Mac 14, 2009
Takkanlah dari 900 tak lekat 90 atau 9 orang PERASUAH UMNO? Peliknya UMNO!
Salam Bloggers!
Bila membaca komen Che Det di sini, saya pun memang dah lama terfikir, kemana gerangan menghilangnya SIASATAN kepada aduan sebanyak itu dalam sekelip mata? Tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tinggal beberapa orang sahaja yang masih teguh mempertahankan prinsip tidak menggunakan wang sebagai umpan undi perwakilan yang 'KEBULUR' dan 'MELAHAQ' musim pemilihan seperti ini, masih tiada sebarang dakwaan, tindakan dan apa sahaja ke atas aduan yang dikemukakan itu.
Benarkah UMNO sebuah parti ulung di Malaysia yang 'MAHABERSIH' dan 'MAHASUCI' dari kebobrokan dan kejahatan tangan-tangan manusia yang menjadi 'PERWAKILANNYA'?
Mungkinkah juga Che Det sekadar memfitnah parti yang mana dia sendiri sebagai pengasasnya? Mungkinkah Che Det sengaja hendak memburuk-buruk pimpinan semasa yang takkan muncul lagi dalam UMNO selepas ini dek dendam yang tak sudah? Mungkin Che Det memang pembohong dan penipu besar bila bersuara tentang hal ini dahulu?
Jawapannya mungkin umum sudah tahu tetapi persoalannya tetap sama dan seolah-olah tiada penyelesaiannya kerana hari besar UMNO hampir tiba tetapi mereka yang bertanding sudah boleh dikatakan bertandang ke seluruh negara 'memancing' undi perwakilan yang majoritinya 'celaka' dan 'haramjadah' kerana menyalahgunakan amanah yang diberikan ahli UMNO yang setia dalam bahagian masing-masing.
Bagi saya, perwakilan yang bermuka-muka ini dan mengambil kesempatan untuk mencari durian runtuh sempena pemilihan kali ini layak dipanggil 'haramjadah' dan 'celaka' kerana sikap mereka yang begitu. Walaupun bukan semua tetapi saya yakin, majoritinya sebegitu. Tak hairan kalau ada tokoh-tokoh dan nama besar dalam UMNO semasa akan tumbang kerana prinsip perjuangan mereka yang 'ketinggalan zaman' itu.
Sayangnya UMNO...
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan