Januari 27, 2009

Tahniah Dr.Juanda Mufti Perlis Yang Baru...Kuatkah Dia Menghadapi Kerajaan BN Perlis Yang Suka Menipu???

Salam Bloggers!

Alhamdulillah, setelah kekosongan selama hampir 2 bulan dan selepas mendapat perkenan Raja Perlis akhirnya ia diisi oleh seorang tokoh muda dari Sarawak iaitu Dr Juanda Jaya 37 tahun.




Semoga dengan pelantikan beliau secara 'kontrak' selama dua tahun dapat meneruskan kesinambungan perjuangan memartabatkan sunnah wal jamaah khususnya di Perlis akan berjaya tanpa kekangan dan halangan terutama dari barisan kepimpinan Kerajaan BN Perlis yang pernah menipu dan berbohong bila isu hangat Dr.Maza berlaku. Difahamkan ada beberapa syarat awal yang dikenakan kepada mufti baru ini demi menjaga beberapa pihak yang memang tak senang hati dengan 'keceluparan' mufti terdahulu.

Secangkir nasihat buat yang berbahagia SS Dr.Juanda Jaya, semogs beliau terus gagah mempertahankan prinsip perjuangan diri tanpa mempedulikan peraturan 'haramjadah' yang cuba dikenakan khususnya kepada seorang yang dikontrakkan untuk berkhidmat di bawah negeri. Sememangnya beliau akan terikat dengan peraturan sebagai salah seorang pegawai kerajaan di bawah kerajaan BN Perlis yang suka menipu dan berbohong itu. Walaupun beliau kini bergelar mufti tetapi hakikatnya sebagaimana yang pernah disebutkan oleh mantan mufti Perlis, ia adalah satu jawatan di bawah kerajaan negeri dan MB Perlis dan kuncu-kuncunya yang suka menipu itu. Semoga beliau akan tetap benar dan berani mengeluarkan sesuatu kenyataan tanpa dibayangi oleh keseganan kepada pihak yang menggaji beliau sebagai mufti. Seungguhnya tanggungjawab beliau amat berat kerana menggantikan seorang tokoh ilmuwan yang penuh kesarjanaan dan 'merekap' kata golongan-golongan penentang beliau tetapi dengan perkenan Raja Perlis yang menaikkan MB Perlis semasa, rasanya tekanan itu akan sedikit kurang tetapi saya yakin beliau akan ditekan seberat-beratnya terutama oleh musuh-musuh Dr.Maza yang sama waktu dengannya.

Harapan saya moga Dr.Juanda Jaya akan berjaya dalam misinya. Saya akan mengikuti dengan rapat perkembangan beliau selepas ini, Insya Allah. Wa akhiran, sekali lagi ucapan TAHNIAH atas jawatan dan amanah menjadi SS MUFTI PERLIS yang baru. Semoga Allah merahmati Tuan!

thx!

Tiada ulasan: