Salam,
Hari ini saya beruntung kerana mengikuti Lawatan Tidak Rasmi SUHAKAM yang diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk N Siva Subramaniam ke lokasi berlakunya peristiwa Polis menembak orang awam yang dikatakan 'mengamuk' di Guar Sanji.
Saya tak mahu mengulas panjang apa yang saya dapat dari Datuk N Siva Subramaniam pagi tadi. Peluang yang datang sekali sahaja ini saya abadikan dalam gambar-gambar yang sempat saya ambil. Masa selama hampir 30 minit memberikan gambaran jelas kepada beliau yang turut ditemani oleh seorang pegawai yang saya kenali sebagai Tengku Mohamad. Apa yang mengejutkan saya ialah terpacul secara tak sengaja beberapa percanggahan laporan yang diberikan pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Saya tak mahu bercerita panjang biarlah gambar yang saya paparkan bercerita sendiri.
Untuk makluman pengunjung blog kerdil ini, pagi tadi telah diadakan pertemuan antara pihak SUHAKAM dengan pihak POLIS IPK Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis. Tunggu sahaja apa beritanya selepas ini..
Mencatat setiap maklumat yang diberikan kaum keluarga mangsa
Di sini tempat OCS Arau memegang pisau (jarak hampir 80 meter dengan lokasi mangsa rebah ditembak mati hanya dalam masa beberapa minit, barang bukti dicemari???)
Antara lokasi yang sempat 'dikunjungi 'OKU' yang malang pada pagi kejadian
Wajah sedih seorang ibu yang kehilangan anak
Wajah sedih seorang ayah yang tak sangka nyawanya diambil oleh 'Malaikatul Maut' dengan cara yang terlalu 'baik'
gambar lokasi pergerakan pisau pemotong sayur yang 'berlari' ini diambil dari jarak hampir 80 meter dari tempat OKU ini ditembak.
Datuk N Siva tekun mendengar penjelasan dari kaum keluarga mangsa 'OKU' yang ditembak.
antara lokasi di tempat kejadian
Meneliti lokasi kejadian
Rumah rakannya RASHIDI yang dilaporkan akhbar sebagai KONTRAKTOR...
DI SINI MANGSA DITEMBAK DAN JATUH TERTIARAP(longgokan pasir)
p/s; Terima kasih kepada yang memberikan komen 'pahit & manis' atas artikel yang saya tuliskan sebelum ini...thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
kalau itulah jarak tembakan yang dilepaskan (80m?), imho kebarangkalian untuk tersasar dari bidikan asal tu ade tambahan plak kalau subjek sedang bergerak. dan apakah logik untuk seseorang yang waras pergi sejauh tu untuk menggari dan kemudiannya berpatah balik sebelum melakukan tembakan?
apakah sudah dapat dipastikan sama ada anak peluru tersekat di dalam tubuh atau menembusi tubuh? adalah satu atau dua luka tembusan akibat tembakan?
-kurt-
Salam sdr.
Apa yang saya boleh katakan bersumberkan blog, akhbar dan TV., Polis telah berbohong, tapi bohong bodoh tahap Pandir!
Slm,
Thx Abg Mountdweller dan Mr.Kurt..
Keadaan tangan yang bergari menimbulkan persoalan sama ada suspek digari sebelum atau selepas ditembak.
Ini jelas menjadi keraguan kerana tembakan di dada boleh menyebabkan kematian serta-merta dan apa rasional mangsa tembakan digari selepas ditembak dan dibiarkan tersembam muka di tanah dengan berlumuran darah di bahagian muka?
Apa juga rasional mangsa ditembak dalam keadaan bergari jika prosedur menggari suspek dilakukan sebelum ‘nyawanya diambil’?
Kita tunggu apa kata 'mereka'?
thx!
salam.
kalau tembakan untuk membunuh dibuat dalam jarak 80 meter dengan hanya menggunakan revolver .38 sahaja, ianya adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. maximum effective range untuk senjata jenis nie in general kurang daripada 60 meter. dalam keadaan biasa, kalau lebih daripada jarak tu, agak mustahil untuk hasilkan tembakan tepat. (kalau betullah polis tu dapat buat tembakan tepat ke dada dalam jarak cenggitu, elok rasanya kita hantar dia masuk olimpik. ader can dapat emas. 80 meter boleh bull eye, aperlah sangat kalau kalau 10 meter atau 25 meter). imho, dalam jarak cenggitu, ader benarnya kalau polis tu sasarkan tempat lain tapi kena tempat lain.
dalam jarak sebegitu, agak mustahil mangsa ditembak dalam keadaan bergari. rasionalnya seperti posting terdahulu. dan kalau ditembak pada jarak dekat/amat dekat, apakah ader kesan kecederaan pada bahagian atas lengan? paling tidak pun kesan darah sebab kalau keadaan tangan bergari ke belakang, bahagian atas lengan akan bersetentangan dengan kedudukan jantung. dan sekiranya tembakan dibuat pada jarak dekat, tak mustahil untuk anak peluru (projectile) menembusi tubuh dan mencederakan bahagian tersebut.
curious jugak nak tau keadaan sebenar.
-kurt-
salam,tahniah kpd pw75 krana meneruskan prjuangan membongkar, kemalangan?ini,sekurang kurangnya mahkamah maya ini dapat melahirkan mountdweller sbg peguam bela melalui komen(Polis telah berbohong, tapi bohong bodoh tahap Pandir!)dan saudara pw75 dan sdr kurt boleh jadi pakar forensik dgn analisa yg diberikan walau bagaimanapun semua ini adalah intepritasi kita kpd kejadian yg menyedihkan ini. kpd kedua ibubapa trlibat brbanyak sabar dan teruskanlah usaha mencari keadilan dan dapatkan bntuan nasihat dan sbgnya dari pihak yg brkaitan thx
-unperfectstone53
Salam,
sememangnya usaha sedang dibuat dan tidak semberono menuduh mana-mana pihak...
harap sesiapapun tidak prejudis dengan apa yang saya lakukan ini kerana yang mati seorang PEMUDA UMNO dan kematian \nya seolah-olah langsung tidak dibela bahkan dihukum terlebih dahulu seperti laporan beberapa akhbar perdana...contoh tajuk yang saya masih ingat DENDAM SI PENGAMUK dll...
harap sabar dan sememangnya ibu bapa meraka terlalu banyak bersabar
Cedera diserang lelaki amuk
Oleh SHANTY NUR SHAFFIZAN SHAFEE
shantynur@hmetro.com.my
(6 december 2009)
Mukasurat 2
SHAH ALAM: Amukan seorang bekas tentera yang kurang siuman menyebabkan seorang anggota polis cedera ketika cuba menahannya dalam satu kejadian di Sekinchan malam kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian jam 9.25 malam, mangsa melakukan tugasan rondaan dan menerima maklumat berlakunya kejadian amuk oleh seorang lelaki kurang siuman.
Ketika sampai di hadapan sebuah gerai di Parit 5, Sekinchan, mangsa Lans Koperal Mohd Nazeri Mohd Nor cuba menahan suspek yang bertindak ganas dengan melibas parang ke arah orang awam.
Namun, suspek melulu ke arahnya dan menendang dengan kuat di paha menyebabkan dia jatuh dan cedera,? katanya ketika di temui di Pusat Perubatan Selangor semalam.
Menurut Khalid, mangsa dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang untuk menerima rawatan dan imbasan sinar X mendapati tulang pinggulnya patah.
Mangsa kemudiannya di hantar ke Pusat perubatan Selangor untuk rawatan susulan dan kini masih ditahan di wad,? katanya.
Suspek berusia 35 tahun itu kini ditahan di lokap pesakit mental di Hospital Tanjung Karang dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
bro... jadik cenggini naper suhakam senyap jer.. takkan kot pilih bulu.... polis pun bukan manusia ker? mai tulun percepat insurance claim pun baguihler jugak.........
-kurt-
salam kurt
ada baca juga polis cedera tu, tapi biasa la banyak orang tak suka kat polis, boleh jadi juga anggota tsbt baca tulisan perfectwater75, dia jadi takut trsilap so.. dia terima padah sndiri, sprti biasa polis, imigresen,kastam,sprm semuanya adalah badan penguat kuasa sudah semestinya bnyak yg tak suka, tapi, sebagai rakyat yg brtanggung jawab adalah wajar kita semua memberi sokongan kpd mereka mereka yg brtugas dgn ikhlas untuk mnjaga keamanan dan keselamatan negara
-unperfectstone53-
seperti Anwar Ibrahim pernah kata... "kalau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri boleh dibelasah separuh mati didalam lokap oleh KPN.. apa la nasib rakyat biasa" macam kita ni... sudah berapa banyak kes mati didalam tahanan berlaku... kalaupun mereka bersalah, adili mereka di mahkamah...
Kita dapat tahu sekarang ni,polis2 malaysia bnyk melakukan kesilapan,kita bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa polis sekarang ini tidak baik,sebahagian polis malaysia ada yang menjalankan tugas penuh dengan tanggungjawab,but sebahagian nya pula suka melakukan kerja tanpa berfikir dan bertindak... Kita boleh lihat sekarang di media massa yang terpampang dimana-mana sahaja... Sekarang ini,bnyk kes-kes polis yang berlaku.. "Polis tembak orang awam... " "polis melepaskan tembakan di tempat awam..."...
Banyak agama mengatakan dunia kita ini semakin kiamat,tapi tidak terfikir kah anda bahawa yang mengiamatkannya ialah orang-orang kita sendiri..?? Bukan Nya yang sengaja mengiamatkan dunia ini,tetapi semua itu ialah hasil daripada kita sendiri,kita yang mengiamatkan dunia.. Pembaca semua,cuba anda fikir secara positif... Jangan hanya berfikir negatif.. Berfikir kena ke depan,TETAPI kadang kala kita boleh jugak berfikir ke -belakang... Akhir kata,amatilah apa yang kita ada kat dunia ini.. Jangan musnahkan apa yang kita ada... Sekian Terima Kasih...
hanya satu persoalan sahaja,kalau dah tembak kenapa lagi nak gari,n kalau dah gari,kenapa nak tembak.
thats all.
im his cousin.rest in peace pitt.
Catat Ulasan