Mac 12, 2009

BILA SPRM(SPeRMa) SIASAT MENTERI UMNO...TAK PAYAH BIMBANG...SEKEJAP JER TU!

Salam Bloggers!


Bila membaca laporan ini saya tersenyum manis. Bukan apa, semua ini sekadar lakonan sementara sahaja untuk menjatuhkan individu tertentu menjelang Pemilihan UMNO hujung bulan ini. Apa tidaknya, jika diteliti bentuk 'tindakan agresif' yang telah diambil oleh SPeRMa khususnya kepada ahli UMNO sebelum ini boleh dikatakan semuanya menemui jalan buntu pada hujung siasatan. Alih-alih mereka yang ditahan hanya untuk MEMBANTU SIASATAN ataupun sebagai saksi utama.

Saya lebih melihat apa yang berlaku kepada 'kuncu-kuncu' menteri UMNO ini sebagai usaha pihak tertentu yang ingin menjatuhkan salah seorang calon yang akan bertanding. Maka habislah disiasat, dirampas, dihebahkan kepada umum dan apabila umum sudah mula menerima perbuatan berkenaan sebagai satu yang tak boleh diterima maka pada ketika itulah akan muncul mana-mana wakil dan mungkin juga BIG BOSS SPeRMa sendiri mengumumkan hasil siasatan yang berkenaan. Skrip sedia ditangan, hanya menunggu LAKON LAYAR mengarahkan sahaja.

Kalau menilai komen PM selepas seorang SETPOL Menteri dari UMNO yang bersih dan suci ditahan, umum sudah dapat mengagak apa bentuk tindakan yang bakal diambil oleh SPeRMa selepas ini. Tunggu sahaja dan jangan pula ada yang terkejut. Biasalah itu semua....Kepada menteri berkenaan, semoga anda menang pemilihan kali ini...Bukan apa, sekurang-kurangnya semua yang berlaku ini menjadi PROMOSI PERCUMA CALON MT yang berkenaan khususnya kepada MAJORITI PERWAKILAN UMNO yang 'kebulur' dan 'ganas' kali ini.

HAHAHAHAHA!

Bilalah UMNO nak berubah....?

thx!

3 ulasan:

bungaraya berkata...

perfectwater dimaksudkan arak yang dewasa ini perfect bagi pandangan setenagh individu melayu.

perfectwater75 berkata...

Salam,

Bungaraya,

lebih kurang macam tu la...

UMNO mesti buat perubahan menyeluruh bujkan setakat tukar PRESIDEN sahaja dan dua tiga orang MUKA LAMA yang dok rasa masih baru dalam POLITIK UMNO...

thx!

Tanpa Nama berkata...

SALAMUALAIKUM SAUDARA BLOGGERS,
UMNO TIDAK AKAN BERUBAH SEANDAINYA PEMIMPIN ATASAN UMNO SENDIRI YANG TIDAK BERUBAH DAN UMNO AKAN BERUBAH APABILA PEMIMPIN ITU SENDIRI BERUBAH SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATI.