November 22, 2008

BABI! BABI! BABI! TAK HABIS-HABIS DENGAN BABI!

Ladang babi tidak dibuka di Bukit Selambau

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI

ALOR STAR 20 Nov. - Ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut beliau, jabatan berkenaan membuat keputusan itu setelah melihat daripada beberapa sudut teknikal.

''Sebenarnya, kelulusan tapak di Bukit Selambau adalah keputusan kerajaan terdahulu, kita cuma menghormatinya tetapi semalam Jabatan Veterinar tak benarkan, jadi ia tidak jadi di kawasan itu,'' jelas beliau.

Menteri Besar itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menggulung perbahasan Bajet 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-12 di sini hari ini.

Salam Bloggers!

Saya kekadang hairan bercampur lucu apabila terdapat media tertentu yang 'galak' memainkan isu BABI ini tanpa memikirkan implikasi yang buruk kerana telah beberapa kali isu yang hampir serupa telah dimainkan
dan kesannya jelas ia memberi pulangan negatif kepada pihak yang memulakan isu berkenaan.

Mengapa UMNO yang berlindung di sebalik Jawatankuasa Bertindak Penduduk tidak mengambil iktibar dari isu yang dimainkan ini?

Mengapa mereka berterusan seolah-olah seronok dengan mainan isu yang 'panas' bagi mereka ini kerana ia kononnya bersangkutan dengan isu yang bersifat agama dan bangsa? Adakah mereka sedar senjata ampuh yang sedia dimiliki oleh pihak yang menjadi kerajaan semasa untuk mengembalikan 'kepanasan' isu ini kepada mereka kembali?

Saya tak terkejut kalau komen terhadap ulasan saya selepas ini akan menghentam saya cukup-cukup seperti yang berlaku kepada blog sahabat saya iaitu NURAFLAH hingga disebut-sebut perihal beliau sebelum menjadi muslim.

Ini semua tak lebih dari menunjukkan kedangkalan minda dan kebusukan akhlak individu yang kononnya 'menjunjung syariat Islam yang syumul'. Saya amat kecewa apabila membaca deretan komen-komen yang lebih berbaur sentimen bangsa dari mencerna isu yang cuba dikemukakan saudari NURAFLAH. Apakah begitu susah untuk menerima tiap sesuatu secara rasional dan tidak semuanya yang menjadi isu diemosionalkan pihak yang masih 'jumud pemikiran' dan 'rendah budi' ini?. Saudari NURAFLAH saya sentiasa menyokong saudari.

Jika diteliti penjelasan YAB MB Kedah dalam jawapan beliau selepas menggulung perbahasan bajet 2009 di DUN Kedah sudah terang dan jelas siapa yang cuba mewujudkan penempatan BABI di Kedah dan hal ini belum lagi dinafikan oleh mana-mana pihak yang berkaitan sekiranya ia satu pembohongan. Ini yang dikatakan 'senjata makan tuan' kerana pengalaman UMNO menimbulkan isu yang hampir sama kronologinya di Selangor telah memakan diri dan membuka pekung di dada UMNO apabila kerajaan semasa telah membuka semua fail yang berkaitan dengan isu tersebut kepada umum dan umum telah mengadilinya dan isu berkenaan hanya hangat di blog-blog tertentu sahaja tanpa 'dapur yang berkuasa' untuk terus memanaskannya lagi. Hakikat yang sama juga akan turut berlaku di Kedah sekiranya pihak UMNO yang masih 'bodoh bengong' dengan keputusan PRU-12 terus menjaja isu bergentayangan serata pelusuk dan daerah. Saya secara peribadi tidaklah menyokong diwujudkan penempatan babi yang berpuluh ribu ini tetapi sekiranya ia dilaksanakan dengan cara yang lebih bersistematik dan terjamin bersih serta tidak mencemarkan alam sekitar dengan baunya yang 'wangi' itu.

saya rasional untuk menerima hal ini secara positif kerana bukan soal saya suka makan babi ini tetapi saya yakini Islam berdiri atas teras keadilan kepada semua dan sewajarnya nilai ini diterapkan sebagai pemangkin kepada ketuanan Islam yang mempunyai sejarah yang panjang itu, jadi selagi ia dibuat atas menjunjung polisi keadilan ini maka mengapa tidak kita terima sahaja perancangan tersebut. Daripada pihak yang menjalankan industri kebabian ini membuat penempatan di atas tanah milik mereka dan nyata mereka mempunyai hak ke atas tanah mereka itu dan undang-undang sedia ada pun terbukti akan gagal jika hendak mengambil tindakan ke atas pemilik tanah tersebut dan pada akhirnya apa yang dibimbangi akan berlaku berterusan berpuluh tahun sepertimana ketika zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di Selangor yang telah 'membiarkan' sahaja kampung-kampung sekitar Pantai Morib teruk tercemar dek limpahan 'cecair kimia' dari kencing dan najis BABI ini. Tanyalah kepada penduduk di kawasan itu yang telah menanggung masalah pencemaran bau dan alam sekitar akibat pembelaan BABI berhampiran kawasan mereka. Ini yang gagal secara mutlak diselesaikan oleh mantan MB Selangor yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Mac 2009 nanti.

Nasihat saya kepada mereka yang cuba menyalakan api permusuhan dan pertikaian akibat isu BABI ini, sudahlah, hentikanlah lakonan tuan yang cukup hodoh dan buruk itu dan sebaliknya terus memberi peluang kepada kerajaan semasa yang memerintah
untuk menyelesaikan isu berkenaan secara yang terbaik. Kpada pengikut PAS di Kedah khususnya dan Malaysia secara umumnya, hentikanlah gaya dan kebodohan anda dalam menangani isu ini kerana ini adalah ujian dan dugaan dan janganlan bersekutu
dengan pihak yang jelas mengeksploitasikan isu ini untuk kepentingan diri sendiri dan parti tertentu sahaja. Kalau anda (pengikut PAS) mengikut rentak musuh maka samalah anda seperti mereka. Fikir-fikirkanlah...

"TA'AWWANU ALA BIRRI WAT TAQWA, WA LA TA'AWWANU ALA ISMI WAL 'UDWAAN"

Mohon berhujjah!

2 ulasan:

Orang Melaka berkata...

Terima kasih :-)

hafiz berkata...

masyarakat lebih suka babi diternak secara konvensional seperti sekarang. biar semua kumbahan dan bau busuk berewangan.

kenapa melayu masih tertutup minda mereka. atau ini adalah sumpah orang minyak?! hahaha