satunya YB yang berkhidmat mengikut WAKTU PEJABAT sahaja. Jika ada panggilan dibuat selepas waktu tersebut maka tunggulah balasannya mengikut rasa hati YB Yip ini dan mungkin takkan dibalas langsung panggilan rakyat atas alasan SIBUK.

2) Antara tindakan kontroversi sebaik naik sebagai Wakil Rakyat ialah melucutkan jawatan JKKK dari Ketua Cawangan UMNO yang tak sebulu dengannya. Tanpa menghiraukan bantahan dari pihak komuniti.

3) Masih memegang jawatan sebagai Ketua Kampung sebelum,semasa menjadi wakil rakyat.

4) Rajin turun kawasan orang kanannya sahaja dan sentiasa sibuk dengan urusan lain jika dijemput ke kawasan orang-orang kiri dalam parti komponennya sendiri.

5) Menghantar sms kepada penduduk kononnya terharu dengan sokongan pengundi yang mahu beliau memikirkan kembali keputusannya sedangkan rata-rata penduduk gembira dengan berita perletakan jawatannya. HAKikatnya,hanya MB dan balacinya sahaja yang tak mahu beliau turun dan letak jawatan atas alasan ini boleh menggugat kepentingan dan kedudukan semasanya sebagai MB Perlis lalu difitnah orang lain menjadi dalang dalam Drama Politik terbaru di Perlis ini.

6) Sebenarnya kenyataan MB Perlis dalam Buletin Utama semalam jelas menunjukkan kedangkalan menyelematkan diri kerana ia dibuat tanpa dirujuk kepada situasi sebenar. Ia menunjukkan MB jarang turun bertanyakan tentang orang-orang bawahannya yang diamanahkan berkhidmat tulus kepada rakyat. Mungkin kaki pembodek yang ada sentiasa memberikan laporan atau KPI yang baik-baik sahaja. Saya ingin mencadangkan agar Majlis Tindakan Anak Perlis atau MANTAP turun segera membuat kaji selidik penerimaan masyarakat umum kepada YB Yip agar ia dapat dijadikan KPI untuk kepimpinan negeri tahu menilai keabsahan sumbangan dan khidmat YB Yip dari BN sama ada ia benar-benar berkualiti atau sekadar nama sahaja gah sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang merajuk hati dek kerana kerana tak dilantik lagi.....

THX!

Mac 23, 2010

Apalah Md Isa...Dok rayu buat apa lagi??? Takut PRK ke???

Salam,

Bila membaca laporan ini maka saya berpendapat bahawa alaan yang dikemukakan oleh bakal mantan YB Titi Tinggi yang juga merupakan mantan Polis dari Cawangan Khas yang berpangkat Kopral meletakkan jawatan bukan semata-mata tak berpuas hati dengan pucuk pimpinan MCA Pusat tetapi beliau juga tak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang menggugurkannya dari jawatan AMK Negeri Perlis.

Antara faktor yang boleh dikaitakan ialah kegagalan MB Perlis yang menaiki tampuk melalui kudeta terancang oleh orang yang kini menjadi penasihat pentadbirannya menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai tekanan dalaman UMNO khususnya dalam bahagian Padang Besar yang mana DUN Titi Tinggi ini berada. Apa tidaknya, beliau telah melucutkan jawatan 2 JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO yang salah seorangnya juga merupakan AJK Bahagian UMNO Paang Besar tanpa rasa bersalah dan rasional. Ini yang telah menjadi kudis kepada keberadaan YB Yip bila hendak menjalankan tugas kepada rakyat yang majoritinya Melayu dan tentunya ramai dalam kalangan ahli UMNO yang terbukti setia mengundi setiap calon BN tanpa mengira warna kulit dan agama serta apa jua kezaliman mereka khususnya selepas menang jawatan tersebut dalam PRU sejak dari merdeka.

Kenapa pula MB Md Isa Sabu terhegeh-hegeh merayu agar surat perletakan jawatan ditarik kembali bagi mengelakkan satu pilihanraya diadakan?

1)Jawapannya mudah, beliau amat bimbang dengan kekuatan pembangkang khususnya DAP yang berjaya mengembangkan sayap di kawasan Titi TInggi dan ini memberikan kelebihan kepada pakatan rapuh pembangkang untuk mencuri majoriti dalam kalangan pengundi Cina yang dilihat semakin cerdik memberikan undi mereka kepada pihak yang lebih menguntungkan mereka.

2)Tekanan dari dalam UMNO sendiri yang tak berpuas hati dengan pentadbiran Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang banyak menganiayai ahli UMNO khususnya di Bahagian Padang Besar.

3)Rakyat atau pengundi atas pagar sendiri sudah menilai lemahnya prestasi UMNO di bawah pentadbiran Md Isa sebagai MB yang gagal menonjolkan kuasanya dan banyak dipengaruhi oleh watak-watak TOK DALANG di belakangnya yang mengatur hampir semua keputusan dalam pentadbiran.

4)Kebencian umum kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Zabidi yang berlagak sebagai lebih dari MB bila membuat sesuatu keputusan tanpa perlu merujuk kepada MB. Kes penggantungan Ahli MAjlis Perbandaran Kangar yang dilihat tak sebulu dengan cara autokrasinya sudah cukup emnguatkan kebenciannya rakyat yang sedia cerdik pasca PRU-12 2008.

5) Faktor seterusnya ialah PUJUKAN MB melambangkan betapa UMNO masih pengecut kerana takut mengahadapi pilihanraya kecil dan mungkin terpaksa membayar harga yang tinggi kepada YB Yip jika MB bersetuju dengan syarat yang bakal dikenakan oleh YB Yip ini. Tentunya salah satu mengembalikan semula jawatan EXCO Kerajaan Negeri PErlis dan hak-hak sebagai EXCO tanpa sebarang syarat serta banyak lagi yang akan didedahkan melelui sumber paling rapat dengan pejabat MB Perlis. Kita tunggu sahaja.

Saya tak terkejut kalau Drama Perletakan Jwatan YB Yip ini akan berakhir dalam masa yang singkat kerana sememangnya kuasa dan wang akan menjadi taruhan terbaik pihak yang berkenaan. Bagi saya, biarkan ada satu pilihanraya kerana ia menjadi medan UMNO Perlis menunjukkan kekuatan kepada seluruh Malaysia, walaupun negeri ini hampir diketepikan dalam semua segi selepas menang dan mempertahankan negeri dari lemas dek Tsunami Politik 2008 tetapi masih kuat akar tunjang perjuangan UMNOnya kerana pejuang UMNO yang sebenar masih menyayangi UMNO walaupun dianaktirikan. Sedarlah pemimpin UMNO di peringkat pusat, jangan salah menduga....

thx!

Mac 16, 2010

TERKINI DAN HANGAT!!! INKUES KEMATIAN 'OKU' YANG DITEMBAK POLIS DITANGGUH...LAPORAN POLIS RAKAN WANITA DIBUAT...LAGI HANGAT

Salam,

Pagi ini sepatutnya berlangsung INKUES mengenai kematian pemuda 'OKU' Allahyarham Mohd. Tawfiq di Kangar tetapi ia ditangguhkan kerana peguam pemerhati pihak keluarga ada kes lain di Alor Setar. Namun begiu, apa yang megejutkan ialah, menurut sumber rapat dengan keluarga si mati, salah seorang rakan wanita yang bersama pada malam sebelum kejadian yang sebelum ini mengaku dalam laporan polisnya bahawa pemuda ini MABUK telah membuat satu laporan polis untuk 'membatalkan' laporan awal yang dibuatnya sekaligus ia memberi kelebihan kepada kaum keluarga yang menuntut inkues ini diadakan kerana dalam laporannya telah menyatakan dengan tegas bahawa arwah 'OKU' itu tidak pernah minum arak apatah lagi mabuk. Ini antara bukti awal bahawa apa yang pernah saya laporkan tentang kes pemuda mati ditembak dalam blog ini pada 23 November 2009 bukanlah sesuatu yang berbentuk fitnah bahkan fitnah besar telah dilemparkan kepada si mati hanya kerana mahu menutup kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Inkues tersebut ditangguhkan ke esok hari untuk memberi peluang kepada peguam pemerhati keluarga hadir bersama.

Apa yang mendukacitakan ialah sikap sesetengah pihak khususnya daripada parti pembangkang yang turut hadir kononnya untuk memberi sokongan tetapi lebih kepada mempertikaikan kredibiliti peguam keluarga yang dilantik sedangkan tiada pula mereka mencadangkan atau menawarkan khidmat guaman terbaik untuk keluarga si mati ini. Begitu juga dengan sikap pendukung UMNO yang selama ini gah mendahulukan rakyat tetapi dihamkan hanya dua orang sahaja ahli UMNO yang hadir memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa ini. Tiada wakil kerajaan negeri dan UMNO negeri yang dilihat. Sedangkan jelas salah seorang ahli keluarga ini ialah ahli aktif dalam UMNO dan khabarnya turut memegang jawatan dalam ketumbukan sayap UMNO di peringkat bahagian.

Sayang...inilah wajah UMNO yang hanya gah dengan isu-isu yang mereka bukan ahlinya dan berlagak hebat dan juara tetapi dalam hal ini nampaknya menikus dan takut pula untuk hadir memberikan sokongan. Bukan hadir berhimpun secara haram seperti yang gemar dilakukan oleh sesetengah orang. Bukan apa, jika hadir sesuatu majlis tanpa 'ongkos' maka secara otomatisnya tiada orang tetapi jika dibayar dan dijamu dengan makanan percuma serta endapatkan 'bahagian' maka berebut-rebutlah manusia entah dari negara mana hadir memberikan sokongan. Begitulah UMNO, kononnya mahu jadi JUARA RAKYAT tetapi akhirnya dicemuh sebagai KERA RAKYAT lantaran sikap meminta-minta yang tak pernah hilang dari fikiran mereka.

Pembangkang pula hanya mahu mengambil kesempatan memburuk-burukan orang lain. Sekadar mengutuk tetapi tiada tindakan positif untuk ditayangkan kepada umum... Kesimpulannya, sama sahaja hodoh perangai antara ahli dua parti utama. Birlah rakyat menilai nanti.. Cakap banyak pun tak guna, nanti ada yang marah tak ketahuan....Biarlah...

thx!

p/s: Esok akan dimuaturun laporan polis berkaitan...Insya Allah....

Mac 14, 2010

Kuatkah UMNO Bila MENGKATAK (Mengkarung + Katak) Melompat Masuk???



Salam,

Bila propaganda seperti ini dibuat dalam laporan SAHIH ini, rasanya kebanyakan ahli UMNO di seluruh Malaysia akan berfikir sama seperti saya iaitu Kuatkah UMNO selepas ini? Adakah dengan menerima masuk puak-puak yang kuat menghenatm dan menelanjangkan UMNO dalam 2 tahun sebelum ini tetapi kembali dengan alasan SKIMA seperti UMNO terbukti mendokong perjuangan sebenar dan hanya UMNO yang mampu untuk memberi kebajikan terbaik kepada rakyat sedangkan skrip seperti itu hampir-hampir dianggap haram oleh mereka yang kini berubah seperti MENGKATAK(singkatan bagi MENGKARUNG & KATAK). Apa alasan mereka untuk masuk selain menafikan material menjadi penyebab atau faktor utama. Mereka tentunya menafikan sebarang pemberian dari pimpinan UMNO sedangkan 'mungkin' mereka terima dengan cara yang lebih 'bersih'.

Saya yakin puak MENGKATAK ini akan menjadi LIABILITI baru kepada UMNO kerana tentunya mereka takkan melepaskan kerusi ADUN yang mereka duduki dan dalam masa tentunya akan berlaku rasa tak puas hati dalam kalangan pendukung UMNO di peringkat Bahagian kerana mungkin mereka yang baru MENGKATAK ini akan mendapat tempat dan perhatian lebih khusus dari pimpinan UMNO yang sentiasa tidak adil kepada penyokong-penyokong setia mereka. Pimpinan tertinggi juga akan memberikan ulasan penuh berskima seperti "UMNO sentiasa membuka pintunya kepada sesiapa sahaja untuk kembali berjuang atas nama Bangsa, Agama dan Nusa" dan jangan terkejut mereka ini akan berubah cara hidup dalam masa yang singkat kerana ini contoh pejuang yang rakus dan tidak berprinsip. Walaupun UMNO yang dipilih anmun dia tetap tak berprinsip kerana dulunya pernah menyakini perjuangan parti lain dan hari ini sudah berbeza dan mungkin esok kembali bertaut perbezaan tadi.

Kepada MENGKATAK-MENGKATAK ini, saya ingin berpesan, hendak dengar dan terima atau pekak dan tolak, itu terpulang. Saya tetap tak menyukai cara politik anda. Selamat Me'mengkatak'kan diri anda. Tindakan anda sebenarnya adalah merugikan anda sendiri. UMNO mungkin ada tempat untuk anda tetapi percayalah penyokong setia UMNO takkan mudah menerima anda seperti yang Pimpinan UMNO yang takut hilang kuasa lakukan. Percayalah.. Beristikharahlah sebelum membuat sebarang keputusan...Moga Allah mengampuni kita semua...


thx!p

Mac 13, 2010

Bukti Kekuatan Iman Ibrahim Ali...MP Bebas Tersohor 1MALAYSIA..


Salam,

Bila orang ini terkantoi dek penangan MEDIA BARU seperti dalam laporan ini dan ulasan oleh tuan tanah blog ini. Maka kita semestinya kena tunggu apa reaksi Ahli PERKASA yang cukup perkasa dengan isu berteraskan ISLAM dan MELAYU di tanahair masa kini.


thx!

p/s: KANTOI!!!

Mac 12, 2010

Lagi Bukti UMNO Pertahankan Kepentingan Melayu???

Salam,

Agak terkejut apabila membaca kenyataan seorang timbalan menteri dalam laporan palsu ini. Apa tidaknya, difahamkan ia akan dilancarkan pada akhir bulan Mac 2010 yang tinggal tak berapa hari sahaja lagi.

Mengapa ia boleh terlepas sedangkan sepanjang dua tahun ini tiada lain isu yang dimainkan selain kepentingan Bumoputera dan khususnya kepada kaum Melayu yang makin tersepit akibat mainan politik sempit oleh dua tiga pemimpin 'terulung'. Apa yang hendak dikorbankan UMNO lagi selepas banyak melakukan pengorbanan sejak 'menang' PRU 12 2008? Tak habis lagi ke apa yang disifatkan sebagai "GAGAL MENGURUSKAN KEKALAHAN'???

UMNO telah banyak berkorban demi memastikan kuasa tak terhakis, apakah masih perlu satu dasar yang terus menekan kepentingan MELAYU(ISLAM) di Malaysia. Siapa yang menjadi Jawatankuasa Penggubal Dasar MEB ini? Kenapa mereka boleh terlepas pandang unsur terpenting dalam mana-mana dasar yang hendak dibuat di Malaysia agar ia selaras dengan peruntukan perlembagaan yang menjamin dengan tegas hak-hak keistimewaan Melayu yang sentiasa diagung-agungkan oleh pejuang ulung Melayu khususnya dalam parti PEKEMBAR ini?

Kalau beginilah caranya penasihat-penasihat jahanam yang menasihati Menteri Kewangan Malaysia dalam menentukan sesuatu dasar, saya yakin kita tak perlu berubah kerajaan jika hanya untuk melepaskan lebih dan lebih banyak lagi kepentingan Melayu dalam negara ini. Saya bukannya rasis tetapi lebih kepada persoalan apa benar UMNO ini masih tegar memperjuangkan kemelayuannya atau sudah mengikis sedikit demi sedikit ketebalan jiwa melayu mereka akibat percampuran budaya yang keterlaluan sehingga keliru antara Melayu yang tulen dengan Melayu yang 'mix'.

Janganlah berbicara tentang suatu dasar jika dasar itu belum cukup mantap untuk diketengahkan ideanya kerana ia menjadi satu kerugian kerana 'orang lain' akan tahu 'kecerdikan' kita merencana dan merancang apa yang dikatakan sebagai KEPENTINGAN MELAYU di sebuah negara MELAYU yang semakin hilang hari demi hari. Sedarlah wahai pejuang-pejuang UMNO, jangan disalahkan orang lain yang mengambil kesempatan atas 'angguk dan geleng' anda kerana di waktu itu mungkinkah kita sudah terlambat untuk mengubahnya. renungkanlah....Sekarang waktu untuk bangun kembali dan bukannya tunduk tak berisi lagi....

thx!

p/s: Lepas ini kena hafal lagu Shidee "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" siap-siap supaya boleh diperdengarkan dalam mana-mana majlis BTN bagi menggantikan lagu 'Menara Bangsa' yang kini menduduki Carta Hit BTN Malaysia. Hahahaha!

Mac 10, 2010

Kerajaan Md Isa Makin Gawat Dek MANTAP???

Salam,

Diam tak diam sudah genap DUA TAHUN KUDETA yang berlaku di negeri Perlis apabila Mantan MB DSSK telah dicabut kuasanya kerana dikatakan menderhaka kepada Raja. Diam tak diam juga, satu Sekretariat iaitu Majlis Tindakan Anak Perlis atau singkatannya MANTAP telah ditubuhkan untuk menilai keberkesanan pemerintahan semasa. Perkara ini telah menimbulkan kegawatan di Perlis apabila ada pihak tertentu di Mini Putrajaya telah mengarahkan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis untuk tidak menyatakan sokongan kepada usaha yang dibuat oleh MANTAP dan meminta agar MANTAP dibubarkan. Maka secara tersembunyi, pihak tersebut hendak menjadikan Pergerakan Pemuda UMNO Perlis sebagai KAMBING HITAM bila meminta KPnya mengeluarkan kenyatan khas tentang MANTAP. Begitulah perangai hodoh manusia tertentu yang hanya menggunakan saluran PEMUDA apabila mendapati diri mereka agak tersepit. Saya yakin KP Mohsin takkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan menjerut leher sendiri. Apa yang hendak ditakutkan oleh juak-juak Mini Putrajaya ini? Biarlah 10,000 respoden yang dipilih secara rawak menilai pemerintahan Dr.Md Isa Sabu yang dilihat agak lemah dalam pentadbirannya selama dua tahun ini. Kelemahan diukur dari segenap segi terutama dalam apa yang hendak dinilai oleh MANTAP. Bagi saya, biarlah rakyat yang 10,000 ini menilai dan kalau ia tidak mencukupi tambahkan lagi hingga ke 50,000. Kalau benar MB Kudeta ini melaksanakan pemerintahan dengan cemerlang maka cop cemerlang yang akan dibawa ke pengetahuan NAJIB sekaligus mengekalkan MD Isa Sabu di tampuk yang sedia ada dan kalau sebaliknya maka bersiap sedialah wahai juak-juak pengampu dan perosak kedamaian politik UMNO di Perlis untuk angkat kaki dan jangan tunjuk muka busuk anda lagi!!! Hakikatnya UMNO rosak dek tangan kotor yang ada di dalamnya dan bukannya kerana kekuatan pembangkang...

thx!

Bacaan di bawah dicadangkan untuk pembacaan tambahan.

Keupayaan MB Perlis Akan Dinilai Sekretariat Khas

KANGAR, 8 Mac (Bernama) -- Tahap kepimpinan dan keupayaan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis akan dinilai oleh sebuah sekretariat yang diwujudkan di sini hari Isnin.

Untuk tujuan itu, sekretariat yang dikenali sebagai Majlis Tindakan Anak Perlis (MANTAP), akan melakukan kaji selidik melibatkan 10,000 responden bermula esok.

Pengerusi MANTAP, Datuk Hashim Suboh, memberitahu pemberita hari ini bahawa lapan soalan dikemukakan dalam kaji selidik itu termasuk penampilan dan gaya, kepimpinan, wawasan, keaktifan, pendampingan dan pembangunan.

Turut disenaraikan dalam kaji selidik itu ialah kegiatan kebajikan serta perbandingan antara Md Isa, yang telah dua tahun menerajui kerajaan Perlis, dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Kami akan menjadikan kaji selidik itu sebagai asas penilaian terhadap kepimpinan menteri besar yang baru," kata Hashim.

Menurutnya hasil kaji selidik itu akan diumumkan kepada orang ramai pertengahan bulan ini.

"Jika majoriti responden menyukai Md Isa, kami akan turut memberi sokongan yang sama dan jika sebaliknya, kami akan mengemukakan kehendak rakyat kepada istana," kata Hashim.

Katanya penubuhan MANTAP hari ini adalah pada genap dua tahun pilihan raya umum ke-12 berlangsung dan ia bermakna telah dua tahun rakyat melihat kepimpinan Md Isa dan beliau boleh dinilai.

"Kami ingin menjadi jurubicara rakyat. MANTAP akan menjadi platfom rasmi suara rakyat untuk disampaikan kepada kepimpinan negara dan istana," kata Hashim.

Katanya selepas selesai tugas kaji selidik, MANTAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.

"Pada masa ini, MANTAP hanya merupakan sebuah sekretariat," katanya.

Mac 01, 2010

Sah! Mantan TKM 1 Pulau Pinang Masuk UMNO???

Salam,

menurut sumber terdekat menyatakan UMNO sedang bersiap sedia untuk mengadakan majlis menerima kemasukan seorang yang dulunya berprofil tinggi sebagai ahlinya sebagai kejutan kepada PKR. Selepas TSunami Politik 2008, rasanya ini akan menjadi penambah kekalutan kepada PKR yang nampaknya masih gagal menguruskan kemenangan mereka dan UMNO seperti biasa tampak hebat menjuarai isu tetapi masih ada yang perlu diperbetulkan. Nasihat saya kepada UMNO agar berhati-hati menerima sebarang kemasukan mantan ahli PKR yang dulunya kuat menelanjangkanUMNO tetapi kini cuba memberikan baju baru untuk UMNO terus kukuh di persada politik nasional. Soalnya adakah wajar terus menerima mereka ini atas nama perjuangan seterusnya memberikan tempat istimewa kepada mereka hingga seperti mengenepikan para pejuang setia UMNO yang tak pernah beralih arah sebelum ini? Antara faedah atau padah yang bakal diterima, mungkinkah perlu kita terus bermuhasabah???

thx!

Klik sini untuk baca komen PKR tentang hal ini.