Salam Bloggers!
Sepertimana kebanyakan rakan sejawat yang lain, memang terasa satu kelucuan atau dalam istilah mudah 'kartun' bila membaca laporan akhbar yang menyatakan Skuad Pemusnah Bom yang dipanggil telah menemui 'BOM NUKLEAR' di bawah kerusi Pak Lah@Abdullah Ahmad Badawi@Presiden UMNO semasa@Perdana Menteri Malaysia.
Tak sangka ada juga individu yang cuba 'membunuh' beliau menggunakan cara yang 'kejam' seperti ini. Apa yang menjadi persoalan kini ialah siapa yang telah menjadi 'mastermind' dalam melaksanakan 'misi berbahaya' ini?
Mengikut laporan, hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai akses masuk tanpa had ke dalam bilik tersebut dari yang tertinggi jawatannya hingga yang terendah kerjanya. Jadi, siapa yang buat semua taktik 'power' Melayu zaman kuno ini kepada PM Malaysia yang akan 'berhenti' awal bulan April nanti?
Oleh kerana mereka yang tertentu sahaja boleh masuk maka dari sudut forensik, skop pencarian 'suspect' semakin mudah. akan tetapi, adakah keputusn penyiasatan seperti ini akan diumumkan pihak berkaitan? Mungkin ia akan dijawab atas nama kes berprofail tinggi? Pelik betul, kenapa mesti wujud 'double standard' bila melibatkan 'high class' profail seperti ini?
Pengunjung blog ini yang marah-marahkan saya kerana mengulas pelbagai isu yang tampak seperti berat sebelahpun seolah tak terfikir mereka berada di sebuah negara yang mengamalkan 'double standard' dalam kes-kes yang mempunyai unsur jenayah seperti yang berkenaan. Kita mesti berganding usaha memperbetulkan keadaan ini dengan segala daya yang kita milki, bukannya memaki atau mencaci bila sesuatu ulasan tak menyebelahi kita atau mana-mana parti yang kita anuti fahamannya. Kekadang simpati kepada ahli UMNO peringkat kasta rendah di kampung-kampung yang kuat mempertahankan UMNO tetapi mudah sangat diputar-alamkan oleh kerakusan pimpinan yang memang tak mahu keadaan berubah demi kelangsungan politik 'hanyir' mereka.
Berbalik kepada hal jampi menjampi ini...Agak-agak siapa yang mejampi Pak Lah sampai sentiasa 'MENGANTUK' dan 'FLIP-FLOP' membuat keputusan hingga merubah landskap politik negara secara keseluruhan? Siapa yang suka bermain dengan ritual tahyul seperti ini? Fikirlah sendiri...Saya pun tak berani ulas banyak sangat nanti ada yang kata saya sahaja yang layak jadi PEMIMPIN...Hahahaha!
thx!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
saya sangat bersimpati dgn paklah kerana telah dibomohkan keekekeke
patutlah selama ini paklah kelihatan sentiasa mengantuk bila melakukan tugas2 rasmi.
harap2 lepas ini paklah tidak mengantuk lagi walaupun hanya tinngal 2 minggu utk bekerja hehehehee
PakLah akan mengubah beberapa keputusan penting kerana selama ini apa saja keputusan yg telah dibuat dibawah pengaruh "bomoh".
PakLah jadi PM terus.
bungaraya
Salam,
hahahahahaha! harap takkan ada gambar ngatuknya dirakam dalam perhimpunan agung kali ini..kesian juga kat dia...selama ini dianiayai oleh orang terdekatnya dalam UMNO...
Dsai yang bomohkan Pak lah, supaya Pak lah keluarkan statement "saya tidak percaya pada Najib tetapi, UMNO akan bergabung dengan PKR dan saya akan lantik DSAI sebagai penganti saya".
Ayat "cenua" tu DSAI minta dengan lebai masa depa dok berjumpa minggu lepas di hulu langat. Lepas depa bertemu terus nbanjir di hululangat. Bila banjir, bisanya air banjir tersebut akan menbersihkan segala yang kotor di hululangat tu.
Maka memang sah la DSAI dan Pak lah serta lebai sesat tu memang kotor.
Catat Ulasan