Jun 22, 2009

CHIN PENG? Bawa Balik dan Bicarakan Mengikut Undang-Undang Negara...

Salam Bloggers!

Setelah sebulan saya berdiam diri atas kesibukan semasa jadi saya rasa saya perlu mengaktifkan semula blog ini. Jadi, saya mulakan kiriman artikel kali ini mengenai isu Chin Peng yang sebenarnya tidaklah sehangat mana tetapi seperti kebiasaan UMNO mengambil peluang sedaya upaya mereka untuk memperlihatkan 'keperihatinan' mereka dalam memperjuangkan slogan 'SATU MALAYSIA MAHAJIRO'. Saya ambil tulisan ini dala satu laman online yang saya rasakan ia perlu dibaca terutama bila membicarakan penderitaan tentera yang berkorban demi negara di'peralatkan' untuk memenuhi kehebatan UMNO yang semakin goyah sebenarnya dengan permainan politik dalm kalangan mereka sendiri.

Assalamualaikum,

Seperti komentar saya, nak bawa pulang logik, tidak bawak pulang logik. Nak bawak pulang, kurung lah dia dalam penjara. Taknak bawak pulang lagi bagus.

Syabas dengan kronologi anda!
Iffie Che Idris: Gerakan mengusulkan.......... saya jawab "bukankah Gerakan Parti Komponen BN, hahahahah" , "Ohh BN tak leh kontrol anak buah. hahhaaa"
Mukhlis: Gerakan nak pancing........ saya jawab "Ohhh, BN pencetus dan penghasutlah sbb Gerakan anak buah jorang"' " Ohhh, BN nak wujudkan peristiwa 13 mei balik,"

Apa gerakan nie BATU API dan penghasut. Pemula kepada kerosakkan. Kalau begitulah , ternyata BN punye parti komponen ini cuba main api. Laga2kan. Dan GERAKAN merupakan parti komponen BN. Maka terang2 pemula isu ini adalah BN, dan UMNO telah lemah hingga parti komponennya berani mengusulkan sedemikian. Jelas UMNO sendiri tidak dapat mengawal parti komponennya lagi, seperti ayam tanpa taji atau seperti hulu keris tanpa bilahnya. Jika anda kata UMNO saja2 biarkan isu ni di usulkan Gerakan, maka mereka lah perancang kepada keseriusan ISU ini. Maka BN adalah parti BATU API. Itu jelaslah nak jaga political mileage mereka. hahahaha.

Saya tidak berminat langsung semangat komunis. Tapi penolakan KERAJAAN terhadap Komunism tidak konsisten langsung. Bagai sesumpah...... Tak faham.... Dalam negara ckp anti komunis, bila ada kat China ckp kita akan jalinkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan China. Bukan itu menunjukkan sifat Sesumpah. Itu juga menunjukkan rasa tidak hormat terhadap JASA2 pejuang tanahair. Sudahlah... Berhentilah import kereta CHERY... Kereta komunis (CHERY) pun dah ada kat atas jalan Malaysia..

Buat kajian sebelum nak menyalak, Kelak makanlah ludah sendiri. Ini faktanya:

These countries continue to profess Marxism-Leninism as official state ideologies but have undertaken significant free market reforms since the early 1990s.

* People's Republic of China
* Flag of Vietnam Socialist Republic of Vietnam
* Lao People's Democratic Republic

3 Negara ini masih bersemangat komunis tetapi telah menjadi negara sebagai "have undertaken significant free market reforms since the early 1990s." Negara komunis yg telah megamalkan pasaran terbuka tapi masih mengamalkan fahaman Marxism-Leninism.

"TAHNIAH ! Kerajaan Malaysia telah menyokong negara berideologi komunis! Penderhaka Negara ! BN adalah penyokong komunis, tidak menjaga perasaan pejuang tanahair." Tapi saya tidak boleh kata sedemikian. Hanya org BN yg akan menuduh PR begitu.

Bacalah komentar parti PR dan sebab apa mereka berpendirian demikian sampai habis. Sebab kemanusiaan ka sebab apa ka sebab nabi ampunkan umat ka sebab BN ka sebab Gerakan ka sebab politik ka sebab life is too short for hatered ka sebab semangat komunis dah lapuk ka sebab org islam mmg tidak akan menerima ajaran komunis ka, jawapannya ada dalam komentar mereka, bacalah. Jangan duk dengar TV3 je hahahaha. Kita kene baca semua

Dan tgklah TV 3, pejuang tanahair yg di interview. Rumah bagai teratak usang, dan menggunakan air perigi. Membuka pekung kerajaan secara tak langsung. Itu kah balasan jasa mereka. Tidak bolehkah sediakan rumah kos minimum sekurang2nye yg cukup bekalan air dan elektrik. Saya tak faham kenapa org tak nampak. Bukti depan mata siap keluar dalam TV3. Bila timbul isu ini, baru sibuk turun mencari balik bekas2 pejuang tanahair. Jika tidak, mereka akan terus hidup hingga ke hujung nyawa berteduh bawah pondok usang yg tidak setimpal dengan jasa2 mereka. rumah org2 tua pun lagi sempurna. Itulah taraf jasa mereka yg dibalas BN dan UMNO selama 50 tahun memerintah. Mintak maaf jika saya ckp mereka perjuangkan Political Mileage mereka shj. Sebab maklumat2 dan bacaan2 saya menjurus kearah itu, if not make me change. Saya akan berubah jika anda utarakan satu komentar dan fakta yg sgt kukuh. Yg berjuang duduk kat teratak USANG, yg memerintah Duduk dalam banglo bersama2 keturunan dan kroninya yg telah mengepukkan duit2 rakyat termasuklah duit2 pejuang yg berjasa itu dalam POKET2 mereka.

Wasalam

Terima kasih

p/s: Bawalah pulang CHIN PENG untuk dibicarakan mengikut lunas undang-undang negara agar tiada pihak yangterus terluka. kenapa perlu takut untuk membawa 'pengkhianat negara' ini pulang untuk dibicarakan? Thx!

Tiada ulasan: