Mac 14, 2009

Akhirnya ISMAIL SAFIAN yang jadi Calon BN PRK BUKIT GANTANG...Hahahaha!

Salam Bloggers!

Dalam satu 'perhimpunan raksaksa' di Bukit Gantang pagi ini, Bakal PM Bijan telah mengumumkan ISMAIL SAFIAN sebagai Calon yang akan bertanding merebut semula kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam PRK pada awal April 2009 ini.

Kasihan juga kepada dua orang yang berjawatan tinggi dalam bahagian yang kuat melobi sebelum ini untuk menjadi calon...lepas ni berebut lagi....hahahahaha!

Tengok nama dalam senarai di bawah tiada pula nama calon ini sebagai orang penting UMNO Bahagian yang memegang mana-mana jawatan atau menjadi Perwakilan UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2009(Sesiapa yang ada makluman mungkin boleh perbetulkan kalau saya terkhilaf). Apa kehebatannya selaku mantan Ketua Penerangan UMNO Bukit Gantang hingga menjadi pilihan Bakal PM BIJAN ini? Apakah Perlembagaan UMNO dilanggar lagi untuk menabalkan seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya sebagaimana yang termaktub? Kita tunggu sahaja, apa reaksi mereka yang kecewa kerana difahamkan 'perhimpunan raksaksa' pagi ini hanya dihadiri oleh tak sampai seribu penyokong UMNO..Mungkinkah hanya penyokong ISMAIL SAFIAN sahaja yang hadir untuk memakmurkan majlis ini?

Apapun, Nasib baik calon ini tak hitam sangat macam MAMAK BENDAHARA ZAMRI tu(macam tak nampak saja mamak sorang ni dalam TV1 tadi? cerah sangat kot?)......

HAHAHAHA!

thx!

9 ulasan:

Anak Kuala berkata...

relax la brother, tak kan dah ketaq lutut. Dia memang tak ada di dalam senarai ajak sebab dia bekas Ketua penerangan dan setiausaha bahagian sessi lepas. Di juga bekas setiausaha majlis perbandaran yang sudah tentu selalu berurusan dengan masyarakat bawah dan rakyat jelata. Cantik, pemilihan ini. Kita kasi runtuh bulan di Bukit Gantang

perfectwater75 berkata...

Salam Anak Kuala...,

Takkan bro tak baca Perlembagaan UMNO yang menyatakan jelas tentang ktriteria seseorang yang boleh menjadi calon?

Tidakkah bro tau antara faktor penolakan calon BN dari UMNO di sesetengah kawasan adalah disebabkan oleh faktor melanggar perlembagaan seperti ini?

Penyokong Ketua Bahagian bukan kecil anak...begitu juga penyokong Timbalan Ketua Bahagian yang terang2 mengaku dia paling layak sebelum ini(ada saya ulas tentang beliau dalam post sebelum ini)

Saya takkan terkejut kalau berlaku krisis sokongan dan kepercayaan kepada calon selepas ini....

Secara positifnya dengan pengalaman sebagai orang kuat Majlis Perbandaran yang dilantik atas kouta politik memang selalu berhubung dengan masyarakat bawahan tetapi apa sumbangan beliau diakui dan diterima rakyat khususnya di kawasan Bukit Gantang tempat Mak Mertua ku bersemayam....?

Saya secara peribadi tengok tiada apa yang membanggakan sangat berlaku di Bukit Gantang.

anyway thx!

ROSHATIKA berkata...

Salam,

Saya fikir DS Najib memilih calon yang disukai rakyat, tidak kira samada orang kuat UMNO Bahagian atau ahli biasa.

T. kasih

perfectwater75 berkata...

Salam ROSHATIKA,

Benarkah rakyat suka pilihan Najib? Najib kata pagi tadi atas pilihan Pengerusi BN Malaysia...Mana satu yang betul ni?

UMNO ditegakkan atas satu perlembagaan yang kukuh, kalau pemimpin sendiri tak mempertahankan nilai-nilai dalam perlembagaan, apa yang boleh kita harapkan kepada rakyat khususnya ahli UMNO kebanyakan untuk terus memperkukuh nilai perlembagaan tersebut? Adakah budaya 'asal pemimpin buat' semuanya betul dan menjadi 'firman' yang wajib diikuti dan ditaati?

UMNO perlukan perubahan drastik bukan setakat menukar badan tetapi masih memakai baju yang sama sahaja...

thx!

Melayu Sejati berkata...

Oitt..perfect, mu sihat ka. HAHA..

Oitt..Jika PR letak kambing pun...kambing tu menang.

HAHA..BN akan lingkup lagi di Bkt Gantang

http://politikanjing.blogspot.com

perfectwater75 berkata...

Salam Bro PA,

Saya sihat...dok tunggu 'KAMBING' yang mana akan menjadi pilihan untuk memalukan NAJIB@BIJAN selepas ini...


thx!

HAHAHAHAHAHA!

Tanpa Nama berkata...

Perfectwater..

Lu ni UMNO ka PAS ka DAP ka? Bubuh gambag Zahidi sebagai calon MT tapi dok tutuh UMNO gila gila. Hang nak 'bunuh' politik Zahidi ka? Kepala Butuh betoi la hang ni! Kalau nak buat blog yg kritis, jangan dok pelingkup Zahidi sama dengan hang. Kami dah tau siapa hang ni, org yg kecewa dalam UMNO Perlis! Sudah la.. aku harap hang jangan dok pelingkup Zahidi tu...

perfectwater75 berkata...

Salam Peghelih...,

Inilah masalah UMNO, tak boleh terima kritikan atau teguran....Saya hanya gunakan ruang yang ada untuk menegur dan membidas pihak yang mengaku sayangkan UMNO tetapi tingkah dan cara menghancurkan UMNO...

Bukan soal saya ahli parti mana-mana yang menjadi hal. Kenapa nak kait dengan Datuk Zahidi pulak? Saya menyokong pencalonan beliau...adakah itu menjadi satu dosa besar kalau dalam masa yang sama saya menegur cara 'kuno' yang masih diamalkan pimpinan UMNO masa kini tanpa mengambil kira suara atau teguran yang diberikan untuk mengembalikan UMNO semula seperti sebelum 1987?

Siapa dalam UMNO Perlis yang betul-betul kecewa? Mengapa pula boleh kecewa? Adakah kerana tiada lagi hamburan kontrak dan tender seperti dulu? Negeri kecil tetapi berebut sampai tak cukup tanah... Ada dalam kalangan UMNO Perlis sendiri sanggup menjatuhkan sesama sendiri atas alasan berlainan ketua dan pemimpin dalam UMNO Perlis...

Lihat apa yang telah RADZI buat kepada DSSK? Lihat apa yang telah AZMI buat kepada ZAHIDI? Siapa pula yanghendak Mat Rawi duduk di kerusi ZAHIDI? Tidakkah mereka yang menzalimi adalah dalam kalangan UMNO Perlis sendiri...

UMNO berdiri atas nama perlembagaan tetapi kalau perlembagaan tak dikuti, kenapa perlu ada pihak yang hendak marah dan tidak berpuas hati bila kesalahan cuba diperbetul dengan daya yang ada...

Kalau bercakap yang benar pun dipertikai...susah juga kalau nak perbetul yang silap....

Fikirlah sendiri....

thx!

Tanpa Nama berkata...

Calon yang dipilih adalah pilihan pengundi, bukan lagi pilihan pengerusi BN atau UMNO... manakala pengerusi BN atau UMNO hanya mengiyakan apa yang telah disenaraikan oleh `suara' Bukit Gantang...!!

Kalau nak buat transformasi, kenalah terima idea-idea baru dari orang-orang `kerdil' Bukit Gantang, bukan Ketua Bahagian atau Timbalan Bahagian.... kerana pengalaman diTerengganu dan PP telah memberi kita `akal' untuk membetulkan apa yang tidak betul.. SEDIKIT DEMI SEDIKIT!!