September 07, 2009

Isu Arak Kepala Lembu...Senjata Yang Bakal Makan Tuannya...

Salam Bloggers!

Kekadang macam tak faham kenapa isu Pemindahan Kuil Hindu ini tetiba sahaja menjadi isu yang besar berkait rapat dengan sensitiviti Islam kata mereka yang berarak pada hari tersebut. Saya cukup cam dengan satu wajah kerana saya pernah bertemu secara peribadi dalam satu perjumpaan yang diatur oleh pimpinan tertinggi pemuda UMNO Malaysia di sebuah hotel di Seberang Jaya Pulau Pinang sebelum hari penamaan calon DUN Permatang Pasir baru-baru ini iaitu Datuk Sohaimi Shahadan yang beralamat di
No. 15, Jln DM3, Jln Desa Moccis Desam Moccis, Sungai Buloh, Selangor ternyata bukan orang atau penduduk di Seksyen 23 Shah Alam Ketua Pemuda Selayang merangkap Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia yang turut sama hadir dengan megahnya mengangkat tangan bertakbir dengan pendemonstrasi Seskyen 23 Shah Alam pada hari itu.

Saya sengaja bicarakan tentang artikel ini kerana hendak menekankan kepada ahli-ahli UMNO parti yang semakin tenat hari ini tentang betapa 'cerdiknya' pelakon-pelakon yang sudah kenyang dengan kautan khazanah rakyat selama mereka menjadi pelakon utama UMNO melaraskan senjata untuk ditembak kepada pakatan pembangkang. Mana tidaknya, masing-masing sudah punya kekayaan dan kemewahan hasil kerapatan mereka dengan pak-pak menteri yang banyak memberikan kontrak, tender dan projek besar dan kecil kepada pelakon-pelakon utama ini. Sesungguhnya senjata yang dicipta ini akan memakan tuannya sendiri dalam masa terdekat kerana banyak faktor. Antaranya ialah :-

1. Isu ini sudah 26 tahun berlarutan di Selangor dan sudah empat MB Selangor dalam kalangan pemimpin UMNO yang menduduki kerusi hangat MB itu. Kalau Khalid Ibrahim yang dikatakan gagap itu gagal menyelesaikan dalam tempoh tak sampai dua tahun, saya rasa itu tidak menjadi maslah yang besar khususnya kepada kerajaan PR di Selangor.

2. Isu perkauman yang cuba dinyalakan apinya akan memakan diri dalam jangkamasa dua tahun sahaja lagi iaitu menjelang PRU-13 apabila BN/UMNO menagih undi kaum bukan Melayu untuk memenangkan mereka di kawasan-kawasan pilihanraya yang telah dipersempadankan semula oleh SPR sehingga memberikan satu kuasa khas untuk kaum bukan Melayu menentukan siapa yang layak menjadi wakil mereka.

3. Pelakon-pelakon ketika majlis dialog Kerajaan Negeri Selangor dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang bertukar manjadi huru-hara dengan terpaculnya pelbagai ugutan manis dan masam adalah terdiri dari pelaku ahli UMNO sendiri yang cukup dikenali sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri.

4. Campurtangan Menteri Polis Malaysia yang baru ternyata amat mengecewakan kaum bukan Melayu yang masih ada kekal menyokong BN dan mungkinkah mereka akan terus kekal mengubah haluan bila tiba saatnya nanti? Drama yang dipertontonkan Hishamuddin dalam menyelesaikan kes ini ternyata dilihat sebagai 'bias' kerana sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan diambil kepada muka-muka Melayu yang jelas dirakamkan oleh kamera video kerana menimbulkan provokasi perkauman dan keagamaan yang berlebihan.

5. Saya secara peribadi selalu menegaskan UMNO banyak sangat menggunakan 'senjata' yang pada akhirnya memakan diri dalam artikel saya sebelum ini. Mengapa begitu lekeh UMNO parti tua yang sentiasa keliru dengan umurnya sendiri ini? Mengapa perlu keterlibatan secara terang-terangan ahli UMNO yang berpangkat besar dalam tragedi ini? Tidakkah mereka tak sedar langsung akan implikasi buruk yang akan terpalit kepada UMNO? Benarkah mereka ini pejuang yang sayangkan UMNO atau pengkhianat yang akan membawa UMNO jatuh lebih pantas dari yang disangkakan? Asyik-asyik nak pertahankan Melayu dan mempergunakan Islam sebagai perisai untuk menutup 'kemaluan' mereka. entah Melayu mana yang hendak dipertahankan UMNO sedangkan status kemelayuan sesetengah pemimpin tertinggi dalam UMNO boleh dipertikaikan?

Terpulanglah kepada anda sama ada ntuk menerima teguran dari insan kerdil dalam blog yang dipinjamkan oleh Google ini dengan cara apa sekalipun. Biarlah UMNO berdiri atas kekuatan yang TULEN dan PADU dan bukannya berdiri atas kelemahan sendiri yang dicipta atas nama kelemahan orang lain. UMNO hari ini sudah rosak dan hancur kekuatannya kerana mainan politik yang keterlaluan oleh ahli dalam UMNO sendiri. Ini hakikat yang perlu ditelan dan pantas tidak boleh dinafikan hatta oleh Presiden UMNO sendiri.

Secara tuntasnya, UMNO perlu menginsafi diri, menghayati kembali makna perjuangan asal yang sebenarnya UMNO perjuangkan sejak dari penubuhannya. Saya tak terkejut jika lambang UMNO akan diludah dan dipijak oleh generasi akan datang kerana 'kecerdikan' pimpinan atau pelakon yang ada pada hari ini.

THX!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya tak rasa UMNO harus dikekalkan lagi ia telah manjdi barah kepada melayu lihatlah tingkah laku mereka yang sengaja berada di dialog tersebut amat memalukan, berbekalkan kekebalan dengan kerajaan dan sikap gangster pekida amat memalukan, sikap mereka yang seumpama manusia yang kehilangan akhlak di bulan yang mulia ini sebagai muslim khususnya, seterusnya ia bakal menjatuhkan martabat agama suci kita iaitu Islam itu sendiri, peristiwa yang berlaku tersebut sememangnya tidak sejajar dengan konsep 1malaysia yang dilaungkan oleh PM kita, kenapa saya katakan UMNO tidak lagi relevan, kerana selagi ianya wujud selagi itu lah onar akan berlaku, maaf jika pendapat saya ini keterlaluan, terlalu byk unsur negatif dari positif yang saya lihat dalam UMNO, sebagai ahli UMNO saya sangat kecewa dengan pemimpin tertinggi yang tidak berani menerima kenyataan bahawasanya UMNO sudah tewas dan mereka semakin galak untuk merampas negeri2 di bawah PR dengan cara yang salah, apakah ini perlu dilakukan? tidakkah kita perlu menunggu sehingga PRU13 nanti bahawasanya kita boleh betarung dengan jujur? kita bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 10 di bagan pinang kelak, pernahkah kita terfikir bahawa belum pernah dalam sejarah UMNO begitu teruknya kalah tujuh kali beturut-turut, apakah PM tidak sedar semua itu? perestasi UMNO sekarang ini sgt teruk jika dibandingkan pada zaman Dr.M dulu, apatidaknya kita dikelilingi oleh pemimpin kita yang lembab, bodoh sombong, dan masih lagi mentalitinya di takuk lama..saya merupakan antara ribuan ahli UMNO yg sangat2 kecewa dengan Parti Melayu ini, sudah tiba masanya UMNO perlu di bubarkan dan perlu wujudnya sebuah parti baru yang sejajar dengan konsep 1malaysia...

hj jamaludin berkata...

Bismialh Hir Rahman Nir Rahim
Cerita sensasi tahun 2009 yg paling unggul!
Inikah pemimpin pemimpin yg akan memimpin Negeri Selangor yang akn datang.
Nauzubillah , moga moga Allah SWT memberi nur hidayah kepada muka muka yg didamparkan kat klip video blog blog internet tersebut
Komen saya,
1)Macamanalah bangsa Melayu begini nak di ajak berbincang .MB Selangor dengan tulus nak berbincang dan menyelesaikan masaalah raykat tapi disebab kebodohan segelintir bangsa Melayu membuat unak habis susu sebelanga . Di mata bangsa asing akan cop orang Melayu tak leh diajak bincang .Serupa macam UMNO di mesyuarat agong bahagian paling tidak asik nak bergaduh.Melayu akan marah jika bangsa selain dari Melayu diangkat jadi ketua di syarikat swasta .Tapi tengok perangai segenlintir bangsa Melayu bila diajak bincang lain pulak yang terjadi. Bila MB Selangor tak ajak bincang bising macam angjing.Apa betul kah Orang Melayu tak leh diajak berbincang.
2)Di mata islam pula perihal segelintir orang Melayu yang tak tahu adap adap mesyurat boleh di ibaratkan macam kera mendapat bunga tak pandai mengunakan mesyurat. Macam mana bangsa asing nak hormat islam kalau orang melayu berkelakuan macam beruk makyah.Di Bulan yang diberkatilah Allah SWT masih ada orang mengaku puasa tapi mengeluarkan kata kata yang kurang enak didengar.Sepatutnya bila seseorang e2 berpuasa hati menjadi lembut dan soupan . Tapi perangai segelintir orang Melayu yang buat perangai buruk semasa mesyuarat akan membuat bangsa asing akan mengetawakan ajaran Islam .Se olah olah ajaran islam tak sempurna .Nauzubilah
3) Bab ini apakah kita nak salah ibu kita yang memberi susu badan sehingga perangai orang Melayu dididik menjadi begini rupa. Atau ayah memberi nafkah dzahir yang haram sehingga anak anak bangsa Melayu menjadi kurang ajar. Atau anak anak kita yg tenggok perangai buruk kita akan bangga mempunyai seorang bapa yang kurang ajar tak tahu adat resam orang Melayu

Al-Yasar berkata...

Saya bukan nak mengajar UMNO.Tapi kalau UMNO nak undi orang bukan Melayu (khasnya India) dalam pilihan raya yang akan datang, tentu anda tidak mengarak dan memijak-mijak kepala lembu.

Menentang pembinaan kuil secara berlebihan juga tidak akan memberi keuntungan kepada anda, kerana andalah yang akan dianggap sebagai pelampau perkauman -- bukan orang India, dan andalah yang akan ditolak oleh orang bukan Melayu dalam pilihan raya yang akan datang

Fazrulls berkata...

Salam Bro,

Semoga sihat sejahtera menyambut Syawal yang bakal tiba... Ayat2 pedas buat UMNO memang perlu bagi mereka yang lupa asal usul dan mengejar kemewahan semata-mata.

Sekian,

perfectwater75 berkata...

Salam,

ulasan dari tanpanama 2009 September 7 09:49 terpaksa saya padam kerana kurang sesuai untuk terus dipaparkan. Lagipun saya tak mahu sahabat tanpanama ini terus memberi pahala percuma kepada saya pada Hari Sambutan Nuzulul Quraan ini.

Maafkan saya sahabat...Mungkin sahabat juga boleh menggunakan khidmat Google yang percuma lagi setakat ini untuk mengadakan satu blog untuk menghentam saya selepas ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Cuma saya ingin tegaskan di sini bahawa saya hanya menulis apa yang benar sahaja.

thx!