November 02, 2009

AKU TETAP SOKONG Dr. ASRI!!!! Apahal POLIS Datang Sampai Lebih 30 Orang??? Hebat!

Salam,

Saya tak mahu nak ulas panjang cuma hanya hendak MENYATAKAN SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI kepada Dr. Mohd Asri Zainal Abidin Ikon Pejuang Islam yang Sederhana Pendekatannya...TETAPI.....Polis datang nak tahan sampai lebih 30 orang??? Lebih dari PENJENAYAH BESAR!!!! Banyak lagi JENAYAH yang perlu ditentang oleh barisan polis-polis yang berkenaan. Tak payahlah buang duit rakyat untuk menangkap atau menahan seorang yang dhaif seperti ini. Ini adalah perbuatan yang merugikan!!!

Sepatutnya tangkap Harussani dan lain-lain mufti perut yang masih hisup di Malaysia ini supaya DAKWAH ISLAM dapat terus dikembangkan tanpa ada sekatan di negeri-negeri tertentu sepertimana yang berlaku kepada Dr.MAZA sama ada ketika semasa dan selepas menjadi mifti di Perlis. Kan negara ini negara ISLAM...

Mesti ada yang akan bertanya kenapa tetiba sahaja nama Harussani disebut sedangkan hal ini berlaku di Selangor? Mudah sahaja, kalau Dr.Asri melakukan perkara yang sama di Perak maka mufti-mufti perut seperti inilah yang akan terlibat sama untuk menahan beliau kerana menyampaikan kuliah atau ceramah tanpa tauliah....

Ingat!!! hanya di negeri-negeri tertentu sahaja Dr. Asri dilarang membuat penampilan.. bayangkan Majlis mufti punya ramai ahlinya berkumpul hanya membincangkan perkara yang kecil dan takut pula menyentuh perkara yang lebih besar...Fikirlah terutama kepada puak-puak yang menentang sungguh dan mengganggap Dr.Asri seorang yang sesat pengamalannya. Seringkali beliau berceramah dan mendatangkan hujjah dari dalil yang sah tak pula dikhilaf atau ditujah hujjah tersebut dengan dalil-dalil lain yang lebih SAH! Jadi di kesempatan ini saya ingin menyatakan SEPENUH SOKONGAN TAK BERBELAH BAHAGI KEPADA Dr.ASRI, sahabat yang saya hormati...

YANG BENAR TETAP BENAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

thx!

8 ulasan:

cekodokmasin berkata...

Bukan ke JAIS di bawah kerjaan negeri Selangor dan Exconya Datuk Hassan Ali?

kembara putih berkata...

Kes ni memang pelik. Najib awal2 lagi isytihar bahawa kerajaan Persekutuan tidak terlibat. Apa perlunya beliau buat begitu. Ada yang termakan cili ke? Lepas tu polis dengan jumlah 30 orang. PDRM ni di bawah menteri mana? Kenapa pula nak tangkap di Selangor, kenapa tak tangkap di negeri2 lain? Mentang2 la Selangor tgh berkrisis antara Hassan Ali dgn kerajaan negeri, nak ambil kesempatan ke? @ nak perangkap PAS?

Lebih pelik bila di mahkamah, JAIS kelu untuk dakwa di bawah kesalahan apa. Nampak sgt kerja dilakukan tergesa2 dan ada motif tertentu. Lastly dakwa kerana mengajar tanpa permit.

Memang la PR perintah Selangor, tapi tidakla kawal JAIS 100%. Di situ juga ada peranan sultan dan kerajaan Malaysia. Dan di JAIS juga masih ramai pegawai yang berkiblatkan UMNO. Dalam kes2 terdahulu pun kdg kala Pengarah JAIS lebih berkuasa dari Exco yang jaga hal ehwal agama.

TokTam berkata...

Maaf cakap. Fahaman yang Asri dan hampa dok pakai sebenarnya dah kona kelain. Carilah jalan yang benar dengan kembali bertaubat atas kesilapan dan mengaku pada seluruh rakyat Malaysia selama ini dia dok bawa ajaran tak kena....kalau dia tak tau tang mana silap tolong tanya kepada yang lebih tau tapi susahnya pasai tak mau 'serender'macam mana orang nak tolong perbetulkan...

Tanpa Nama berkata...

hek..eleh..kembara putih.
mestilah kerajaan pusat bgtau awal2. kalau x nanti PAS akan tuduh diorang.
aku tak taulah Dr Asri ni memesong ke tidak. itu aku tak tau. yang aku tau, bab2 nak menangkap orang yang berkaitan dgn agama islam di bawah exco negeri. dalam hal ni hasan ali la punye keje. polis cuma bagi kerjasama pada mana2 badan nak mintak tolong. Asalkan untuk menjaga keamanan.

ape punye pikir la kembara putih ni. memang la JAIS bawah sultan dan JAKIM. tapi keputusan JAIS tertakluk kepada JAIS. JAKIM x boleh masuk campur pun. memang la bawah sultan, tapi x kan semua sultan nak kena endorse. yang keputusan dasar aje baru perlukan kuasa sultan. Setakat bab2 menangkap ni serah kat jais je lah. Sekarang ni ketua pengarah jais sape yang pilih. tak ke Hassan ali. jadi ketua pengarah jais la ni yang berkiblat kan hamPAS. ni semua kerja orang2 hamPAS la ni.
biasalah, orang hamPAS, berak tgh jalan memang tak ngaku. siap tuduh2 org lain pulak.
Untuk kembara putih,hal skang ni kuasa siapa. lain kali pakai otak sikit kalau nak menuduh. Ni semua kuasa Exco, ketua pengarah, pengarah2 dan kunco2nya.
lagi satu, apsal blog ni duk kutuk harussani? sebab x sokong hamPAS?
kalau dah orang hamPAS, sape2 tak menyokong diorang semua salah. sape yang ajar? N.ajis jugak. aku ada belajar jugak, akhir zaman nanti, siapa yang tak mengikut kata2 dajal, maka dia akan dianiaya termasuklah dihina. aku rasa macam dajal pulak dia tu. x setuju je kena hina. ish......nauzubillah....

Tanpa Nama berkata...

A quite good story..

don't forget to leave your comment in myutusanmalaysia.blogspot.com

Wani-dsp,
My Utusan Malaysia

Tanpa Nama berkata...

asri sesat dan perlu bertaubat.

Anak Perelih berkata...

pengarah JAIS/MAIS adalah bekas setiausaha politik Mohammad mohammad Taib...bekas MB selangor dan bekas Naib presiden UMNO...

Tanpa Nama berkata...

… Unbelievable , but I just found software which can do all hard work promoting your perfectwater75.blogspot.com website on complete autopilot - building backlinks and getting your website on top of Google and other search engines 1st pages, so your site finally can get laser targeted qualified traffic, and so you can get lot more visitors for your website.

YEP, that’s right, there’s this little known website which shows you how to get to the top 10 of Google and other search engines guaranteed.

I used it and in just 7 days… got floods of traffic to my site...

…Well check out the incredible results for yourself -
http://autopilot-traffic-software.com

I’m not trying to be rude here, but I believe when you find something that finally works you should share it…

…so that’s what I’m doing today, sharing it with you:

http://autopilot-traffic-software.com

Take care - your friend George