Oktober 05, 2009

Politik Wang Bukan Rasuah! Inikah Petanda UMNO Semakin Lekeh...?

Salam Bloggers!
2-3 hari selepas pencalonan kerusi DUN Bagan Pinang maka seperti biasa Media Perdana negara akan memainkan isu-isu berkaitan untuk menunjukkan kelemahan di sebelah piahk yang membangkang. Itu memang biasa dan ia sebenarnya tak mengancam kekuatan parti yang satu lagi untuk turut berkempen bagi memberi kemenangan bermakna kepada parti dukungan mereka kerana tidak ramai yang akan asyik menonton media perdana tersebut melayar berita palsu dan meloyakan.

Cuma, apa yang saya lihat agak ganjil kali ini ialah isu yang cuba dipaparkan atau digembar-gemburkan bukan isu berkaitan Bagan Pinang secara keseluruhan tetapi sampai ke malam ini media tersebut masih menggunakan isu 'LEMAK BENGKAK' yang telah ditonjolkan secara meluas pada hari penamaan calon. Apakah ini petanda UMNO semakin BODOH dan LEKEH bila menghadapi pilihanraya? Apa yang saya lihat ini bukan cara UMNO yang sebenar tetapi ia cara lapuk yang masih digunakan seolah-olah tiada lagi cara dan isu lain yang lebih penting untuk dibawa.

Kelekehan UMNO ini ditambah buruk dengan pengakuan Sang Presiden yang kini 'makan angin' bersama 'PM' di Kota Paris yang menyatakan bahawa calon BN "HANYA" melakukan kesalahan teknikal parti dan langsung tak menyalahi mana-mana peruntukan dalam undang-undang negara. Maka apabila sang presiden menyalak demikian tiada apa yang perlu dipertikaikan kerana kata-kata presiden umpama FIRMAN tuhan dan SABDA nabi oleh pengikut UMNO yang belum tulen ISLAMnya itu. SPRM yang gah itupun takkan mampu menyanggah TITAH raja UMNO semasa ini.

Jelaslah hari ini bahawa jika ahli UMNO melakukan kesalahan yang melanggar disiplin parti seperti politik wang langsung tidak dianggap sebagai rasuah dan jika orang lain termasuk rakyat marhain melakukan tingkah yang sama saya yakin, sang pencium tahi SPRM akan menjejaki hingga ke nafas yang terakhir demi menegakkan undang-undang negara Malaysia yang tercinta, Lihatlah apa yang berlaku dalam kes Azalina Said yang mana orang kanannya telah ditahan bersama sejumlah wang yang agak banyak tetapi kes itu katanya masih disiasat dan sehingga kini masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib kepada individu yang berkenaan. Malahan, Azalina sendiri dilaporkan pernah mencabar pihak SPRM untuk mengambil tindakan sekiranya beliau bersalah. Apakah cukup dengan hukuman 6 tahun keahlian digantung kemudian dipendekkan sependek tuan tubuh sudah membolehkan beliau wajar diberi peluang kedua atau sang presiden takut isu lama terbongkar sehingga mungkin akan mencalarkan reputasinya yang sedia tercalar itu?

Hari ini rakyat Malaysia menyaksikan bahawa jika melakukan RASUAH dalam UMNO ia adalah biasa dan bukan dianggap sebagai penjenayah tetapi jika keadaan itu berlaku kepada individu yang bukan ahli UMNO maka ia adalah RASUAH dan sang pelakunya akan dipenjara serta didenda semaksima mungkin. Maka BILIS TETAP BILIS manakan sama dengan JERUNG GANAS yang akan terus berkeliaran.

Berubahlah UMNO! Berubahlah UMNO!

p/s: Siapa nak buat amal menderma sesama ahli maka ikutlah cara UMNO kerana perbuatan itu bukanlah rasuah. SPRM akan kekal sebagai Suruhanjaya Pencinta Rasuah Malaysia selamanya.

thx!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO tak payah berubah.
Biarkan voters pangkah PAS.
Nanti boleh le tengok keagungan dan keislaman PAS memerintah. Seperti memerintah negeri lain tu.
Kalau ada salah PAS, putarkan isu tu kepada UMNO. Senang aje.

adibeta berkata...

Tuan, tengok kiri kanan sebelum berkata-kata, apa pendapat anda ttg isu di bawah:
Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen." - Malaysian Story

Clause di atas jarang berkumandang apabila kita membicarakan isu Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak tahu mengenai clause tersebut terutamanya orang kampung dan rakyat yang tidak fasih bahasa Inggeris dan mereka yang malas untuk mencari bukti serta menerima sahaja segala maklumat tanpa berfikir.

Fanatik Anwar Ibrahim sebolehnya tidak mahu mempercayai clause tersebut walau pun mereka juga sebenarnya ragu-ragu tentang 'minat dua alam' Anwar Ibrahim ini.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Mengapa sikit2 nak tuju kat DSAI mcm tkda orang lain sj..UMNO takut sangat ke kpd kawan ni??? lihat apa komen Tun Dr Mahathir...langsung dia tak sentuh sikit pun orang yang berkenaan.

Bersama ini saya sertakan komen TDM (minta izin TDM)


1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.

5. Imej ini boleh diubah jika UMNO secara serius cuba bertindak membersihkan dirinya. Yang rakyat lihat ialah janji akan terus bertindak terhadap yang terlibat dengan penggunaan wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi tidak dikotakan. Sebaliknya banyak tanda-tanda yang menunjuk yang kotor diterima juga. Jika yang dipilih sebagai calon di Bagan Pinang tidak bersih maka persepsi rakyat terhadap UMNO sebagai parti rasuah tidak akan berubah. Ia akan mempunyai kesan buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.

8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.

9. Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum.

10. Sebenarnya penolakan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 disebabkan kebanyakan ahli UMNO terus menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh rakyat. Oleh kerana ahli UMNO tidak bertindak menukar pemimpin yang tercemar dengan rasuah dan nepotisme, maka rakyat sebagai pengundi terpaksa bertindak mengalahkan BN dan UMNO di banyak kawasan.

11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.

sekian terima kasih.