Keputusan 'by-election' Permatang Pauh telah meyaksikan ahli-ahli yang berdaftar dengan Barisan Nasional (BN) melalui parti komponennya seperti UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN seramai hampir 27000 orang seolah-olah tidak serius membantu kemenangan calon 'terbaik' pilihan BN.
Apa yang amat menyedihkan, berita yang saya kutip daripada beberapa orang pemerhati politik dalam 'by-election' tersebut menyatakan perkara yang hampir serupa iaitu, "Masuk Rumah Tidak Memberi Salam atau Tidak Mengetuk Pintu" iaitu dalam perkataan lain tidak menghormati langsung penduduk setempat terutama apabila perayu undi dari BN menjelajah ke segenap kampung untuk berkempen. Penceramah-penceramah atau istilah mesra mereka ketika di sini 'Balaci Upahan UMNO seperti Mantan Ketua Angkatan Muda PKR, Saudara Ezam Md.Nor, rakan sepermainan tenis DSAI sendiri seperti Nallakarupan (dalam sesetengah blog namanya dieja Nalla Kurap Pan) yang mendedahkan banyak rahsia sulit kerajaan terdahulu ketika DSAI menjawat jawatan TPM menjadi senjata yang memakan tuan pada penghujung drama 'by-election' ini.
Isu Sumpah liwat Saiful Bukhari Azlan(SBA) juga antara yang menjadi bebanan kempen yang pada mulanya dilihat memberikan ' full advantage' kepada BN tetapi pada akhirnya meleburkan terus impian BN untuk menawan semula kerusi tersebut dari pembangkang lantaran pengakuan 'imam' di atas platform pembangkang yang disebut dalam media tempatan sebagai saksi utama adegan sumpah seolah-olah menjadi 'turning-point' kepada 'ending' kempen BN di Permatang Pauh.
Segala taktikal perang kempen dengan dibantu oleh semua jentera risikan kerajaan seperti 'Special Branch' (SB) dan Agen Biro Tata Negara (BTN) dilihat gagal secara 'total' untuk mengubah undi penyokong Pakatan Rakyat (PR) kepada Pemimpin De Facto PKR iaitu Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (DSAI). Kempen-kempen memburukkan peribadi lawan jelas menjadi teras kepada intipati kempen BN kali ini juga menyebabkan simpati pengundi kepada DSAI lebih teruji kali ini.Turunnya semua pembesar-pembesar negara dengan menaiki kereta-kereta mewah dan berjalan sambil diiringi dan dikelilingi juak-juak "pembodek kelas pertama" penuh retorik (kerana mereka hadir lebih kepada untuk mempromosikan diri sendiri menjelang pemilihan UMNO November 2008) dilihat juga menjadi faktor penyumbang kepada kekalahan teruk kali ini. Dalam erti kata lain BN/UMNO telahpun muflis sokongan majoriti dari hari penamaan calon lagi iaitu pada 16 Ogos 2008.
Saya sendiri terkejut apabila menyaksikan pengundi Cina yang hadir dalam ceramah DSAI sangsup berdiri lebih sejam semata-mata untuk mendengar ucapan politik DSAI di sebuah kampung tanpa digula-gulakan dengan cabutan bertuah atau peruntukan kilat berjuta-juta ringgit sedangkan di pihak BN pula adalah sebaliknya. Bahkan menurut seorang rakan UMNO, kehadiran penyokong dalam satu ceramah yang disampaikan oleh 'kembar' DSAI yang kemasukannya ke dalam UMNO menjadi satu pertikaian kerana ia diterima dalam masa hanya sebulan (untuk makluman, Dato' Mukhriz Mahathir sendiri mengambil masa enam bulan pada ketika bapanya Tun Dr. Mahathir menjadi Presiden UMNO) hanya mencecah jumlah 50 orang, satu jumlah yang langsung tidak berani diteluskan oleh media pembodek kerajaan seperti TV3 dan RTM sendiri. Media seharusnya berani mempertahankan etika kewartawanan yang dijunjung untuk menyatakan kebenaran berita yang disampaikan agar tidak dilabelkan sebagai 'munafik' dan 'fasik' tetapi apa yang mendukacitakan semua ini tidak pernah berlaku terutama ketika berlangsungnya 'by-election' atau 'general election'. Oleh yang demikian media tak perlulah mempersalahkan rakyat secara umum kalau mereka tidak menyukai kandungan berita yang disampaikan bahkan ada dalam penyokong kerajaan yang menjadi marah dek berita yang diulang-ulang hingga mereka meluat dan menyatakan kebencian kepada kerajaan. Tak hairanlah jika TV3 dicop sebagai "TV3 Suku" dan RTM sendiri dilabelkan sebagai "Radio Televisyen Meloya" oleh penyokong gerakan reformasi.
Situasi ketika pengiraan undi berlangsung di Dewan Institut Perguruan Tuanku Bainun sendiri menjadi isu yang menunjukkan kelemahan pemimpin parti kerajaan dalam menerima kekalahan seolah-olah tak mahu menerima kekalahan dan mengaku kalah sebelum perang berakhir. apakah ini menjadi petanda bahawa BN atau UMNO sudah tidak relevan lagi masa kini? Apakah benar wujudnya 'Fobia Anwar" kepada pemimpin gah kerajaan BN yang memerintah? Jika dilihat komen para pemimpin BN ketika keputusan rasmi dikeluarkan SPR, dapatlah disimpulkan bahawa tiada satu komen pun semasa itu yang boleh dikira sebagai komen terbaik. Kebanyakkan komen tampaknya seperti komen kebudak-budakan seumpama murid sekolah rendah yang tewas dalam pertandingan bolasepak peringkat kawasan pendidikan. Kalaulah ini menjadi satu 'trend' baru pemimpin-pemimpin UMNO/BN maka saya amat berkeyakinan bahawa BN atau UMNO secara khususnya akan kekal menjadi monumen bersejarah di Muzium Negara satu hari nanti. Ada dua tiga blog pro kerajaan yang masih utuh mempertahankan kepemimpinan sedia ada tanpa melihat kesan jangka masa panjang kepada parti itu sendiri.
Wahai ahli UMNO, jika sayangkan parti anda, bangun dan sedarlah diri masing-masing. buatlah perubahan secara menyeluruh kepada barisan kepimpinan anda. Peluang untuk anda merubah demi keuthan bangsa Melayu dalam negara ini. Usahlah lagi menunggu peralihan kuasa 2010 kerana jawatan itu bukan untuk dipusakakan dan kepada pimpinan UMNO, kembalikan hak memilih kepada akar umbi agar kelak nanti tidak akan ada anak cucu pejuang UMNO kini yang sanggup meludah kubur anda nanti.
Renung-renungkanlah...
Perfectwater75
Ogos 30, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Salam Tuan!
agaknya sampai bila umat Melayu akan mejadi kuda tunggangan UMNO???
Abu 'Asim
Salam. Ambo mari dah ni....Pandai betul tuan tlis berjela-jela. Ambo tulis buku Inggeris dah beratus buku tapi tulis BM ni lain lak rasanya. BN ni dah kira sampai pusingan hayat nak mapus dah. Tunggu dan lihat, InsyaAllah. Ambo berani bercakap kerana pernah dok dalam gelanggang peringkat tinggi juga. Teruskan menulis dan teruskan jenguk ambo. TQ
thanks Dr.Sam, saya tau pencapaian tuan dalam politik satu ketika dulu terutama dalam UMNO Bahagian Padang Besar. Insya Allah, kalau benar apa telahan tuan, maka UMNO sedang meniti usia sebelum kewafatannya...
Salam perfectwater.. tahniah saudara dah ada blog sendiri.. ulasan saudara tentang permatang pauh sudah saya duga sebelum penamaan calon lagi.. Walau bagaimana pun saya tetap sayang kan UMNO sampai bila-bila.. UMNO telah banyak berjasa semenjak dahulu kala lagi.. pemimpin UMNO silih berganti.. umat melayu maju dan berjaya dibawah pemerintahan UMNO.. komen negatif dari pembaca tentang UMNO janganlah dilayan sangat kerana mereka semua buta sejarah sedangkan hayat mereka dari dalam perut ibu mereka sehingga tamat pengajian di universiti adalah dibawah pengawasan UMNO.. kalau mereka yang buta sejarah itu tidak percaya.. pinta mereka kaji semula dari A sampai Z.. contoh nya rawatan ibu mereka semasa mengandung dijalankan dihospital kerajaan yang dibina oleh UMNO.. masuk tadika yang dibina oleh UMNO.. masuk sekolah rendah dan menengah yang dibina oleh UMNO dan seterus nya sampai mereka mampos pun dikebumikan di dalam tanah kubur yang terletak dalam kawasan masjid yang dibina oleh UMNO.. Tidak ada satu pun yang tersebut diatas dibina oleh PKR..DAP atau pun PAS.. Masalah UMNO bukan lah banyak sangat cuma sikit aje.. malah UMNO tidak boleh disalahkan sama sekali.. gulingkan Pak Lah dan Khairy.. selesailah masalah.. macam mana nak gulingkan mereka.. kita sembahyang hajat minta ALLAH bukakan hati beliau untuk turun dari kerusi PM.. turun Pak Lah maka hancurlah Khairy.. UMNO akan kembali kuat dan kita lawan sekali lagi pada 2012. InsyaAllah UMNO akan menang.. Jangan lah kita menjadi manusia yang tidak tahu mengenang budi kepada pejuang pejuang umno yang banyak berjasa kepada orang melayu.. kalau tak silap saya dr sam dahulu cukup aktif didalam UMNO.. tapi bila tarian dangdut nya ditegur sumbang maka cepat-cepat beliau menyalahkan lantai.. kata nya kontraktor buat lantai senget sebelah.. itu lah lumrah dunia wahai perfectwater.. saya percaya penulisan saudara boleh mencapai ketahap yang lebih tinggi..
Terima kasih atas komen,
walaubagaimanapun, apakah dengan turunnya Pak Lah dan hancurnya KJ akan menyelesaikan semua masalah? Persoalan yang sama timbul apablia DSAI dipecat dari UMNO dan kerajaan pada ketika beliau telah menyiapkan orang-2 kuatnya dan rata-rata mereka sudah pun berada dalam barisan kabinet kerajaan sama ada sedar atau tidak. Sepatutnya, jika hendak membersihkan sesuatu yang kotor atau merosakkan maka sewajibnya ia dibersihkan keseluruhannya,
maka dalam hal ini saya mencadangkan agar semua barisan kepimpinan tertinggi berserta AMT UMNO yang terlibat dalam memberi persetujuan untuk diadakan PRU 12 bertanggungjawab meletak jawatan beramai-ramai sebagai usaha untuk menyelamatkan UMNO secara 'total'.
Tiadalah timbul soal jawatan tertinggi UMNO boleh di'faraid'kan atau dipusakakan demi 'mengelakkan' perebutan kuasa yang lebih teruk kesannya kepada perpaduan UMNO. Saya setuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Dr.Asri dalam satu kuliahnya sebelum Ramadhan baru-baru ini yang menyelar pimpinan sebuah parti yang hanya memikirkan apa jalan, apa cara untuk mempertahan,merebut jawatan sejak dari berakhirnya perhimpunan agung parti. Ini ialah hakikat yang tak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak baik yang bersongkok 'alim' atau bertopi 'ulam'. Bagaimana hendak menafikan jika dalam masa yang sama ramai yang cuba mempopularkan diri untuk menarik perhatian dan undi sepertimana yang berlaku dalam kempen 'by-election' Permatang Pauh baru-baru ini. Sebagai contoh, saya tergelak sendiri dan yakin ramai juga yang tumpang gelak apabila melihat seorang Dato' yakni anak kepada seorang doktor yang pernah menjadi PM negara ini menunjukkan rasa simpati kepada wartawan katanya dibelasah oleh penyokong parti pembangkang. Sampai ke tahap itu, seorang yang dikenali sebagai 'berprinsip' sanggup berpolitik dan apabila DSAI berjaya mempertahankan kerusi PKR maka dia antara orang yang pertama menyanggah kerusi pimpinan tertinggi agar cepat-cepat turun dan ia disokong dengan nada yang sedikit berbeza oleh Paduka Ayahandanya yang sepatutnya berehat terus dari arena politik semasa tanahair. Saya terdiam sejenak bila membaca pantun empat kerat karangan Mufti Perlis yang menyatakan secara terang tentang pengganti kepada PM sekarang.
rujuk link ini :
http://drmaza.com/home/?p=389
Sesungguhnya pantun ini membri maksud yang cukup mendalam apabila bertambah banyak gesaan agar PM semasa ini turun dari takhtanya.
apapun, saya ucapkan terima kasih atas kesudian tuan tanpa nama untuk turut memberikan komen.
thanks!
Mr Perfectwater.. Langkah pertama kita turunkan Mr Clean and Menantu dulu..Cadangan saudara agar semua barisan kepimpinan tertinggi berserta AMT UMNO yang terlibat dalam memberi persetujuan untuk diadakan PRU 12 bertanggungjawab meletak jawatan beramai-ramai sebagai usaha untuk menyelamatkan UMNO secara 'total'tidak boleh dilaksanakan lagi.. Mereka akan digugurkan semasa pilihanraya umun ke 13 nanti.. Sekiranya semua meletak jawatan maka sah lah UMNO berkubur selama lamanya sebab penganti mereka tidak ada untuk diketengahkan.. Kita jangan terburu-buru.. Tumbangkan Mr Clean and Menantu dulu.. InsyaAllah kita akan kuat kembali.. Untuk makluman saudara, politik adalah simple.. sekiranya kepala UMNO adalah terdiri daripada manusia yang pintar memerintah dengan adil dan bijaksana maka rakyat akan gembira dan terus menyokong kerajaan.. oleh kerana Pak Lah tidak mempunyai ciri-ciri tersebut maka kerajaan UMNO yang akan menerima akibatnya.. Brother Anwar Bin Ibrahim @ B.A.B.I pun lebih kurang macam Pak Lah juga.. cakap pandai tapi habuk pun tarak..
Salam...,
Adakah tuan bersetuju Najib TPM sebagai pengganti Mr.Clean & Co.? Tidakkah nanti jadi seperti baris akhir pantun empat kerat Mufti Perlis?? Saya tau mungkin tindakan ini agak terburu-buru tetapi bukan suatu yang senang untuk mengenepikan puak-puak yang berkepentingan terutama yang sedang memegang jawatan sekarang dalam kerajaan. Apa jaminan mereka mahu diri mereka diketepikan sedangkan dari saat ke saat, mereka memikirkan cara bagaimana untuk terus lestari dalam arena politik Malaysia dan tentu sekali mereka takkan berganjak dari empuknya kerusi mewah di pejabat-pejabat mereka.
Thanks!
Catat Ulasan