Mac 14, 2009

SIAPA YANG BENAR ANTARA MAHATHIR DAN NAJIB?

Salam Bloggers!

Terkejut juga bila membaca kenyataan dari seorang Negarawan Ulung Malaysia tentang apa yang berlaku di Perak selepas lebih sebulan berlaku apa yang disifatkan 'KUDETA' oleh Pakatan Rakyat dan Penderhakaan kepada Institusi Raja Melayu oleh UMNO yang dikepalai oleh NAJIB@BIJAN.

Pagi tadi sekali lagi NAJIB@BIJAN menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa apa yang disifatkan pembangkang sebagai KUDETA atau Rampasan Kuasa sebagai suatu yang sah di sisi Perlembagaan Negeri Perak. Kata beliau lagi, pergolakan politik di Perak baru-baru ini seharusnya tidak berlaku jika pakatan pembangkang menerima kenyataan dan mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Kata beliau lagi, mereka sepatutnya mematuhi titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan ke atas pembentukan kerajaan negeri oleh BN serta melantik Zambry sebagai Menteri Besar serta enam Exconya.

‘‘Pendekatan sama dilakukan sultan sewaktu pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri dahulu. Walaupun mereka tidak berdaftar dan bergabung selepas pilihan raya, tuanku tetap berkenan melantik Menteri Besar dan barisan Exco kalangan mereka.

‘‘Jadi sekarang mereka perlu menghormati keputusan sama yang dibuat Sultan Perak setelah BN mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

‘‘Kerajaan negeri yang dibentuk BN sekarang adalah kerajaan yang sah dan tidak perlu diragui. Sultan Perak sudah memberi perkenan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang ada,” katanya.Saya mengikuti ulangan kata-kata beliau yang amat meyakinkan itu tanpa ada rasa tersilap atau terkhilaf.

Akan tetapi bila Mahathir mula bersuara dalam laporan ini ia telah menimbulkan kesangsian selepas rakyat Perak dilihat semakin tenang dari kekalutan yang berlaku dan rata-rata ahli UMNO mula menumpukan perhatian kepada peralihan kuasa hujung Mac nanti dan MAJORITI PERWAKILAN yang tiba-tiba bersikap 'HARAMJADAH' dan 'CELAKA' menagih 'PEMBERIAN IKHLAS' khususnya daripada calon-calon yang akan bertanding nanti.

Persoalannya,

Apakah Mahathir masih 'WARAS' ketika membuat kenyataan ini atau media tersebut tersalah lapor apa yang diperkatakan oleh beliau?

Adakah Mahathir sudah nyanyuk kerana mengeluarkan kenyataan yang mana dalam masa yang sama NAJIB mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya mengenai isu yang serupa?

Adakah Mahathir terlupa seperti kebiasaan 'MELAYU YANG MUDAH LUPA' bahawa anaknya juga salah seorang calon yang akan bertanding satu jawatan yang penting dalam pemilihan UMNO kali ini kerana mengeluarkan satu kenyataan yang pada hakikatnya meruntuhkan benteng dan kekuatan moral yang telah dibina oleh Kerajaan BN Perak yang baru dibentuk itu?

Mungkinkah ia satu amaran kepada NAJIB@BIJAN agar menyedari bahawa SIFUnya masih ada dan ia sekadar isyarat supaya NAJIB@BIJAN lebih berhati-hati dalam mengendalikan sesuatu isu panas yang timbul akibat kegelojohan nafsu dan kuasa?

Kepada ahli UMNO yang dihormati, bangunlah dan betulkan barisan anda agar tidak terus terjunam ke lembah kehancuran kalau anda terus selesa dengan situasi yang ada. Perubahan yang agresif perlu ada demi kelangsungan POLITIK UMNO yang gah berdiri selama lebih setengah abad itu. jangan sekadar menukar badan sahaja tetapi bajunya sama. Masa depan UMNO terletak di tangan anda dan bukannya dua tiga orang yang anda angkat untuk menjadi pemimpin anda.

Fikirlah dengan iman nan murni dan bukan dengan kebencian dan hasad dengki...

Agak-agak Zahid Hamidi sudah habis berapa juta kali ini?

THX!

4 ulasan:

ROSHATIKA berkata...

Salam,

TMM nampaknya terus-terusan menghalakan peluru kepada bekas partinya sendiri.

Perasaan sayang kepada UMNO/BN sudah hilang dari dalam dirinya.

Adakah pemimpin seperti ini masih boleh dipercayai.

Cita-citanya sekarang hanya satu iaitu meneruskan kesinambungan kuasa melalui anaknya.

T. kasih.

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf saya nak komen sikit.. Yang sebenarnya dalam Malaysia ni dari zaman selepas merdeka sehinggalah kehari ini saya dapati tak ada siapa pun yang layak jadi pemimpin.. Sebesar hati kuman pun tak ada sorang pun yang layak,Saya ikhlas ni, baik pemimpin dari UMNO,PAS,DAP KEADILAN, MCA, MIC,GERAKAN dan bla bla bla bla bla bla bla.SORANG PUN TAK LAYAK. cuma yang layak jadi pemimpin ialah blogger blogger yang tumbuh macam cendawan selepas hujan dan salah sorang yang layak jadi Perdana Menteri seumur hidup sampai kiamat dan Perdana Menteri 1 milion persen perfect ialah siapa lagi kalau buka YAB, TUAN GURU, TOK GURU,USTAZ,TUN,TAN SERI, DATUK SERI, DATUK PERFECTWATER IBNI ALMARHUM PERFECTMERFECT. Semoga Allah mengizinkan.

perfectwater75 berkata...

Salam Tanpa nama,

Hahahahaha! Ada juga komen macam ni...

apapun, terima kasih kerana beri komen sebegini...

thx!

Tanpa Nama berkata...

ya, yang layak memimpin sebenarnya adlah saya tetapi saya gagal melayakkan diri sebagai perwakilan UMNO atau PAS,PKR.DAP untuk menjawat jawatan tertonggi parti yang membolehkan saya jadi PM malaysia. Nak tubuhkan parti sendiri tak ada pengikut - perfect massage oil