Jun 29, 2009

Sayang....Rupanya UMNO Masih Tak Berubah?

Salam Bloggers!

Mungkin ramai yang mengganggap saya seorang yang suka membangkang tanpa sebarang asas kukuh namun hakikatnya bila kita hendak menegur dan memperbetulkan sesuatu yang 'kurang baik' maka pendekatan 'berhikmah' untuk menegur kesongsangan perilaku sesetengah pimpinan UMNO yang 'gigih' memperjuangkan konsep Satu Malaysia seperti yang diwas-waskan oleh PM Najib yang terus keliru dengan konsep yang diperkenalkannya sejak 'merampas' kerusi PM dari Tun Abdullah Badawi.

Lihat 'laporan tipu' ini. Kalaulah benar ia berlaku maka benarlah telahan kasar saya bahawa UMNO parti yang mendokong perjuangan SATU MALAYSIA rupanya terus beretorik tanpa memikirkan kesan buruk jika ia gagal dari segi implimentasinya. Maka saya tak terkejut kalau terkeluar komen dari pengunjung yang 'antikan' kehadiran saya yang nenyatakan pembangkang memang sengaja hendak menjadikan program 'suci' ini sebagai isu politik yang 'kosong' semata-mata.

Saya tetap yakin UMNO masih tak mahu dan tak ingin langsung untuk berubah buat beberapa tahun lagi kerana UMNO memang menantikan rakyat menentukan 'nasib' mereka dalam PRU akan datang. Tunggunlah, jika momentum terkini diambil kira maka UMNO sedang mengali lubang kuburnya sendiri untuk 'diarwahkan' selepas PRU akan datang. Tunggu jangan tak tunggu!

THX!

Jun 24, 2009

Ini baru betul Ketua Pemuda UMNO!!!

Salam Bloggers!

Setelah berdiam diri agak lama dengan kenyataan kontroversi akhirnya Khairi Jamaluddin (KJ) bersuara melawan arus demi nama UMNO sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu yang sebenar walaupun kenyataannya masih berlapik tetapi sekurang-kurangnya beliau sedang berusaha untuk merubah wajah pemuda UMNO Malaysia yang selalunya 'stereo-type' dalam membicarakan sesuatu isu semasa.

Bagi saya secara peribadi amat bersetuju kiranya Kerajaan menerima desakan para ilmuwan bahasa yang menentang perlaksanaan PPSMI dengan menjadikan anak-anak Melayu sebagai 'bahan eksperimen' keberkesanan pengajaraan Bahasa Inggeris dalam dua matapelajaran yang sememangnya diketahui anak-anak Melayu cukup lemah secara majoritinya. Dalam masa yang sama, saya juga menyokong Kementerian Pelajaran mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris dalam SPM tetapi agak dukacita kerana 'orang Islam' yang menjadi Menterinya tidak pula terfikir untuk mewajibkan kelulusan yang sama untuk matapelajaran Pengetahuan Agama Islam sebagai syarat untuk mendapatkan sijil.

Doa saya agar KJ yang langsung tidak memegang sebarang jawatan kabinet dalam usaha pihak tertentu cuba menjatuhkan karier politiknya secara 'total' akan terus bangkit melawan kebobrokan ahli UMNO yang masih terpengaruh dengan nilai sentimetal mentaati pemimpin yang telah sedia kaya, mewah dengan kebodohan ahli-ahlinya yang taat setia. Mereka sanggup menjadi 'kayu buruk' walaupun mereka tahu hak mereka telah dikikis oleh pemimpin sanjungan mereka selama ini. KJ semestinya bertahan walaupun ada dalam kalangan NGO yang kononnya mempertahankan perjuangan Melayu tetapi mengambil sikap yang ganjil dalam menentang perlaksanaan PPSMI ini. Kajian yang dibuat tidak secara menyeluruh tetapi diambil sebagai dalil untuk menerima terus perlaksanaan PPSMI yang dicadangkan oleh mantan PM yang seolah sengaja' memesongkan sejarah bangsa-bangsa berjaya di negara-negara seperti Jepun, Korea dan China yang teguh mempertahankan bahasa bangsa mereka dan dalam masa yang sama menjadi negara maju dan berkuasa dalam ekonomi dunia. Entah hujah mana atau firman mana yang digunakan oleh para 'ulama' bahasa ketika menerima perlaksanaan PPSMI pada tahun 2003 dahulu. entahlah siapa yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit hasil perbekalan peralatan ICT ke hampir 10000 sekolah di seluruh negara. entahlah siapa yang mengaut keuntungan hasil perbekalan buku teks berkaitan. Memang susah apabila sesuatu dasar dibuat berdasarkan keuntungan sesetengah pihak semata-mata dan bukannya untuk umum. Kepada KJ, saya mengucapkan syabas dan tahniah atas 'kelantangan' saudara. Jangan undur bila sudah bersuara kelak nanti saudara akan digelar 'pondan siam' kedua dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

thx!

Jun 22, 2009

CHIN PENG? Bawa Balik dan Bicarakan Mengikut Undang-Undang Negara...

Salam Bloggers!

Setelah sebulan saya berdiam diri atas kesibukan semasa jadi saya rasa saya perlu mengaktifkan semula blog ini. Jadi, saya mulakan kiriman artikel kali ini mengenai isu Chin Peng yang sebenarnya tidaklah sehangat mana tetapi seperti kebiasaan UMNO mengambil peluang sedaya upaya mereka untuk memperlihatkan 'keperihatinan' mereka dalam memperjuangkan slogan 'SATU MALAYSIA MAHAJIRO'. Saya ambil tulisan ini dala satu laman online yang saya rasakan ia perlu dibaca terutama bila membicarakan penderitaan tentera yang berkorban demi negara di'peralatkan' untuk memenuhi kehebatan UMNO yang semakin goyah sebenarnya dengan permainan politik dalm kalangan mereka sendiri.

Assalamualaikum,

Seperti komentar saya, nak bawa pulang logik, tidak bawak pulang logik. Nak bawak pulang, kurung lah dia dalam penjara. Taknak bawak pulang lagi bagus.

Syabas dengan kronologi anda!
Iffie Che Idris: Gerakan mengusulkan.......... saya jawab "bukankah Gerakan Parti Komponen BN, hahahahah" , "Ohh BN tak leh kontrol anak buah. hahhaaa"
Mukhlis: Gerakan nak pancing........ saya jawab "Ohhh, BN pencetus dan penghasutlah sbb Gerakan anak buah jorang"' " Ohhh, BN nak wujudkan peristiwa 13 mei balik,"

Apa gerakan nie BATU API dan penghasut. Pemula kepada kerosakkan. Kalau begitulah , ternyata BN punye parti komponen ini cuba main api. Laga2kan. Dan GERAKAN merupakan parti komponen BN. Maka terang2 pemula isu ini adalah BN, dan UMNO telah lemah hingga parti komponennya berani mengusulkan sedemikian. Jelas UMNO sendiri tidak dapat mengawal parti komponennya lagi, seperti ayam tanpa taji atau seperti hulu keris tanpa bilahnya. Jika anda kata UMNO saja2 biarkan isu ni di usulkan Gerakan, maka mereka lah perancang kepada keseriusan ISU ini. Maka BN adalah parti BATU API. Itu jelaslah nak jaga political mileage mereka. hahahaha.

Saya tidak berminat langsung semangat komunis. Tapi penolakan KERAJAAN terhadap Komunism tidak konsisten langsung. Bagai sesumpah...... Tak faham.... Dalam negara ckp anti komunis, bila ada kat China ckp kita akan jalinkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan China. Bukan itu menunjukkan sifat Sesumpah. Itu juga menunjukkan rasa tidak hormat terhadap JASA2 pejuang tanahair. Sudahlah... Berhentilah import kereta CHERY... Kereta komunis (CHERY) pun dah ada kat atas jalan Malaysia..

Buat kajian sebelum nak menyalak, Kelak makanlah ludah sendiri. Ini faktanya:

These countries continue to profess Marxism-Leninism as official state ideologies but have undertaken significant free market reforms since the early 1990s.

* People's Republic of China
* Flag of Vietnam Socialist Republic of Vietnam
* Lao People's Democratic Republic

3 Negara ini masih bersemangat komunis tetapi telah menjadi negara sebagai "have undertaken significant free market reforms since the early 1990s." Negara komunis yg telah megamalkan pasaran terbuka tapi masih mengamalkan fahaman Marxism-Leninism.

"TAHNIAH ! Kerajaan Malaysia telah menyokong negara berideologi komunis! Penderhaka Negara ! BN adalah penyokong komunis, tidak menjaga perasaan pejuang tanahair." Tapi saya tidak boleh kata sedemikian. Hanya org BN yg akan menuduh PR begitu.

Bacalah komentar parti PR dan sebab apa mereka berpendirian demikian sampai habis. Sebab kemanusiaan ka sebab apa ka sebab nabi ampunkan umat ka sebab BN ka sebab Gerakan ka sebab politik ka sebab life is too short for hatered ka sebab semangat komunis dah lapuk ka sebab org islam mmg tidak akan menerima ajaran komunis ka, jawapannya ada dalam komentar mereka, bacalah. Jangan duk dengar TV3 je hahahaha. Kita kene baca semua

Dan tgklah TV 3, pejuang tanahair yg di interview. Rumah bagai teratak usang, dan menggunakan air perigi. Membuka pekung kerajaan secara tak langsung. Itu kah balasan jasa mereka. Tidak bolehkah sediakan rumah kos minimum sekurang2nye yg cukup bekalan air dan elektrik. Saya tak faham kenapa org tak nampak. Bukti depan mata siap keluar dalam TV3. Bila timbul isu ini, baru sibuk turun mencari balik bekas2 pejuang tanahair. Jika tidak, mereka akan terus hidup hingga ke hujung nyawa berteduh bawah pondok usang yg tidak setimpal dengan jasa2 mereka. rumah org2 tua pun lagi sempurna. Itulah taraf jasa mereka yg dibalas BN dan UMNO selama 50 tahun memerintah. Mintak maaf jika saya ckp mereka perjuangkan Political Mileage mereka shj. Sebab maklumat2 dan bacaan2 saya menjurus kearah itu, if not make me change. Saya akan berubah jika anda utarakan satu komentar dan fakta yg sgt kukuh. Yg berjuang duduk kat teratak USANG, yg memerintah Duduk dalam banglo bersama2 keturunan dan kroninya yg telah mengepukkan duit2 rakyat termasuklah duit2 pejuang yg berjasa itu dalam POKET2 mereka.

Wasalam

Terima kasih

p/s: Bawalah pulang CHIN PENG untuk dibicarakan mengikut lunas undang-undang negara agar tiada pihak yangterus terluka. kenapa perlu takut untuk membawa 'pengkhianat negara' ini pulang untuk dibicarakan? Thx!