Salam Bloggers!
Setelah berdiam diri agak lama dengan kenyataan kontroversi akhirnya Khairi Jamaluddin (KJ) bersuara melawan arus demi nama UMNO sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu yang sebenar walaupun kenyataannya masih berlapik tetapi sekurang-kurangnya beliau sedang berusaha untuk merubah wajah pemuda UMNO Malaysia yang selalunya 'stereo-type' dalam membicarakan sesuatu isu semasa.
Bagi saya secara peribadi amat bersetuju kiranya Kerajaan menerima desakan para ilmuwan bahasa yang menentang perlaksanaan PPSMI dengan menjadikan anak-anak Melayu sebagai 'bahan eksperimen' keberkesanan pengajaraan Bahasa Inggeris dalam dua matapelajaran yang sememangnya diketahui anak-anak Melayu cukup lemah secara majoritinya. Dalam masa yang sama, saya juga menyokong Kementerian Pelajaran mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris dalam SPM tetapi agak dukacita kerana 'orang Islam' yang menjadi Menterinya tidak pula terfikir untuk mewajibkan kelulusan yang sama untuk matapelajaran Pengetahuan Agama Islam sebagai syarat untuk mendapatkan sijil.
Doa saya agar KJ yang langsung tidak memegang sebarang jawatan kabinet dalam usaha pihak tertentu cuba menjatuhkan karier politiknya secara 'total' akan terus bangkit melawan kebobrokan ahli UMNO yang masih terpengaruh dengan nilai sentimetal mentaati pemimpin yang telah sedia kaya, mewah dengan kebodohan ahli-ahlinya yang taat setia. Mereka sanggup menjadi 'kayu buruk' walaupun mereka tahu hak mereka telah dikikis oleh pemimpin sanjungan mereka selama ini. KJ semestinya bertahan walaupun ada dalam kalangan NGO yang kononnya mempertahankan perjuangan Melayu tetapi mengambil sikap yang ganjil dalam menentang perlaksanaan PPSMI ini. Kajian yang dibuat tidak secara menyeluruh tetapi diambil sebagai dalil untuk menerima terus perlaksanaan PPSMI yang dicadangkan oleh mantan PM yang seolah sengaja' memesongkan sejarah bangsa-bangsa berjaya di negara-negara seperti Jepun, Korea dan China yang teguh mempertahankan bahasa bangsa mereka dan dalam masa yang sama menjadi negara maju dan berkuasa dalam ekonomi dunia. Entah hujah mana atau firman mana yang digunakan oleh para 'ulama' bahasa ketika menerima perlaksanaan PPSMI pada tahun 2003 dahulu. entahlah siapa yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit hasil perbekalan peralatan ICT ke hampir 10000 sekolah di seluruh negara. entahlah siapa yang mengaut keuntungan hasil perbekalan buku teks berkaitan. Memang susah apabila sesuatu dasar dibuat berdasarkan keuntungan sesetengah pihak semata-mata dan bukannya untuk umum. Kepada KJ, saya mengucapkan syabas dan tahniah atas 'kelantangan' saudara. Jangan undur bila sudah bersuara kelak nanti saudara akan digelar 'pondan siam' kedua dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan