Salam Bloggawan!
Sedih & Kecewa
Saya amat terkesan bila melayari blog ‘cuit sikit’ yang selepas ini tidak mahu lagi mencuit sesiapa atas sebab kecewa atau ‘frust’ dengan sikap dan kecelakaan sekumpulan manusia yang tidak menghormati kerahsiaan orang lain dan faktor-faktor yang tertentu yang menyebabkan bloggawan terawal di alam weblog terpaksa mengundur diri.
Saya yakin ‘post’ saya kali ini akan menarik ramai lagi ahli kumpulan yang taksub kepada pemimpin tertentu atas alas an untuk mempertahankan ketuaan dan pengalaman individu yang bakal saya cuit buat kali pertama ini. Biarlah mereka marah dan mungkin syahid kerana ketaksuban mereka seperti syahid Ibrahim Libya dan ahli kumpulan ‘ajaran nya’.
Sekadar Satu Kisah…
TDM dilahirkan pada 20 Disember 1925 dan jika dikira mengikut ilmu falak maka umur tuanya kini telah menjengah 85 tahun. Sepanjang tempoh ini, tidak boleh dinafikan beliau memang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain sebelum, semasa dan selepas menjadi PM Malaysia yang keempat. Pelbagai variasi kehebatan, kebijaksanaan, kebaikan, kezaliman, kejahatan, kebodohan dan kenyanyukan telah beliau paparkan dan penerimaan pihak yang menyokong tika beliau berkuasa dan menghentam selepas beliau tidak lagi memerintah sememangnya sudah diketahui umum. Kisah beliau tewas dalam pengundian untuk menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO selepas beliau tidak memegang apa-apa jawatan kekal diingati oleh sebilangan pencinta politik khususnya di Malaysia. Ada yang suka, ada yang marah dan ada yang bangga kerana Berjaya mengenepikan pengaruh TDM yang dilihat pada waktu itu cuba mengganggu-gugat kestabilan Pak Lah sebagai PM dan Presiden UMNO. Bahkan anak didik beliau juga sanggup mengenepikan segala jasa dan pengorbanan TDM demi kelangsungan kuasa bos baru beliau. Hingga kini beliau masih menjadi ketua di bahagian yang mana TDM menjadi ahli biasanya.
Tentang Sikap & Cara TDM
Namun begitu, sikap dan cara sudah mula menunjukkan perbezaannya selepas PRU-12. TDM mula menghentam pimpinan UMNO semasa terutamanya Pak Lah dan kuncu-kuncunya sehingga akhirnya PM yang semakin hari semakin Nampak ketuaannya mula mengalah dengan tekanan atas,bawah, kiri dan kanan untuk tidak mengekalkan kerusi empuk Presiden UMNO untuk penggal yang akan datang. Apa yang melucukan ialah TDM seperti melihat zaman beliau memegang tampuk adalah zaman paling cemerlang UMNO tanpa cacat. Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa bibit kehancuran UMNO bermula empat tahun terakhir beliau menjadi Presiden UMNO dan bala itu sengaja dibebankan ke atas bahu seorang pemimpin UMNO yang dulunya digelar ‘Mr.Clean’ dan kini digelar ‘Mr. Dry Cleaning’ kerana dikatakan membersihkan semua khazanah rakyat dengan selamba keringnya lebih ‘mantooop’ dan rakus dari TDM.
Belang Sebenar TDM
Akan tetapi, belang sebenar TDM mula ditunjukkan selepas anak kesayangannya layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun pada peringkat awal pencalonan nada TDM dilihat agak bimbang dengan ‘trend’ semasa UMNO bahagian yang mencalonkan orang lain selain anaknya. Beliau cuba untuk menonjolkan kepimpinan anaknya sebagai contoh terbaik sehingga menampakkan pemimpin lain sebagai sempadan buruk yang tak boleh diikuti, sedangkan apa yang dibicara dan disuarakan oleh anaknya yang bercita-cita tinggi itu tak lebih dari mengulang semula apa yang pernah diucapkan TDM satu ketika dulu. Soal politik wang, soal siapa lebih layak, soal siapa lebih bersih semuanya cuba direalisasikan kepada batang tubuh anaknya sahaja dan dua tiga orang pemimpin yang dilihat cenderung menyokong TDM dan anaknya. Tak tahulah sampai bila tindakan bodoh ini akan diredhai oleh ahli UMNO peringkat ‘Brahman’ dan ‘Paria’ yang ‘cerdik-pandai’ itu. Bagi saya, semua ini ialah retorik politik semata-mata dari seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘bola kempes’ dalam stadium politik Malaysia.
Saya pelik kerana hairan kenapa ahli UMNO masih terus kuat menyokong TDM yang bukan ahli UMNO dan kuat mempertahankan sebarang tindakan songsang oleh mantan PM itu? Walaupun mereka sedar bahawa ia makin melemahkan kekuatan parti yang mereka anggotai itu. Hebat sangatkah TDM atau agung sangat kepimpinan beliau sepanjang 22 tahun menjadi PM Malaysia? Siapa yang telah melabelkan TDM sebagai ‘Negarawan Ulung Dunia? Mungkinkah ada kesilapan dalam perlabelan tersebut hingga TDM diagungkan sebegitu rupa? Mungkin ini hanya propaganda penyokong taksub beliau yang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa TDM tidak lagi menjadi PM dan Presiden UMNO semasa?Umum harus ingat, bila seseorang itu keluar dari parti dan tidak menubuhkan sebarang parti baru bukan bererti dia sayangkan parti.Bohonglah kalau dikatakan ini contoh kesetiaan seorang pencinta UMNO. Hakikatnya mereka ini adalah petualang bangsa sama seperti beberapa orang yang melakukan tindakan sama iaitu menghentam parti dari luar.
TDM Petualang Bangsa Melayu?
Petualang bangsa (saya meminjam istilah Datuk Seri Hishamuddin) sama seperti Datuk Onn Jaafar yang keluar UMNO dan menubuhkan Parti Negara, sama juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang menyokong Tengku Razaleigh sewaktu Parti Semangat 46 bertapak di Malaysia.Atau Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR yang mana semuanya sama menentang atau menghentam UMNO dari luar. Tidakkah layak juga dipanggil TDM sebagai “petualang bangsa” atas ‘dosa’ yang dibuatnya selama berada di luar UMNO? Tentunya, kalau saya menggunakan istilah yang pernah disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia semasa maka TDM sama juga petualang bangsa dengan Anwar Ibrahim, Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain mantan ahli UMNO yang melakukan perkara yang sama dengan TDM ketika ini. Kononnya saying kepada UMNO tetapi tindak-tanduk lebih menjurus kepada kemusnahan sebuah dinasti pemerintahan terulung di Malaysia. Apa lagi alas an yang hendak diberi penyokong taksub TDM selepas mereka membaca ulasan ini nanti. Sama-samalah kita nantikan. Saya secara peribadi langsung tak terkejut sekiranya bakal menerima cacian, makian bahkan mungkin pujian dengan terbitnya ulasan terkini saya ini.
Secangkir Nasihat Buat TDM
Nasihat saya kepada TDM, berehatlah dan nikmatilah sisa-sisa kehidupan yang ada dengan melakukan sesuatu yang lebih baik. Bukan apa, saya tak mahu sekiranya TDM dikenang sebagai satu lagi contoh petualang bangsa yang sebaris dengan tokoh-tokoh besar yang lain satu hari nanti oleh generasi akan datang. Ingat sejarah adalah fakta yang tak boleh diubah dan hakikat sejarah yang telah dicipta TDM ini akan menjadi sesuatu yang terlalu sadis untuk dikenang sekiranya beliau berterusan mempamerkan sesuatu yang kurang cocok dengan kredibiliti beliau sebagai ‘negarawan ulung dunia’. Saya komited menyatakan bahawa apa yang dibuat TDM kini tidak lebih dari hendak memartabatkan keturunannya sendiri sebagai meneruskan kelangsungan kepimpinannya yang penuh variasi itu dari memartabatkan UMNO dan Ketuanan Melayu sebagai Kuasa pemerintah unggul di Malaysia.
p/s: Kepada TDM, sudahlah…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
Salam perfectwater75,
Sudahlah, dah lah kutuk TDM. TDM buat macam ni pun sebab nak selamat Malaysia je. Kalau TDM nak menongkat langit dalam politik beliau tak kan turun takhta lagi sampai sekarang. Kalau PRU 11 dan 12 merudum pun apa salahnya, janji kroni TDM kaya raya dan pukan macam zaman Pak Lelah sekarang semua rakyat dah jadi Kayap kecuali yang dok mencacai Pak Lelah dan KJ. Zaman keterbukaan Pak lelah hampir berlalu, ramai rakyat malaysia sekarang ni dok Countdown dah bila pak lelah ni nak stop dengan keputusan melalut tak tentu arah ni..
Wassalam...
Tuan Perfectwater,
Saya SETUJU dengan pendapat tuan. Saya tak ada nak tambah apa2. Memang mantap. Kalau Mahathir tak sedar lagi, tak tahulah!
Bukan KJ
Salam,
Saudara ADD, terima kasih atas komen tuan.
tetapi kalau tukar PM pun apa Najib boleh buat?
Kerana yang mesti bertanggunjawab atas kekalahan PRU-12 ialah semua barisan kepimpinan UMNO dan BN bukan semata-mata Pak Lah sahaja... Ni yang lelah bila keputusan buat sama, letak jawatan mesti sorang saja?
fikirlah...
thx!
p/s: Thx 4 comment to Mr.Bukan KJ!
bro. tulisan bro ini sangat baik sekali!
bagi saya. takda maknanya ketuanan melayu. saya tetap perlu bekerja memerah keringat untuk golongan kapitalis.
konsep ketuanan melayu bagi saya cuma metafora untuk mengekalkan golongan elit dan korup umno dan team2 mereka. ia amat menjijikkan.
orang kuat paklah ni dan KJ... hahaha...
ko pub bias. podah
Salam,
Tuan laskarMelayu,
Ini yang susah bila nak hurai sesuatu perkara tambah2 kalau ia bersangkut dengan TDM dan Pak Lah, kalau berat belah TDM, org kata bias, bila berat belah Pak Lah pun bias juga..come on la, baca kiriman saya yang lalu dan tuan boleh siapa yang bias siapa yang tidak tetapi yang boleh saya nnyatakan di sini ialah tuan dah confirm bias melalui komen tuan kali ni..kepada siapa, tuan fikirlah sendiri...tuan lebih tahu.
thx!
byk lah ko punya petualang bangsa,
apo punyo org lah ko ni
Salam bro.
Harus di'tag'kan disini bahwa saya adalah orang yang menyokong wawasan Tun, tetapi bukan penyokong Tun, kerana orang yang menjadi Penyokong Tun, akan menjadi taksub.
Saya memang ada melihat kelemahan Tun, tetapi sebagai orang tidak pernah memegang jawatan tertinggi negara, maka saya hanya layak menegur Tun secara melalui Pembantu peribadinya, dan respon yang saya terima amatlah memuaskan. Tetapi turut sama menggunakan tabir maya untuk menghentam(bukan mengkritik)Tun bukanlah cara saya kerana aspirasi beliau adalah lebih kukuh dari kelemahan beliau.
Tetapi mungkin anda setaraf dengan beliau, iaitu mungkin pernah menjadi Perdana Menteri mana-mana negara, maka anda layaklah menghentam Tun. Sebagai peringatan bersama, Tun sentiasa konsisten dalam mengkritik kelemahan paklah dan penguasaan kj dalam mencatur hampir tiap-tiap keputusan paklah dan kabinet. Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan kj dalam sebuah akhbar iaitu sinar harian dan disiaran pula oleh blog yang pro kj, iaitu dia berpengalaman selama lapan tahun dalam pemuda dan dalam KABINET. Maka segala apa yang diperkatakan Tun mengenai kawalan kj dalam kabinet secara tak sengaja telah diakui sendiri oleh kj.
Dan teguran Tun mengenai rasuah politik juga adalah konsisten, iaitu semenjak dia masih lagi Presiden UMNO dan sehinggalah kini. Maka jka dikatakan ianya bermusim, adalah tidak berpijak, kecuali sengaja hendak dihitamkan teguran Tun itu.
Contoh-contoh yang anda beri mengenai pemimpin terdahulu adalah separuh tepat, ia memang mereka keluar sepeti juga Tun dari UMNO. Tetapi mereka menyerang UMNO dengan parti baru. Parti ada jentera. Tun tidak menyertai atau menubuhkan mana-mana parti untuk menegur pak lah ataupun UMNO. Jangan anda kerana hendak mencari 'point' untuk menghitamkan Tun, maka ayat separuh jelas anda gunakan.
Jadi dia hanya bercakap sebagai individu yang pernah berada didalam UMNO, keluar dari UMNO bila tegurannya tidak diendah, pertanyaannya tidak dijawab dan suaranya di'ikat' melalui rasuah dan manipulasi.
Akhirul kalam, ini pandangan peribadi saya sahaja, mungkin anda hendak menaikkan rating blog anda lalu memilih untuk menongkah arus seperti juga Ahmad Yatim yang berjaya meninggalkan impak terhadap tulisan beliau tetapi tidak menggugat hormat kebanyakan surfers terhadap aspirasi Tun.
Mengenai Najib, seperti jua paklah, harus diberi peluang. Kita Lihat dahulu kemampuan dia sebagai pentadbir dimana paklah sepatutnya sudahpun meyerahkan segalanya, iaitu Presiden dan PM kpd DSNTR pada bulan ini, bukan bulan MAC sehingga masa untuk penyokong BN/UMNO yang sepatutnya digunakan untuki mempertahankan UMNO dan membidas pembangkang tidak dapat disempurnakan kerana politiking yang berterusan sehingga MAC gara-gara keputusan paklah yang kebanyakan ahli sendiri pertikai.
*Kawan anak mat lela waras
whoa....
Lepas ni ko punya rating bakal mencanaklah yerr!!!
Cari publisiti ke?
* airsempurna....
Salam,
Terima kasih atas komen tuan-tuan sekalian.
kepada Kawan Anak Mat Lela Waras...,
Bukan soal nak naikkan rating kerana saya tak perlu semua itu. 22 tahun memerintah dan memegang jawatan dua presiden UMNO (lama & baru) tetapi masih gagal dengan apa yang ditonjolkan kebanyakan pimpinan UMNO kini. Masuklah kampung2 dan lihat apa yang UMNO berjaya laksanakan? turapan jalan tar setakat depan rumah JKKK walaupun di seberang masih ada rumah orang lain tetapi kerana mereka itu pembangkang maka tidaklah mereka layak untuk mendapat turapan tar yang sama?
Mungkin saudara akan katakan itu bukan salah TDM tetapi salah orang bawahan...tetapi adakah itu akan melepaskan TDM dari memikul tanggungjawab sebagai 'Pemimpin Agung' pujaan anda? itu sekadar satu contoh nyata.
Soal ketuanan Melayu yang diperjuangkan, tiada pula dalam mana-mana kitab muktabar yang mewajibkan kita mempertahankannya. Politik Wang pula, mengapa zaman dia 'berkuasa' tidak pula meminta BPR campur tangan bagi menyelesaikan ribuan perasuah yang wujud dalam UMNO baru pimpinan beliau. Kalau setakat bercakap dan buat teguran konsisten sahaja sesiapa pun mampu tak payah tunggu jadi PM atau presiden mana-mana parti sekalipun.
Baru kini baru BPR dijemput untuk memantau gejala yang sudah meruntuhkan kekuatan UMNO ini. Itupun di zaman orang lain yang berkuasa.Kenapa bila kuasa sudah tiada barulah galak nak bersuara kononnya menentang kerosakan UMNO lah dan pelbagai alasan lagi?
Ayat tuan yang hendak menyamataraf saya dengan TDM satu lagi hujah yang dangkal kerana perlu diingat, saya sekadar rakyat biasa dan bukankah rakyat yang menaikkan pemimpin? Tak perlu sama taraf baru boleh menegur, tak perlu ada rakan pembantu peribadi untuk menyampaikan teguran seperti yang saudraa lakukan sebelum ini.
Soalnya kenapa bila TDM boleh dan bebas menegur sesiapa sahaja tetapi bila ada individu lain hatta Pak Lah sendiri membalas teguran dikatakan pula orang tua itu tak sedar diri, lupa budi dan jasa TDM serta pelbagai lagi nistaan dan cercaan.
Ulasan terkini mengenai anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan juga mendapat sokongan TDM dan mungkin saudara juga kerana saudara lebih arif mengenai aspirasi TDM.Sedangkan golongan lain dalam negara yang perlu diberikan penghargaan bukan individu yang seperti itu.
Soal keluar dan tubuh parti baru untuk menyerang tak timbul kerana kalau keluar dan menghentam pun dikira sama juga kerana ia tetap melakukan perkara yang sama dengan individu yang saya sebutkan itu. Dalam konteks lain, saudara seperti bersetuju bahawa Datuk Onn juga petualang bangsa seperti DSAI...(istilah ini Datuk Hisham yang punya).Sesiapa yang menghentam UMNO dari luar tetap petualang UMNO tanpa prejudis walau apa jua alasan diikat atau digari sekalipun. Mengapa perlu ada double standard dalam hal ini. TDM keluar sebelum dipecat kerana apa yang telah 'disumbangkan' telah membantu pakatan pembangkang menang banyak dalam PRU 12 yang lalu. Ini fakta yang tak boleh diketepikan.
Adalah menjadi tanggungjawab seorang pemimpin dalam Islam mencari pengganti terbaik sebelum menyerahkan kuasa dan pertanggunjawaban tetap kepada sesiapa sahaja yang mengambil mudah tentang kuasa yang akan diserahkan. 22 tahun menjadi PM takkan tak boleh satu pilihan yang terbaik kerana beberapa orang TPM di bawah beliau sama ada diarah letak jawatan atau dipecat jelas menunjukkan 'kehebatan' TDM dalam membuat pilihan. Kenapa dia tak mahu bertanggunjawab bahkan dengan nada sinis beliau menyindir Pak Lah apabila Zaid Ibrahim dipecat dari UMNO kerana melakukan kesalahan yang sama dengan TDM. Inikah contoh pemimpin berjiwa besar yang mempunyai aspirasi agung seperti yang saudara katakan dalam komen saudara? Cuba menyamakan kesalahan beliau dengan orang lain....
Saya bukanlah pro Pak Lah atau KJ atau Mukhriz atau TDM dan bukanlah saya ahli mana-mana parti pembangkang. Teguran yang saya buat ini ikhlas dan berhikmah. Soal menegur secara lembut baru dikatakan berhikmah rasanya salah konsep kalaulah itu pemahaman saudara.. Bagi saya keras atau lembut kalau ia mampu merubah itulah yang paling berhikmah(bijaksana).
Soal penyokong yang setia(bukan taksub)mahu menerima atau tidak itu soal lain.. Sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab menegur dan menasihat kerana ini sahaja ruang yang saya ada.
Kalau Che Det menggunakan alam blog dan web sebagai ruang beliau bersuara samalah jua dengan saya. Bentuk teguran itu hak masing-masing. Komen sesiapapun takkan saya 'delete' kerana itu teras untuk menjalankan blog secara telus dan adil.
Sekali lagi saya tegaskan, soal rating naik atau turun tidak langsung menjadi masalah kepada saya kerana bukan blog ini menjana wang kepada saya seperti yang ada di blog2 lain. Saya hanya menjalankan amanah sebagai manusia yang mesti menegur bila ada kekhilafan bukan menelan bulat2 seperti yang dibuat oleh jutaan pengikut Che Det sepanjang 22 tahun menjadi PM dan lebih kurang 5 tahun tiada kuasa lagi..saudara lebih mengetahui....
Anyway,
THX!
Salam...
Add ada menggatakan `kalau TDM nak menongkat langit dalam politik beliau takkan turun takhta lagi sampai sekarang'....
Tapi, yang saya dengar..beliau tak nak turun, tapi `diturunkan' oleh barisan yang tidak cium tangan beliau masa jadi PM...!! Jadikk.. sekarang beliau sedang meneruskan perjuangan beliau yang tidak kesampaian melalui pencacai beliau dalam MT dan barisan kabinet persekutuan sehingga tertelungkupnya Pak Lah.
TDM...Sudahlah.. rumah kata pergi, kubur kata mari... bersedialah selagi sempat!!!
salam,
Sdr Jomosama Tuaran,
ini yang sedang saya perjelaskan tetapi malangnya ada juga yang masih taksub walaupun ayat muqaddimahnya menyatakan tidak taksub tetapi....susahlah kalau tak faham2 lagi...anyway thx Jomosama atas sokongan tuan terhadap ulasan saya kali ini.
THX!
PERCAKAPAN DAN ULASAN KAU NI IBARAT SAMPAH!!! SAMPAH YANG AMAT BUSUK!!!
TUN SEORANG YANG BERANI DAN MEMBERI SUMBANGAN YANG TAK TERHINGGA PADA NEGARA MALAYSIA NI.
KAU????
IBARAT SAMPAH DI TEPI BUKIT YANG MENUNGGU NAK DI BAKAR JE....
Salam,
Amboi! Lembutnya bahasa En.Gomo...Mesti En.Gomo ni taraf wali punya kan sebab sedap2 je panggil orang macam sampah...ok la tu..tengok blog GOMO pun dah tahu GOMO macamana...biarlah nak kata apapun namun nak delete komen jauh sekali...hak masing2...TDM tak kata apa2pun...hehehe!
THX!
Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang ramai dengan memperalatkan kucing terbiar untuk tembolok dan sex songsangnya di Bukit Bintang, lihat http://jamilkucingpondan.blogspot.com , dulu reformis, sekarang pengemis, pengiat sex songsang
Salam
PerfectWater75, aku memandang tinggi terhadap ulasan tuan mengenai topik ini.
Walaubagaimanapun, buruk org saja yang kita nampak, hina org saja yang kita cari, kenapa? adakah kita nie sempurna?
TDM semua sedia maklum seorang yang berjiwa besar. 22 tahun bertungkus lumus untuk menaikan martabat negara. Islam juga menggalakkan kita berbakti pada negara.
22 membawa Malaysia ke mata dunia. Satu pencapaian yang tinggi bagi sesebuah negara yang kerdil dibandingkan dengan barat.
Ramai yang maklum mengenai kekejaman TDM sesak menyingkirkan DSAI. Persoalannya? Adakah kita nampak apa sebenarnya berlaku? Adakah kita sendiri menjadi saksi diatas tuduhan DSAI. Adakah kita sendiri menjadi saksi mengenai rancangan TDM memusnahkan karier politik DSAI? Sapa nak jawap?
Kita menuduh org tanpa bukti, itu adalah FITNAH. Dosa janji Allah.
Keadaan yang berlaku sekarang jelas kita lihat kegagalan PM mentadbir dan juga mengambil hati rakyat untuk menyokong beliau. Gelaran "MR.CLEAN" amat tidak sesuai sekali kerana beliau sendiri gagal menerapkan nilai2 Islam pada keluargnya...masakah kita nak membetulkan org lain sedangkan diri sendiri pun jalan macam ketam?
TDM menyuarakan pendapat, bukan menghentam PM. Kalau sorang pemimpin yang baik, beliau sentiasa sedia mendengar pendapat atau cadangan mungkin dari yang lebih arif dalam membuat keputusan. Kena pasang telinga dan dengar dahulu. Ketepikan unsur hasad dengki dan melenting atas setiap tuduhan dan juga komen yang membina. Siapa yang ingin gadaikan negara?
Kita kena kaji, mengapa keadaan sekarang berlaku? Semasa TDM dulu, siapa berani bersuara? Keadaan mudah dikawal. Sekrang ni banyak mulut dari pelbagai pihak. Memberi peluang untuk memijak kepala pemimpin. Nak ubah dasar, nak ubah perlembangaan, apa ni semua? siapa mereke?
Bangsa Melayu berpecah kepada beberapa parti politik. Berlainan idealogi dan fahaman. Apa yang patutnya dilakukan ialah mencari jalan bersatu. Itu yang tidak wujud. Bersatu sesama bangsa agar dapat melayari bahtera kemerdekaan yang kita kecapi hasil 50 tahun dahulu...
Sudahlah, kita sendiri pun masih merangkak, usah kita pertikaikan mereka yang lebih makan garam dari kita. Sebagai Islam, amal makruf nahi mungkar itu yang penting...
Terima kasih...
Catat Ulasan