Februari 24, 2010

Bukti UMNO Mendahulukan Rakyat Sentiasa...Aku CONFUSE!!!

Salam,

Artikel saya kali ini cukup ringkas dan padat. Mahu tidak mahu saya kena mengaku bahawa UMNO sentiasa mendahulukan rakyat seiring slogan semasa kerajaan 1Malaysia. Apa tidaknya, kita menanti kenaikan harga PETROL dan TARIF LETRIK yang dijangka 'TIDAK LANGSUNG' membebankan rakyat 1Malaysia yang sentiasa didahulukan itu. Kenaikan harga barang semasa rasanya tak perlu diulas panjang kerana ia sememangnya menjadi 'TRADE MARK' UMNO Barisan Nasional selama ini. Jadi untuk ke sekian kalinya, saya menyokong Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini kerana rakyat Malaysia yang terkenal dengan berhemah tinggi dan berbudi pekerti sentiasa dan akan terus didahulukan untuk menerima kenaikan barang. Ingat! tinggal lagi dua tahun untuk menantikan 'peperangan' jadi sebarang perkara yang dipandang remeh kerajaan akan bisa menjadi bisa yang berbisa untuk meruntuhkan kekuatan UMNO Barisan Nasional. Apapun terima kasih banyak-banyak kerana memberikan peluang kepada saya untuk merasai kenaikan harga petrol dan tarif letrik kali ini.WOW! BANGGANYA AKU!!!!

p/s: kepada yang memberi komen sudah saya balaskan komen anda...THX!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kau ni maha mengetahui ker sampai yakin sangat kalau pakatan rakyat yang perintah harga barang dan petrol tak naik??? sudah lah... bila anwar ibrahim nak buat sumpah lakanat yang dia tak liw3at saiful???, saiful dah buat dah... anwar bila lagi????

"Deep-Throat" berkata...

Minyak naik harga aku boleh terima lagi tapi kalau tarif letrik naik aku marah.

Ni semua salah TunDet la, sign kontrek berat sebelah antara TNB dan IPPs. Yang kaya YTL dan Francis Yeoh, kawan baik dia.

Unknown berkata...

salam,
kalau ikut fahaman saya saudara ni
adalah pemimpin umno, tapi bila saya baca tulisan dan tajuknya seolah olah saudara ni perli umno sendiri dan tidak menerima konsep 1malaysia, kalau betul lah andaian saya, ini amat malang, sepatutnya pemimpin faham dan dapat jelaskan kpd orang umno saya cuma pemerhati
kpd masyarakat melayu saja pada saya kenaikan kos minyak, barang2 keperluan dsb nya tidak dapat dielakkan sbb itu lah harga yg kita bayar apabila kita mengejar kemajuan ataupun wawasan 2020 kalau kita imbau kembali masa dulu2
tahun 60han kalau kita ada bsikal releigh pun kita dah jadi somebody
apatah lagi kalau kita ada kapcai
kita dah boleh dianggap orang berada hari demi hari negara kita bertambah maju, so inilah yg kita kena bayar. la ni kita ada saga kalau kita ada lebih kita nak tukar kpd merz atau bmw kerana kita nak jadi bukan setakat hidup biasa tapi nak kan kelebihan kemewahan prestige dsb. saya pula kalau bolih impikan yg mustahil kalau boleh kita kembali kpd zaman belum merdeka dgn nama tanah ini tanah melayu - unperfectstone53

perfectwater75 berkata...

Salam,

Tuan unperfectstone53,

Kalau tiket menjadi pemimpin sekadar untuk mengiyakan sahaja apa yang dilaksanakan tanpa boleh ditegur sedangkan perkara tersebut bakal menjadi musibah sekiranya ia dilaksanakan apa daya saya jika ini sahaja jalan terbaik yang saya ada untuk memberikan buah fikiran secara 'keras' walaupun ia melibatkan kredibiliti saya sebagai orang UMNO. Saya tak pernah minta jawatan dan sebolehnya mengelak merebut sesuatu jawatan yang ada dalam UMNO, jadi andai Allah menarik kembali 'keistimewaan' saya sebagai pimpinan UMNO, saya akur.. Allah Maha Mengetahui.

Biarlah jawatan itu hilang jangan prinsip dan semangat UMNO yang lahir pada zaman awalnya sebelum diUMNOBARUkan untuk memperjuangkan rakyat semakin nipis dan tembus dek keperkasaan pembangkang mempergunakan isu yang dicipta UMNO sendiri.

Nasihat tuan untuk saya menjelaskan isu dalam waktu kegawatan ini rasanya sukar diterima oleh kelompok UMNO yang semakin cerdik. Apa hujah selain dari apa yang dibayangkan tuan? Wajarkah kenaikan ini dibuat dalam keadaan rakyat cukup menderita dengan kegawatan ekonomi yang belum benar-benar stabil ini? UMNO Juara Rakyat bukannya penyiksa rakyat. Pemimpin besar UMNO di peringkat tinggi apa kenderaan mereka? Apa jenis rumah yang mereka diami kini? Lihat pula rakyat yang terpaksa meminta sedekah di jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi berkaitan untuk memnuhkan perut mereka? Nak dikata kepada mereka tak pernah bersyukur? Nak dikata mereka tak mau berusaha sendiri?

Kita boleh bercakap sebab kita agak bernasib baik kerana ditakdirkan mempunyai pekerjaan yang stabil tetapi ia bukan alasan untuk kita menafikan kekurangan yang sedia dimiliki oleh mereka yang langsung tak bernasib baik.

Bila harga petroleum naik maka harga barangan akan naik kerana penghantarannya menggunakannya. Bila tarif letrik naik maka barang akan turut naik kerana semua kilang menggunakan sumber letrik untuk menjana mesin yang ada dan kesannya kepada pengguna dan penyokong UMNO dan bukan UMNO.

Apa rasional Tuan buat perbandingan dengan zaman 60-an, sedangkan yang menggunakan kereta besar seperti yang tuan katakan hanyalah mereka yang tertentu sahaja bukan orang kampung Belukar atau Titi Tinggi atau Abi Kampung Tengah atau Bukit Mas Ulu Pauh. Golongan yang berada di peringkat bawah hanya boleh berbangga jika memiliki sebuah kereta besar yang dulunya mewah tetapi kini tak dipandang langsung oleh golongan kaya raya. Saya tak tahulah tuan bagaimana pula. Adakah orang kampung yang hanya sedikit sangat menggunakan kemudahan dan kemajuan yang tuan maksudkan itu terpaksa membayar harga yang lebih?

Saya menggunakan medium blog untuk menegur kepimpinan, kalau ia gagal itu bermakna tanggungjawab saya sudah selesai dan terpulang kepada mereka yang membuat dasar untuk menentukan.

Kalau tuan tak berpuas hati, seperti biasa gunakan ruang komen yang saya sediakan untuk menghentam saya. Tanpa masalah!

thx!

perfectwater75 berkata...

audara Tanpa Nama 11:18,

Tiada kenyataan saya yang menunjukkan saya MAHA MENGETAHUI dan kalau saudara seorang MUSLIM rasanya perkataan MAHA itu hanya layak untuk ALLAH sahaja. Bila saudara menggunakan untuk membidas tulisan saya rasanya macam keliru nak menentukan status saudara. Biarlah ALLAH yang tentukan. Saya bukan tuhan dan takkan jadi tuhan dan takkan berjiwa tuhan selama hayat ini bernafas.

Diharapkan saudara pergilah mana2 pondok atau bergurulah dengan sesiapa yang lebih alim dan tinggi ilmunya sebelum hendak bercakap soal LIWAT ini. Saya langsung tidak menyentuh bab ini dalam tulisan saya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Biarlah masa yang menentukan. Kalau tidak tuan sahajalah yang menjadi Hakim dan tak payah bicara terus jatuhkan hukuman kepada 'peliwat' yang saudara maksudkan itu. Tak payah dicampur dalam komen blog ini. Saya bukan orang ANWAR atau pengikut SAIFUL...

Pi la main jauh2!!!

thx!

perfectwater75 berkata...

Saudara Deepthroat,
tentang kenaikan tarif letrik yang saudara kisahkan penyebabnya, bagi saya apa jua alasan, janganlah naik dahulu di kala kegawatan belum lagi pulih sepenuhnya. Apa jua kenaikan mestilah dielakkan pada saat ini kerana jika ia naik juga maka ia menunjukkan kegagalan kerajaan yang memerintah mengawal kenaikan sesuatu produk penting sedangkan saya pernah mendengar NAJIB sendiri menyatakan kerajaan semasa bukan tiada duit. Jadi gunakan duit yang ada itu jika benar kenyataan yang dikeluarkan itu tak payah menyusahkan rakyat kerana UMNO mahu jadi JUARA RAKYAT dan bukan PENYIKSA RAKYAT.


thx!

kembara putih berkata...

UMNO mendahulukan F1 dari rakyat. Nanti bila pasukan F1 1Malaysia menang maka selama sehari-semalam akan gugur wang emas atas bumbung rumah rakyat. Petronas pula gila jadi penaja pasukan Mercedes. Duit royalti Kelantan berdolak-dalih tak nak bayar, lagi mau buang duit menaja yang bukan2.

Laporan ketua audit negara pula menyebut negara kehilangan 20 bilion tiap2 tahun, hilang tak tahu ke mana. Sampai sekarang Najib buat senyap, langsung tak buka kertas siasatan. Itu malas buat, tapi naikkan harga barang rajin pula. Apa punya PM macam ni la, malang bagi rakyat Malaysia.

eyedee@rt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

salam tuan,
komen jawpan tuan lebih panjang dari komen saya, tapi saya rasa tidak ada niat saya sama sekali untuk menghentam saudara sebgai seorang pmimpin melayu malah saya berasa baggga mndapat seorang mimpin yg melihat kebawah instead of tengok keatas saja kut2 nak dapat peluang bisnes, tapi tuan...tapi mampukah kita menyekat kemajuan apabila itu lah wawasan kita dan apabila ianya trjadi itulah yg akan brlaku kenaikan harga minyak dsb nya, sepekara lagi saya mengimbau kembali ketahun 60han saya cerita tntang bsikal motor honda, imbauan saya itu adalah brkaitan dgn harga dan masa kita maseh lagi mundur, saya pi sekolah bimbit kasut takut kotor dik kerana jalan brlumpur dan
becak sebelum sampai kat sekolah singgah kat gerai beli nasi lamak 15 sen sebungkus, itulah kaitan nya imbauan saya tentang kenaikan harga dan kemajuan, tapi.. tuan tapi....apabila tuan seorang pemimpin melayu kpd parti pemerintah confuse dan kecewa, apakah akan brlaku kepada pemimpin kecil dikpg belukar,titi tinggi, atau abi kg tengah atau bukit mas ulu pauh(saya tak tau tmpat ni saya kat kuantan)apa akan brlaku kpd masyarakat melayu apa akan brlaku kpd penuntut2 kita di ipta ipts dan kpd sesiapa saja yg menjengok blog tuan, saya sbgai orang bawahan risau bingung dsg nya kemana ornag2 melayu akan prgi
dibumi sendiri, sprti yg saya impikan yg mustahil sbelum merdaka tanah ini tanah melayu-
salam- unperfectstone53