November 12, 2008

The Another Flip-Flop's Minister From UMNO!!!

Salam Bloggers!

Hari ini saya mendapat maklum dalam berita yang harga minyak telah turun lagi kepada 6o USD setong. Malangnya, sampai ke saat artikel ini ditulis harga petrol dan diesel di Malaysia masih belum lagi diturunkan mengikut harga semasa.
Apa yang melucukan ialah, harga nasi kandar dan roti canai yang dicanangkan turun, itupun hanya 10 sen. Apakah kedua makanan terkenal ini merupakan makanan kegemaran 'The Another Flip-Flop's Minister' yang UMNO banggakan sebagai
anak didik mantan TPM Tan Sri Musa Hitam? Apakah ini satu lagi episod kebengongan menteri UMNO dalam menguruskan hal berkaitan kebajikan rakyat? Atau ia sekadar satu lagi kisah penambah keperitan rakyat yang menanggung kesan kenaikan
harga minyak di pasaran tempatan. Kita lihat rata-rata pemborong barang-barang pengguna kononnya mengeluh kesan kenaikan harga minyak ini hingga terpaksa menaikkan harga barang keluaran mereka tetapi apabila harga minyak diturunkan, kita
lihat harga masih stabil mengikut harga lama yang dinaikkan ketika minyak naik harga. Berita kenaikan harga tiket pengangkutan awam seperti yang diberitahu oleh seorang menteri baru-baru ini juga amat mengejutkan kerana kerajaan UMNO/BN
seolah-olah merestui kenaikan yang ingin dibuat oleh pengusaha tersebut. Adakah ini layak dipanggil 'ketokohan' seorang menteri ataupun lebih layak dipanggil 'KEBODOHAN'? Mengapa perlu ditunggu lagi pengumuman penurunan harga minyak
tempatan? Mengapa perlu dibiarkan rakyat marhain terus menanggung siksa dan menyumpah semua pemimpin yang ada di muka bumi Malaysia ini? Sudahlah, kalau tak pandai memerintah, janganlah berlagak seperti andalah yang paling hebat memimpin.

Hanya mereka yang sanggup mengenepikan semua hal berkaitan kebajikan dan keselesaan rakyat sahaja yang akan terus menyokong 'BAHAALOL-2' ini menghabiskan wang rakyat. Lihat berita hari ini yang memaparkan suntikan 24 juta untuk mewujudkan
Akademik Badminton hanya kerana hendak memenuhi angan mendapatkan pingat emas di kala masih ada dalam kalangan rakyat yang merintih kesusahan meneruskan kehidupan di kampung-kampung dan pinggir bandar. Lhat sahaja episod dalam siri 'Bersamamu'
terbitan TV3 yang saban minggu memaparkan wajah-wajah sedih orang miskin dan fakir dari semua bangsa yang ada di Malaysia seolah-olah menunjukkan mereka ini hanya diberikan perhatian apabila stesen tv tertentu membuat liputan dalam kawasan
DUN tertentu. Sudahlah wahai pemimpin atasan negara yang seringkali cuba meraih populariti dengan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat dalam keadaan semasa. Ini yang susah apabila golongan bangsawan terus diberi peluang memegang tampuk
kuasa kerana mereka ini adalah orang yang nyata berbohong apabila menyatakan diri mereka ini amat memahami penderitaan dan kepayahan orang fakir dan miskin. Kalau sekadar empati yang cuba disogokkan, saya rasa ia langsung tidak memadai jika
dibandingkan apa yang telah ditanggung mereka. Wahai pemimpin! Insaflah diri, usahlah kalut merebut kekayaan dari khazanah rakyat. Ingat amanah yang diberikan bukan untuk kesenangan diri tetapi nyata untuk kepentingan dan kemaslahatan semua.
hentikanlah RETORIKmu...Hentikan!!!!

mohon berhujah!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Naik harga salah, tak turun hargapun salah..habis, nak buat cammana lagi siutt.
Kita ada kuasa membeli,bukan semua penjual jual ikut harga mahal,ada yang jual ikut harga yang telah diturunkan..pakat ramai-ramai ngan orang kampung,beli dikedai yang jual murah tu..
Kalau takpun, mintalah anwar buka kedai keadilan (megastore),juallah ikut `harga'pakatan rakyat, nak tengok lama mana mereka boleh tahan!!