Oktober 27, 2009

1MALAYSIA!!! Bagi UMNO Nilai anak hanya RM10k sahaja...?


Salam,

Saya ingin menyampaikan SALAM TAKZIAH kepada kaum keluarga mangsa jambatan gantung yang terkopak konkritnya di Kuala Dipang. Bila menonton TV3 sebentar tadi, tiada pemimpin UMNO yang menyentuh tentang kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pembinaan projek segera Kerajaan baru Perak. Sepatutnya pihak polis terus sahaja mengeluarkan waran tangkap kepada pihak kontraktor yang tentunya dilantik sendiri oleh pemimpin tertentu dalam dalam kerajaan baru di Perak setelah hampir setahun sejak MAC 2008 yang hampir kebuluran kerana tiada projek yang turun kerana kerajaan ketika itu dipimpin oleh pakatan pembangkang yang 'tak tahu memerintah'.

Pihak Kementerian Pelajaran tak payah dok kalut nak tubuh jawatankuasa untuk menyiasat kejadian sudah terang lagi bersuluh isu keselamatan dan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang menjadi faktor atau punca dalam kejadian ini. Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi bila mengenangkan pemberita media kerajaan yang sibuk mendapatkan pendapat budak-budak yang terlibat seolah-olah cuba mencari sabit kesalahan budak-budak sekolah yang terlibat sebagai asas kejadian malang ini berlaku.



Saya agak terkejut kerana nilai pampasan awal yang diumumkan oleh menterinya yang hebat itu hanya RM 10k. Maknanya di sini, jika anak-anak kita mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah maka pampasan awalnya sebagai nilai nyawa anak-anak kita hanyalah RM 10 ribu sahaja. Jangan pula adanya nanti, pihak yang berkenaan menyatakan ada unsur sabotaj khususnya kepada sebarang program 1 Malaysia seperti ini. Kalau dilihat dari dahsyatnya kopakan tanah yang menunjangi konkrit yang menjadi asas titi gantung tersebut rasanya, ia adalah kecuaian kontraktor yang diamanahkan membina prasarana yang berkaitan dengan nyawa manusia. Nasib baiklah yang lemas itu anak-anak 1 Malaysia. Bayangkan kalau NAJIB yang sedang melalui jambatan tersebut pada ketika yang berkenaan. Apakah Malaysia bersedia menerima kematian mngejut seorang perdana menteri dalam tragedi seperti ini? Bagi mereka yang mabuk kuasa seharusnya inilah peluang yang takkan dilepaskan untuk melihat seorang PErdana Menteri Malaysia mati dengan cara sebegitu. Fikirkan...Syukur kerana bukan Najib yang terkorban tetapi adakah KESEDIHAN KAUM KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT boleh dipadamkan hanya dengan nilai RM10000 sahaja?

thx!

p/s: PERFEFCTWATER75: TAKZIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...

3 ulasan:

Jati Diri berkata...

Salam Saudara,

1. Tidak wajar mengambil kesempatan diatas kesedihan orang lain untuk kepentingan politik saudara;

2. TPM dah sumbang RM10,000. Berapa sumbangan saudara atau pun pertubuhan sahsiah yang saudara wakili?;

3. Dah siasat ke jambatan tu siapa buat? [jambatan tu sumbangan peribadi sebuah syarikat untuk keselesaan orang kampong];

4. Ingat qada dan qadar. Siapa juga yang memerintah, tragedi ini tetap akan berlaku;

5. Adakah saudara terfikir (sekiranya mengikut hujah saudara) malapetaka ini berlaku kerana kurang ajarnya mereka yang berkopiah terhadap Kesultanan Perak? Sudah kena daulat?

6. Atau mungkin menunjukkan kemurkaan Allah terhadap seorang Islam yang menggadaikan agama dan bangsanya serta sanggup bersekongkol dengan kafir-harbi semata-mata kerana kuasa?

Tanpa Nama berkata...

tajuk ini jelas utk menghina pmerintah tahniah buat perfectwater75, tapi saya melihat prkara ini adalah berkaitan dgn sikap penganjur yg tidak prihatin dgn langkah kselamatan,ibu bapa trpaksa t/t surat plepasan pnganjur(guru guru) spatutnya melibatkan pibg, wakil polis dan bomba turut serta apabila menganjurkan aktibiti sprti ini- unperfectstone53.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Buat Saudara Tanpa Nama
2009 Oktober 28 00:10,
komen anda terpaksa saya hapuskan kerana terlalu kasar makian dan caciannya..tak payahlah masuk blog ini kalau bahasa yang hendak digunakan saudara terlalu 'cantik' dan 'menarik'. Saya pun tak pernah rasa rugi kalau orang tidak membaca apa yang saya sampaikan ini. Tambahan pula orang seperti saudara. Terima kasih sajalah

Buat sdr unperfectwater53, saya bukan hendak menghina kerajaan, sepatutnya kita telus dalam hal ini bukan mencari anak-anak yang masih trauma untuk ditanyakan pendapatnya. Sepatutnya kita tanya atau cari siapa yang melaksanakan projek yang dikatakan sumbangan oleh syarikat tertentu. Bukankah sumbangan itu ada maknanya?

Soalnya sekarang, kenapa terlau tergesa-gesa mengadakan program yang sedemikian tanpa melihat kepentingan dan isu-isu lain bersangkutan dengan keselamatan didahulukan? Kita sering mengamalkan perangai terhantuk baru nak terngadah bila melalui sesuatu masalah. Bukan sehari UMNO/BN memerintah negara sepatutnya kita sudah matang untuk mengelakkan perkara yang sebegini berulang lagi kerana apa yang berlaku melibatkan perkara yang terlalu asas semata-mata.

Seperkara lagi, saya rasa tak payah disebut tentang berapa yang hendak diberi kepada keluarga mangsa. Bagi sahaja dan diam biar orang tak tahu apa 'kebaikan' yang kita telah buat.

Saudara JATIDIRI nampaknya masih mengamalkan kepercayaan karut apabila menyatakan mereka yang berlaku KURANG AJAR terhadap KESULATANAN PERAK sudah kena DAULAT? Entahlah mana ayat atau hadis yang digunakan untuk menyatakan adanya DAULAT dalam ajaran ISLAM. Walaupun dia seorang raja maka matinya nanti tetap disimpan di dalam tanah. Darahnya tetap sama merah. Darjatnya hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. DAULATnya...kita manusia yang percaya perkara karut sahaja yang beri...

Fikirlah sendiri...

thx!