November 07, 2009

Gomo Kelate Gomo! Kelate Kena Gomo!!!!

Salam Bloggers!

Akhirnya termaktub sudah, Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2009. Apa yang mendukacitakan ialah sikap sesetengah penyokong Kelantan yang tak mahu menerima hakikat bahawa pentas Final malam ini milik mutlak Negeri Sembilan.

Saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang kelakuan penyokong Kelantan yang fanatik ini kerana rata-rata mereka mengatakan penyokong Perlis iaitu pasukan yang mereka tewaskan dengan bergaya di tempat lawan yang memulakan kekecohan. Alhamdulillah, pada malam ini perkara yang sebenar telah diceriterakan sendiri oleh kelekehan semangat penyokong-penyokong Kelantan yang selama dilabelkan sebagai penyokong terbaik dalam Liga Malaysia tetapi sayangnya bila gol kedua dijaringkan oleh Hairuddin Omar telah mematikan terus semangat penyokong Kelantan yang terus meninggalkan stadium dan sebahagian yang lain telah mula meniru aksi penyokong fanatik England dengan membakar mercun dan tempat duduk stadium kebanggaan negara. Satu sikap yang tak baik untuk ditunjukkan oleh sesiapapun tanpa mengira fahaman dan ideologi politik mahupun kenegerian. Kemanakah hilangnya sorakan keramat 'Red Warrior' yang kalah dengan keperkasaan minoriti jumlah penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saya secara peribadi mengangkat tabik atas 'istiqamahnya' semangat penyokong Hoben Jang Hoben atas sokongan padu yang tak luntur hingga menenggelamkan keramaian penyokong 'fanatik' Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini. Sekali lagi TAHNIAH NEGERI SEMBILAN!!!

p/s: Perfectwater75 nak kata satu saja...Dengan Kelantan bolehlah korang makan...main dengan PERLIS dah tentu kalah lagi...hehehe!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan mare..3-1 beb,yang satu gol kesian, kalau tidak malu negeri kelantan kerana dapat 3 telur ...

itulah lain kali jangan bongkak sangat.. pemain negeri sembilan cool aje

orang pilah

Harimau-Menaip berkata...

Ayat yang last tu buek den confuse...

Malu den nengok gelagat penyokong Kelate...macam orang takde tamadun.

Tahniah buek team den. Memang cutilah Sonin ni..Kalau tak cuti, sapo nak tengok pialo kono arak kek Jalan Yam Tuan?

perfectwater75 berkata...

Salam,

apa yg confuse tuan harimau??? kan Perlis pernah kecewakan NS dalam perebutan M'sia Cup sebelum ini...Dh lupa ke? Ye Ke? Iyoko?!!! Tahniah!

Nasionalis1982 berkata...

Baca ni...

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/11/sketsa-piala-malaysia.html

Unknown berkata...

seronok tengok perangai penyokong pasukan bola. lebih kurang penyokong parti politik gak.

perfectwater75 berkata...

Salam,

lama tak masuk dalam ni Cikgu Man, sejak naik pangkat dalam dunia Blogeers ni dh lupa kwn2 ke? hehehe!

tenang komen tuan, tau takpeeeeer...