Disember 10, 2008

NILAI HUJJAH & BICARA BAKAL TPM @ TIMBALAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA???

Salam Bloggers!

'Aidil-Adha tahun ini telah diisi dengan pelbagai rentetan peristiwa besar khususnya di Malaysia. Kita telah ‘dikejutkan’ dengan tragedi Banglo Ranap akibat tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Maka berduyun-duyunlah mereka yang berkenaan memberikan pelbagai bantuan untuk menyelamatkan orang-orang yang menjadi mangsa kehebatan alam ciptaan Allah s.w.t. Takziah saya ucapkan secara peribadi kepada semua mangsa yang kehilangan.

Seperkara yang amat melucukan di sebalik kesedihan yang menimpa penduduk tanah tinggi di Bukit Antarabangsa ini ialah kelibat beberapa individu yang cuba untuk menonjolkan diri sebagai ‘hero’ kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut. Antaranya ialah mantan ADUN Bukit Antarabangsa yang tewas dalam PRU-12 yang lalu. Keterlibatan beliau amat hebat sekali digambarkan oleh media massa yang memang telah diketahui umum sebagai proksi kerajaan semasa yang memerintah. Beliau digambarkan telah menjalankan pelbagai usaha demi kemaslahatan penduduk-penduduk malang yang terdiri dalam kalangan orang-orang yang mewah hidupnya. Siapa dapat menafikan kebenaran ini?

Saya sebenarnya tidak terkejut kalau usaha ‘murni’ beliau digambarkan sebegitu rupa tetapi saya amat terkejut sangat dengan kenyataan atau hujah atau bicara seorang yang disebut-sebut sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang keenam jika dilihat dari sokongan dan undi pencalonan UMNO bahagian seluruh negara tentang hal yang menimpa mangsa Bukit Antarabangsa ini. Beliau dikatakan bagi pihak kerajaan perihatin BN/UMNO sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memberikan penginapan hotel secara percuma kepada mangsa-mangsa yang tiada sanak-saudara dan tempat tinggal akibat dari kehebatan alam ciptaan Allah ini. Saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh SUKJ dalam ‘post’ terbaru beliau, iaitu mengapa perlu diberikan layanan ‘double standard’ kepada mangsa ala mini? Adakah kerana mereka golongan ‘Brahman’ yang terdiri dari orang kaya dan mewah serta berkedudukan. Adakah kerana mereka ini tinggal dalam banglo besar di atas bukit yang hanya orang-orang tertentu sahaja boleh masuk ke dalam kawasan mereka sebelum ini? Adakah semua ini menyebabkan orang-orang yang kurang kaya atau mewah dan tinggal di kampong-kampung di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang selalu menjadi mangsa banjir diletakkan dalam kelas ‘Paria’ dan langsung tak layak menepati kemungkinan untuk tinggal di hotel-hotel seperti cadangan hebat bakal TPM Malaysia ini? Atas dasar apa yang paling rasional untuk membolehkan satu kenyataan seperti ini keluar dari mulut orang yang dibanggakan sebagai penerus kepimpinan UMNO semasa khususnya dari Johor ini?

Inilah yang saya katakan sebagai UMNO mempunyai kelas tersendiri untuk membahagikan ahli-ahlinya. Tentunya, ahli di kampung-kampung bolehlah kita katakan sebagai golongan bawahan atau ‘paria’(meminjam istilah tanah asal Samy Vellu) dan golongan paling atas yang mungkin membayar yuran lebih dari RM 1k lebih layak digelar golongan ‘Brahman’. Atas alasan saya menyatakan sebegini? Tentunya, UMNO sudah makin teruk dan majority pemimpinnya jelas ada kepentingan sendiri atau dalam bahasa saya lebih selesa dipanggil “SELFPAUS” atau “SELFISH” istilah biasa bagi golongan bawahan. Kenapa menteri penuh yang cukup berpengalaman boleh menuturkan kata-kata sebegitu? Adakah beliau cuba menandingi kepantasan jentera PKR yang lebih awal memberikan perhatian dan keprihatinan mereka kepada mangsa-mangsa Bukit Antarabangsa ini. Atau mungkin beliau berusaha untuk menunjukkan dirinya setanding dengan bakal PM yang lebih awal sampai dan ‘prihatin’ kepada mangsa-mangsa ini? Apapun alasan dan hujah atau bicara beliau selepas ini, yang nyata beliau tak sepatutnya begitu ‘BODOH BAHALUL’ mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dalam keadaan UMNO belum cukup ‘sihat dan kuat’. Apa kaitannya seorang yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dan Industri untuk bercakap hal sebegini melainkan jika beliau sudah merasakan beliau sudah cukup kuat untuk menang dalam pemilihan UMNO Mac 2009 yang bakal tiba tahun depan?

Secara konklusinya, saya melihat kenyataan yang dibuat beliau ialah satu kenyataan yang paling teruk yang keluar dari mulut seorang yang dikatakan hebat dalam politik UMNO dan secara tak lamngsung juga telah menunjukkan dirinya juga seorang yang kaya dan ‘paling layak’ untuk menjadi pengganti kepada TPM semasa Malaysia!. Tambah malang jika ahli UMNO terus merestui beliau sebagai bakal Timbalan Presiden UMNO yang baru kerana inilah individu contoh yang berjaya menjadi ‘Pelakon Terbaik’ dalam Drama Pasca PRU-12. Siapa dapat menafikan kehebatan beliau mengekploitasikan situasi semasa Pak Lah untuk menjuarai dirinya menjadi antara pilihan paling utama menjadi Timbalan Presiden UMNO menjelang APRIL 2009. Apakah ini satu lagi detik kehancuran UMNO? Kita tunggu sahajalah apa yang bakal ditakdirkan Allah. Hari ini Bukit Antarabangsa runtuh mungkinkah esok detik keruntuhan seorang Menteri Perdagangan Dan Industri Antarabangsa Malaysia.

p/s: I Follow!!!!

Tiada ulasan: