November 23, 2009

HOT!!! PANAS!!! TERKINI!!! KES POLIS TEMBAK PEMUDA "MENGAMUK" DI PERLIS!!!

Salam,

Kisah benar yang diceritakan sendiri kepada saya oleh keluarga tersebut. Saya hanya menyampaikan dan tiada niat untuk melukakan mana-mana pihak sama ada tersurat mahupun secara tersirat.....Seperkara yang harus diambil perhatian, mangsa yang ditembak ialah seorang OKU yang cacat di bahagian kakinya akibat kemalangan jalanraya satu ketika duhulu.

(Cerita yang dikutip versinya dari Bapa kepada mangsa sendiri)

Pada pagi 14 November 2009, lebih kurang jam 6 pagi, terdengar orang mengetuk pintu, di rumah saya di alamat No. 2, Jalan Taman Intan, Belakang Istana Raja, 02600 Arau, Perlis. Setelah melihat melalui tingkap bilik, saya dapati mereka ialah polis yang datang untuk memberitahu bahawa anak saya MOHAMAD TAWFIQ BIN NOORZAN (selepas ini disebut sebagai Tawfiq) seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai Pengusaha Kedai Makan di Medan Rancangan Perumahan Awam Arau dan Balai Baru Beseri, Perlis telah membuat laporan di Balai Polis Arau bahawa beliau hendak ‘buat orang’ . Dalam lebih kurang 15 minit kemudian anak saya telah pulang kemudian terus masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya dan keluar semula dengan membawa pisau pemotong sayur dalam keadaan marah dan keletihan. Anggota polis yang berada di depan pintu rumah hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan awal bagi menghalang anak saya untutk keluar untuk bertemu dengan Rashidi (kawannya yang meninggalkannya di Alor Star). 2 orang anggota polis yang ada menyatakan mereka tidak berani untuk menghalang anak saya yang juga dikenali sebagai ‘Botak’ kerana mereka mengenali kelakuan beliau apabila berada dalam keadaan marah.

Lalu Tawfiq mengambil motosikalnya dan isteri saya masih memujuk Tawfiq supaya tidak meneruskan keinginannya. Jawab Tawfiq “ Jangan ganggu dia!” dia terus membonceng motosikalnya ke arah Guar Sanji. Saya pun keluar mengikut jejaknya dengan kereta pada jam 6.30 pagi dan mendapati motosikalnya ditinggalkan di tepi jalan lalu saya terus menuju ke arah Guar Sanji. Apabila sampai ke Guar Sanji, saya dapati beberapa anggota polis siap dengan sebuah kereta peronda dan sebuah kereta Proton Satria berwarna putih yang saya kenalpasti sebagai kepunyaan salah seorang anggota polis yang telah datang ke rumah saya. Lalu saya memarkir kereta saya. Saya lihat anak saya Tawfiq sudah berada di hadapan rumah Rashidi. Tawfiq memanggil keluar Rashidi dengan berkata “ Hang keluaq, kalau betui hang anak jantan!” Kemudian saya memujuk dia dan mengajak beliau pulang ke rumah tetapi dia menjawab ‘ Abah cakap senang, tak kena kat abah takpa la…abah tau apa, apiq (Tawfiq) yang tau, ni muka nak letak kat mana, apiq botak ni abah. Saya terus memujuk beliau. Dia menjawab, tang lari apiq tak lari, apiq nak selesai juga pagi ni.” La, abah pi balik”. Lebih kurang 6.45 pagi Saya pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah untuk mengambil isteri saya dengan harapan dia dapat memujuk anaknya yang sedang marah itu. Lebih kurang, saya terus bertolak ke tempat kejadian bersama isteri..Lebih kurang 7.00 pagi, Saya dapati ada dua kumpulan anggota polis masing-masing berada di tepi jalan. Salah seorang angota polis itu memegang sebatang paip pvc putih. Saya tidak nampak kelibat anak saya berada di tempat kejadian.

Pada masa yang sama, Saya terdengar seorang anggota polis yang saya kenali sebagai Aidil menjerit untuk menanyakan patutkah kita keluarkan Rashidi? Rakan-rakannya menjawab “tak payah”. Selepas itu kami bergerak berjalan kaki sambil mencari kelibat anak saya dan saya terlihat anak saya berjalan kaki menuju ke arah landasan keretapi berhampiran dalam keadaan amat keletihan kerana dia dilihat rebah dan bangun semula dalam setiap beberapa langkah. Saya terus mengekori dalam jarak yang agak jauh tetapi masih nampak kelibat anak saya dan terus mengekori ke arah jejantas lebuh raya Arau. Kemudian kami kembali masuk ke dalam kereta untuk mengekori anak saya. Saya memandu kereta dan memarkir kereta di sebelah atas jejantas lebuh raya Arau. Kami turun dari kenderaan dan meneruskan usaha memujuk anak saya agar tidak meneruskan kemarahannya lagi. Taufiq tidak mengendahkan pujukan saya dan terus berpatah balik.

Sebaik sahaja melihat keadaan itu, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat pusingan ‘U’ di atas lebuh raya sehala untuk mendapatkan Tawfiq dengan cuba mengikut kereta peronda polis yang turut bersama di atas jejantas tetapi agak terlambat. Sepanjang berada di atas jejantas, saya dapati tiada sebarang usaha memujuk yang dilakukan oleh anggota polis kepada Tawfiq untuk menyerah diri kepada polis. Ketika itulah saya terdengar bunyi dua kali tembakan secara berturut-turut(bukannya berselang dalam satu tempoh) dan pada ketika itu isteri saya berkata “abah, depa tembak dah anak kita” lalu pengsan. Sesampai saya di tempat kejadian. Kami menghentikan kereta dan bertemu dengan Ketua Polis Balai Arau yang saya kenali panggilan Tuan Jabar dan saya bertanya “ mana anak saya?!”. Beliau(Tuan Jabar) sambil memegang pisau pemotong sayur yang saya kenal sebagai pisau yang dibawa oleh Tawfik (sedangkan ia barang bukti dari tempat kejadian yang belum diproses kerana tiada pasukan forensik polis dilihat berada di tempat kejadian itu) menunjukkan isyarat mulut ke arah tubuh di tepi jalan dalam keadaan tertiarap dan tangan bergari di belakang yang kemudian saya kenali sebagai tubuh anak saya Tawfik.

Pada masa yang sama, saya terdengar suara salah seorang anggota yang saya tidak kenali menyatakan “Kami tembak di kaki”. Kemudian, saya terus bergegas menuju ke arah tubuh anak saya untuk memangku beliau. Isteri saya terus menyelak kaki seluar yang dipakai Tawfik untuk mencari kesan tembakan di kaki. Malangnya tiada sebarang kesan tembakan di kedua-dua belah kaki anak saya. Sebaik saya melihat ke arah badan Tawfik, saya dapati ada satu kesan darah di baju dan terus saya menyelak baju Tawfik dan saya dapati dengan jelas kesan satu tembakan di bahagian dada. Saya berkata “ tadi hangpa habaq kat aku tembak di kaki, tapi pasaipa hangpa tembak di dada?!!” Ni bukan nak bagi cedera tapi memang hangpa nak bunuh anak aku!!!” Saya bertanya lagi ‘ mana dia ambulan,bawa dia pi hospital” Sambil itu, kami memeriksa nadi dan tiada sebarang tindak balas, kemudian saya menyuruh Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membuka gari di tangan anak saya. Jadi kemudian, ikatan gari dibuka tetapi hanya sebelah tangan sahaja. Selepas itu, saya lihat keadaan muka anak saya berlumuran dengan darah dan sekali lagi meminta kain untuk mengelap mukanya dengan harapan Tawfik dapat bernafas dengan sempurna kerana saya beranggapan Tawfik masih hidup ketika itu. Tuan Jabar menjerit kepada anggotanya “mana kain?, mana kain?”. Selepas itu, saya melaung sambil bertanya “ pasaipa hangpa biaq tang ni, pasaipa hangpa tak bawa pi hospital, mana ambulan, hangpa mai angkat cepat bawa pi.

Berikutan itu,Tuan Jabar mengarahkan anggotanya membawa masuk kenderaan Polis (Land Rover) yang sedia terdapat di dalamnya pengusung dan plastik hitam pembungkus mayat seolah-olah mereka telah merancang untuk menembak mati Tawfik. Anggota yang ada terus membawa turun pengusung tanpa membuat sebarang pengesahan kematian secara rasmi kerana tiada sebarang kenderaan ambulan dari hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan dilihat berada di lokasi kejadian. Sepatutnya perlu ada satu pengesahan status anak saya yang ditembak sama ada masih hidup atau mati tetapi saya lihat tiada seorang pun yang melaksanakan Prosedur Pengesahan Status Kematian tersebut. Kemudian Land Rover Polis terus membawa tubuh anak saya ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Fauziah Kangar untuk proses selanjutnya. Saya bersama isteri saya juga mengikut kenderaan polis menuju ke hospital tetapi gagal untuk mengekori kenderaan tersebut kerana ia dipandu laju.

Sesampainya saya di Unit Kecemasan HTF, saya merujuk kepada salah seorang petugas yang saya tidak ingat namanya di kaunter kecemasan bertanyakan tentang hal tentang pendaftaran kemasukan sebarang kes melibatkan orang awam ditembak polis tetapi jawapan yang saya terima ialah tiada dan diberitahu pada kebiasaannya kes sebegitu biasanya terus dirujuk ke Unit Forensik HTF. Saya pun terus pergi ke unit berkenaan untuk mengetahui prosedur selanjutnya.

Saya melihat sekumpulan anggota polis sudah berada di perkarangan rumah mayat HTF pada pagi kejadian. Selepas itu, saya bertanya kepada setiap anggota polis yang ada di situ siapa yang menembak anak saya, lalu saya telah ditunjukkan kepada anggota yang menembak anak saya, selepas mengecamnya saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis berkaitan keseluruhan kejadian. Setibanya di IPK Perlis di Kangar, saya telah diganggu privasi ketika hendak membuat laporan polis yang pertama. Terdapat terlalu ramai anggota polis di kaunter laporan yang mengerumuni di meja penerima laporan silih berganti dan membaca laporan yang saya adukan.

Selepas selesai membuat laporan polis, saya terus dipanggil oleh seorang pegawai penyiasat di tingkat dua yang berbaju preman untuk mengambil kenyataan saya. Setelah habis memberikan kenyataan, saya terus ke Unit Forensik HTF untuk melihat dan menuntut mayat anak saya. Ketika itu, saya dimaklumkan sesi autopsi masih belum berjalan kerana menantikan kehadiran Pakar Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Dr. Mohd Suhani bin Mohd.Noor yang terlewat kerana baru menyelesaikan kes di Pulau Pinang lebih kurang jam 5 petang. Saya terkejut bila ditanya oleh pakar yang berkenaan penjelasan prosedur berkaitan oleh Polis sedangkan tiada sebarang taklimat atau sesi penjelasan berkenaan kes anak saya yang ditembak polis ini.

Dari pengamatan saya, banyak prosedur telah dilanggar oleh pihak polis berkaitan proses dan prosedur bedah siasat mayat yang berkaitan kes seumpama ini terutamanya makluman awal kepada pakar forensik tentang masa kejadian berlaku, prosedur imbasan X-ray telah dibuat awal sebelum mendapat kebenaran daripada pakar yang berkenaan menyebabkan prosedur kedua imbasan x-ray dilakukan, makluman pihak polis kepada pakar forensik menyatakan bahawa sesi taklimat dan penjelasan kes sudah diberikan kepada waris si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan. Akhirnya, saya memohon kepada Pakar Forensik agar ketelusan dalam proses yang berkenaan. Selepas mendapat jaminan ketelusan daripada pakar forensik tersebut saya pun keluar dari bilik pejabat am di Unit Forensik HTF.

Setelah selesai ‘post-mortem’ si mati, saya dipanggil oleh Doktor Pakar Forensik dan menyatakan keputusan forensik seperti berikut: Sebab kematian pertama akibat tembakan peluru terkena jantung dan mati serta-merta, seterusnya ada kesan trauma pukulan di bahagian belakang tubuh mangsa dan yang ketiga ada kesan gari yang jelas di kedua-dua tangan si mati. Selepas itu saya menunggu proses akhir bedah siasat dan seterusnya kerja memandikan dan mengkafankan anak saya sebelum saya menuntut mayat untuk di bawa pulang ke kediaman saya.

Saya membuat laporan ini kerana mendapati terlalu banyak percanggahan dalam laporan dan kenyataan oleh pihak yang berkenaan dalam siasatan kes ini.

1) Saya memohon ruang keadilan yang saksama diberikan kepada saya dan tidak diganggu emosi oleh rondaan anggota polis di sekitar kawasan rumah saya setiap hari sejak kejadian tersebut.

2) Saya amat terganggu dengan cara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan fakta di tempat kejadian. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak polis jelas meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Tawfiq sedangkan dia belum disabitkan sebarang kesalahan dan tindakan polis hanyalah kerana beberapa prosedur yang mereka sendiri tidak patuhi selama menyelesaikan kes berkenaan.

3) Perlu diingat Si mati Tawfiq ialah seorang OKU kerana kecacatan kekal di bahagian kakinya tidak memungkinkan beliau melakukan kerja yang berat dan apatah lagi dalam keadaan keletihan setelah berjalan kaki dalam tempoh yang lama dilihat tidak mampu mengancam polis.

4) Polis sengaja mereka cerita secara tidak berasas untuk melindungi anggotanya yang tidak mengikut prosedur kes.

5) Polis jelas berbohong bila menyatakan mereka melepaskan tembakan amaran kerana dari pendengaran saya di tempat kejadian jelas dua das tembakan yang dilepaskan polis secara berturut-turut dan bukan diselangi waktu yang tertentu.

6) Polis juga gagal untuk mengambil sebarang tindakan awal membendung kejadian ini apabila menerima laporan yang dikatakan dibuat oleh Tawfiq sendiri di Balai Polis Arau pada awal hari kejadian.

7) Ketiadaan ahli forensik di tempat kejadian menyebabkan banyak barang kes termasuk pisau yang dibawa Tawfiq diusik dan mungkin diubah, jelas tidak mematuhi peraturan dalam melaksanakan prosedur kerja termasuk pengesahan kematian suspek yang ditembak di bahagian dada. Pihak polis dilihat sudah menyediakan kelengkapan untuk membawa ‘mayat’ dan bukannya bersedia menyediakan pasukan perubatan dari hospital atau pusat kesihatan yang terdekat jika tujuan mereka hanya hendak meleraikan amukan suspek. Buktinya mangsa tembakan terus dibawa ke Unit Forensik dan bukannya Unit Kecemasan. SIapa yang mengesahkan kematiannya ‘dalam perjalanan’?

8) Keadaan tangan yang bergari menimbulkan persoalan sama ada suspek digari sebelum atau selepas ditembak. Ini jelas menjadi keraguan kerana tembakan di dada boleh menyebabkan kematian serta-merta dan apa rasional mangsa tembakan digari selepas ditembak dan dibiarkan tersembam muka di tanah dengan berlumuran darah di bahagian muka?Apa juga rasional mangsa ditembak dalam keadaan bergari jika prosedur menggari suspek dilakukan sebelum ‘nyawanya diambil’?

9) Suspek dilihat sudah tidak bermaya untuk melangkah dan rebah beberapa kali sebelum ditembak. Apakah prosedur yang dipatuhi polis untuk menangani kes sebegini? Perlu diingat, suspek berjalan kaki sejauh lebih 50 kilometer dari Alor Star dan tidak berehat. Mustahil suspek mempunyai tenaga ‘superb’ untuk terus bertahan kekuatan fizikalnya untuk meneruskan ‘amukannya’?

10) Kenapa bilangan anggota polis yang lengkap dengan senjata tidak mampu dan gagal menangani seorang yang disyaki hanya membawa sebilah pisau pemotong sayur yang sudah keletihan dan tidak bermaya?

11) Kenyataan awal dari anggota polis yang datang ke rumah keluarga suspek menyatakan mereka tak mampu untuk mengambil tindakan menahan suspek kerana cukup mengenalinya bila berada dalam keadaan marah jelas menyalahi etika professionalisme polis yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan rakyat.

12) Kenyataan akhbar yang dipetik dari makluman polis jelas menjatuhkan maruah keluarga dan suspek sendiri kerana kami sudah dihukum tanpa bicara terlebih dahulu. Soal komersial atau sensasi sepatutnya tidak menjadi keutamaan mana-mana pihak dalam kes sebegini kerana maruah sepatutnya menjadi keutamaan. Polis sepatutnya meneliti keseluruhan fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat ‘mempertahankan diri’ demi imej dan reputasi pasukan polis. Barulah integriti POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai pasukan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam di Malaysia lebih dihormati.

p/s: Ketelusan semua pihak amat perlu untuk menegakkan keadilan. Kita sama-sama tunggu hasil SIASATAN DALAMAN yang akan dikeluarkan nanti (khabar terbaru menyatakan Menteri KDN telah mengarahkan kes ini disiasat tanpa prejudis demi mengelakkan tanggapan buruk kepada integriti polis)). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Ar-Ruh Mohamad Tawfiq Noorzan... Aaamiiin.......

24 ulasan:

mountdweller berkata...

Polis telah mengambil tugas Malikil Maut kot?

Kuasa dan senjata membutakan hati mereka. Adakah kita juga berdosa kerana gaji mereka (pembunuh) juga dibayar melalui kutipan cukai dari kita?

fadli berkata...

mak bapak tawfik pon gagal memujuk .. ini kan polis

apa daa

perfectwater75 berkata...

Salam,

Kl ye pun ibubapa gagal pujuk takkan polis guna pistol tembak budak OKU tu?

Hebat PISTOL lwn PISAU SAYUR???

Polis ada lapan orang, 'pengamuk' sorg?

Cara baru polis lepaskan tmbakan amaran...mesti dua kali berturut-turut? Nasiblah kalau kena badan tembakan seterusnya?

Mr. Fadli..., thx 4 give a brilliant comment here!

thx mountdweller!

thx!

Tanpa Nama berkata...

Takziah kepada keluarga Tawfiq.

Secara peribadi saya memang tidak yakin dengan PDRM. Banyak kes keluarga dan jiran-jiran saya pernah laporkan kes jenayah kepada mereka, namun satu pun tidak pernah diselesaikan. Malahan di dalam dua kejadian berasingan, pernah dilaporkan bahawa suspek kami pasti adalah berbangsa 'Melayu' namun pihak polis boleh menyatakan 'Kenapa tidak dikatakan berbangsa India?'. PDRM bagi saya ibarat 'Jalaludin Hassan cuba melakonkan watak orang warak'.

Kepada keluarga Tawfiq, bermunajatlah kepada Allah, kerana kamu merupakan golongan yang dizalimi. Tiada hijab antara kamu dan Allah. Takziah sekali lagi.

Observer berkata...

Takziah kpd keluarga apiq..

Perlu diingat, apa yg diulas fadli mmg btul.,.klu dh parents xleh pujuk anak, polis apa lg..manusia bkn sempurna...polis n parent salah..both of them xleh pujuk apiq..so, jgn la nk salahkn sape2.. siasat dlu,.,klu polis salah jatuhkan hukuman...human error..

C++ berkata...

Bhai Fadli..

Tak kena kat adik beradik lu..lu cakap camtue la.. cuba kalu kena sama lu punya adik beradik... ader akai ka?

Polis Malaysia mana pandai nak tembak kaki ker... semua tembak dada dan kepala jer..

perfectwater75 berkata...

Salam,

Bukan soal polis boleh pujuk atau ibu bapa tak boleh pujuk di sini..Polis sedari awal memang mengaku tak boleh nak buat apa kalau si mati ini marah...Wajarkah seorang anggota keselamatan berkata demikian? kepada bapanya pula? Wajar atau tidak kes seorang yang dikatakan mengamuk dengan PISAU SAYUR yang panjangnya tidak sepanjang samurai sword dan dengan jumlah anggota polis yang bersedia lebih ramai tak mampukah untuk mengawal keadaan?

Saya secara peribadi marah kepada dua tiga orang polis yang jelas mencemarkan imej polis yang sebenar...sepatutnya mereka ini digantung kerja sementara siasatan penuh dijalankan dan bukannya dibenarkan bertugas seperti biasa.

benar kata C++ dalam komennya, kita sedap bercakap kalau tak kena batang hidung sendiri dan kita memang suka mengakkan kebasahan benang yang tak mungkin tegang selagi tak kering...

apakah perlu tajuk akhbar sepatutnya ditulis begini "OKU ditembak mati POLIS" baru mendatangkan simpati saudara Fadli?

entahlah....

Tanpa Nama berkata...

langkah yg perlu dibuat adalah dengan mmbuat aduan kpd pihak yg brkenaan mengikut saluran yg perundangan yg betul supaya prkara ini dapat diadili dgn sebaiknya,kita sbgai orang awam hanya mndengar brita tv atau pun mmbaca paper tidak boleh mnjadi pendakwa,pembela ataupun hakim dlm kes sprti ini,amat malang bagi kita prkara sprti ini brlaku.tulisan perfertwater75 didlm dunia yg tak perfect ini ini sedikit sebanayak menjejaskan kpercayaan masyarakat kpd pdrm,dan apabila ini brlaku siapakah yg akan trjejas pdrm,rakyat atau krajaan?..unperfectstone53

perfectwater75 berkata...

Salam,

saya hanya mengutip butiran cerita daripada keluarga mangsa...Soal kredibiliti PDRM bakal terjejas itu tidak menjadi soal di sini...yang penting cerita sahih diambil dari keluarga dan bapanya sendiri...

Cuba saudara unperfectstone53 baca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh polis sendiri dalam mengulas hal ini...berlaku banyak percanggahan terutama masa kejadian seperti yang diberitahu kepada media. Siapa yang memutarbelitkan fakta...

Jika ingin integriti PDRM terus disanjung tinggi sewajarnya perkara sebegini tidak diabaikan kerana ia mampu menjatuhkan prestij PDRM yang sedia tercalar...

Lainlah kalau unperfectstone53 tak membaca kenyataan penuh bercanggah oleh PDRM sendiri dalam kes ini.

Saya pun takkan keluarkan cerita ini kalau tidak dikutip dari sumber yang sahih...kalau saudara tak percaya silalah berkunjung ke rumah keluarga mangsa di Belakang Istana Raja di Arau..MAsuk ikut jalan kg kebun.. pergi dan tanya sendiri dapatkan kepastian...takkan tak boleh kot?

Saya sendiri pernah bertanya kepada beberapa anggota polis berkaitan kejadian tetapi kenyataan mereka seperti telah diskripkan sehingga ada yang menuduh si mati sebagai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian sedangkan bukti forensik jelas menyatakan tiada sebarang kesan arak dalam tubuh mangsa...

terpulanglah kalau saudara ingin mempertahankan 'kebenaran' PDRM, saya hanya bercakap yang benar walaupun pahit untuk ditelan saudara...

thx!

Tanpa Nama berkata...

saya tidak kata pdrm betul, prtama skali saya kata langkah yg perlu dibuat adalah dengan mmbuat aduan kpd pihak yg brkenaan mengikut saluran yg perundangan yg betul supaya prkara ini dapat diadili dgn sebaiknya, ke2 saya juga kata amat malang bagi kita prkara sprti ini brlaku("OKU ditembak mati POLIS" copy dri pw75).saya bukanya mmpertahankan pdrm dan tiada kaitan pun dgn pdrm cuma saya bagi tau saya MELAYU(bukan umno,bukan pas,bukan keadilan ,bukan,bukan...)saudara sbgai orang kepimpinan kuat umno spatutnya boleh melakukan yg lebih lagi selain dari ruang maya blogger. saya juga tidak menyalahkan pw75 dari catitan berikut(perfertwater75 didlm dunia yg tak perfect ini)dan nama pena saya pun unperfectstone53 pun ilham dari pw75 thx!

perfectwater75 berkata...

Salam,

thx atas nasihat tuan unperfectstone53....

kenapa ada dalam kalangan blogger yang dibayar sehingga 10k-12k sebulan, sedangkan mereka menghentam ketidaktelusan sistem dalam kerajaan dan diambil pula bekerja oleh 'kerajaan'???

soalnya dalam dunia maya ini sekurang-kurangnya pendapat boleh disalur terus kerana ada pegawai tertentu di jabatan perdana menteri ayng memantau penulisan di blog..selagi benar saya yakin dengan apa yang saya tuliskan...

terima kasih sekali lagi...

Tanpa Nama berkata...

PDRM telah berjaya membuktikan mereka antara pasukan polis terbaik di dunia. Keamanan negara yg kita kecapi kini, banyak bergantung kepada kecekapan polis ini.
Namun demikian, soal kecuaian(jika ada) semasa peristiwa ini berlaku harus dipandang berat. Kredibiliti PDRM boleh tergugat dgn peristiwa ini. Semasa siasatan berjalan, maka anggota terbabit sepatutnya digantung tugas. Ketelusan dalam siasatan juga perlu dilakukan dan dibuktikan agar tiada pihak membuat spekulasi lain selepas itu.
Soal keadilan pula tiada kena mengena dengan bangsa melayu atau sebagainya. Semua kaum patut dilayan secara adil termasuk tanpa mengira parti.
Memujuk org yg mengamuk memang sukar, itu perlulah diakui semua, namun polis pula telah mendapat latihan yg cukup bg menangani situasi yg berlaku. Pendapat saya, (mengikut bacaan drpd blog saudara perfectwater75) semacam ada sesuatu yang 'mencurigakan' , namun kita tiada di tempat kejadian utk menentukan kebenarannya. Akhirnya, kita perlu serahkan kpd pihak berkuasa utk jalankan siasatan. Lakukan siasatan dengan telus dan cekap. Kepada semua rakyat Malaysia, bukalah mata dan fikiran bagi menilai siasatan yang dilakukan. Disinilah 'Yang batil pasti terserlah dan tersungkur'. Semoga Allah membalas orang-orang yg menzalimi orang lain.
Maaf jika ada yang terasa.
Assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

salam.....

hmmmmmm....

imho, gari dan tembak adalah sesuatu yang tak mungkin. dalam keadaan tangan bergari ke belakang, kedudukan bahagian atas lengan akan berada setentang dengan kedudukan jantung. ader tak kecederaan pada bahagian atas lengan sebab kalau gari dan kemudian tembak, kemungkinan untuk peluru menembusi anggota tubuh dan mencederakan bahagian atas lengan adalah besar. ini kerana tindakan gari dan tembak akan melibatkan tindakan melepaskan tembakan pada jarak amat dekat. ader ker kes penembakan jarak amat dekat yang menyebabkan anak peluru terhenti di dalam tubuh badan? (kena tanya pegawai forensik, anak peluru tu tembusi tubuh atau terhenti dalam tubuh?)

perkara (5) dirujuk. kalau dikatakan dua das tembakan dilepaskan, adakah kesan tembusan pada tubuh/mayat juga adalah dua? kalau hanya satu, maknanya ada usaha telah dibuat agar tembakan tidak sepatutnya mengenai tubuh mangsa.

kewujudan tanda cedera pada bahagian belakang (trauma). adakah ini menunjukkan bahawa telah berlaku tempur jarak amat dekat sebelum tembakan dilepaskan. mungkinkah anggota polis berkenaan diserang dan bertindakbalas dengan melakukan libasan yang bertujuan menjatuhkan dan menghentikan serangan namun tidak berjaya dan serangan diteruskan sehingga memaksa tembakan dilepaskan?

nakkan kepastian. ader ker kalau kes jenayah (bukan melibatkan kes bunuh oleh pihak ketiga), senjata dibiarkan begitu sahaja? bukankah jadik tanggungjawab pegawai di tempat kejadian untuk kenalpasti dan 'secure' senjata yang terlibat?

walaupun anggota polis tak boleh melakukan pengesahan klinikal berkaitan kematian, sebagai golongan pengendali senjata yang terlatih, sedikit sebanyak tentu mereka telah dilatih untuk menilai keadaan mangsa.

trajektori peluru bukannya lurus macam pembaris. banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi arah pergerakan anak peluru. kalau tembak sasaran statik pun boleh tersasar, inikan plak tembakan di bawah tekanan dan subjek yang bergerak.

kalau memang sedari awal nak tembak mati, tak derlah kekecohan tu berpanjangan. elok-elok dia mecabar tu dah kena tembak dah sebab sedari awal dah memang bersenjata dan mempamerkan nias yang jelas untuk mendatangkan kemudaratan.

kalaupun digunakan akal yang waras, kalau kita dah bersenjata dan telah wujud kehadiran anggota polis di sekitar tapi kita teruskan jugak bermakna kita dengan sendirinya sudah mencabar kuasa polis. kehadiran anggota polis sepatutnya sudah menjadi signal supaya dihentikan tindakan tersebut.

cerita versi polis dah dengo, cerita versi keluarga si mati dah dengo, cerita versi tukang-tukang pemanjang cerita pun dah dengo. mana plak cerita versi 'rashidi and the gang'? bukankah mereka jugak terlibat secara langsung? dengo semua mungkin baru boleh buat kesimpulan menyeluruh.

diandaikanlah sekiranya pada hari kejadian, yang tercedera atau terbunuh adalah orang lain. contohnya anggota polis yang bertugas. adakah situasi sama akan wujud? adakah anggota polis yang berkenaan dan keluarganya akan menerima pembelaan sepertimana yang berlaku pada si mati dan keluarga sekarang? atau kalau musibah tersebut hanya akan didiamkan?

pada saya, untuk sementara waktu, biarlah rasanya justifikasi sedia ada diterima.

-kurt-

Tanpa Nama berkata...

bertindak tanpa berfikiran waras.ape gune jdi polis klau x gune kn ilmu yg dituntut masa rekrut dlu.

Tanpa Nama berkata...

pendapat ikhlas aku

Salah didikan keluarga... klu adik beradik aku nak mengamuk macam 2dah kene penampor awal2 dengan bapak aku...silap2 mak aku belasah guna batang penyapu..

apa2 pun dah memang ajal arwah macam tue,, masuk neraka atau syurga itu urusan arwah dengan yang maha esa.. tang hidup cuma mampu mentafsir..

Pak Uda

Tanpa Nama berkata...

orang awam mati hangpa semua kalut.. polis beribu ribu orang dah mampoih semasa menjalankan tugas hangpa tak kalut pun. awat hangpa ingat polis polis yang mati bertugas tu tak dak anak bini, tak dak mak pak, siapa salah aku tak peduli. Semua dah takdir Allah.. Dah tertulis semenjak dilahirkan yang ajal Tawfik akan berakhir dengan peluru. Terimalah kejadian Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tu la pasai...pembangkang ni tau nk carik salah polis shj...budak ni sebenaqnya mmg bermasalah..pi tya kwn2 dia...panas baran..klu x dia x kena tinggai la masa kat aloq staq tu..balik dr dr mana cuba hgpa tya..xkan dari masjid kot pagi2 buta..member dia pun x thn pangai dia..semua org dah taw...itu masalah apabila ibubapa x mengambil tahu kegiatan anak2 ..jadi mat rempit..perogol..org camni pembangkang nak bela sgt..aku rasa polis pun xde niat nk bunuh dia..kita x tau apa yg sbnrnyer terjadi...

Tanpa Nama berkata...

C++ cuba yg nk kena takik tu adalah lu atau adik beradik lu...mcm mana? nk carik polis mintak tolong atau ...ehh lu tak kan panggil polis sbb lu takut nanti penjenayah yg nk takik lu nanti di bunuh polis..lu lebih rela mati di tangan penjenayah ;D .. adik beradik lu mungkin tak pernah di takik oleh org yg mengamuk, itu sbb lu tak tahu apa2..kita patut support org yg jaga keamanan kita..dari org yg panas baran dan bila mengamuk keluar parang..cuba lu pegi hidup di selatan thailand..baru lu akan tahu berterima kasih pada PDRM..kita tentu tak mahu hidup kita spt di negara jiran tu..sekali mengamuk ramai yg mati..

Tanpa Nama berkata...

POlis-polis kat Malaysia nie kena pujuk dengan duit baru ok. Baru terbeliak biji mata depa. Depa nie lah kai RASUAH NOMBOR SATU DI MALAYSIA.

Aku dah jijik tgk polis2 yg menerima rasuah nie depan mata aku

Tanpa Nama berkata...

By: Ex Commando(Unit Lawan Keganasan (ULK)
Salam.

Cara menangani kes OKU mengamuk guna pisau sayur hingga membawa maut. Kes ini sebenarnya telah memberi persepsi yang sangat negetif kepada PDRM. Yang pastinya persoalan yang akan terpacul dalam fikiran kita terutama kepada mereka yang arif mengenai cara-cara menangani keganasan pasti akan tertanya perkara-perkara berikut:

1. Logikkah Polis yang sepatutnya telah mahir dan dalam jumlah yang ramai pula gagal mengawal seorang penjenayah yang berstatuskan OKU dan bersenjatakan hanya sebilah pisau pemotong sayur ?

2. Atau, Adakah polis kita ini benar-benar terlatih sepertimana yang dicanangkan sedangkan hakikatnya kes yang semudah ini menjadi tidak mudah dan membawa kepada maut ?

Kesimpulannya saya menyeru kepada pihak atasan PDRM memandang serius kepada tahap keupayaan anggota mereka. Latihan yang bersistematik dan berterusan akan mewujudkan ilmu dan keyakinan yang akan menjadi benteng keselamatan kepada diri anggota Polis itu sendiri dan juga keselamatan kepada orang ramai....

..... secara ikhlasnya, Saya kalau berada dalam situasi Polis bertempur dengan penjenayah.. saya cukup risau dengan peluru sesat dari muncung pistol Polis

Anak Perelih berkata...

PDRM = Polis Raja Di Malaysia....\
sebab mereka tu takut adanya IPCMC

perfectwater75 berkata...

Salam,

terima kasih kepada semua yang berkunjung dan memberi komen. Ambillah yang baik...Moga Allah meredhai...

Tanpa Nama berkata...

muaz saifullah

ramai yang berbincang dalam ni.
sebagai sepupu saya sangat sedih atas kehilangan beliau.

tapi dalam mahkamah sekalipun,
"its not about what u know,its about what u can prove"

kita tgk lah agenda mereka dalam mahkamah.harap arwah pitt diadili dengan sebetulnya.:) r.i.p

Tanpa Nama berkata...

Je suis intéressé à faire mon blog propre musique et je suis constamment à la recherche par le biais de nombreux blogs musicaux tout au long de la journée à trouver de nouvelles musiques avant de d'autres personnes que je connais. Mais comment voulez-ces blogs trouve que la musique en premier? Puis-je vraiment commencer par simplement l'affichage de la musique que je trouve sur d'autres blogs?.