Mac 03, 2009

Adakah Ini Yang Dikatakan UMNO Perihatin Masalah Rakyat?

Salam Bloggers!

Buletin Utama yang disiarkan malam ini sempat memuatkan satu berita yang nampaknya cuba 'mensabotaj' pemimpin UMNO tertentu. Isu yang dipaparkan ialah isu Kotak Insulasi Ikan sebagaimana diarahkan 'wajib' oleh kementerian yang berkenaan. Agak lucu juga bila saya cuba memahami kenyataan yang diberikan oleh pegawai yang berkaitan yang menafikan kos atau harga kotak insulasi ini tidak mahal. Cuba fikirkan kerana mungkin matematik saya ini lemah...Harga satu unit kotak insulasi ini ialah RM 115 manakala kotak plastik yang biasa digunakan nelayan berharga 'semahal' RM 35 sahaja. Kemudian ditambah pula dengan jumlah kotak insulasi yang boleh dibawa dalam satu-satu masa berjumlah 35 unit dan kotak ikan yang 'semahal' RM 35 pula hanya mampu membawa 6o unit. Saya pun tak faham hukum matematik dari profesor mana yang digunapakai dalam mengira 'keuntungan' para nelayan tersebut?

Saya sengaja membawa isu ini supaya ada pihak yang berfikir bagaimana untuk menolong para nelayan dengan cara yang lebih baik dan tidak menyusahkan mereka yang memang sedia susah itu. Mungkin ada pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan dengan penjualan kotak insulasi tersebut...Siapakah 'DALANG' di sebalik semua ini?

Ini kerana setiap perkara yang cuba diketengahkan oleh UMNO selalunya mempunyai sesuatu yang hanya diketahui selepas beberapa ketika. Sebagai contoh pemberian rebet minyak oleh kerajaan. Pada permulaannya, pembayaran hanya boleh dibuat di pejabat Pos seluruh negara. Pada akhirnya, terbongkar juga, kenapa POS MALAYSIA menjadi pilihan kerajaan ketika itu. Begitu juga dengan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pada akhirnya juga kita tahu siapa yang mendapat segala kontrak yang berkaitan dengan penyediaan tempat, peralatan, pakaian, makanan dan lain-lain lagi. Belum lagi perkara-perkara lain yang sedia menjadi rahsia umum tetapi sengaja didiamkan oleh mereka yang tahu terutamanya yang berada di dalam UMNO kerana masing-masing walaupun bukan semua mempunyai kepentingan atas perkara berkaitan.

kalau beginilah keadaanya, bila UMNO akan benar-benar bersih dari 'kekotoran tangan-tangan manusia' yang berbadan rakyat dan berhati perampuk? Siapa boleh nafikan semua kenyataan ini? Siapa berani nyatakan bahawa apa yang ditulis ini silap dan salah interpretasi pemilik blog ini? Saya hanya harapkan UMNO agar kembali ke jalan perjuangan mereka yang sebenarnya bukannya berpura-pura menatang wajah pejuang tetapi hakikatnya mereka yang mengaut rakus khazanah milik rakyat. Masih tidak terlewat untuk kembali ke pangkal jalan.....terima kasih.

p/s: Simpati sangat dengan nasib ibu tunggal bersama 12 orang anaknya yang tinggal dalam hutan kerana kemiskinan dan Jabatan Kebajikan masyarakat hanya memberikan bantuan sara diri sebanyak RM 70 sahaja sebulan seperti yang dilaporkan KOSMO semalam. Inikah yang dikatakan 'TRADISI MEMBELA RAKYAT'? Fikirlah...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Timing is always wrong".
Tidak belajar dari sejarah 0308.
Siapa yang jadi dalang ?
IJN,Labu,Pos,TMI,TNB,MBB Indonesia, dllll.
"lost touch" dan "out of touch".
"indecisive" "absence of leadership".
kalu macam ni "PR will win by default sebab UMNO shoot themself in the foot",
"self inflicted"
"pygmalionism"
maaf ya,hanya ade 3 tahun lagi.
changkat lobak
arjuna waspada.

hafiz berkata...

haha yeah! hidup melayulah katakan...! hahaha