Mac 06, 2009

MCA Perlekehkan Islam? Di Mana Panglima UMNO?!

Salam Bloggers!

kalau merujuk kepada laporan ini, saya menunggu adanya satu demonstrasi atau apa-apa bantahan yang akan dibuat khususnya oleh PANGLIMA-PANGLIMA UMNO bila rakan sekutu mereka dalam Barisan Nsional dengan lantangnya menyatakan 'Mahkamah Syariah Terlalu Ghairah Agama'.

Persoalannya, adakah PANGLIMA-PANGLIMA UMNO yang berani membantah tahap tertinggi untuk meminta agar rakan sekutu mereka yang sedar bahawa UMNO agak 'lemah' dengan situasi dan kemelut politik semasa? Ia ditambah pula dengan kesibukan Pak-Pak Menteri berkejar ke sana dan ke sini, menghambur "Surat-Surat Tauliah' kepada para perwakilan yang akan menjalankan 'tanggungjawab' mereka pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 penghujung Mac nanti.

Malam ini sebagai contoh, khabarnya diadakan majlis berkaitan di Terengganu dan ia menghimpunkan ramai calon-calon yang datang dengan mungkin 'berkilo-kilo' wang untuk 'dihadiahkan' sebagai subsidi minyak kepada para perwakilan yang secara rutinnya menjadi 'orang penting' bagi menentukan hala tuju UMNO selepas Mac 2009 di bawah kepimpinan Mat Bijan.

Kenapa bila DAP bercakap tentang Islam, tak payah kita tunggu lama-lama untuk menonton 'lakonan' Panglima UMNO yang bingkas membuat 'jutaan' laporan tetapi bila ia melibatkan rakan sekutu mereka? Ia seperti ditiadakan langsung liputan oleh media yang sememangnya menjadi 'balaci' kepada UMNO.

Mengapa perlu wujud 'double-standard' dalam hal sebegini? Mana dia kumpulan pendesak UMNO yang sentiasa katanya berada di barisan hadapan ketika menghadapi isu panas seperti ini? Apa sudah jadi dengan suara mereka? Adakah 'panas-panas suam' seperti apa yang ada pada 'peluru' mereka itu? Bangunlah wahai Pemuda UMNO! Jangan hanya memilih 'bulu',mana yang kerinting anda lepaskan dan mana yang lurus anda 'binasakan. Jadilan barisan pendesak yang sebenar-benarnya dan bukan hanya berani dengan bantuan 'geng tiga line' atau mana-mana pertubuhan yang sama waktu dengannya sahaja. Tak payahlah nak tunggu ayahanda turun baru hendak menunjukkan kepekaan anda.

p/s: Biar Adil Dalam Keberanian!

thx!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Islam milik semua, termasuk melayu di Malaysia. Jika MCA perlekeh Islam kenapa kena tunggu UMNO? Sesiapa pun boleh berjuang untuk Islam. Seharusnya PAS yang kehadapan kerana PAS sinonim dengan perjuangan Islam. Tetapi beginilah bila perjuangan kita dengan pergunakan Agama untuk kepentingan politik. Isalam dan melayu di malaysia semakin lemah kerana kita tidak bersatu, bangsa lain gembira dan tertawa akan kebodohan kita.

Jiwa Merdeka berkata...

Salam,

Mungkinkah pandangan MCA itu tidak salah? Sebaliknya tindakan Mahkamah Syariah yang salah.

Itulah sebabnya UMNO (ataupun PAS) tidak bertindak apa-apa, sebab di sini barangkali tidak timbul isu MCA menghina Islam.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Sdr Beranikan Hati, mmg benar Islam milik semua, masalahnya UMNO hanya akan ambil tindakan sedemikian sekiranya sesuatu isu yang berlaku benar2 memberikan keuntungan kepada UMNO sahaja..Walaupun PAS sinonim dengan Islam tetapi ia tidak menghilangkan komitmen UMNO yang mana pemimpinnya sentiasa menyatakan mereka paling depan mempertahankan Islam.

Sdr Jiwa Merdeka, soal pokok di sini, MCA 'berani' memperlekehkan keputusan Mahkamah Syariah yang sentiasa lemah kerana menjalankan hukuman yang asasnya lemah...Islam tidak menetapkan umur untuk menganut kepercayaannya tetapi undang-undang Islam Malaysia yang sedia lemah yang membolehkan ruang yang tak sepatutnya dicabar, boleh dicabar. Bayangkan kalau anak yang tersebut diarahkan mahkamah sivil untuk kembali kepada agama asalnya, adakah pada ketika itu baru Panglima UMNO akan bersuara?

Beza antara PAS dan UMNO hanya satu, bila PAS memperjuangkan isu sebegini maka ia akan dicop sebagai 'politiking tetapi bila UMNO pula yang memperjuangkannya, konklusinya adalah sebaliknya...dok gitu?

thx!

Pesanan Keramat berkata...

peduli umno, pas dan pkr, kenapa kamu tak bersuara atau lakukan tindakan?

kamu sibuk pasal org lain tak bersuara?

kenapa tak tegur pas dan pkr kalau dah tahu umno penakut?

atau kamu yg sebenar penakut tahu komen saja?

perfectwater75 berkata...

Salam,

Pesanan Keramat, Aku sudahpun bersuara....inilah beza antara Melayu dan Islam..

thx!

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Perfectwater seperti yang lain sentiasa merasakan bahawa selalu benar dan orang lain salah maka kebenaran tidak dapat dicapai dengan hujah.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Bukan soal pkr atau pas atau umno yang kena ke depan...kita lihat ppsmi, bila dibuat walaupun yang berarak itu golongan terpelajar,pada akhirnya dikatakan politik juga yang mempengaruhinya...

cuba UMNO yang menjadi kepalanya...takkan timbul langsung isu politiking...ini yang dikatakan betapa perlunya UMNO menjuarai isu yang ada...kerana bila UMNO berhimpun takkan ada istilah perhimpunan itu perhimpunan haram tetapi dikatakan perhimpunan AMAN...nak buat mcmana bro kalau dah ia tidak menguntungkan UMNO....

ada faham? atau saja buat tak faham?

thx!

Tanpa Nama berkata...

Salam Sdr. PerfectWater;
cuba UMNO yang menjadi kepalanya...takkan timbul langsung isu politiking? - Tak pernah asaya dengar bila UMNOL buat tak apa. Parti pembangkang selalunya akan terlebih dahulu memainkan isu ini, Tak perlu diberikan contoh bila UMNO yang taja ada juga Pembangkang yang jadikan isu politik mereka, jangan nafikan. Saya dan penat dengan keadaan ini Bukan kepada pembangkang saja, UMNO pun sama juga. Cuba lihat bangsa lain memungut hasil dari apa yang kita lakukan. Tidak kira PAS,PKR atau UMNO, melayu tetap akan rugi dalam keadaan ini. Jgn pura2 tak faham!