Disember 13, 2008

BILA TUN MAHATHIR MULA BERAT SEBELAH…SIAPA YANG UNTUNG?

Salam Bloggawan!

Sedih & Kecewa
Saya amat terkesan bila melayari blog ‘cuit sikit’ yang selepas ini tidak mahu lagi mencuit sesiapa atas sebab kecewa atau ‘frust’ dengan sikap dan kecelakaan sekumpulan manusia yang tidak menghormati kerahsiaan orang lain dan faktor-faktor yang tertentu yang menyebabkan bloggawan terawal di alam weblog terpaksa mengundur diri.

Saya yakin ‘post’ saya kali ini akan menarik ramai lagi ahli kumpulan yang taksub kepada pemimpin tertentu atas alas an untuk mempertahankan ketuaan dan pengalaman individu yang bakal saya cuit buat kali pertama ini. Biarlah mereka marah dan mungkin syahid kerana ketaksuban mereka seperti syahid Ibrahim Libya dan ahli kumpulan ‘ajaran nya’.

Sekadar Satu Kisah…
TDM dilahirkan pada 20 Disember 1925 dan jika dikira mengikut ilmu falak maka umur tuanya kini telah menjengah 85 tahun. Sepanjang tempoh ini, tidak boleh dinafikan beliau memang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain sebelum, semasa dan selepas menjadi PM Malaysia yang keempat. Pelbagai variasi kehebatan, kebijaksanaan, kebaikan, kezaliman, kejahatan, kebodohan dan kenyanyukan telah beliau paparkan dan penerimaan pihak yang menyokong tika beliau berkuasa dan menghentam selepas beliau tidak lagi memerintah sememangnya sudah diketahui umum. Kisah beliau tewas dalam pengundian untuk menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO selepas beliau tidak memegang apa-apa jawatan kekal diingati oleh sebilangan pencinta politik khususnya di Malaysia. Ada yang suka, ada yang marah dan ada yang bangga kerana Berjaya mengenepikan pengaruh TDM yang dilihat pada waktu itu cuba mengganggu-gugat kestabilan Pak Lah sebagai PM dan Presiden UMNO. Bahkan anak didik beliau juga sanggup mengenepikan segala jasa dan pengorbanan TDM demi kelangsungan kuasa bos baru beliau. Hingga kini beliau masih menjadi ketua di bahagian yang mana TDM menjadi ahli biasanya.


Tentang Sikap & Cara TDM

Namun begitu, sikap dan cara sudah mula menunjukkan perbezaannya selepas PRU-12. TDM mula menghentam pimpinan UMNO semasa terutamanya Pak Lah dan kuncu-kuncunya sehingga akhirnya PM yang semakin hari semakin Nampak ketuaannya mula mengalah dengan tekanan atas,bawah, kiri dan kanan untuk tidak mengekalkan kerusi empuk Presiden UMNO untuk penggal yang akan datang. Apa yang melucukan ialah TDM seperti melihat zaman beliau memegang tampuk adalah zaman paling cemerlang UMNO tanpa cacat. Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa bibit kehancuran UMNO bermula empat tahun terakhir beliau menjadi Presiden UMNO dan bala itu sengaja dibebankan ke atas bahu seorang pemimpin UMNO yang dulunya digelar ‘Mr.Clean’ dan kini digelar ‘Mr. Dry Cleaning’ kerana dikatakan membersihkan semua khazanah rakyat dengan selamba keringnya lebih ‘mantooop’ dan rakus dari TDM.

Belang Sebenar TDM
Akan tetapi, belang sebenar TDM mula ditunjukkan selepas anak kesayangannya layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun pada peringkat awal pencalonan nada TDM dilihat agak bimbang dengan ‘trend’ semasa UMNO bahagian yang mencalonkan orang lain selain anaknya. Beliau cuba untuk menonjolkan kepimpinan anaknya sebagai contoh terbaik sehingga menampakkan pemimpin lain sebagai sempadan buruk yang tak boleh diikuti, sedangkan apa yang dibicara dan disuarakan oleh anaknya yang bercita-cita tinggi itu tak lebih dari mengulang semula apa yang pernah diucapkan TDM satu ketika dulu. Soal politik wang, soal siapa lebih layak, soal siapa lebih bersih semuanya cuba direalisasikan kepada batang tubuh anaknya sahaja dan dua tiga orang pemimpin yang dilihat cenderung menyokong TDM dan anaknya. Tak tahulah sampai bila tindakan bodoh ini akan diredhai oleh ahli UMNO peringkat ‘Brahman’ dan ‘Paria’ yang ‘cerdik-pandai’ itu. Bagi saya, semua ini ialah retorik politik semata-mata dari seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘bola kempes’ dalam stadium politik Malaysia.
Saya pelik kerana hairan kenapa ahli UMNO masih terus kuat menyokong TDM yang bukan ahli UMNO dan kuat mempertahankan sebarang tindakan songsang oleh mantan PM itu? Walaupun mereka sedar bahawa ia makin melemahkan kekuatan parti yang mereka anggotai itu. Hebat sangatkah TDM atau agung sangat kepimpinan beliau sepanjang 22 tahun menjadi PM Malaysia? Siapa yang telah melabelkan TDM sebagai ‘Negarawan Ulung Dunia? Mungkinkah ada kesilapan dalam perlabelan tersebut hingga TDM diagungkan sebegitu rupa? Mungkin ini hanya propaganda penyokong taksub beliau yang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa TDM tidak lagi menjadi PM dan Presiden UMNO semasa?Umum harus ingat, bila seseorang itu keluar dari parti dan tidak menubuhkan sebarang parti baru bukan bererti dia sayangkan parti.Bohonglah kalau dikatakan ini contoh kesetiaan seorang pencinta UMNO. Hakikatnya mereka ini adalah petualang bangsa sama seperti beberapa orang yang melakukan tindakan sama iaitu menghentam parti dari luar.

TDM Petualang Bangsa Melayu?
Petualang bangsa (saya meminjam istilah Datuk Seri Hishamuddin) sama seperti Datuk Onn Jaafar yang keluar UMNO dan menubuhkan Parti Negara, sama juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang menyokong Tengku Razaleigh sewaktu Parti Semangat 46 bertapak di Malaysia.Atau Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR yang mana semuanya sama menentang atau menghentam UMNO dari luar. Tidakkah layak juga dipanggil TDM sebagai “petualang bangsa” atas ‘dosa’ yang dibuatnya selama berada di luar UMNO? Tentunya, kalau saya menggunakan istilah yang pernah disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia semasa maka TDM sama juga petualang bangsa dengan Anwar Ibrahim, Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain mantan ahli UMNO yang melakukan perkara yang sama dengan TDM ketika ini. Kononnya saying kepada UMNO tetapi tindak-tanduk lebih menjurus kepada kemusnahan sebuah dinasti pemerintahan terulung di Malaysia. Apa lagi alas an yang hendak diberi penyokong taksub TDM selepas mereka membaca ulasan ini nanti. Sama-samalah kita nantikan. Saya secara peribadi langsung tak terkejut sekiranya bakal menerima cacian, makian bahkan mungkin pujian dengan terbitnya ulasan terkini saya ini.

Secangkir Nasihat Buat TDM
Nasihat saya kepada TDM, berehatlah dan nikmatilah sisa-sisa kehidupan yang ada dengan melakukan sesuatu yang lebih baik. Bukan apa, saya tak mahu sekiranya TDM dikenang sebagai satu lagi contoh petualang bangsa yang sebaris dengan tokoh-tokoh besar yang lain satu hari nanti oleh generasi akan datang. Ingat sejarah adalah fakta yang tak boleh diubah dan hakikat sejarah yang telah dicipta TDM ini akan menjadi sesuatu yang terlalu sadis untuk dikenang sekiranya beliau berterusan mempamerkan sesuatu yang kurang cocok dengan kredibiliti beliau sebagai ‘negarawan ulung dunia’. Saya komited menyatakan bahawa apa yang dibuat TDM kini tidak lebih dari hendak memartabatkan keturunannya sendiri sebagai meneruskan kelangsungan kepimpinannya yang penuh variasi itu dari memartabatkan UMNO dan Ketuanan Melayu sebagai Kuasa pemerintah unggul di Malaysia.

p/s: Kepada TDM, sudahlah…

Disember 10, 2008

NILAI HUJJAH & BICARA BAKAL TPM @ TIMBALAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA???

Salam Bloggers!

'Aidil-Adha tahun ini telah diisi dengan pelbagai rentetan peristiwa besar khususnya di Malaysia. Kita telah ‘dikejutkan’ dengan tragedi Banglo Ranap akibat tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Maka berduyun-duyunlah mereka yang berkenaan memberikan pelbagai bantuan untuk menyelamatkan orang-orang yang menjadi mangsa kehebatan alam ciptaan Allah s.w.t. Takziah saya ucapkan secara peribadi kepada semua mangsa yang kehilangan.

Seperkara yang amat melucukan di sebalik kesedihan yang menimpa penduduk tanah tinggi di Bukit Antarabangsa ini ialah kelibat beberapa individu yang cuba untuk menonjolkan diri sebagai ‘hero’ kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut. Antaranya ialah mantan ADUN Bukit Antarabangsa yang tewas dalam PRU-12 yang lalu. Keterlibatan beliau amat hebat sekali digambarkan oleh media massa yang memang telah diketahui umum sebagai proksi kerajaan semasa yang memerintah. Beliau digambarkan telah menjalankan pelbagai usaha demi kemaslahatan penduduk-penduduk malang yang terdiri dalam kalangan orang-orang yang mewah hidupnya. Siapa dapat menafikan kebenaran ini?

Saya sebenarnya tidak terkejut kalau usaha ‘murni’ beliau digambarkan sebegitu rupa tetapi saya amat terkejut sangat dengan kenyataan atau hujah atau bicara seorang yang disebut-sebut sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang keenam jika dilihat dari sokongan dan undi pencalonan UMNO bahagian seluruh negara tentang hal yang menimpa mangsa Bukit Antarabangsa ini. Beliau dikatakan bagi pihak kerajaan perihatin BN/UMNO sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memberikan penginapan hotel secara percuma kepada mangsa-mangsa yang tiada sanak-saudara dan tempat tinggal akibat dari kehebatan alam ciptaan Allah ini. Saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh SUKJ dalam ‘post’ terbaru beliau, iaitu mengapa perlu diberikan layanan ‘double standard’ kepada mangsa ala mini? Adakah kerana mereka golongan ‘Brahman’ yang terdiri dari orang kaya dan mewah serta berkedudukan. Adakah kerana mereka ini tinggal dalam banglo besar di atas bukit yang hanya orang-orang tertentu sahaja boleh masuk ke dalam kawasan mereka sebelum ini? Adakah semua ini menyebabkan orang-orang yang kurang kaya atau mewah dan tinggal di kampong-kampung di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang selalu menjadi mangsa banjir diletakkan dalam kelas ‘Paria’ dan langsung tak layak menepati kemungkinan untuk tinggal di hotel-hotel seperti cadangan hebat bakal TPM Malaysia ini? Atas dasar apa yang paling rasional untuk membolehkan satu kenyataan seperti ini keluar dari mulut orang yang dibanggakan sebagai penerus kepimpinan UMNO semasa khususnya dari Johor ini?

Inilah yang saya katakan sebagai UMNO mempunyai kelas tersendiri untuk membahagikan ahli-ahlinya. Tentunya, ahli di kampung-kampung bolehlah kita katakan sebagai golongan bawahan atau ‘paria’(meminjam istilah tanah asal Samy Vellu) dan golongan paling atas yang mungkin membayar yuran lebih dari RM 1k lebih layak digelar golongan ‘Brahman’. Atas alasan saya menyatakan sebegini? Tentunya, UMNO sudah makin teruk dan majority pemimpinnya jelas ada kepentingan sendiri atau dalam bahasa saya lebih selesa dipanggil “SELFPAUS” atau “SELFISH” istilah biasa bagi golongan bawahan. Kenapa menteri penuh yang cukup berpengalaman boleh menuturkan kata-kata sebegitu? Adakah beliau cuba menandingi kepantasan jentera PKR yang lebih awal memberikan perhatian dan keprihatinan mereka kepada mangsa-mangsa Bukit Antarabangsa ini. Atau mungkin beliau berusaha untuk menunjukkan dirinya setanding dengan bakal PM yang lebih awal sampai dan ‘prihatin’ kepada mangsa-mangsa ini? Apapun alasan dan hujah atau bicara beliau selepas ini, yang nyata beliau tak sepatutnya begitu ‘BODOH BAHALUL’ mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dalam keadaan UMNO belum cukup ‘sihat dan kuat’. Apa kaitannya seorang yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dan Industri untuk bercakap hal sebegini melainkan jika beliau sudah merasakan beliau sudah cukup kuat untuk menang dalam pemilihan UMNO Mac 2009 yang bakal tiba tahun depan?

Secara konklusinya, saya melihat kenyataan yang dibuat beliau ialah satu kenyataan yang paling teruk yang keluar dari mulut seorang yang dikatakan hebat dalam politik UMNO dan secara tak lamngsung juga telah menunjukkan dirinya juga seorang yang kaya dan ‘paling layak’ untuk menjadi pengganti kepada TPM semasa Malaysia!. Tambah malang jika ahli UMNO terus merestui beliau sebagai bakal Timbalan Presiden UMNO yang baru kerana inilah individu contoh yang berjaya menjadi ‘Pelakon Terbaik’ dalam Drama Pasca PRU-12. Siapa dapat menafikan kehebatan beliau mengekploitasikan situasi semasa Pak Lah untuk menjuarai dirinya menjadi antara pilihan paling utama menjadi Timbalan Presiden UMNO menjelang APRIL 2009. Apakah ini satu lagi detik kehancuran UMNO? Kita tunggu sahajalah apa yang bakal ditakdirkan Allah. Hari ini Bukit Antarabangsa runtuh mungkinkah esok detik keruntuhan seorang Menteri Perdagangan Dan Industri Antarabangsa Malaysia.

p/s: I Follow!!!!