Ogos 10, 2009

Antara Replika NAJIB dan ANWAR? Mana Lebih Hebat?

Salam Bloggers!

Seperti biasa dan selalu saya katakan UMNO suka menggunakan apa yang mereka sifatkan sebagai SENJATA untuk menyerang pakatan pembangkang bila timbul sesuatu isu tetapi pada akhirnya tanpa mengira waktu tertentu senjata itu makan tuannya iaitu UMNO.

Saya setia menunggu apa pula yang bakal difatwakan oleh Ulama' bertaraf Ayatollah khususnya di phak UMNO tentang terbinanya replika patung atau gambar NAJIB di belakang DEWA MURUGAN pujaan penganut Hindu di Batu Caves iaitu dalam kawasan DUN yang sama dengan terbinanya replika ANWAR satu ketika dulu. Imbas kembali pelbagai pendapat dalam kalangan Balaci UMNO yang baru kalah di Selangor pada ketika itu seperti dalam laporan palsu ini atau di sini atau juga laporan ini.

Saya yakin dua tiga hari akan keluar kenyataan dari Mantan Mufti Perlis mengenai hal ini. Cuma saya tunggu sangat kenyataan mantan Menteri Agama UMNO yang kini telah bertukar menjadi Menteri Perang UMNO kerana beliau pernah mengeluarkan kenyataan "pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam. Tak lupa juga kenyataan maha tinggi dari seorang calon Timbalan Presiden yang tak sempat merasa hangat dan empuk kerusi TPM dan Timbalan Presiden UMNO akibat 'RASUAH' yang bukan didefinnisikan sebagai 'RASUAH' oleh Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia? atau SPRM atau saya lebih suka menyebut 'SPeRMa'. Ali 'Baba' Rustam ini telah mengatakan 'merupakan satu simbol yang melihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya. Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin'. Cukup 'mulia' hati dan 'hebat' pendirian Ali 'Baba' Rustam ini.

Sekarang lihatlah gambar ini....,



dan sekarang lihat pula gambar ini......,



Agak-agak siapa lebih HEBAT???? ANWAR atau NAJIB???
Bagi pandangan peribadi saya, saya yakin tiada yang lebih hebat selain NAJIB kerana 'patung' replikanya lebih gah di belakang patung Dewa Kesayangan penganut Hindu iaitu Dewa Murugan.

Jadi, mana orang UMNO yang suka sangat 'mengampu-bodek' pemimpin kesayangan mereka ini? mana kenyataan Orang Kuat UMNO Gombak yang kuat hendak berdemonstrasi membantah pembinaan replika Anwar dahulu? Dasar perosak UMNO!!!! Inilah wajah-wajah penghancur UMNO yang hanya berani 'menyalak' ketika merasakan dirinya kuat sedangkan hakikatnya jiwa kosong semata-mata.

Lu Fikirlah Sendiri!!!!!!!!!!!!!

Thx!

2 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Salam.

Dua-dua tak hebat. Yang hebat adalah berhala Murugan (berbanding 2 berhala yang tadi) kerana warnanya kemasan.

Hehehehe..

perfectwater75 berkata...

Salam,

Tuan Harimau menaip, saya tak berani nak komen bab Berhala Emas ini nanti timbul isu 'agama' pulak...tapi gandingan 'serasi' yang dipamerkan dalam patung najib dan berhala emas itu macam janji saja....hahahaha!

Bukan pernah tok sami yang berkenaan pernah dijemput ke rumah PM sewaktu menjawat jawatan TPM?

anyway thx!