Salam,
Walau apapun telahan orang, saya ingin mengalungkan penghormatan kepada Ahli Parlimen Sri Gading yang berterus-terang tentang hal yang pada pandangannya dan sememangnya itu pandangan majoriti rakyat secara telus dan tidak berselindung.
Sewajarnya Najib melihat teguran ini sebagai sesuatu yang mesti diambil tindakan segera. Untuk apa dipertahankan seorang yang 'GAGAL' dan 'MEMALUKAN' BN dalam PRU ke 12. Biarlah kekalahan itu menjadi pengajaran dan mereka yang kalah sewajarnya memulakan perjalanan dari mula dan bukannya menggunakan jalan singkat.
Persoalan meningkatkan daya saing Industri Automatif Negara yang mewajibkan kereta yang berusi lebih dari 15 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan jalanraya negara ini. Apabila ia disentuh oleh seorang Ahli Parlimen Kerajaan yang memerintah maka ia dilihat sebagai satu usaha progresif yang positif dan pihak yang berkenaan seharusnya melihat atau membuka semula fail untuk dibuat penambahbaikan agar kerajaan yang ada tidak dilhat sebagai kerajaan yang 'mendahulukan' rakyat untuk menerima segala beban akibat kemerosotan ekonomi dunia ketika ini.
Cuma seperkara yang amat saya harapkan sebagai golongan rakyat marhain, agar YB Sri gading terus istiqamah menegur kesilapan pimpinan atasan di peringkat awal tanpa perlu bimbang ditarik apa jua haknya sebagai ahli parlimen atau mungkin disisihkan oleh rakan-rakan 'pengampu' yang sentiasa wujud dalam parti dan kerajaan.
Tahniah buat Datuk Mohamad Aziz!!! Pastikan nama anda harum bukan kerana AMPU tetapi kerana MAMPU!!!
thx!
Oktober 29, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan