Salam Aidil-Fitri,
Pagi ini saya membaca rencana pengarang dalam Berita Harian bertarikh 8 Oktober 2008(m/s.33) di atas tajuk " Umno Memaknakan Seruan Hang Tuah" tulisan Mohd. Ayop Abd. Razid yang bertugas sebagai Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia. Seperti biasa, penulis yang makan gaji dengan kerajaan akan membicarakan tentang fakta sejarah umum dengan menambah mitos dalam fakta sehingga mengenepikan apa yang saya katakan sebagai sejarah dan hakikat yang sebenar. Tulisan beliau nyata melengkapkan status sebagai ahli kelab 'ampu-bodek's' yang dipengerusikan oleh Datuk Manja Ismail (Pengarang Kumpuan BHSB).
Apabila membaca tulisan beliau, wujud kekeliruan dalam fikiran saya tentang anutan mazhab yang dipegang oleh beliau.Adakah beliau ini seorang lagi 'rasict' Melayu yang bercakap atas platform semangat 'assobiyyah' yang hanya sekali menyebut tentang Islam dalam tulisannya kali ini. Saya sudah melontarkan persoalan dalam tulisan terakhir saya sebelum Aidil-Fitri baru-baru ini iaitu "Melayu Yang Bagaimana UMNO Hendak Perjuangkan?". Mungkin beliau terlepas pandang membaca ulasan saya tersebut. walaubagaimanapun, mungkin selepas ini beliau akan menjawab pertanyaan saya hasil pertolongan rakan-rakan bloggers yang mengenali beliau. Saya simpulkan rencana beliau sebagai satu lagi skrip RETORIK demi kelangsungan politik yang bangkrap dan basi.
Dalam perenggan keempat rencananya, beliau menyatakan dalam jangka masa 50 tahun selepas merdeka, kemajuan bangsa Melayu melonjak begitu pantas dalam semua bidang sedangkan hampir lima abad penjajah berjaya melemahkan psikologi dan minda bangsa Melayu. Tambahnya lagi semua ini adalah sesuatu yang mengagumkan. Entah fakta mana yang cuba diselewengkan oleh beliau bila bicara tentang kemajuan hebat bangsa Melayu di Malaysia? Melayu mana yang berjaya dalam perniagaan di negara ini? Melayu Mamak? Melayu Turki? Melayu Jawa? Melayu Arab? Melayu Siam? atau Bumiputera Sabah dan Sarawak? Berapa ramai orang Melayu yang berjaya dalam bidang pendidikan jika dibandingkan dengan bangsa lain-lain yang ada.Berapa ramai Melayu yang bekerja secara professional jika dibandingkan dengan bangsa lain?(Sila rujuk kenyataan KJ dalam temubual dengan Utusan Malaysia: Kalau kita lihat pada pencapaian ekonomi bumiputera, pendapatan puratanya masih tercorot berbanding etnik utama yang lain dengan pendapatan sebanyak RM3,156 yang juga 14 peratus lebih rendah dari pendapatan purata penduduk Malaysia. Manakala pemilikan ekuiti bumiputera hanyalah 19.4 peratus berbanding bukan bumiputera pada 43.9 peratus. Pemilikan aset bukan kewangan milik bumiputera pula amatlah rendah pada 15 peratus berbanding etnik Cina pada 76.1 peratus atau nisbah 1:5.)Cuba nafikan wahai ahli kelab 'Ampu-Bodek's' yang ada.
Dalam perenggan keenam, penulis mengakui bahawa DEB telah ditiadakan dan hanya semangatnya sahaja yang diteruskan menerusi Dasar Pembangunan Nasional(DPN) sejak 1991. Ia membuktikan bahawa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin pembangkang adalah tidak menjadi masalah tetapi sayang UMNO yang sudah kehabisan isu telah mempergunakan kenyataan tersebut untuk menyerang habis-habisan pemimpin pembangkang tersebut. Inilah wajah UMNO pasca PRU-12. Bodoh dan bangang dalam mencipta isu, bodoh dan bangang juga dalam memainkan isu dan akhirnya bodoh dan bangang menerima tamparan dari sesuatu isu yang dipolitikkan mereka.
Dalam perenggan ketujuh ialah kenyataan yang seolah-olah menghukum generasi muda sebagai golongan yang tidak bersyukur dan tidak memahami sejarah tanahair sedangkan nyata banyak fakta sejarah yang sengaja disembunyikan tetapi diketahui oleh generasi muda melalui sumber lain yang juga sahih tanpa tapisan membuatkan generasi muda semakin meluat dengan mainan media yang 'pro-kera' seperti ini. Salahkah andainya generasi muda yang terdidik dengan nilai-nilai kebenaran cuba mengkaji fakta-fakta sejarah yang ada. Ini bukan soal hendak mempersoalkan sejarah bangsa Melayu. Ini bukan soal hendak mempertikaikan apa yang dijaja sebagai 'Ketuanan Melayu' dan ini bukan soal hendak menafikan hak-hak istimewa orang Melayu yang pada hakikat sedia terhakis dek kerakusan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO selama memerintah 50 tahun. Untuk apa kita mengwujudkan universiti di dalam negara ini jika hanya untukmengeluarkan produk cukup makan semata-mata dan mengiyakan setiap apa yang diperkatakan oleh orang-orang tua? Mengapa hendak menafikan pengkajian tentang asal-usul bangsa Melayu jika ia tidak memberikan sebarang masalah jika dinilai kebaikannya dari sudut bukan politik Melayu UMNO? Saya rasa penulis rencana ini lebih membuat penilaian berdasarkan skop 'tempurungnya' walaupun beliau sedar latar belakang sejarah yang ada semasa pra kemerdekaan negara ini. Mengapa UMNO sahaja yang di'highlight'kan? Mana hilang parti-parti politik yang lain?Mengapa hanya pejuang UMNO yang didoktrinkan untuk minda generasi muda kini? Mana pergi pejuang-pejuang yang merengkok dalam tahanan akibat melawan dasar yang cuba dilaksanakan oleh penjajah British pada ketika itu.
Dalam perenggan kesepuluh, pengarang menyatakan UMNO lahir atas latar belakang sejarah bangsanya yang cuba dimusnahkan oleh Inggeris secara halus dan licik. Sekali lagi dia berbohong demi periuk nasinya. Benarkah UMNO diwujudkan atas landasan ini? UMNO yang mana yang diwujudkan atas dasar ini? UMNO pasca 1946 atau UMNO pasca 1988. Fakta sejarah telah membuktikan bahawa UMNO yang wujud hari ini ialah UMNO era baru tetapi umum dibutakan dengan fakta UMNO kini telah wujud selama 62 tahun. Tidakkah ini hanya mitos dan dongengan tentang 'Keramat Melayu'? Sesungguhnya, tiada siapa yang menafikan hakikat bahawa UMNO kini bukan UMNO 1946 yang diasaskan oleh 'Petualang Bangsa'(Kalau mengikut definisi yang digunakan oleh Dato' Seri Hishamuddin Onn ketika mengulas tentang Dato' Seri Anwar Ibrahim) Datuk Onn Jaafar yang kemudiannya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Negara dan matinya 'patriot' ini dalam parti yang lain dari UMNO.
Saya ingin lontarkan satu persoalan khususnya berkaitan dengan UMNO yang memepertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, benarkah kenyataan ini jika kita lihat apa yang berlaku selepas pilihanraya umum ke 12 iaitu berkenaan perlantikan dua orang Menteri Besar UMNO di negeri yang mempunyai Raja Melayu iaitu Perlis dan Terengganu. Tindakan sesetengah penyokong UMNO yang taksub dengan pimpinan mantan MB dilihat lebih dari mencemarkan dan jelas menghina institusi raja itu sendiri.Sayangnya tiada pula tindakan oleh pihak yang berwajib kepada mereka yang menghina secara terang-terang.Mungkin pihak berwajib tersebut takut hendak mengambil tindakan melampaui apa yang ada pada Lembaga Disiplin UMNO yang cukup berkuasa terutama dalam kes pengggantungan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dalam isu yang berkaitan.(Sila rujuk kenyataan Kucing UMNO-Dato' Seri Syed Hamid Albar tentang hukuman tersebut bila diajukan wartawan soalan mengapa tiada tindakan undang-undang ke atas Datuk Ahmad Ismail).Apakah ini semua bertujuan untuk memastikan politik Melayu tidak hilang arah atau semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan dua tiga orang yang semakin bergoncang sekarang ini?
Sebagai konklusi, saya berpendapat bahawa UMNO berdiri atas akar umbinya seramai 3 juta orang tetapi sayangnya, akar umbi tersebut makin lemah akibat diracuni dengan sogokan material yang terlalu berlebihan hingga mampu mengubah prinsip perjuangan UMNO yang sebenar. Pemimpin pelapis terpaksa menunggu dan terus menunggu kocek masing-masing penuh barulah mampu untuk 'duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah' dengan pemimpin lain yang lemah integriti tetapi bercakap soal prinsip perjuangan hakiki.UMNO BOLEH???!!!
Renung-renungkanlah....
Mohon Membantah!!!
Oktober 08, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Salam Tuan...
Its been a long time...
Tentang tulisan Tuan, sememangnya mantap serta sarat dengan garapan fakta yang cukup halus dan terbuka. Semakin hari, semakin saya meminati tulisan Tuan... Tahniah.
Tentang isu yang Tuan sentuh, memang betul dan saya bersetuju. Cuma, rasanya, penulis artikel yang Tuan maksudkan mungkin sudah tidak ada peluang lain memandangkan hanya tulisan/artikel yang sedemikian rupanya yang hanya akan diterima untuk disiarkan oleh 'BOS' mereka. Biasalah, Berita Hairan, Utusan...semuanya sama...kan?
Siapa tau yang penulis tersebut juga ada menulis blog? Mungkin dalam blog beliau tidak pula menerapkan sistem 'ampu-bodeks' seperti yang Tuan maksudkan...
Kesian pada mereka...
Namun, ketidaksetujuan Tuan mendapat sokongan penuh daripada saya!
Apa yang disiarkan itu memang bengap, mungkin mereka ingat, rakyat still tak dapat tangkap dan faham permainan ini...
Hmm...alaaahai... Dunia... Dunia...
p/s : Salam Aidilfitri Bro! Gua pening dan naik bosan dengan permainan diorang nih... hehehe!
Salam Tuan,
Ada benarnya dan ada silapnya.. susah nak percaya sekarang ni...
Salam..
Entah kenapa, setiap kali kita (bloggers) menulis tentang UMNO pasti tidak terlepas dari unsur wang, rasuah, ampu-bodek dan jahil agama?
Sampai bila keadaan ini akan berterusan?
Saya sedang menelaah semula Sejarah Melayu, Hik Hang Tuah dan beberapa buku berkenaan keduanya. Barangkali ada sesuatu yg kita gagal melihat pada kedua2 karya tersebut. Terutama, apakah rahsia yg membawa kegemilamgan Melaka dalam tempoh yg amat singkat. Jangan pertikaikan faktor kejatuhan Melaka kerana kita belum layak membicarakannya. Kenapa? Kerana kita belum pun mencapai separuh daripada pencapaian Melaka.
Gugurnya satu persatu sendi-sendi kapitalisme dan terungkainya tetopeng demokrasi menginsafkan saya betapa kita bukanlah lebih cerdik daripada nenek moyang kita. Cuma lebih perasan barangkali.
Teruskan perbincangan tuan-tuan.
Bersempena dengan kedatangan Bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog yang budiman jika terdapat sebarang kesalahan atau tersinggung kata. Almaklumlah, kekadang tu bila beri komen tu tak toleh kiri kanan. Diharapkan kedatangan bulan Syawal kali ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan keinsafan....
Bro Water-loo!
Best pulak tulisan lu kali nihhh..Huhuhu!
Saje tulis komen,bukti pembacaan lengkap!huhuhu...
Keep it up Broooo..
Selamat Hari Raya...
Roger!
Salam Bloggers!
Terima kasih atas komen yang membina...Insya Allah saya akan memberikan yang terbaik untuk tuan-tuan memberikan komen selepas ini..
thx!
Catat Ulasan