November 06, 2008

UMNO.......FLIP-FLOP TAK HABIS-HABIS!!!!

Salam Bloggers!

Flip-flop! Flip-flop! Flip-flop Oh La La!!!
Flip-flop! Flip-flop! Flip-flop Oh La La!!!
Flip-flop! Flip-flop! Flip-flop Oh La La!!!
UMNO sudah Tuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Mulanya Pak Lah, mulanya Pak Lah selalu flip-flop,
jangkit TPM (aduhai sayang)
jangkit TPM,
flip-floplah juga,

Kinilah ALBAR, kinilah ALBAR pula yang flip-flop,
tunggu lepas ni(aduhai sayang),
Tunggu lepas ni,
siapa pula.......................

Kalau lelaki, kalau lelaki dikata andropaus,
wanita pula (aduhai sayang)
wanita pula,
dikata monopaus,

kalaulah UMNO, kalaulah UMNO apalah pula,
Mungkin yang sesuai(aduhai sayang),
mungkin yang sesuai,
jadi ikan paus...................

Kenapa ada,kenapa ada,
menteri yang bengong,
sekejap begitu (aduhai sayang),
sekejap begitu,
sekejap begini,

apa nak jadi, apa nak jadi,
negara ini,
PM dah bengong,(aduhai sayang)
TPM pun bengong,
tak tahan tekanan.

Dulu ISA, Dulu ISA,
sekarang Pondok Polis,
Jawapan menteri (aduhai sayang)
Jawapan langsung langsung tak betul,
sekejap OK, Sekejap OK,
sekejap KO,
Betulkah kata(aduhai sayang), betulkah kata,
Kucing UMNO ini..................


Mohon menyanyi!!!!

P/S 1: Hairan tapi benar, UMNO sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Melayu tetapi sebutan UMNO itu sendiri seolah-olah 'MEMPERKASAKAN' Bangsa Melayu itu sendiri...

P/S 2:Rangkap pertama mestilah dinyayikan mengikut melodi lagu 'Burung Kakaktua'
dan Empat Rangkap kedua mestilah dinyanyikan mengikut lagu 'Pantun Budi'
nyanyian Tan Sri S.M Salim..

Pantun Budi Versi (Asal)

Pantun Budi

Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana
Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja

( Lagu : Tradisional - Lirik : Tan Sri Dato' SM Salim )

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mr perfectwater,
pemimpin umno terpaksa patah balik kebelakang, dalam erti kata corak dan sikap kepimpinan, pemimpin umnno wajib patah balik untuk memulihkan serta merampas kembali keyakinan rakyat.tak payah lah saya hurai satu persatu sikap dan corak kepimpinan pemimpin masa lampau. contoh kecil yang saya ingin berikan ialah pemimpin masa lampau berebut-rebut tak mahu jawatan dan sanggup bergolok bergadai untuk parti. pemimpin sekarang macam mana..? NO MONEY.. NO TALK.. NO POWER.. NO STOCK..

bro motorola

perfectwater75 berkata...

Salam...

macam tu dah UMNO sekarang ni...pemimpin yang 'miskin' jangan harap nak boleh naik walaupun layak kerana UMNO dulu bukan UMNO kini dan UMNO kini mungkin jadi selamanya, walaupun masih ada yang berharap mampu merubah UMNO tetapi hakikatnya ia terlalu sukar hingga menghampiri tahap mustahil untuk diubah oleh ahli akar umbi yang menjadi penerima 'sumbangan' tertinggi untuk pemilihan kali ini... maka berebutlah pemimpin UMNO tanpa mengira kehancurannya makin hampir andai ia tidak dibendung...

thx!

bungaraya berkata...

Mr Perfectwater 75,
Usaha untuk memperbaiki UMNO tengah serius dilaksanakan dan jelas telahpun bermula dengan pengunduran diri Pak selaku PM pada Mac 2009 akan datang ini. Dalam pada UMNO kerap dikatakan kuat mengamalkan rasuah, masih ada yang memiliki integriti yang tinggi didalam kepimpinannya. Saya bagikan seorang dua contoh yang masih dapat mempertahankan kedudukan sedemikian. Tan Sri Hisham, Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Zahid Hamidi. dan Ramai lagi. Saya pasti yakin dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Mac akan datang ini pemimpin yang tidak berintigriti akan ramai yang kecundang.

perfectwater75 berkata...

Salam Bro Motorola dan Bungaraya,

Saya tidak nafikan masih ada yang berintegriti tinggi dalam UMNO, tetapi soalnya adakah mampu para perwakilan menahan tsunami wang yang terlalu tinggi untuk direnangi menjelang Mac 2009 nanti.....????

thx 4 the comments!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa ada sorg lagi menteri flip-flop... Shahrir Samad...kejap kata tunggu harga turun jer bawah usd70 setong harga minyak pasti turun. Bila dah bwh usd70 setong ckp nk tgk harga purata pulak la, takut pengusaha stesen minyak rugi byk sgt la.

Hari tu masa naik smpi 78sen tak cerita pula keuntungan pengusaha? Siapa golongan yang sepatutnya dipertahankan ni?!?

Pemimpin apa mcm ni?

perfectwater75 berkata...

Salam,

pemimpin AMENO kot??? kih...kih...kih...

hafiz berkata...

umno sendiri adalah united malays national organisation. hahaha ya. walaupun umno bukanlah merujuk kepada mmelayu. tetapi setelah 501 tahun, umno seolah menggambarkan diri mereka melayu. ya. propaganda affirmasi amat terkesan disini!

perfectwater75 berkata...

Salam,

Nobody can deny your statement Mr. Hafiz!!! kena cakap omputih sekali...hehehe!

thx!

Unknown berkata...

HEH...

Admin berkata...

ho...

cuba nyanyi ..tapi suara saya bunyi sumbang.

Siti Nurhaliza best kut nyanyi lagu ni