September 07, 2009

PRK Bagan Pinang, Antara Undi Rakyat & Undi Pos..Siapa Penentu?

Salam Bloggers!

Seperti yang diketahui, PRK Bagan Pinang bakal menyusul selepas kematian ADUNnya beberapa hari yang lalu. Timbul persoalan siapa yang bakal merajai PRK kali ini. Adakah UMNO akan terus menerima 'kemenangan' moralnya atau PR akan terus bergendang gembira?

Jika dilihat rekod pengundi ketika PRU-12 yang lalu, jumlah pengundi adalah 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%). Dari jumlah itu dikahabarkan jumlah Undi Pos mengikut 'Formula PEKAN' yang menyelamatkan PM Malaysia ialah sejumlah 5000 dan ini memungkinkan UMNO akan terus mempertahankan kerusi ini sekaligus mencanangkan kepada dunia bahawa sokongan rakyat mula beralih kepada BN tetapi harus diingat jika undi rakyat tiba-tiba memihak pembangkang akibat isu-isu panas yang tak mampu dipadamkan UMNO/BN maka tak mustahil PRK ini menjadi penentu dan petunjuk akhir bahawa UMNO/BN tidak diterima lagi rakyat keseluruhannya.

Maka betapa pentingnya PRK kali ini kepada umum untuk menilai kemampuan kerajaan semasa yang memerintah yang selama ini dilabel sebagai kerajaan yang hanya retorik janji-janji mereka sahaja. Konsep 1Malaysia yang dipopularkan seolah-olah akan menjadi racun bisa kepada kempen UMNO/BN. Ini kerana selama konsep ini dicetus PM Najib, memang benar banyak perkara RAKYAT DIDAHULUKAN, antaranya menerima kenaikan harga minyak dan barang-barang. Jika UMNO kalah maka ia melengkapkan satu pusingan kehendak rakyat tetapi jika UMNO terus mempertahankan kerusi ini maka seperti biasa yang kita pernah lalui, tak cukup sehari mungkin seminggu dan tak cukup seminggu mungkin sebulan kemenangan ini dicanangkan sebagai tanda penerimaan rakyat kembali mencium 'wangi' UMNO. Tidaklah semudah itu, kerana minit-minit awal perlawanan sudah timbul desas-desus perebutan untuk menjadi calon bagi kerusi tersebut. Antara nama yang disebut ialah mantan MB Negeri Sembilan sendiri yang pernah disabitkan kesalahan rasuah oleh UMNO bukan SPRM. Nama-nama lain sudah berlegar dalam kalangan ahli UMNO khususnya di Bahagian Teluk Kemang itu sendiri. Kesilapan memilih calon hanya mengundang keparahan dan mungkin 'koma'nya UMNO terus dalam arena politik nasional selepas ini. Ia terbukti apabila UMNO Pulau Pinang tersalah letak calon di Permatang Pasir yang telah memberika kelebihan serta-merta kepada calon pembangkang ketika itu yang kini sudah bergelar YB akibat kebodohan pimpinan yang tidak pernah cuba untuk meneliti sedalam-dalamnya profil sesorang bakal calon sebelum diisytiharkan sebagai pilihan terbaik. Kesannya, UMNO tewas lagi di sana. Adakah UMNO terus ingin melakukan kesilapan dalam pemilihan calon kali ini. Itulah yang diharapkan pembangkang dan ia seperti bakal direalisasikan sedikit masa lagi. Kita tunggu!!!

Rasanya tak perlulah saya kemukakan banyak lagi kerana ia hanya akan mengundang rasa tak puas hati dalam kalangan sahabat UMNO saya yang sentiasa memerhati blog ini sejak mereka mula mengetahui gerangan penulis di belakang tabir blog ini. Bagi mereka, saya tak perlu menelanjangkan UMNO jika hendak menegur sekalipun. Bagi mereka saya mesti menggangguk setiap kata dan perintah dari pimpinan tertinggi kerana ia umpama firma dan sabda, tak mungkin akan salah dan silap di mana-mana. Namun atas prinsip bercakap benar walaupun pahit demi melangsaikan tanggungjawab sebagai umat dan ahli dalam parti maka saya tak perlu menoktahkan setiap kata dan tulisan saya demi melegakan hati dan perasaan puak-puak yang sudah kenyang dengan kekayaan dan kemewahan hasil bergelumang dalam politik semasa.

Ada yang menghantar komen berupa sebuah sajak tulisan ABUYA ASSHAARI yang difatwakan sesat oleh UMNO pada sekitar awal tahun 90-an kononnya untuk menyedarkan saya tentag kelantangan saya berbicara dalam ruangan yang bebas ini. Ada yang memaki dan menghentam saya secara terus tetapi semua itu bukankah asam garam kehidupan? Ada juga antara komen yangterpaksa saya padamkan kerana tak manis kata-kata yang dilafazkan sempena Ramadhan yang mulia ini. Jadi, kepada mereka yang berkenaan, tak payahlah membaca tulisan saya ini lagi kalau rasa tidak senang dengan apa yang saya tuliskan ini.

Bagi saya, PRK Bagan Pinang(satu lagi kawasan anak emas BN) akan menjadi permulaan detik kejatuhan sebuah kerajaan yang kini diserang pelbagai penyakit dan hanya menunggu masa untuk mati sekiranya penawar yang ada tidak mahu digunakan lagi oleh pimpinan sedia ada. Ingatlah, jika masih terlambat menyembuhkan kerosakan ini, maka lebih cepat UMNO akan rebah di pangkuan pertiwi mengisi muzium sejarah politik negara secara abadi...AL-Fatihah!

p/s: UMNO...Berubahlah!

Terima kasih!

4 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam bro,

Betul tu aku setuju pendapat hang 100%, memang kesedaran sahaja yang dapat memulihkan umno....

So, sebelum umno di talkinkan marilah ramai-ramai kita berarak ke pusara semperna menyambut adilfitri nanti.

Orait.

Salam,

Detguaq berkata...

Salam Ramadhon,

Hmmm...siapa dibelakang perfectwater tidak susah untuk digagau, tetapi susah untuk mengubah sikap pemimpin UMNO sangat menggusarkan.

Aku juga ada buat posting tentang Bagan Pinang, dimana blogger puterinya seorang peminat kj(liability)

Detguaq berkata...

Mohon Laluan Boss,

Pengunjung boleh juga beri komen untuk artikel terbaru mengenai PRK N31 di:

http://pelantaqhujah.blogspot.com/

Terimakasih Tuan rumah....

Al-Yasar berkata...

Satu perbezaan antara Bagan Pinang dengan kawasan lain nampaknya adalah di situ bilangan pengundi pos agak besar. Ini dijangka memberi kelebihan atau keuntungan kepada UMNO/BN. Akan tetapi kemenangan kerana undi pos yang agak besar tidaklah menggambarkan kekuatan UMNO/BN yang sebenar.