Mac 01, 2010

Sah! Mantan TKM 1 Pulau Pinang Masuk UMNO???

Salam,

menurut sumber terdekat menyatakan UMNO sedang bersiap sedia untuk mengadakan majlis menerima kemasukan seorang yang dulunya berprofil tinggi sebagai ahlinya sebagai kejutan kepada PKR. Selepas TSunami Politik 2008, rasanya ini akan menjadi penambah kekalutan kepada PKR yang nampaknya masih gagal menguruskan kemenangan mereka dan UMNO seperti biasa tampak hebat menjuarai isu tetapi masih ada yang perlu diperbetulkan. Nasihat saya kepada UMNO agar berhati-hati menerima sebarang kemasukan mantan ahli PKR yang dulunya kuat menelanjangkanUMNO tetapi kini cuba memberikan baju baru untuk UMNO terus kukuh di persada politik nasional. Soalnya adakah wajar terus menerima mereka ini atas nama perjuangan seterusnya memberikan tempat istimewa kepada mereka hingga seperti mengenepikan para pejuang setia UMNO yang tak pernah beralih arah sebelum ini? Antara faedah atau padah yang bakal diterima, mungkinkah perlu kita terus bermuhasabah???

thx!

Klik sini untuk baca komen PKR tentang hal ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam,
apakah yg hendak dibimbangkan olih pmimpin2 umno kalau ada pembangkang yg ingin menyertai umno kerana setahu saya kita mengamal demokrasi siapa yg pandai politik dan ada kemampuan kewangan tentu ada peluang utk mnjadi somebody didlm parti umno, orang biasa penyokong umno akan brasa gembira bila brtambah ahli umno scara tak langsung ia mengambarkan kejayaan umno menarik orang yg memusuhi umno kmbali menyokong, dan ianya juga memperlihat kegagalan pmbangkang yg gagal utk membeli pemimpin umno tempoh hari.