Mac 31, 2009

Benarkah UMNO sudah menuju ke arah sistem pengkastaan?

Salam Bloggers!


Kali pertama sejak berblog saya terasa seperti kehilangan tangan akibat kerosakan Laptop yang tersayang. Walaubagaimanapun, saya tak hilang dan sedang mengumpul kekuatan untuk kembali menyampaikan luahan hati sebaik sahaja pulang dari PWTC bersama kemeriahan pemilihan UMNO 2009.

Saya ikut sama ke Bukit Selambau untuk memerhati keadaan semasa di sana, dan beberapa keping gambar yang diambil mungkin boleh menceritakan permulaan PRK Bukit Selambau ini kepada pengunjung blog ini. Itu semua akan saya masukkan dalam artikel akan datang. Sebelum itu baik saya menjelaskan tajuk artikel saya kali ini...Benarkah UMNO sudah menuju ke arah sistem pengkastaan?

Umum ahli UMNO terharu mungkin ada juga yang memberikan reaksi biasa apabila Tun Mahathir turut dijemput naik ke pentas yang mana beliau sendiri menjadi 'rajanya' selama 22 tahun. hairan juga bila orang yang mempopularkan istilah 'Melayu Mudah Lupa' ini sekali lagi berjaya membuatkan sebilangan ahli UMNO dalam dewan perhimpunan seperti lupa dengan apa yang dilemparkan selama TDM berada di luar UMNO dan tetiba sahaja muncul cakap-cakap menyatakan TDM akan menyertai semula UMNO selepas ini dengan meletakkan beberapa syarat sebagai asas untuk membolehkan beliau kembali menjadi ahli UMNO, parti yang beliau sendiri tubuhkan selepas diharamkan.

Bagi saya, walau apa pandangan dan pendapat, ternyata UMNO sedang menuju ke arah PENGKASTAAN seperti yang pernah saya nyatakan dalam kiriman awal blog saya ini. mana tidaknya, kalau ahli biasa membuat onar atau menegur atau menghentam parti sama ada melalui apa jua saluran akan diambil tindakan sama ada dipecat, digantung atau diharamkan terus untuk menjadi ahli UMNO. lain pula bila bicara tentang TDM, bukan setakat menegur tetapi menghentam sehingga menjadi antara punca kejatuhan BN khususnya UMNO di beberapa buah negeri hingga ada seorang pemimpin tertinggi UMNO ketika itu menyatakan susah hendak diambil tindakan terhadap TDM, dalam ayat lain TDM cukup kebal imunitinya sebagai ahli UMNO sehinggalah beliau sendiri mengumumkan keluar dari UMNO. Kini wajah ceria di atas pentas UMNO kembali didramakan dan watak utamanya tetap sama iaitu orang yang cukup kuat menghentam kepimpinan Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Mungkin dalam kalangan penyokong kuat Mahathir akan menyatakan apa yang dibuat oleh TDM adalah merupakan nasihat bapa kepada anak-anaknya, tak lebih daripada itu. Mungkin juga akan ada yang memaki dan menghentam tuan punya blog ini kerana menyentuh 'Maha-Raja UMNO' ini nanti. kalau adapun, saya anggap ia perkara biasa kerana memang begitulah adat bila sesuatu yang tidak kita suka untuk dibangkitkan akan menimbulkan kemarahan pihak yang taksub dengan mana-mana pemimpin sekalipun baik pembangkang mahupun dalam parti pemerintah sendiri.

Sekadar bertanya....Benarkah UMNO Parti KASTA Era Baru?

thx!

5 ulasan:

Sam berkata...

Salam Tuan.

Susah nak katakan umno menuju sistem pengkastaan, tetapi pengalaman Pemilehan peringkat bahagian baru-baru ini menunjukkan bahawa untuk menjadi pemimpin umno mesti ada fulus yang banyak. Kalau tidak hanya mampu jadi pemimpin dalam selimut ajer ler jawabnya...

Terbukti juga benar, hanya pemimpin yang terkenal dengan dermawan boleh menang dalam Pemilehan Agong UMNO baru-baru ni..

UMNO menuju pengkastaan?... Entah lah Labu.... Jangan syok sendiri udah lerr, ayam menang sorak tapi tangan terkena najis... hahahaha

UMNO'SSS berkata...

Hai Bro!

Di Perlis pun ada kasta, hanya UMNO Kangar yang berkuasa. Set Pol MB, Ameir Hassan ( UMNO Arau ) terpaksa lepaskan jawatannya akibat tekanan keliling pinggang dari puak UMNO Kangar....

Tanpa Nama berkata...

dah lama dah ada kasta dalam umno. bukan baru nak menuju kearah itu.

perfectwater75 berkata...

Salam....

Piiiiiiiiiiiiiiiii!

Tanpa Nama berkata...

Saya syorkan supaya UMNO ditukar dari pertubuhan kepada Syarikat sendirian berhad baru le best nak buat bisnes beli orang.