Salam,
Dalam tempoh sebulan, UMNO dilihat seperti terlalu 'hebat' bila memperjuangkan isu berkaitan ISLAM. Mereka seolah-olah mahu dilihat sebagai Juara Muslim 1Malaysia bukan semata-mata Juara Rakyat sahaja. Apa tidaknya, kita lihat isu Kalimah ALLAH dan terkini Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Dalam usaha 'murni' UMNO hendak menggambarkan mereka adalah pembela Islam terhebat alaf ini, seperti terlupa 'senjata ampuh' ini akan memakan luluh jiwa pendukung UMNO yang setia kerana melihatkan kebabi-butaan pemimpin tertinggi memainkan isu agama sebagai srategi menarik sokongan rakyat yang semakin tipis hari ke hari. Saya secara peribadi tak mahu mengulas mengenai isu kalimah ALLAH tetapi lebih melihat kepada beberapa kenyataan pemimpin dan mantan pemimpin UMNO yang bercakap tanpa pengkajian yang mendalam dan sesuai dengan istilah 'lembut' yang saya gunakan pada ayat sebelum ini.
Ada dua tiga kiriman artikel sebelum ini yang membicarakan bagaimana lemahnya UMNO menggunakan pelbagai isu yang nampak garang sebagai senjata dan mampu menenggelamkan pakatan pembangkang tetapi beralih 'anak panahnya' kembali ke dada UMNO yang langsung hilang kekebalannya sejak pasca PRU-12. Begitu juga dengan isu Perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan terlalu penting kepada umat Islam di Malaysia. Bukan apa, jika dilihat di Perlis, boleh dikatakan langsung tidak pernah diadakan sejak dari berdekad-dekad tanpa sebarang masalah timbul isu kerajaan semasa yang memerintah Perlis tidak mementingkan apa yang dikatakan sebagai agenda Islam yang penting. Seingat saya juga, perarakan ini juga pernah digantung beberapa tahun selepas berlaku peristiwa ia disalahgunakan oleh pelbagai pihak dan membawa kemungkinan berlaku rusuhan dan isu keselamatan negara.
Maka bila saya membaca kenyataan dan menonton berita yang mengulas isu hangat ini, nyata sangat kedangkalan yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin yang kononnya ingin meraih simpati rakyat. Rasa sedih pun ada, lucu pun ada juga, bila Si Bodoh dan Bahalol cuba bercakap hal keagamaan tanpa pengkajian yang paling dalam. Sama ada bersandarkan sejarah semasa di Malaysia mahupun Sirah Nabawiyah itu sendiri. Hakikatnya secara logiknya, tiada sebarang perarakan dilaksanakan sama ada ketika Nabi Muhammad S.A.W hidup dan Baginda S.A.W sendiri tidak perbah mengeluar dekri atau sebarang sabda berkenaan dengan sunnahnya menganjurkan perarakan mengenang kelahiran Baginda S.A.W.
Inilah yang dikatakan bila urusan dipegang dan diperkatakan oleh seseorang yang bukan ahli maka akan nyata kesalahan dan kesilapan yang sukar diperbetulkan dan dalam masa yang sama ia merupakan bola tanggung yang hanya menunggu seorang 'killer' melibas masuk ke gelanggang sendiri. Sayang sangat, bila Si Bodoh dan Si Bahalol tak menyedari kebodohan dan Kebahalolan mereka bila berkata-kata. Betulkah mereka ini pemimpin UMNO???? Saya sentiasa berharap ia sekadar mimpi saya di sinag hari....
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Setuju. Jangan jadikan amalan "melayu" kita sama seperti amalan "islam".
Jangan mudah menjadikan sesuatu isu terutamanya melibatkan kaum.
KLIK DI SINI UNTUK => LAPORAN POLIS TERHADAP USTAZAH BAHYAH & USTAZ ZAWAWI
tahniah perlis dan kelantan
jangan kacau jalan raya
hari cuti orang nak guna jalan
salam, panjang tulisan saudara, tapi saudara harus ingat masa ni melayu/umno menerima tekanan dari pelbagai sudut kprcayaan mereka,ekonomi,bangsa mereka diperlkehkan dan berbagai lagi,saya tak fikir pemimpin umno yg kecoh brkaitan tsbt sprti yg saudara katakan tidak memahami prkara tsbt, tapi perarakan maulidur telah mnjadi kebiasaan sejak brzaman bukan brkaitan ISLAM semata2 dan apabila ornag bukan islam menganggu tradisi ini tentulah banyak orang melayu akan marah walau pun kita faham prkara trsbut bukan tuntutan ugama.
salam unperfectstone53
Salam, tuan unperfectstone53,
suatu kebiasaan bukanlah boleh ditakrifkan sebagai 'ibadah bahkan ia lebih kebih kepada adat semata-mata. Mana boleh seorang Islam berpegang kepada adat sebagai ibadah sedangkan perkara lain lebih besar untuk dilaksanakan sebagai ibadah...Kalau setakat Melayu marah itu perkara biasa tetapi kalau seorang 'muslim' dalam erti kata sebenar, rasanya memahami apa yang dilaksanakan dalam kehidupan seharian bersandarkan kenaqlian dalil dan bukan aqli semata-mata.
Soal UMNO/Melayu menerima tekanan dari segenap sudut itu salah siapa? Hairan kenapa sebuah parti ulung yang menjadi tulang belakang pemerintahan negara boleh tunduk dengan tekanan sedangkan kuasa penuh di tangan mereka? Umum mengetahui apa yang terkandung dalam asas perlembagaan yang mendirikan Malaysia jadi jika UMNO benar2 berjuang mempertahankannya rasanya tiada siapa boleh menekan UMNO/Melayu sesuka hati seperti yang berlaku sekarang. Apa yang kita lihat, UMNO/Melayu banyak beretorik dengan pelbagai slogan sedangkan mereka antara sedar atau tidak mengetahui bahawa sokongan rakyat semakin tipis dan rakyat semakin muak dengan permainan yang mereka pamerkan semasa ini. Namun begitu, bibit perubahan yang dicanangkan seolah-olah tidak bergerak langsung dan UMNO/Melayu masih berada di takuk yang lama dan hanya slogan sahaja yang berubah.
thx!
p/s: terima kasih fS-86, Ibnu Marzuki Al Firdausi dan b.r.u.t.a.l.s.o.l.o atas kunjungan anda.
b ukan takat perelih saja yang tak buat perarakan maulidul rasul... Pahang dan Johor pun tak buat..... nampak sangat isu ini adalah isu politik murahan umno... bukan pun pasai maruah umat islam....
Catat Ulasan