November 20, 2009

Wajah Team 'A' UMNO Perlis Terbongkar?! Malang Sungguh Malang...

Salam,

Lama sudah tak menaip dan lama sudah berdiam sejak isu tanah di Wang Kelian, Perlis. Khabarnya, Ketua Pemuda UMNO Padang Besar telah diarahkan untuk menjawab beberapa persoalan oleh Ketua Polis Daerah (OCPD) bersama dengan EXCO Tanah Negeri YB Mat Rawi Kassim. Biarlah apa yang ditanya dan apa yang dijawab kerana isu itu yang dikatakan akan selesai oleh YB mat Rawi sebenarnya akan mengambil masa yang cukup panjang untuk diselesaikan. Tak percaya? Tunggu sahaja...

Berbalik kepada tajuk utama kali ini. Maklumat yang diterima dari khabar sahih menyatakan tak sampai 10 orang yang menghantar YAB Md Isa Sabu Menteri Besar Perlis yang telahpun berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. Apa yang mendukacitakan, dalam kalangan 10 orang yang hadir tiada seorang pun dari kalangan YB EXCO Kerajaan Negeri dan tiada seorang pun YB yang tidak memegang apa-apa jawatan exco. Ini amat mengejutkan kerana sebagai seorang ketua kerajaan negeri sepatutnya dihormati terutama dalam hal berkaitan. Malangnya ia tidak berlaku, rentetan daripada keengganan pegawai kerajaan negeri yang tidak menghadiri satu majlis YAB MB Perlis di Wang Kelian 2 minggu yang lalu nampaknya telah berjangkit kepada YB BN yang ada. Penulis juga diberitahu, tiada seorang pun Pegawai Khas MB yang dilantik atas kapasiti jawatan tertinggi parti di peringkat negeri hadir kecuali seorang, iaitu Ketua Pemuda Negeri Perlis yang tidak diberi apa-apa jawatan yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada YAB MB Perlis ini. Apa yang menyeronokkan dan melucukan hati, taktik lama turut digunakan oleh seorang lagi 'KAYU GOLEK' UMNO Perlis yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua di salah satu UMNO Bahagian di Perlis yang cuba mengambil kesempatan "mengampu-bodek's" YAB MB Perlis dengan menaja sebuah BAS untuk mengucapkan selamat jalan di 'airport'. Beliau cukup dikenali sebagai 'hardcore' mantan MB Perlis yang masih 'berbisa' tetapi sekarang nampaknya sudah melakonkan dua watak utama demi survival politik 'busuk' yang hanya sekadar untuk mengenyangkan perutnya semata-mata. Tak tahulah sama ada YB Mantan MB Perlis menyedari atau tidak tingkah buruk yang sedang dipamerkan oleh 'hardcore' yang tak pernah kenyang-kenyang dengan lambakan projek 'mega' sepanjang tempoh beliau menjadi pegawai khas kepada mantan MB Perlis yang tersohor itu.

Hakikatnya, inilah wajah sebenar TEAM 'A' UMNO PERLIS yang gah kerana berjaya melakukan KUDETA selepas BN berjaya mempertahankan PERLIS dari hanyut dek gelombang TSUNAMI POLITIK 2008. Mengapa masih tiada keinsafan atas segala yang ditakdirkan sedangkan jelas pentunjuk yang ALLAH berikan kerana UMNO tak pernah bersatu masih tidak diambil sebagai pengajaran terbaik? Sudahlah berterusan beretorik mendabik dada burung dan perut busung menyatakan UMNO telus untuk menyatukan rakyat!

thx!

p/s; Semoga ALLAH memberikan kesejahteraan kepada YAB MB Perlis dan isteri...AAMIIIIN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah..kah.. seronok tengok orang2 umno brcakaran sesama sndiri utk rebut kpimpinan umno perlis. nak marah pun tak buleh so lebih baik kita ketawakan mereka semoga mereka sedar mereka akan jadi macam ds khir toyo kat selangor atau pun macam ds koh so kun kat penang pada pru13 akan datang..
kah....kah...kah..

Anak Perelih berkata...

ADUN BN yg pi mekah sekali dgn MB pun ada... sebab tu depa tak termasuk dalam "10 orang yang hantaq MB".... tak percaya... tanya la YB Cikgu Mat Kola perelih....

BTW... projek teatree apa citer??? mana pi dana RM5 juta tu??? dengaq habaq projek teatree dah berjaya di Sabah... org sama jugak yg jadi pakarnya....

Walaupun aku sokong PAS.. tapi aku tak tahan la dengan auta ko pasai MB.... walaupun dia dari UMNO....