Oktober 30, 2008

Ceritera Det dan Lah

Bila Det angkat Lah,
Ramai sokong setuju saja,
Pilihan tepat lagi bijak
Oleh seorang negarawan bangsa???

Bila Det hentam Lah,
Ramai juga sokong setuju saja,
Lembab, lembam, lembik,
Itu hujah tambahannya…,

Bila depa kalah pilihanaraya,
Det kata Lah jadi puncanya,
Semua sokong kata dia,
Det gesa Lah turun segera
Lah buat peralihan kuasa
2010 pada mulanya…
2009 pada akhirnya…
Semua Det punya ANGKARA

Det hentam Lah lagi
Langsung tak bagi peluang sekali
Seolah Det bersih sekali
Tak dosa langsung pilih pengganti…

Bila Det hentam lagi,
Alih-alih Lah pula bidas sekali
Satu Malaya marah Lah lagi
Sebab Lah tak kenang budi
Sebab Lah tak pegang janji

Kata mereka,
Lah lupa diri,
Lah lupa budi
Lah lupa janji,

Sayangnya,
Takdak sorang pun yang salahkan Det,
Atas dosa pilih pengganti,
Atau cuba langsungkan dinasti diri,
Walaupun dia dok luar parti,
Sebab yang jahat tetap Lah dan family,
Termasuk khairi dan Kamal dan Nouri,
Datin Seri Jeanne pun masuk sekali,
Atas dosa menyerah lima negeri
Atas dosa memalukan parti
Atas dosa merakus diri
Mengaut harta dan khazanah negeri

Lalu Det diamkan diri
Sebab batu dah dibaling
tangan kena sembunyi,
Det tahu ramai lagi
Sokong Det, Mukhriz dan Mokhzani,
Jadi hanya tunggu masanya kembali
Untuk mengatur urusan negeri ini
Walaupun kubur dah panggil mari
Dunia pun dah kata pergi
Namun Det sendiri masih ada misi
Sebab 2020 punya visi belum terisi
Projek Jambatan Bengkok pun sudah dihenti
Malu yang dulu pun ada lagi
Lah mesti dilondeh lagi
Agar Lah tahu langit itu tinggi
Agar Lah tahu apa nilai janji
Agar Lah tahu segala memori
Det pernah jadi Perdana Menteri
Lah kena fikirlah sendiri…
Nak serah kuasa atau nak terus lagi
Pecat semua menteri yang korupsi
Pecat 5 pemimpin tertinggi UMNO sekali,
Lantik MP lain jadi menteri,
Mesti sokongan MP lain hebat sekali lagi,
Kalau rasa nak selamat negeri
Lah fikirlah sekali lagi…

perfectwater

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Nice entry :-)

Tanpa Nama berkata...

mr perfectwater,
lama kanda tak comment.. sedap lah dinda punya seloka.. idea sendiri kee atau cilok nii.. anyway kita bersatu dan terus berjuang.. kita berjuang sampai kita berdua semput.. heehee.. dinda copy and paste kj punya artikel kat husin lempoyang and masukkan ke blog dinda.. bagi satu dunia tahu yang mini dannok and haadyai pun ada juga kat kl tuu... hehehe..

salam
bro..

azlishukri berkata...

puitis dan mengasyikkan..

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

TERIMA KASIH kepada Tuan kerana sudi menjengok dan beri komen dalam teratak usang blog saya.

Sebuah entri yang menarik dan saya minat.

Salam ziarah kembali. semoga hubungan maya ini berkekalan.



Ikhlas

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

apa perkembangan politik perlih? Buat la analisa sikit. Masa depan dan hala tuju..