November 02, 2008

Inilah Wajah UMNO...Tak Tahan Lagi!!!

Salam Bloggers!

Apabila diumumkan secara tidak rasmi kemenangan Najib tanpa bertanding untuk jawatan Presiden UMNO,saya berpendapat bahawa setakat ini sahajalah yang dikatakan UMNO, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan bangsa agama dan negara hanyalah sekadar sebuah parti penerus dinasti kepimpinan yang terdahulu . Dalam erti kata lain, hanya mereka yang elites sahaja yang boleh menjadi pemimpin dalam sebuah parti seperti UMNO. Betapa lekehnya para perwakilan cawangan yang dipilih oleh ahli akar umbi menterjemahkan undi mereka denganmenyokong penuh pencalonan bakal PM menjelang Mac 2009 nanti sebagai bakal presiden parti mereka pada bulan yang sama. Siapa ahli yang sedang atau telah menjadi pemimpin yang mana karier politik mereka bermula dari anak tangga paling bawah? Kita lihat nama-nama 'besar' seperti Najib, Hishamuddin, Hamid Albar,Mukhriz, Khairi, dan lain-lain datang dari mana? Tetiba sahaja mereka ini diagungkan ahli UMNO yang rata-ratanya orang kampung yang kerja menoreh getah, bersawah padi, dalam istilah lain,golongan bawahan yang sebenarnya hanya menelan bulat-bulat setiap kata yang keluar mulut 'mereka-mereka' ini. Jika kita selidiki lebih mendalam tentang siapa yang tegar memegang jawatan dalam cawangan UMNO di seluruh Malaysia, jawapannya mudah, orang kampung yang ada antaranya sekadar bekerja sebagai tukang sapu atau pembantu am rendah di sekolah atau jabatan-jabatan kerajaan.
Tiada siapa dapat menafikan lantaran inilah dasar UMNO yang tidak membenarkan golongan cerdik pandai yang bekerja dengan kerajaan untuk turut aktif berpolitik dengan alasan takut mengganggu penumpuan kerja semasa mereka. Semua ini hanyalah hujah dangkal yang dikukuhkan sebagai dasar sebuah parti politik paling pelik di dunia dari segi demokrasinya.

Semalam, sebagai contohnya,penyandang Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar yang mesra dengan panggilan 'Kak Chik' atau mantan YB DUN Sena,Puan Azihani Dato' Ali telah tewas teruk dengan lawannya yang dulu memang rapat ketika beliau masih menjadi seorang ADUN. Kisah ini dipaparkan bukan untuk bersimpati dengan kekalahan beliau tetapi lebih kepada merujuk kepada minda dan budaya ahli UMNO dari dulu yang tak pernah berubah iaitu tidak akan bertongkat dengan orang yang tidak mempunyai sebarang jawatan atau kuasa seperti ADUN atau ahli Parlimen. Ini kerana bagi mereka,
jika seseorang yang tidak mempunyai kelayakan tersebut, dicop sebagai tidak mampu untuk memberikan apa-apa kelebihan atau sesuatu imbuhan dek kerana mereka tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan yang memerintah. Begitu juga dengan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar yang mujur dapat mempertahankan jawatan beliau setelah dicabar bukan seorang YB tetapi lima(5) orang YB, akibatnya beliau hanya menang dengan kelebihan 19 undi tetapi hakikatnya jika kita renungkan ialah, Datuk Zahidi Zainul Abidin bukan menang dengan kelebihan undi tipis tetapi sebenarnya beliau menang dalam menentang pengaruh lima(5) orang Yang Berhormat dalam bahagiannya. Pujian mesti diberikan kepada sebahagian perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar yang berjaya mempertahankan prinsip perjuangan mereka dengan teguh memberikan undi mereka kepada seorang yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan. Sayangnya, semua ini tidak diterjemahkan dalam Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kangar semalam yang rela membuktikan kepada umum bahawa UMNO sebuah parti yang hanya kukuh dengan mereka yang mempunyai jawatan politik dalam kerajaan.

Saya teringat ucapan yang pernah dibuat oleh Ku Li ketika berucap di Majlis Sambutan Aidil-Fitri di sebuah hotel di Utara yang menyatakan UMNO satu-satunya parti di dunia
yang tidak membenarkan ahli-ahlinya berkempen ketika musim pemilihan dan menghalang ahli-ahlinya untuk mengamalkan demokrasi sedangkan pada masa yang sama UMNO diwar-warkan sebagai parti yang mendokong demokrasi dalam perubahan kepimpinan tetapi hakikatnya UMNO tidak pernah menjalankan pemilihan terutama untuk jawatan Presiden untuk beberapa penggal atas alasan mengelak perpecahan dan menguat perpaduan, natijahnya, UMNO kekal 'menang' di 5 buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu. semua ini kerana ahlinya 'teguh bersatu' sepenuh hati. Lucu sekali tetapi ini harus diterima oleh seluruh ahli UMNO kerana masih berlagak sebagai pemerintah terutama di negeri yang kini mereka adalah pembangkangnya.

Saya tidak dapat membayangkan apa ilmu yang digunapakai oleh Najib ke atas ahlinya yang masih mampu menyokong pencalonan beliau sebagai Presiden di kala banyak kes-kes atau isu-isu realiti yang timbul dan tidak berdaya ditepis oleh tuan tubuh sendiri.

Apakah nilaian yang diambil kira oleh sekalian ahli UMNO yang 'bijak-pandai' ini?

Adakah mereka bangga kerana bakal mempunyai seorang isteri PM yang kenal mesra dengan pelakon Bollywood semasa atau sukakan gaya hidup mewah dan tinggi akhlaknya yang sentiasa dipamerkan oleh bakal Wanita Pertama Malaysia 2009 ini?

Mungkin mereka terlalu bangga kerana isteri bakal PM ini pernah merakamkan lagu bersama Mawi@Asmawi Ani?

Ataupun ahli UMNO cukup bangga dengan anak 'jantan' bakal PM Malaysia yang berkepit dan berpelukan mesra dengan 'gadis-gadis pingitan' seperti yang diselitkan dalam ruangan MySpace yang kini sudah dihapuskan dari pandangan umum?

Mungkinkah mereka ini tertawan dengan ketampanan anak jantan PM Malaysia 2009?

Anda yang memilih, maka andalah yang menumpang sahamnya, saya tidak memilih jadi sekurang-kurangnya saya tidak dipersoalkan kelak kerana saya tidak pernah bersetuju.

Fikirlah dengan mata hati bukan dengan mata nafsi.

Ya Allah ku pohon keredhaanMu...Aku tahu aku terlalu lemah untuk merubah semua ini...

Mohon berhujah lagi!!!

4 ulasan:

azlishukri berkata...

salam, saya faham apa yang bergelora dalam hati dan perasaan saudara berkenaan parti umno, menurut saudara, semua pemimpin umno yang ada hari ini adalah pemimpin yang datangnya daripada legasi terdahulu..seolah2 ahli umno terlalu bermuka2 dengan anak2 pak menteri ini..kita harus faham, pertama bukan semua anak perdana menteri ini xboleh buat kerja atau tak baik..kita harus adil, yang mana baik kita naik kan, yang mana xbaik kita jatuhkan. tetapi untuk mendakwa bahawa ahli2 umno harus menolak semua anak2 pak menteri ini, saya kurang setuju. wallahulam.

Cheguman berkata...

Assalamualaikum perfectwater,
Maaf, saya sebenarnya menunggu sms sdra utk alamat pengeposan. Alamat yg sdra beri dulu dah hilang. 019 4402211. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Mr Perfectwater..

DS Najib Tun Razak nak jumpa you besuk kat kedai Tok Mek Bt 9.. Dia bawa cabai padi sekali.. Dia nak cabai-cabaikan mulut you.. thee.hee.hee.

Bro Motorola..

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Setuju dengan Azli Shukri...mengapa dan kenapa anak2 pak menteri ni nak bolot semua..!! Ahli-ahli biasa tak leh ke jadi PM dan TPM?? Mesti ada salur galur keluarga politik, baru boleh pegang jawatan tu ke...?? Sejarah adalah untuk kita jadikan panduan, bukan ikutan...