Mac 31, 2009

Benarkah UMNO sudah menuju ke arah sistem pengkastaan?

Salam Bloggers!


Kali pertama sejak berblog saya terasa seperti kehilangan tangan akibat kerosakan Laptop yang tersayang. Walaubagaimanapun, saya tak hilang dan sedang mengumpul kekuatan untuk kembali menyampaikan luahan hati sebaik sahaja pulang dari PWTC bersama kemeriahan pemilihan UMNO 2009.

Saya ikut sama ke Bukit Selambau untuk memerhati keadaan semasa di sana, dan beberapa keping gambar yang diambil mungkin boleh menceritakan permulaan PRK Bukit Selambau ini kepada pengunjung blog ini. Itu semua akan saya masukkan dalam artikel akan datang. Sebelum itu baik saya menjelaskan tajuk artikel saya kali ini...Benarkah UMNO sudah menuju ke arah sistem pengkastaan?

Umum ahli UMNO terharu mungkin ada juga yang memberikan reaksi biasa apabila Tun Mahathir turut dijemput naik ke pentas yang mana beliau sendiri menjadi 'rajanya' selama 22 tahun. hairan juga bila orang yang mempopularkan istilah 'Melayu Mudah Lupa' ini sekali lagi berjaya membuatkan sebilangan ahli UMNO dalam dewan perhimpunan seperti lupa dengan apa yang dilemparkan selama TDM berada di luar UMNO dan tetiba sahaja muncul cakap-cakap menyatakan TDM akan menyertai semula UMNO selepas ini dengan meletakkan beberapa syarat sebagai asas untuk membolehkan beliau kembali menjadi ahli UMNO, parti yang beliau sendiri tubuhkan selepas diharamkan.

Bagi saya, walau apa pandangan dan pendapat, ternyata UMNO sedang menuju ke arah PENGKASTAAN seperti yang pernah saya nyatakan dalam kiriman awal blog saya ini. mana tidaknya, kalau ahli biasa membuat onar atau menegur atau menghentam parti sama ada melalui apa jua saluran akan diambil tindakan sama ada dipecat, digantung atau diharamkan terus untuk menjadi ahli UMNO. lain pula bila bicara tentang TDM, bukan setakat menegur tetapi menghentam sehingga menjadi antara punca kejatuhan BN khususnya UMNO di beberapa buah negeri hingga ada seorang pemimpin tertinggi UMNO ketika itu menyatakan susah hendak diambil tindakan terhadap TDM, dalam ayat lain TDM cukup kebal imunitinya sebagai ahli UMNO sehinggalah beliau sendiri mengumumkan keluar dari UMNO. Kini wajah ceria di atas pentas UMNO kembali didramakan dan watak utamanya tetap sama iaitu orang yang cukup kuat menghentam kepimpinan Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Mungkin dalam kalangan penyokong kuat Mahathir akan menyatakan apa yang dibuat oleh TDM adalah merupakan nasihat bapa kepada anak-anaknya, tak lebih daripada itu. Mungkin juga akan ada yang memaki dan menghentam tuan punya blog ini kerana menyentuh 'Maha-Raja UMNO' ini nanti. kalau adapun, saya anggap ia perkara biasa kerana memang begitulah adat bila sesuatu yang tidak kita suka untuk dibangkitkan akan menimbulkan kemarahan pihak yang taksub dengan mana-mana pemimpin sekalipun baik pembangkang mahupun dalam parti pemerintah sendiri.

Sekadar bertanya....Benarkah UMNO Parti KASTA Era Baru?

thx!

Mac 25, 2009

Hishamuddin Terdesak Guna Najib Raih Simpati Perwakilan…


Salam Bloggers!
Menelusuri buah-buah awal Najib ketika merasmikan persidangan bagi tiga sayap parti semalam jelas seolah-olah memberi isyarat bahawa perwakilan jangan mengabaikan sepupunya yang turut bertanding tetapi teruk dilanda kontroversi semasa. Apabila NAJIB menyentuh tentang perlaksanaan PPSMI secara khusus, hakikatnya dia telah meminta kepada perwakilan agar terus memberikan undi kepada satu-satunya pewaris Tun Hussein Onn dalam politik Malaysia agar dapat terus menjadi ahli kabinetnya selepas 7 April 2009.
Apa rasional NAJIB meminta perwakilan supaya tidak membangkitkan lagi isu PPSMI ini dalam perhimpunan sebuah parti Melayu yang unggul sedangkan itu hak para perwakilan yang diberi mandate untuk berhujjah isu-isu berkaitan ‘kemelayuan’?
Apakah NAJIB sudah lupa bahawa beliau akan menjadi pemimpin tertinggi sebuah parti Melayu dalam masa yang menggesa ahli-ahlinya supaya tidak bercakap tentang perkara yang berkaitan Melayu. Adakah pengaruh Mahathirisme sudah mula meresap dirinya semula? Apakah dia juga turut takut kepada Tun Dr.mahathir yang akan diterima menjadi ahli UMNO semula selepas pengesahan tentang ‘hapus kira’ Pak Lah sebagai Presiden UMNO beberapa jam sahaja lagi? Mahathir yang puas dengan tindakannya ternyata masih mempunyai pengaruh yang kuat kepada UMNO walaupun dia bukan ahli UMNO semasa. Peraturan yang mana yang akan digunapakai untuk menerima semula keahlian Mahathir selepas ini? Mungkinkah kerana Mahathir kastanya tinggi maka tidak menjadi masalah untuk mengguna mana-mana peraturan untuk mengiktiraf semula keahiannya dalam UMNO selepas ini? Kita tunggu dan lihat sahaja…

Berbalik semula kepada Hishamuddin yang khabarnya agak terkejut dengan fitnah dan tohmahan yang diterima beliau sepanjang kempen jawatan Naib Presiden berjalan, ternyata beliau agak gusar dan tentunya dalam keadaan ini akan menyerahkan kepada Allah untuk menentukan takdir politiknya selepas ini sekiranya gagal untuk memenangi jawatan kali ini. Seorang sahabat pernah menyatakan kepada saya, gunakan pendekatan TEGAS DALAM LEMBUT & BUKANNYA LEMBUT DALAM TEGAS sekiranya hendak bertahan dalam situasi politik Malaysia yang semakin cerdik ini. Kepada pemimpin sezaman dengan Hishamuddin tentunya mereka menyedari bahawa umum sudah bijak mentafsir langkah dan bicara seseorang pemimpin. Kepada pemimpin era sebelumnya, jangan anggap semua orang masih di takuk pemikiran yang kuno dalam berpolitik khususnya politik UMNO ini.
Apapun, yang benarnya, perwakilan yang berkuasa penuh dalam tiga hari ini, jadi kepada para perwakilan yang sempat membaca atau rakan-rakan perwakilian yang suka berblog…ingatlah pesanan, pilihan untuk ‘mengharamjadahkan diri’ atau ‘menunaikan amanah dengan baik’ terserah kepada diri anda sendiri. Jadilah perwakilan yang terbaik dan jangan sia-siakan peluru dan pistol yang anda milki untuk menembak mana-mana perasuah atau bapak segala haramjadah yang ada bertanding dalam pemilihan kali ini. Ingat, jika ada dalam kalangan perasuah dan bapak segala haramjadah ini naik sebagai pemimpin yang dinobatkan anda, maka jangan sesekali salahkan orang lain seperti ANWAR sebagaimana yang Tengku Adnan buat dua tiga hari sebelum ini. Ini kerana, kuasa di tangan anda! Fikirlah sendiri!
Thx!

Mac 24, 2009

Pesanan Ikhlas Buat Para Perwakilan UMNO...

Salam Bloggers!

Hari ini sudah mula berduyun-duyun dibanjiri PWTC dan hotel-hotel sekitarnya dengan ribuan Perwakilan dan Pemerhati Perhimpunan Agung UMNO dari seluruh negara termasuk Sabah. Jadi di kesempatan ini saya ingin memberikan pesanan ikhlas khususnya kepada semua perwakilan yang terlibat agar dapat mengambil pengajaran dari apa yang bakal saya tuliskan ini.

UMNO sebuah parti unggul tunjang ketuanan Melayu dan terbukti ia berdiri kukuh selama ini tetapi perkembangan dalam sedekad telah merubah segala yang kukuh yang pernah dimartabatkan sebelum ini.

Bukan salah Pak Lah andai UMNO lemah sekarang dan bukan quwwah Mahathir jika UMNO pernah gah di persada politik negara dulu.Ini bukan masa untuk membandingkan siapa yang bagus dan siapa pula yang sebaliknya.Ini bukan masa untuk meneruskan kesinambungan fitnah dan surat layang untuk menjatuhkan orang lain. Ini bukan masa untuk mengambil ribuan ringgit habuan dan 'garam' dengan 'surat tauliah' yang dimilki.

Inilah masanya untuk UMNO berubah, inilah masanya untuk UMNO bangun semula, inilah masanya untuk UMNO membersihkan dan menyamak 'najis mughalazoh' yang melekat di badannya. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa UMNO juga sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai terasnya. Inilah masanya untuk UMNO memilih pemimpin yang terbaik untuk memacu keperkasaan UMNO dalam tempoh tiga tahun lagi khususnya menjelang PRU akan datang.

Andainya gagal, UMNO akan terus dilanda krisis kepercayaan dan tak mustahil akan gugur pemimpin yang memang bersih dan akan naik pemimpin hebat denan kuasa duit. Maka kepada para perwakilan, saya titipkan pesanan ini kerana apa jua yang berlaku maka andalah yang akan dipertanggungjawabkan atas segala yang akan berlaku nanti.

Anda sendiri yang akan membuat pilihan sama ada anda layak dipanggil PERWAKILAN YANG BERAMANAH & MENUNAIKAN AMANAH DENGAN CARA TERBAIK atau anda paling layak dipanggil PERWAKILAN HARAMJADAH dan CELAKA serta PEROSAK KETUANAN BANGSA? Pilihlah sendiri...

UMNO hanya akan kuat semula jika ia bersih dan suci seluruhnya dari pengaruh 'alkohol' seperti ini.

Sekian terima kasih...Jumpa di PWTC!

THX!

Mac 23, 2009

AMANAH Dr.ASRI MANTAN MUFTI PERLIS

Salam Bloggers!

Sebagai menerima amanah dari seorang sahabat, saya siarkan artikel yang tak jadi disiarkan oleh MIngguan Malaysia semalam.

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua
Tak jadi untuk disiarkan pada 22 Mac 2009 dalam MINGGUAN MALAYSIA.

Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.

Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.

Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa’ hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh’ yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.

Maka tertanya sekelian rakyat: “tangan-tangan siapakah gerangan?”. Jika saya yang berada di Lampeter United Kingdom ini iaitu satu kawasan yang dianggap ulu tetapi tenang, menghijau, dengan udaranya yang segar dan masyarakatnya yang agak mesra, pun terasa mual dan loya dengan berita-berita negara kita, apatahlagi perasaan rakyat yang prihatin yang hidup dalam negara.

Atau mungkin rakyat negara kita sudah sampai kepada satu tahap menganggap kisah-kisah kecurangan dan sensasi ahli politik adalah satu hiburan seperti mana kisah-kisah gossip artis. Padahal ada beza antara dua kelompok tersebut. Gossip artis mungkin kesannya tidak seburuk kecurangan ahli politik yang rasuah, salahguna kuasa, memecah belahkan masyarakat hanya atas kepentingan, membazir masa rakyat dan menggadaikan masa depan awam.

Membaca berita ahli politik; tikam menikam sesama sendiri, benci-membenci dalam mengejar kuasa, curahan wang dan harta kerana pangkat semata, dedah mendedah keaiban masing-masing dan berbagai lagi menjadikan dada kusut dan serabut. ‘Sembang-sembang’ mereka penuh dengan sumpah seranah dan permusuhan hanya kerana kuasa.

Kawan-kawan orang politik ramai yang munafik daripada yang jujur. Pujian untuk orang politik banyak yang dusta daripada yang ikhlas. Bak kata ungkapan pantun dalam lagu: Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia insan berpura. Tipu dan daya mencapai maksud, budi dan harta merangkum noda.

Hairan kita dengan orang politik, apakah candu yang mereka telan sehingga mereka sanggup berada di alam yang seperti itu. Apakah yang mereka kejar untuk memperolehinya sehingga mereka sanggup meredah badai kesakitan jiwa dan perasaan yang sedemikian. Apakah mereka mengejar kuasa tanpa bahagia? Atau kuasa bersama derita? Atau biar derita asal berkuasa? Atau mereka sebenar tidak berjumpa dengan nikmat hidup bahagia? Atau mereka bak apa yang Allah firman dalam al-Quran: (maksudnya)

“Oleh itu, janganlah engkau tertarik kepada harta benda dan anak pinak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan itu semua dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55).

Sejarah seantero dunia meriwayatkan cerita-cerita politik itu penuh dengan riwayat sengsara dan derita. Orang yang tamakkan kuasa sebenarnya mengidap sejenis penyakit gila yang mungkin bertindak di luar dari kebiasaan insan yang normal. Dia mungkin berbohong, khianat, rasuah, menzalimi insan lain, bahkan mungkin membunuh atas kegilaan yang luar kawalan. Dia sanggup mengorbankan segala-galanya, hanya kerana kuasa.

Tetapi yang pasti jika diteliti, mereka ini hilang kewarasan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup. Jiwa mereka miskin. Bayang-bayang ketakutan atas dosa dan hilang kuasa memburu mereka setiap waktu dan penjuru. Perasaan resah apabila bersendirian tanpa pengikut, atau sendiri bermimpi ngeri bimbang hilang pengaruh. Demikianlah insan apabila Allah dan bayangan hari akhirat itu hilang dari jiwa seseorang insan.

Para pejuang kebenaran kerana Allah juga mungkin derita dan diseksa. Mungkin juga diuji dengan penderitaan fizikal dan tekanan perasaan sebagai insan. Namun, keimanan, keikhlasan dan harapan mendapat ganjaran di sisi Allah sentiasa menjadikan derita itu kecil, bahkan mungkin bertukar menjadi nikmat apabila apabila mengenang bahawa ujian dan bala itu penyebab ganjaran dan pahala serta menghapuskan dosa.

Jiwa mereka besar kerana tempat pergantungan mereka sangat agung. Ini seperti yang sering para pejuang sebutkan: “Jika aku dipenjara maka itu satu kerehatan. Jika dibuang negeri maka itu satu perlancongan dan jika aku dibunuh maka itu bererti syahid. Para pejuang kebenaran sentiasa damai kerana nampak ke mana jalan hendak dituju. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Ugutan, ancaman, penghinaan, kezaliman dan segala rupa kesakitan hidup dirasai oleh orang politik dan bukan politik. Namun antara perbezaan mereka yang berkerja untuk menegakkan kebenaran kerana Allah dan mereka yang berjuang untuk kepentingan tembolok sendiri adalah ketenangan jiwa dan kehalusan perasaan yang penuh syahdu dan lunak yang tidak dimiliki melainkan oleh golongan yang pertama.

Golongan pertama iaitu para pejuang kebenaran kerana Allah, tanpa mengira atas pentas apa mereka berada; dakwah, politik, ekonomi, pendidikan atau apa sahaja, akan melalui kesukaran perjuangan mereka dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengharapkan pahala dan keampunan serta tawakal yang penuh kepadaNya. Samada kemenangan atau ketewasan; semuanya dihayati sebagai nikmat pengorbanan untuk insan kerana Tuhan.

Firman Allah Surah Ali ‘Imran 173: (maksudnya)

“Mereka yang apabila diberitahu oleh orang ramai (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa manusia berkumpul untuk memerangi kamu, maka gerunlah kamu kepada mereka”. (maka berita itu sebenarnya) menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”.

Sebab itu dalam sejarah kuasa politik sekalipun hebat, gagal untuk menundukkan pejuang kebenaran yang ikhlas. Sekalipun tubuh dan harta para pejuang itu diseksa dan dirampas, tetapi jiwa penguasa juga yang menderita. Namun sejarah terus mencatatkan kedua kelompok itu sentiasa berterusan wujud sekalipun menghadapi berbagai rintangan.

Penegak kebenaran kerana Allah ada di setiap zaman menghadapi segala tribulasi perjuangan kerana memburu keredhaan Allah dan syurga yang dijanjikan. Sementara kelompok yang tamakkan kuasa juga wujud di setiap zaman disebabkan penyakit gila yang meresap ke dalam jiwa mereka. Mereka terbayang pada kuasalah segala keindahan dan keseronakan. Mereka lupa betapa ramai yang berkuasa itu telah hilang nikmat kebahagiaan jiwa. Sabda Nabi s.a.w:

“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Ya, politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan berdasarkan wahyu Tuhan. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila.

Maka ingin kita bertanya kepada mereka ini yang sengit bertarung saban hari: “Berbaloikah semua itu?”

Siapakah yang mengarah ia tidak disiarkan? Susahlah kalau masih takut menerima teguran..UMNO kena berubah!!!

Mac 21, 2009

Semuanya Salah ANWAR???!!! Salah Orang Lain Juga Ke?

Salam Bloggers!

Kekadang hairan bila memikirkan betapa VIRUS ANWAR masih kuat melekat dan seperti tak mahu-mahu hilang. Apa tidaknya, bila merenung apa yang dihujjahkan oleh Setiausaha Agung UMNO dalam satu Kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di Kuala Lumpur hari ini, maka saya yakin inilah yang dikatakan antara PUNCA mengapa Ahli UMNO Pasca 1999 cukup bencikan ANWAR sehingga ada yang mengganggap beliau PETUALANG BANGSA kerana 'kemusnahan' UMNO yang telah dicerna beliau sepanjang menjadi orang kuat satu ketika dulu.

Cuma dalam ulsasn kali ini, timbul satu persoalan, mengapa selama hampir sedekad, gejala itu tak berjaya ditangani sepenuhnya? Apakah TDM tak sedar perkara ini selama menjadi Presiden UMNO sebelum menyerahkan tampuk kepada penggantinya yang kini dianggap sebagai perosak apa yang telah dibangunkan TDM selama 22 tahun pemerintahannya?

Kenapa hanya ejen-ejen yang dikenakan hukuman? Sedangkan Majoriti PERWAKILAN HARAMJADAH dan CELAKA yang sentiasa menagih SEKELUMIT GARAM khususnya daripada calon-calon yang bertanding langsung terlepas? Difahamkan seorang calon untuk semua jawatan yang dipertandingkan diekori oleh sekurang-kurangnya 5 ke 30 orang sama ada dari SPRM mahupun Polis Cawangan Khas. Bukankah molek kiranya , pegawai ini mengekori setiap seorang perwakilan yang akan mengundi daripada mengekori calon-calon secara berkumpulan seperti yang dibuat sekarang? Saya menyokong setiap tindakan jika untuk membersihkan rasuah dalam politik UMNO buat selamanya. Bagi saya kenapa UMNO masih hendak menyalahkan ANWAR dalam isu ini, sedangkan ANWAR sudah dipecat lebih sedekad yang lalu dari UMNO, sepatutnya kita UMNO perlu merubah pendekatan dan memantapkan pencegahan untuk melenyapkan terus virus ANWAR dan rasuah dalam UMNO a.k.a PEKEMBAR

Siapa pula yang akan sokong ulasan saya kali ini?

thx!

Mac 19, 2009

Agak-agak siapa yang jampi PAK LAH...

Salam Bloggers!

Sepertimana kebanyakan rakan sejawat yang lain, memang terasa satu kelucuan atau dalam istilah mudah 'kartun' bila membaca laporan akhbar yang menyatakan Skuad Pemusnah Bom yang dipanggil telah menemui 'BOM NUKLEAR' di bawah kerusi Pak Lah@Abdullah Ahmad Badawi@Presiden UMNO semasa@Perdana Menteri Malaysia.

Tak sangka ada juga individu yang cuba 'membunuh' beliau menggunakan cara yang 'kejam' seperti ini. Apa yang menjadi persoalan kini ialah siapa yang telah menjadi 'mastermind' dalam melaksanakan 'misi berbahaya' ini?

Mengikut laporan, hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai akses masuk tanpa had ke dalam bilik tersebut dari yang tertinggi jawatannya hingga yang terendah kerjanya. Jadi, siapa yang buat semua taktik 'power' Melayu zaman kuno ini kepada PM Malaysia yang akan 'berhenti' awal bulan April nanti?

Oleh kerana mereka yang tertentu sahaja boleh masuk maka dari sudut forensik, skop pencarian 'suspect' semakin mudah. akan tetapi, adakah keputusn penyiasatan seperti ini akan diumumkan pihak berkaitan? Mungkin ia akan dijawab atas nama kes berprofail tinggi? Pelik betul, kenapa mesti wujud 'double standard' bila melibatkan 'high class' profail seperti ini?

Pengunjung blog ini yang marah-marahkan saya kerana mengulas pelbagai isu yang tampak seperti berat sebelahpun seolah tak terfikir mereka berada di sebuah negara yang mengamalkan 'double standard' dalam kes-kes yang mempunyai unsur jenayah seperti yang berkenaan. Kita mesti berganding usaha memperbetulkan keadaan ini dengan segala daya yang kita milki, bukannya memaki atau mencaci bila sesuatu ulasan tak menyebelahi kita atau mana-mana parti yang kita anuti fahamannya. Kekadang simpati kepada ahli UMNO peringkat kasta rendah di kampung-kampung yang kuat mempertahankan UMNO tetapi mudah sangat diputar-alamkan oleh kerakusan pimpinan yang memang tak mahu keadaan berubah demi kelangsungan politik 'hanyir' mereka.

Berbalik kepada hal jampi menjampi ini...Agak-agak siapa yang mejampi Pak Lah sampai sentiasa 'MENGANTUK' dan 'FLIP-FLOP' membuat keputusan hingga merubah landskap politik negara secara keseluruhan? Siapa yang suka bermain dengan ritual tahyul seperti ini? Fikirlah sendiri...Saya pun tak berani ulas banyak sangat nanti ada yang kata saya sahaja yang layak jadi PEMIMPIN...Hahahaha!

thx!

Mac 17, 2009

Berakhir Satu Dinasti Bani Rustam? UMNO Mesti Dibersihkan!!!!

Salam Bloggers!

Bila-bila masa sahaja akan diadakan persidangan akhbar berkaitan isu politik wang dalam UMNO menjelang Pemilihan UMNO 24 Mac nanti. Khabarnya salah seorang calon dalam ranking semasa tertinggi akan digugurkan kelayakannya untuk bertanding seterusnya akan gagal mencapai impian 'murni' sebagai bakal TPM kepada Najib kalau mengikut tradisi UMNO selama ini.

Apakah benar ia akan direalisasikan? Mungkinkah ia satu lagi episod mematikan karier politik seseorang yang dilihat mampu menggugat hasrat seorang Menteri Kanan dalam kabinet yang beria-ia untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan menggunakan sentimen tertentu?

Ada baiknya kita tunggu sahaja apa akan berlaku petang ini....Serah sahaja..mungkin ini antara kes yang dapat diselesaikan oleh Lembaga Disiplin UMNO daripada 900 aduan yang diterima...hahahaha!

Mac 14, 2009

SIAPA YANG BENAR ANTARA MAHATHIR DAN NAJIB?

Salam Bloggers!

Terkejut juga bila membaca kenyataan dari seorang Negarawan Ulung Malaysia tentang apa yang berlaku di Perak selepas lebih sebulan berlaku apa yang disifatkan 'KUDETA' oleh Pakatan Rakyat dan Penderhakaan kepada Institusi Raja Melayu oleh UMNO yang dikepalai oleh NAJIB@BIJAN.

Pagi tadi sekali lagi NAJIB@BIJAN menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa apa yang disifatkan pembangkang sebagai KUDETA atau Rampasan Kuasa sebagai suatu yang sah di sisi Perlembagaan Negeri Perak. Kata beliau lagi, pergolakan politik di Perak baru-baru ini seharusnya tidak berlaku jika pakatan pembangkang menerima kenyataan dan mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Kata beliau lagi, mereka sepatutnya mematuhi titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan ke atas pembentukan kerajaan negeri oleh BN serta melantik Zambry sebagai Menteri Besar serta enam Exconya.

‘‘Pendekatan sama dilakukan sultan sewaktu pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri dahulu. Walaupun mereka tidak berdaftar dan bergabung selepas pilihan raya, tuanku tetap berkenan melantik Menteri Besar dan barisan Exco kalangan mereka.

‘‘Jadi sekarang mereka perlu menghormati keputusan sama yang dibuat Sultan Perak setelah BN mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

‘‘Kerajaan negeri yang dibentuk BN sekarang adalah kerajaan yang sah dan tidak perlu diragui. Sultan Perak sudah memberi perkenan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang ada,” katanya.Saya mengikuti ulangan kata-kata beliau yang amat meyakinkan itu tanpa ada rasa tersilap atau terkhilaf.

Akan tetapi bila Mahathir mula bersuara dalam laporan ini ia telah menimbulkan kesangsian selepas rakyat Perak dilihat semakin tenang dari kekalutan yang berlaku dan rata-rata ahli UMNO mula menumpukan perhatian kepada peralihan kuasa hujung Mac nanti dan MAJORITI PERWAKILAN yang tiba-tiba bersikap 'HARAMJADAH' dan 'CELAKA' menagih 'PEMBERIAN IKHLAS' khususnya daripada calon-calon yang akan bertanding nanti.

Persoalannya,

Apakah Mahathir masih 'WARAS' ketika membuat kenyataan ini atau media tersebut tersalah lapor apa yang diperkatakan oleh beliau?

Adakah Mahathir sudah nyanyuk kerana mengeluarkan kenyataan yang mana dalam masa yang sama NAJIB mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya mengenai isu yang serupa?

Adakah Mahathir terlupa seperti kebiasaan 'MELAYU YANG MUDAH LUPA' bahawa anaknya juga salah seorang calon yang akan bertanding satu jawatan yang penting dalam pemilihan UMNO kali ini kerana mengeluarkan satu kenyataan yang pada hakikatnya meruntuhkan benteng dan kekuatan moral yang telah dibina oleh Kerajaan BN Perak yang baru dibentuk itu?

Mungkinkah ia satu amaran kepada NAJIB@BIJAN agar menyedari bahawa SIFUnya masih ada dan ia sekadar isyarat supaya NAJIB@BIJAN lebih berhati-hati dalam mengendalikan sesuatu isu panas yang timbul akibat kegelojohan nafsu dan kuasa?

Kepada ahli UMNO yang dihormati, bangunlah dan betulkan barisan anda agar tidak terus terjunam ke lembah kehancuran kalau anda terus selesa dengan situasi yang ada. Perubahan yang agresif perlu ada demi kelangsungan POLITIK UMNO yang gah berdiri selama lebih setengah abad itu. jangan sekadar menukar badan sahaja tetapi bajunya sama. Masa depan UMNO terletak di tangan anda dan bukannya dua tiga orang yang anda angkat untuk menjadi pemimpin anda.

Fikirlah dengan iman nan murni dan bukan dengan kebencian dan hasad dengki...

Agak-agak Zahid Hamidi sudah habis berapa juta kali ini?

THX!

Akhirnya ISMAIL SAFIAN yang jadi Calon BN PRK BUKIT GANTANG...Hahahaha!

Salam Bloggers!

Dalam satu 'perhimpunan raksaksa' di Bukit Gantang pagi ini, Bakal PM Bijan telah mengumumkan ISMAIL SAFIAN sebagai Calon yang akan bertanding merebut semula kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam PRK pada awal April 2009 ini.

Kasihan juga kepada dua orang yang berjawatan tinggi dalam bahagian yang kuat melobi sebelum ini untuk menjadi calon...lepas ni berebut lagi....hahahahaha!

Tengok nama dalam senarai di bawah tiada pula nama calon ini sebagai orang penting UMNO Bahagian yang memegang mana-mana jawatan atau menjadi Perwakilan UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2009(Sesiapa yang ada makluman mungkin boleh perbetulkan kalau saya terkhilaf). Apa kehebatannya selaku mantan Ketua Penerangan UMNO Bukit Gantang hingga menjadi pilihan Bakal PM BIJAN ini? Apakah Perlembagaan UMNO dilanggar lagi untuk menabalkan seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya sebagaimana yang termaktub? Kita tunggu sahaja, apa reaksi mereka yang kecewa kerana difahamkan 'perhimpunan raksaksa' pagi ini hanya dihadiri oleh tak sampai seribu penyokong UMNO..Mungkinkah hanya penyokong ISMAIL SAFIAN sahaja yang hadir untuk memakmurkan majlis ini?

Apapun, Nasib baik calon ini tak hitam sangat macam MAMAK BENDAHARA ZAMRI tu(macam tak nampak saja mamak sorang ni dalam TV1 tadi? cerah sangat kot?)......

HAHAHAHA!

thx!

Takkanlah dari 900 tak lekat 90 atau 9 orang PERASUAH UMNO? Peliknya UMNO!


Salam Bloggers!

Bila membaca komen Che Det di sini, saya pun memang dah lama terfikir, kemana gerangan menghilangnya SIASATAN kepada aduan sebanyak itu dalam sekelip mata? Tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tinggal beberapa orang sahaja yang masih teguh mempertahankan prinsip tidak menggunakan wang sebagai umpan undi perwakilan yang 'KEBULUR' dan 'MELAHAQ' musim pemilihan seperti ini, masih tiada sebarang dakwaan, tindakan dan apa sahaja ke atas aduan yang dikemukakan itu.

Benarkah UMNO sebuah parti ulung di Malaysia yang 'MAHABERSIH' dan 'MAHASUCI' dari kebobrokan dan kejahatan tangan-tangan manusia yang menjadi 'PERWAKILANNYA'?

Mungkinkah juga Che Det sekadar memfitnah parti yang mana dia sendiri sebagai pengasasnya? Mungkinkah Che Det sengaja hendak memburuk-buruk pimpinan semasa yang takkan muncul lagi dalam UMNO selepas ini dek dendam yang tak sudah? Mungkin Che Det memang pembohong dan penipu besar bila bersuara tentang hal ini dahulu?

Jawapannya mungkin umum sudah tahu tetapi persoalannya tetap sama dan seolah-olah tiada penyelesaiannya kerana hari besar UMNO hampir tiba tetapi mereka yang bertanding sudah boleh dikatakan bertandang ke seluruh negara 'memancing' undi perwakilan yang majoritinya 'celaka' dan 'haramjadah' kerana menyalahgunakan amanah yang diberikan ahli UMNO yang setia dalam bahagian masing-masing.

Bagi saya, perwakilan yang bermuka-muka ini dan mengambil kesempatan untuk mencari durian runtuh sempena pemilihan kali ini layak dipanggil 'haramjadah' dan 'celaka' kerana sikap mereka yang begitu. Walaupun bukan semua tetapi saya yakin, majoritinya sebegitu. Tak hairan kalau ada tokoh-tokoh dan nama besar dalam UMNO semasa akan tumbang kerana prinsip perjuangan mereka yang 'ketinggalan zaman' itu.


Sayangnya UMNO...
thx!

Mac 12, 2009

Seronoknya Kalau Aku Menjadi KHIR TOYO!!!!

Salam Bloggers!

Sekali lagi untuk hari ini bila saya menyelak laman web ini maka terpacullah di bibir saya...Amboi! Syoklah kalau jadi macam dia....

Apa tidaknya...lihatlah ke mana yang dia sudah sampai atas nama MB Selangor....London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam....Mekah mungkin sengaja tidak disebut kerana itu soal ibadah...mana boleh ungkit bab ibadah....

Kenyataan ini yang tidak dinafikan oleh salah seorang bakal KETUA PEMUDA UMNO yang tampak muda ini ditambah pula dengan jawapan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh SPRM@SPeRMa iaitu hanya satu syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan 'pemimpin JAWA yang terbilang' itu yang diberikan monopoli untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan perjalanan beliau.

Maka ada baiknya, kita tunggu sahaja apa bentuk 'aksi' yang bakal diambil oleh agensi yang mana dikepalai oleh 'BAPA SEORANG PENYELUDUP BAHAN PORNO KANAK-KANAK' ke atas apa yang disebut dalam Persidangan DUN Selangorhari ini.

Sebenarnya keterlupaan seperti inilah yang menyebabkan blog yang pro pihak tertentu akan mengambil ruang yang ada untuk memaparkan kelemahan para pimpinan UMNO

Cuma PERFECTWATER hanya hendak tengok apa akan berlaku kepada KETUA PEMUDA UMNO IN MAKING ini selepas pemilihan hujung MAC 2009 ini. Adakah para perwakilan tergamak memberi undi kepada tokoh kebanggaan JAWA SELANGOR ini? Apakah kalau beliau ditakdirkan menang akan menjadi seorang yang 'KALIS UNDANG-UNDANG' kerana sebagaimana yang dimaklumi kuasa politik memang hebat kalau di Malaysia. Kemenangan Anak Kesayangan Toyo ini akan menambahkalut perjalanan undang-undang Malaysia yang murni ini?

Cuit sikit...sikit jer....hahahaha! SUKJ mesti suka 'post' perfectwater kali ini...

thx!

BILA SPRM(SPeRMa) SIASAT MENTERI UMNO...TAK PAYAH BIMBANG...SEKEJAP JER TU!

Salam Bloggers!


Bila membaca laporan ini saya tersenyum manis. Bukan apa, semua ini sekadar lakonan sementara sahaja untuk menjatuhkan individu tertentu menjelang Pemilihan UMNO hujung bulan ini. Apa tidaknya, jika diteliti bentuk 'tindakan agresif' yang telah diambil oleh SPeRMa khususnya kepada ahli UMNO sebelum ini boleh dikatakan semuanya menemui jalan buntu pada hujung siasatan. Alih-alih mereka yang ditahan hanya untuk MEMBANTU SIASATAN ataupun sebagai saksi utama.

Saya lebih melihat apa yang berlaku kepada 'kuncu-kuncu' menteri UMNO ini sebagai usaha pihak tertentu yang ingin menjatuhkan salah seorang calon yang akan bertanding. Maka habislah disiasat, dirampas, dihebahkan kepada umum dan apabila umum sudah mula menerima perbuatan berkenaan sebagai satu yang tak boleh diterima maka pada ketika itulah akan muncul mana-mana wakil dan mungkin juga BIG BOSS SPeRMa sendiri mengumumkan hasil siasatan yang berkenaan. Skrip sedia ditangan, hanya menunggu LAKON LAYAR mengarahkan sahaja.

Kalau menilai komen PM selepas seorang SETPOL Menteri dari UMNO yang bersih dan suci ditahan, umum sudah dapat mengagak apa bentuk tindakan yang bakal diambil oleh SPeRMa selepas ini. Tunggu sahaja dan jangan pula ada yang terkejut. Biasalah itu semua....Kepada menteri berkenaan, semoga anda menang pemilihan kali ini...Bukan apa, sekurang-kurangnya semua yang berlaku ini menjadi PROMOSI PERCUMA CALON MT yang berkenaan khususnya kepada MAJORITI PERWAKILAN UMNO yang 'kebulur' dan 'ganas' kali ini.

HAHAHAHAHA!

Bilalah UMNO nak berubah....?

thx!

Mac 09, 2009

JUAL BELI BARANG KEMAS DI HAFIZ JEWEL

Salam Bloggers!



Hari ini nak tolong buat promosi blog kawan-kawan...sesiapa yang berminat klik di sini

Saya pun sudah meronda beberapa kali dan agak teruja untuk memiliki barang kemas yang dilelong untuk tuan punya blog ini

Selamat Membida!

thx!

Mac 08, 2009

Salam Maulidur Rasul...

Salam Bloggers!

Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul bagi tahun ini. Walau lebih 14 abad masa berlalu, tetap terukir indah di dalam kalbu. Nabi Muhammad SAW telah pergi meninggalkan kita tetapi sunnah dan syariat yang dibawa Baginda SAW tetap diingati dan dihayati.

Pesan saya, sebagaimana yang telah digariskan oleh mantan Mufti Perlis. Usah ibadatkan apa yang sekadar menjadi adat oleh orang-orang Melayu di Malaysia khususnya bila tiba sambutan keputeraan Nabi SAW ini.

Banyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi SAW. Moga kita sama-sama memperolehi syafaat Baginda di akhirat nanti, Insya Allah.

thx!

Mac 06, 2009

MCA Perlekehkan Islam? Di Mana Panglima UMNO?!

Salam Bloggers!

kalau merujuk kepada laporan ini, saya menunggu adanya satu demonstrasi atau apa-apa bantahan yang akan dibuat khususnya oleh PANGLIMA-PANGLIMA UMNO bila rakan sekutu mereka dalam Barisan Nsional dengan lantangnya menyatakan 'Mahkamah Syariah Terlalu Ghairah Agama'.

Persoalannya, adakah PANGLIMA-PANGLIMA UMNO yang berani membantah tahap tertinggi untuk meminta agar rakan sekutu mereka yang sedar bahawa UMNO agak 'lemah' dengan situasi dan kemelut politik semasa? Ia ditambah pula dengan kesibukan Pak-Pak Menteri berkejar ke sana dan ke sini, menghambur "Surat-Surat Tauliah' kepada para perwakilan yang akan menjalankan 'tanggungjawab' mereka pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 penghujung Mac nanti.

Malam ini sebagai contoh, khabarnya diadakan majlis berkaitan di Terengganu dan ia menghimpunkan ramai calon-calon yang datang dengan mungkin 'berkilo-kilo' wang untuk 'dihadiahkan' sebagai subsidi minyak kepada para perwakilan yang secara rutinnya menjadi 'orang penting' bagi menentukan hala tuju UMNO selepas Mac 2009 di bawah kepimpinan Mat Bijan.

Kenapa bila DAP bercakap tentang Islam, tak payah kita tunggu lama-lama untuk menonton 'lakonan' Panglima UMNO yang bingkas membuat 'jutaan' laporan tetapi bila ia melibatkan rakan sekutu mereka? Ia seperti ditiadakan langsung liputan oleh media yang sememangnya menjadi 'balaci' kepada UMNO.

Mengapa perlu wujud 'double-standard' dalam hal sebegini? Mana dia kumpulan pendesak UMNO yang sentiasa katanya berada di barisan hadapan ketika menghadapi isu panas seperti ini? Apa sudah jadi dengan suara mereka? Adakah 'panas-panas suam' seperti apa yang ada pada 'peluru' mereka itu? Bangunlah wahai Pemuda UMNO! Jangan hanya memilih 'bulu',mana yang kerinting anda lepaskan dan mana yang lurus anda 'binasakan. Jadilan barisan pendesak yang sebenar-benarnya dan bukan hanya berani dengan bantuan 'geng tiga line' atau mana-mana pertubuhan yang sama waktu dengannya sahaja. Tak payahlah nak tunggu ayahanda turun baru hendak menunjukkan kepekaan anda.

p/s: Biar Adil Dalam Keberanian!

thx!

Mac 03, 2009

Adakah Ini Yang Dikatakan UMNO Perihatin Masalah Rakyat?

Salam Bloggers!

Buletin Utama yang disiarkan malam ini sempat memuatkan satu berita yang nampaknya cuba 'mensabotaj' pemimpin UMNO tertentu. Isu yang dipaparkan ialah isu Kotak Insulasi Ikan sebagaimana diarahkan 'wajib' oleh kementerian yang berkenaan. Agak lucu juga bila saya cuba memahami kenyataan yang diberikan oleh pegawai yang berkaitan yang menafikan kos atau harga kotak insulasi ini tidak mahal. Cuba fikirkan kerana mungkin matematik saya ini lemah...Harga satu unit kotak insulasi ini ialah RM 115 manakala kotak plastik yang biasa digunakan nelayan berharga 'semahal' RM 35 sahaja. Kemudian ditambah pula dengan jumlah kotak insulasi yang boleh dibawa dalam satu-satu masa berjumlah 35 unit dan kotak ikan yang 'semahal' RM 35 pula hanya mampu membawa 6o unit. Saya pun tak faham hukum matematik dari profesor mana yang digunapakai dalam mengira 'keuntungan' para nelayan tersebut?

Saya sengaja membawa isu ini supaya ada pihak yang berfikir bagaimana untuk menolong para nelayan dengan cara yang lebih baik dan tidak menyusahkan mereka yang memang sedia susah itu. Mungkin ada pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan dengan penjualan kotak insulasi tersebut...Siapakah 'DALANG' di sebalik semua ini?

Ini kerana setiap perkara yang cuba diketengahkan oleh UMNO selalunya mempunyai sesuatu yang hanya diketahui selepas beberapa ketika. Sebagai contoh pemberian rebet minyak oleh kerajaan. Pada permulaannya, pembayaran hanya boleh dibuat di pejabat Pos seluruh negara. Pada akhirnya, terbongkar juga, kenapa POS MALAYSIA menjadi pilihan kerajaan ketika itu. Begitu juga dengan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pada akhirnya juga kita tahu siapa yang mendapat segala kontrak yang berkaitan dengan penyediaan tempat, peralatan, pakaian, makanan dan lain-lain lagi. Belum lagi perkara-perkara lain yang sedia menjadi rahsia umum tetapi sengaja didiamkan oleh mereka yang tahu terutamanya yang berada di dalam UMNO kerana masing-masing walaupun bukan semua mempunyai kepentingan atas perkara berkaitan.

kalau beginilah keadaanya, bila UMNO akan benar-benar bersih dari 'kekotoran tangan-tangan manusia' yang berbadan rakyat dan berhati perampuk? Siapa boleh nafikan semua kenyataan ini? Siapa berani nyatakan bahawa apa yang ditulis ini silap dan salah interpretasi pemilik blog ini? Saya hanya harapkan UMNO agar kembali ke jalan perjuangan mereka yang sebenarnya bukannya berpura-pura menatang wajah pejuang tetapi hakikatnya mereka yang mengaut rakus khazanah milik rakyat. Masih tidak terlewat untuk kembali ke pangkal jalan.....terima kasih.

p/s: Simpati sangat dengan nasib ibu tunggal bersama 12 orang anaknya yang tinggal dalam hutan kerana kemiskinan dan Jabatan Kebajikan masyarakat hanya memberikan bantuan sara diri sebanyak RM 70 sahaja sebulan seperti yang dilaporkan KOSMO semalam. Inikah yang dikatakan 'TRADISI MEMBELA RAKYAT'? Fikirlah...

Mac 01, 2009

More Flip-Flop Action From UMNO' Leader!.Macam Nie Ker Nak Jadi Naib Presiden?

Salam Bloggers!

Bila saya katakan orang ini kucing, tiada pula ada yang memberi komen, mungkin kerana saya ini pendatang baru dalam dunia blogger yang pelbagai ini. akan tetapi, hari ini (semalam) terbukti kucing ini masih mengamalkan cara flip=flop dalam pentadbirannya kerana apabila KDN mengeluarkan araham untuk membatalkan Warta Kerajaan yang telah dikeluarkan lebih kurang dua minggu sebelum itu tanpa memikirkan kesan buruk dari ketetapan deklarasi tersebut kepada ketenteraman dan keamanan ummah di Malaysia sedangkan kalau ia berlaku kepada penerbitan yang bersifat dakwah Islam maka dengan penuh ketegasan akan ada satu tindakan tegas dan keras wajib diambil tanpa mengira bantahan atau tekanan mana-mana pihak sekalipun.

Kenapa kucing ini tidak menggunakan kuasa penuh yang ada dalam tangannya untuk terus mengharamkan penerbitan yang boleh menggugat kestabilan hidup beragama di Malaysia?

Kenapa kucing ini masih malu-malu kucing untuk menyatakan prinsip diri bila berhadapan dengan tekanan pihak yang engkar kepada arahan sebelumnya?

Kenapa kucing ini sanggup mengambil satu pendekatan yang amat membahayakan dirinya di kala namanya disebut sebagai calon pilihan untuk jawatan Naib Presiden(menurut sumber rapat yang boleh dipercayai, nama kucing ini sedang berada kukuh di tangga ketiga di belakang Menteri Agama Malaysia dan Wakil Menteri Sabah)?

Apa pula kata perwakilan yang sudah menerima 'Surat Tauliah' dari gerombolan atau wakil khas 'kucing' ini akan mengubah pendirian demi kemaslahatan umum atau mengenepikan semua isu yang berkenaan kerana sesungguhnya 'Surat Tauliah' yang sedia ada dibimbangi takkan bernilai lagi dek kerana mengengkari perintah kucing ini?

Kepada seluruh perwakilan UMNO yang akan mengundi nanti, fikirlah sebaiknya demi agama dan bangsa yang anda menjadi penganutnya, kalau kucing yang ada kuasa penuh ini gagal menunjukkan ketegasannya menangani isu yang kecil ini, apakah dia mampu untuk menangani UMNO era pasca PRU-12 ini selaku 'Naib Presiden'

TERSERAHLAH.....

thx!